Rabu, 12 Mac 2014

YA ALLAH, PELIHARALAH KAMI, KELUARGA KAMI DAN NEGARA KAMI

8 Mac - Awal pagi lagi dapat berita Apat kemalangan.
Dalam fikiran hanya memikirkan supaya tiada yang serius dialaminya.
Selesai sarapan aku kembali buat panggilan kepada Heri..
Apat masih dibahagian kecemasan katanya.
Tanpa berlengah aku terus start kereta dan ke PPUM bersama Aizul.

Alhamdulillah tiada yang terlalu serius
Tetapi keadaan agak teruk dibahagian mukanya
Berjumpa Apat di balai trafik J.Bd.
Aku harap dia boleh memikirkan hikmah disebalik apa yang berlaku.
Aku hanya dapat mendoakan sesuatu perubahan yang baik darinya.

2.41 pagi tadi juga (selang beberapa minit sebelum Apat kemalangan..)
Berlaku musibah yang amat besar buat Negara ini.
MH370 KLIA ke Beijing hilang dari radar!!!
Memang mulanya sukar untuk menerima dan mempercayai berita tersebut.
Hingga tulisan ini dibuat sudah masuk hari ke-5 misteri kehilangan masih belum terjawab.

 
 


Malam tadi Jemaah surau bersama-sama bersolat hajat.
Memohon petunjuk dan hidayah Allah SWT.
Memohon keampunan atas kesalahan dan segala dosa yang menjurus kepada musibah yang berlaku.
Memohon diturunkan hujan ke bumi ini. Dimohon petunjuk kepada MH370.

Masih teringat semasa aku ke Beijing Mei 2012. Penerbangan aku MH360.
Memang aku sangat kerdil dibanding bumi ciptaan Allah ini.
Tiada apa yang ada pada aku berbanding hamparan lautan dan daratan dibawahnya.

Ya Allah. Berilah keampunan dan hidayahmu yang maha agung itu Ya Allah.
Aku mohon kau berikanku kekuatan iman kepadaku, kepada anak-anakku, kepada isteriku, kepada ibubapaku, kepada saudara maraku, kepada semua kaum muslimin dan muslimat dalam menjalani sisa-sisa kehidupan di dunia ini Ya Allah...!!!

Amin Amiinnn... Ya Rabbal Alamin...