Rabu, 24 September 2014

PERISTIWA SEPANJANG MINGGU UPSR DAN CUTI SEKOLAH

Perkara yang aku tidak ingin berlaku, berlaku jua akhirnya..
Kertas Math juga bocor dan peperiksaan semula pada 9 Okt. 2014..
Memang ketara wajah kecewa pada anakku..
In sha Allah.. kalau memang boleh buat tu.. boleh..
Kertas 1 (yang anak aku bagi tahu betul semua setelah disemak cikgunya) tu biarlah jadi kenangan dan sejarah buatnya sampai bila-bila..
Semoga kejayaan milik anakku dan semua anak-anak yang berusaha..

Hujung minggu akhir cuti persekolahan aku pulang ke BS.
Macam biasa.. mengemas keadaan semak-samun yang semakin meninggi di sekitar rumah..
Selepas jumaat, bergerak menuju AS.
Pada mulanya keadaan mak nampak kurang mengizinkan..
Letih akibat menyediakan kerisik yang sampai 45 biji kelapa agaknya..
Tapi aku faham sangat dengan makku.. kalau sudah diayat oleh PakCik.. semangatnya menjadi kuat..

Bermalam di 'homestay' taman berdekatan rumah kenduri..
Aku bersama sepupu yang lain..(Abg Kri, husband Azean dan PakCik sendiri) berhempas pulas 'mengacau' gulai dan rendang daging.  Selesai pun jam sudah hampir 2.00 pagi.

Seawal jam 8.00 pagi aku bersama isteri mencari sarapan.
Aku sendiri berjalan untuk memerhati aktiviti pagi di rumah kenduri.
Sudah ramai sanak-saudara berkumpul.
Kesian PakCik dan MakCik.. rasanya serik selepas ini..

Selesai check out jam hamper 5.00 petang.
Terus pulang ke BS.
Jem berhampiran Gurun..
Sampai BS jam 8.00 mlm. Selepas isyak pergi ke PB untuk melihat situasi kedai Siti.
In sha Allah.. kejayaan milik orang yang berusaha dan jujur dalam perniagaan..

Aku bergerak pulang ke KL selepas asar..
Banyak kereta sepanjang perjalanan..
Sesekali jem juga..
Singgah di Sg. Buluh untuk jamak maghrib dan isyak.

Singgah makan malam sebelum pulang ke rumah..
Jam 10.45 malam aku sampai..
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.. semuanya selamat..

Jumaat, 12 September 2014

SEMOGA KEBOCORAN UPSR 2014 HADIR BERSAMA HIKMAH

Petang hari ke-2 UPSR telah mendapat berita kertas Sains bocor..!!!
Kertas Sains ditunda ke 30 Sept.
Perasaan semasa itu.., 'Redha dengan ketentuanNya'. Sepatutnya aku sudah boleh menarik nafas lega dan anak juga sudah bebas untuk menjalani latihan nasyid untuk ke Kebangsaan.
Think Positive.. Allah anugerahkan rezeki (masa) buat anakku untuk memantapkan lagi persediaannya.

Malam menjelangnya hari ke-3 UPSR, keluar lagi berita bahawa paper BI juga bocor..!!!
Aku tidak mahu terlalu mempercayai perkara tersebut. Takut perkara tersebut palsu dan mengganggu anak yang akan mengambilnya pada pagi nanti. BI paper 1 dan 2.
Aku hanya mampu berdoa dari pejabat. Aku tidak mengambil cuti pada hari ini.

Menjelang tengahari.. dapat maklumat yang mengesahkan bahawa paper BI bocor..!!!
Ya Allah.. Satu dugaan yang besar buat anakku pada masa ini..
Aku positif... Allah maha mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku.. dan apa hikmah yang bakal diberikan buat hambanya yang tabah dan istiqamah..

Macam-macam perkara dan persoalan bermain di kotak fikiran aku..
Terutamanya apabila membaca luahan ibubapa di FB dan Whatapps.
Isunya bukanlah seperti ulasan orang lain  "UPSR saja pun.. Ambillah semula..". Tapi yang lebih penting kenapa perkara sebegini boleh terjadi..?? 
Umur anak baru 12 tahun.. Masih panjang perjalanan mereka (In sha Allah..)

Semalam masih mendapat berita yang serupa.. Kemungkinan semua paper bocor...
Masha Allah... Bagaimana perasaan anak aku.. Perasaan aku.., biarlah aku yang tahu.. Perasaan dan mood anak aku macam mana..??? Aku hanya mampu terus berdoa. Semoga ada hikmah yang bersama situasi sekarang..

Sehingga jam 10.20 pagi ini.. hanya kertas Sains dan BI disahkan akan diduduki pada 30 Sept. 2014.
Yang lainnya, belum ada sebarang pengesahan..

Kepada pihak bertanggungjawab.. Ini UPSR. Ujian pertama buat anak-anak kita. Amanah yang diberikan buat kalian semua untuk dipikul sepatutnya dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Aku hanya mampu mendoakan semoga ujian semula pada 30 Sept. ini hadir bersama rahmat Allah SWT buat anak-anak yang sentiasa berusaha, ikhlas dan jujur dalam menuju kejayaan. In sha Allah.

Amin Ya Allah...  

Rabu, 10 September 2014

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2014 (9-11 SEPT)

Selamat Menghadapi UPSR semua anak-anak.
Ibu bapa mana yang senang duduk pada saat ini..
Hari pertama UPSR, aku bersama ibubapa lain duduk dalam surau sekolah untuk sama-sama berdoa dan memohon kepada Allah.
Semoga anak-anak dimudahkan dalam menghadapi peperiksaan ini.
Ujian pertama mereka..
BM(pemahaman), BM(penulisan), Math(Kertas 2) pada hari pertama.
Math(Kertas 1) pada hari ini.
Esok ada 4 ujian. BI(Paper1 & 2), Sains dan Ujian Aplitut.

In sha Allah. Semoga Allah berikan sesuatu yang baik untuk mereka.
Hanya tawakkal dan doa kuiringkan..

Semoga anakku, anak jiran-jiranku, anak saudara-maraku, anak-anak tahun 6 semuanya beroleh keberkatan dan keputusan yang baik. In sha Allah.. Amin..

 

Selasa, 2 September 2014

SEGALANYA ATAS KETENTUANNYA

Alhamdulillah..
Syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Aku juga mohon dikurniakan kesihatan yang baik dariNya.

Sabtu, awal pagi aku sekeluarga bersama rombongan sekolah ke Senawang
Nampak seolah aku yang lebih 'sibuk' dari yang lain..
Walaupun nampak prestasi kedua-duanya yang baik.. namun aku perlu menunggu keputusan rasmi dari panel hakim yang lebih arif..
Alhamdulillah..kedua-duanya mendapat Johan.. Syukur..

Kini masanya untuk kembali memberikan tumpuan buat perkara yang lebih utama.. UPSR.
Prestasi kokurikulum telah mencapai tahap membanggakan..
Sekarang masanya untuk memberikan sesuatu yang bakal menentukan segala-galanya..
In sha Allah.. Semoga Allah berikan kekuatan buat anakku.. berikan kesihatan dan kecerdasan minda buat anakku..
Ya Allah.. Semoga kesihatan anakku kembali segera cergas..
Semoga masalah demamnya tidak serius..
UPSR bakal tiba dalam 7 hari lagi..
Semoga anakku kembali berada dalam prestasi yang baik untuk menghadapinya..

In sha Allah..