Jumaat, 30 September 2011

SYAWAL 1432H BERLALU..

Syawal tahun ini berlalu 2 hari sudah..
InsyaAllah semoga berjumpa Ramadhan & Syawal 1433H.

Ku cuba mencari kekuatan dan motivasi diri dalam menghadapi bulan-bulan terakhir pengajianku..
Aku ingin GRAD dengan motivasi yang tinggi..
Tinggalkan remeh-temeh dan tingkatkan ilmu dari semasa ke semasa.
Tinggalkan tabiat 'last minute' (walaupun akhirnya aku akan tempuhi masalah yang sama..)
Kini masuk minggu ke-3 Sem 1/2011 ini..
InsyaAllah..
Ramadhan meninggalkanku dengan penuh rahmat..
Penuh dengan keinsafan
Demi keluarga, bangsa, agama dan diri sendiri..

Selasa, 20 September 2011

SELAMAT HARI LAHIR AINA KE 12 TAHUN

Selamat Hari Lahir Aina buat tahun ke 12.
Semoga mematangkan jiwa dan perwatakan dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar.
Semoga UPSR yang dijalani 13-15 September lepas memberikan kejayaan.
Seterusnya memudahkan perjalanan bagi mencapai cita-cita.
Semoga kehadiran ke perkhemahan di Morib pada 16-18 September lepas juga memberikan impak yang positif dalam menghadapi alam dewasa.

Selamat Hari Lahir ke-12.
Selamat Panjang Umur dan Murah Rezeki.

Aminnn...

Isnin, 12 September 2011

PUASA 6 & 24 JAM MENJELANG UPSR 2011

Aku mula puasa 6 pada 14 Syawal dikala rakan-rakan telah lengkap berpuasa.
Sekurang2nya awal sikit dari tahun lepas..
Semoga puasaku diberkati.. InsyaAllah.
Esok juga adalah hari paling penting buat anakku dan kami sekeluarga..
Ujian akademik buat darah daging ku..
Ujian yang akan menentukan pencapaian serta 'baseline' buat adik2nya yang lain..
Semoga usahanya dibalas dengan kejayaan oleh Allah SWT.. InsyaAllah..
Aku positif..
Rumah terbuka buat rakan & jiran sehari pada sabtu dan ziarah selama sehari pada ahad ke Keramat, Sg. Buloh & Rawang diharap memberikan sesuatu yang positif disamping meredakan perasaan menjelang peperiksaan..
InsyaAllah.. 5A!!! (Be Positive..)

Jumaat, 9 September 2011

MENJELANG UPSR 2011 (13-15 SEPTEMBER 2011) - UJIAN SEBENAR BUAT ANAKKU AINA

Ya Allah..
Berkatilah segala ilmu didada anakku..
Berilah kekuatan jiwa dan fikirannya dalam menghadapi ujian terhebat dalam pengajiannya setakat ini..
Permudahkanlah segala ujian yang bakal ditempuhinya..
Engkau Yang Maha Pemurah & Maha Mengasihani Hambamu itu yang Allah..
Sebagai bapa, aku redha atas segala ketentuanmu Ya Allah..
Aku bertawakkal atas segala usaha gigih anakku selama ini..
Terima kasih juga atas segala tunjuk ajar dan perit jerih guru-gurunya sedari di peringkat Pra-Sekolah hinggalah ke saat ini..

Ya Allah... aku pasrah dan redha dengan pemberianMu..

Semoga sasaran 5A anakku tercapai.. InsyaAllah.
Aminn.. Aminn.. Ya Rabbal Alaminn..

Isnin, 5 September 2011

7 SYAWAL 1432H

Kronologi Pulang Beraya 2011
- Bergerak seawal jam 2.30 pagi 28 Ramadhan
- Singgah di R&R Tapah jam 5.00 pagi. Bersahor donut 'Big Apple'
- Suboh shift ke-2 (Ramai makmum sama-sama pulang beraya)
- Terlepas untuk Touch & Go di Ipoh
- Sampai BS jam 7.30 pagi
- Hujan lebat 2 hari menjelang Syawal
- 29 Ramadhan, cuaca sangat baik untuk shopping last minute & bersiap menyambut Aidilfitri
- 1 Syawal di NH
- Lepas ziarah kubur, singgah rumah Cikgu Nuar & Sedara mara
- Pulang BS jam 2 petang
- Aktiviti banyak dikolam puyu-talipia
- Malam sebelum pulang ke KL, ziarah Mak Long di K2
- Bergerak pulang jam 1.00 tgh bersama Kak Norma & Abg Li
- Singgah Tapah makan nasi ayam E&W (Boleh tahan.. macam nasi kukus kemaman..)
- Terus pulang ke N sampai jam 7.45 mlm.
- Kesimpulannya, pulang semula ke KL tidak tension seperti tahun sudah.. Mungkin ramai sudah beransur awal..
- Pagi ni di office masih clear. Ramai masih bercuti..
- Mood Raya masih ada..