Assalamualaikum.
Akibat persaingan hebat dari facebook, aku semakin malas untuk update blog ini..
Walaubagaimanapun, disinilah sumber inspirasi dan teman meluah perasaan sebelum ini..
Aku sentiasa akan update walaupun backdated..
Kesibukan yang amat sepanjang Sept dan Okt.
Raya korban kali ini aku tidak pulang ke BS.
Mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama kariah PCH.
Beberapa malam sebelum raya korban menyibuk pula dengan penganjuran program ceramah Ust. Don bersama JK Surau AF yang lain.
Minggu lepas pula menyibuk dengan program nasyid Izzul.
Setelah mendapat johan peringkat daerah, bertemu pula di peringkat negeri di PD.
Banyak perkara untuk dikatakan dengan situasi penganjuran..
Tapi aku tak mahu jadikan pepatah 'Rumah siap pahat berbunyi..'
Tapi terus terang.. pahat perlu berbunyi..
Ketelusan dan sifat tanggungjawab penganjur memang TIADA disini..
Walaupun program keagamaan, namun ust pun masih ada perasaannya yang tersendiri..
Hanya Allah yang maha mengetahui..
InsyaAllah semoga menjadi iktibar.. Walaupun dipihak anak-anak agak perit menerimanya.
Hari ini perbentangan budget 2014. Semoga ada sesuatu yang mengembirakan buat aku, keluarga dan semua rakyat Malaysia.. InsyaAllah.