Rabu, 20 Februari 2013

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH KEKANDA TERSAYANG - ALLAHYARHAM SHAMSOL KAMAR BIN SHAFIE

Hari ini genap seminggu pemergian arwah ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Semoga arwah dilepaskan dari siksa kubur. Allahuakbar.

Seminggu lalu disaat berada bersama rakan JK ISO (hari pertama bertugas selepas pulang dari Colombo), jam 11.00 pagi aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa arwah.
Maklumat dari isteri, arwah kemalangan di LPT Maran. Keadaan agak serius kerana perlu bantuan bomba. Aku tidak memikirkan sesuatu yang buruk dan berdoa supaya Abang Sham (arwah) selamat.
Selepas call Heri dan sahkan arwah kemalangan, terus bergegas ke Cheras untuk sama-sama ke Hospital Jengka.
Sebaik melewati Econsave Balakong, isteri call dan menyatakan Abang Sham (arwah) telah meninggal. Jantung terasa berhenti berdegup dan lutut terasa lemah.
Aku kuatkan semangat dan banyak beristiqfar.
Sampai di halaman rumah Kak Su, aku terasa sangat syahdu. Pintu pagar aku kuak dan terus menerpa ke pintu rumah yang terbuka.
Kelihatan beg pakaian yang Kak Su sediakan untuk ke Hospital.
'Abang Sham sudah tak ada Man..!!!'. Aku tidak dapat lagi membendung air mata.
Apa lagi melihat Cem dan Muhayat yang tidak mengerti apa sebenarnya.
Aku tenangkan Shah. Putra kelihatan tenang dan nampak agak terkejut. Putra dapat mengawal dirinya.
Sambil menunggu Heri, aku menghubungi Pak Cik, Abang Din, Aat.
Terus menuju ke Ampang, mengambil Abang Din dan terus menuju ke Hospital Jengka Pusat.
Tiba Hospital Jengka sekitar jam 3.00 petang.
Selesai menguruskan jenazah bersama Abang Din, Heri, Apat jam 4.55 petang.
Gerak dari Hospital pulang ke KL jam 5.35 petang.
Jalan agak jem. Sampai masjid Al-Ikwaniah jam 8.45 malam.
Agak sibuk untuk menguruskan keadaan. Menunggu mak dari kampung.
Jenazah menunggu mak di perkarangan tanah perkuburan.
Terus arwah dikebumikan sebaik mak mencium muka arwah.
Akibat silap jalan dari masjid, aku tiba sebaik sahaja tanah mula ditarik untuk menutup liang lahat.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak aku dapat bertemu arwah buat kali terakhir. Walau pun hanya dalam keadaan jasad arwah telah terpisah dari rohnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. AL-FATIHAH.

Sabtu, 9 Februari 2013

JUMPA LAGI COLOMBO

Landing Bandaranayake Airport jam 12.30 am waktu Colombo.
Sebelum itu aku Depart dari KLIA jam 11.15 mlm (4 Feb 2013).
Perjalanan selama 3 1/2 jam.
Aku amat bersyukur sebagai rakyat Malaysia, selama seminggu berada di sini melihatkan situasi di sini.
Berada di ibu negara Sri Lanka sudah terasa perbezaannya, apatah lagi jika di luar dari Colombo.
Aku Update blog ini di airport.
Bertolak pulang jam 1.00 pagi. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Banyak pelajaran dan pengalaman berguna disini.
Di sini aku sebilik dengan saudara Qasem Ali di bilik 633. Ada sesuatu yang baik dari beliau.
Semoga Allah memberikan kesihatan berpanjangan buat sahabat semua..
InsyaAllah..