Jumaat, 29 April 2011

Final Exam - Spectro

Aku sendiri pun masih tak dapat mencari kesudahan kepada masalah aku.
InsyaAllah tahun ini aku selesaikan pengajian aku.
Paper spectro ni satu lagi contoh kelemahan aku untuk membuat persediaan awal.
Aku sedar puncanya dari kelemahan diri mengenalpasti mana perlukan priority.
Aku bertawakkal dengan usahaku.
InsyaAllah.. Aku cuba score in the final.

2.00 pagi.

Ahad, 24 April 2011

SEPANJANG MALAM BERJAGA DEMI PSM (Suatu Pengajaran)

Kepada aku.. memang pengajaran berguna yang sudah berulang.
Kerja..memang tak pernah habis..
Masa .. yang perlu aku fikirkan.
Memang sudah menjadi kebiasaan.. jika terdesak segalanya akan segera dibuat walaupun menyeksa diri sendiri.
Memang ake berpengalaman tidak tidur selama 48 jam.. tapi itu 10 tahun yang lalu.
Kesihatan aku sekarang tidaklah segagah dulu.
Demi due date yang ditetapkan pada hari ini..aku tidak tidor pada malam hari jumaat serta tidor 2 jam pada hari sabtu.

Jumaat, 15 April 2011

JOHOR - MELAKA - KL - PAHANG - TERENGGANU

Setakat ini sahaja perjalanan yang mampu aku buat dalam 2 minggu ini.
Penat.. memang penat.
Tanggungjawab rasmi, keluarga dan pelajaran perlu selari.
Semua sama penting.
Terselit juga masa untuk aku selesaikan masalah rumah baru Yan.
Aku sangat bersyukur dengan prestasi kereta tahun 1999 aku tu.
12 tahun punya radiator telah aku tukar untuk ke Kuantan & Kemaman.
Walaupun perjalanan seorang diri, tugasan aku berjaya selesaikan.

HARI KELUARGA TOK PAH

Hari keluarga kali ini adalah yang paling berjaya setakat ini.
Aku sempat berada di Melaka semalaman sebelum drive ke KL.
Walaupun aku tidak dapat bersama merasakan keseronokan namun aku berpuas hati jika anak dan isteri aku gembira di sana.
Aku perlu tegas dengan disiplin study aku.
InsyaAllah aku selesaikan tahun ini juga.