Kesedihan terasa kerana 2 hari lagi berbaki Ramadhan 1433H.
Aku tidak pasti adakah akan kutemui Ramadhan akan datang.
Hanya doa dan harapan semoga amalan di Ramadhan kali ini diberkati dan mendapat Rahmat dari Allah SWT.
Minggu akhir menjelang Syawal ini juga adalah penantian yang dramatik kepada kehadiran Exora baruku.
Walau apa keputusan sekalipun aku bersyukur dan redha.
Wiraku masih tetap wira untuk aku dan keluarga.
Setelah lebih 13 tahun berjasa tanpa jemu..
Aku bangga memiliki wiraku yang sangat memahami dan sentiasa menemani kehidupanku dikala susah dan senang.
InsyaAllah semoga perkhidmatan wiraku dimusim raya kali ini kekal effektif dan baik untuk aku dan keluarga.
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 1433H