Ahad, 19 Februari 2012

PERANCANGAN UNTUK YANG SETERUSNYA

Aku kini kembali berkelapangan.
InsyaAllah. Pengalaman dalam kesibukan mulai 2008 hingga 2012 menjadi bekalan untukku terus mencari sesuatu yang berfaedah.
Pencarian dan eksplorasi sentiasa sebati dalam jiwaku.
Jika diberikan keizinan dan rezeki dari Allah, aku sangat bercita untuk ke peringkat seterusnya dalam pembelajaran sepanjang hayatku.
InsyaAllah.. Aku berdoa semoga hajatku untuk itu mendapat perhatian dan semangatku yang masih kuat ini tidak reda begitu sahaja.
Tahap seterusnya aku rasakan tidaklah seperti pengalaman sebelum ini.
InsyaAllah kurasakan menjadi mudah sekurang-kurangnya untuk 1 tahap lagi.

Jumaat, 10 Februari 2012

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... !!!

Syukur...

Selesai pengajian ku dengan berjayanya aku menghantar thesisku kepada Dr. Z pada hari selasa baru-baru ini (7 Feb. 2012 bersamaan 14 Rabiulawwal 1433H).
InsyaAllah aku akan naik ke pentas Konvo September 2012.
Tak sempat mohon anugerah bagi Mei 2012 akibat terlalu bekerja keras di penghujung tahun 2011.
Namun aku panjatkan kesyukuran ini.. dari Allah yang Maha Esa.
Semoga usahaku hampir 4 tahun ini mendapat berkat dan seterusnya usahaku mendapatkan sesuatu yang lebih baik demi agama, keluarga, bangsa dan diri sendiri, dimakbulkan olehNya.

Aminnn...