Jumaat, 28 Januari 2011

SEMINGGU MENJELANG PERKAHWINAN SITI

Mungkin aku terlalu sibuk kepada urusan peribadi dan keluarga sendiri hingga tidak sedar majlis perkahwinan adik perempuan aku akan berlangsung dalam hanya 1 minggu lagi.
Apa-apa pun aku berdoa supaya segalanya lancar dan dirahmati.
InsyaAllah aku akan bekerja keras bila menjejakkan kaki di kg nanti.

Khamis, 27 Januari 2011

PROGRAM TOWARDS UPSR 5A

a. Ujian Target :
                        T1 : 25-27 Jan.
                        T2 : 8-10 Mac
                        T3 : 26-29 April
b. PKSR : 23-27
c. Ujian Canang :
                         UC1 : 12-14 Julai
                         UC2 : 9-10 Ogos
d. PRA UPSR : 23-25 Ogos
e. UPSR : 12-14 Sept. 2011

Sabtu, 22 Januari 2011

TAKLIMAT PSM & SEHARI DI LIBRARY

Sehari aku di library.
Bermula dengan gotong royong di tapak surau.
Kemudian hadir ke sekolah Aina bagi taklimat UPSR.
Masa kritikal untuk aku bergegas ke taklimat PSM di KL.
Minta kebenaran guru besar sekolah untuk tinggalkan program taklimat.
Memang terasa masa aku dipenuhi dengan aktiviti yang sangat baik demi masa depan.


PSZ KL.
6.27 petang. 

Jumaat, 21 Januari 2011

SELAMAT HARI LAHIR - MUHAMMAD IZZUL FIQRI - 21 JAN 2011

Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 9.
Semoga hari ini dan seterusnya akan lebih baik dari hari-hari lepas.
Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati segala pekerjaan.
Semoga lebih maju dalam pelajaran. 

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

1.1.11

Selamat Tahun Baru 2011.
Selamat menempuh perjalanan yang bakal disediakan Allah dengan seribu macam cabaran dan dugaan.
Cabaran yang perlu diambil bagi mematangkan diri, keluarga dan masyarakat.
Dugaan yang perlu ditempuh bagi pengalaman dan pengajaran dalam meniti perjalanan di dunia dan akhirat.
Semoga tahun baru ini mematangkan aku dalam segalanya.
Semoga diberikan perlindungan dari segala keburukan dan diberkati segala kebaikan dariNya.
InsyaAllah..