Rabu, 30 Disember 2009

MENJELANG TAHUN BARU 2010

30 Disember 2009




1 Jan 2010 bakal menjelang kurang 2 hari lagi.
Azam kali ini pastinya bagi memperbaiki serta menjayakan agenda yang belum dicapai pada 2009.
Aspek kerja - Tentunya memperbaiki pencapaian
Aspek keluarga - Tentunya ingin memperbaiki taraf kehidupan
Aspek keilmuan - Tentunya mahu terus tekun dalam study
Lain-lain aspek - Tentunya mahukan yang lebih baik dari sebelumnya. Mahukan sesuatu yang bermakna dalam segala perbuatan.

Rabu, 9 Disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI

9 Disember 2009


"Allah Selamatkan kamu ...
  Allah Selamatkan kamu ...
    Allah Selamatkan kamu...
      Allah Selamatkan kamu...


Semoga Dipanjangkan Umur & di Murahkan Rezeki serta dilindungi Allah Sentiasa. AMIN !!!

Isnin, 23 November 2009

Cuti-Cuti Malaysia dalam Lab

21-22 Nov. 2009
Skudai-Kulai

Sampai dari Trengganu jam 4.30 ptg. Hujan lebat di Bangi.
Awal pagi bertolak ke Skudai.
Bergerak 4.30 pagi. Singgah di Pagoh solat suboh. Dari R&R Pagoh sudah jam 7.00 pagi.
Speed sikit, target 8.30 pagi sudah di lab.
Ngam sampai lab jam 8.25 pagi.
1.5 hari dah settle. Target Isnin balik KL.

2.00 pagi.


Khamis, 19 November 2009

Salam Aidiladha



Kembali Menulis

19 November 2009
Kemaman.

Agak sekian lama tidak menulis dalam blog ini. Jari sudah kian pulih, walaupun tidak seperti keadaan asal. Malam ini untuk malam kedua bermalam di Kemaman. Esok akan bergerak pulang ke KL sebelum menuju ke Skudai bagi menghadiri latihan makmal.
Sepanjang hari ini hujan di Kemaman & Kuantan. Tugasan perlu dibereskan.  Alhamdulillah sasaran berjaya dilaksanakan.
Sepanjang 2-3 minggu tidak menulis, agak banyak aktiviti telah berjaya dilakukan.
- "Final Exam"
- Hadir Majlis Sekolah anak ;
- Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah anak;
- Kenduri kahwin officemate di Gombak;
- Banyak lagi. 

9.56 malam.

Selasa, 27 Oktober 2009

SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE KZDISCOVERY@BLOGSPOT.COM

Terima kasih atas kesudian melawat ke blog KZDISCOVERY.
Blog ini sekadar mempamerkan aktiviti peribadi berkaitan blogger sahaja.
KzDiscovery mohon maaf jika secara tidak sengaja menyentuh sensitiviti individu atau mana2 pihak yang tidak berkaitan. Sila maklumkan jika maklumat yang dipamerkan perlu pindaan atau
dikeluarkan dari blog ini.

Sekian, terima kasih

kzdiscovery@gmail.com




Rabu, 21 Oktober 2009

16 Jahit Pada 29 Syawal




Dari Cheras bergegas pulang dengan hasrat bersedia menyambut tetamu yang dijangka bertandang pada petang ini.
Entah apakah mimpi, tiba-tiba terdetik untuk memanjat ke siling di bilik air.
Sudah berbuih mulut Dr. J sampaikan 'lecture' berkenaan topik OSHA, HIRARC, JHA, dan sebagainya. Ini yang dinamakan malang tidak berbau. Pada mulanya nampak mudah dan akhirnya menjadi masalah juga.
Akibat susun kerusi untuk memanjat, aku jatuh dan tangan berjahit 16.
Memandu sendirian menuju Hospital S. Jam 6.15 petang melapor di kaunter saringan.  Kemudian '2nd treatment' diikuti berjumpa Dr., Xray, Jahit luka, dan akhirnya lengkaplah penjelajahan di Hospital jam 12.00 malam (No komen. Tapi aku ada pandangan peribadi yang tidak perlu di tulis disini)
2 hari aku MC, dan inilah rekod sepanjang 13 tahun bekerja aku buat sekian kalinya aku MC.

ALBUM AIDILFITRI 2009M bersamaan 1430H




Isnin, 28 September 2009

1 SYAWAL 1430H



Perak Darul Ridzuan.
20 Sept. 2009

Alhamdulillah, kebetulan ulangtahun kelahiran Aina juga jatuhnya pada hari yang sama (Hari Raya Pertama).
Agak bertuah kerana keadaan cuaca di Hari Raya pertama kali ni sangat baik.
Walaupun sehari sebelum 1 Syawal, hujan lebat turun sepanjang hari.
Aktiviti di Hari Raya kali ini termasuklah "memancing, memanjat pokok mempelam, main bunga api (sikit-sikit aje)...

Jadual Perjalanan : KL ke kg tgh Jumaat. Pulang kg ke KL pagi Sabtu.

Rabu, 16 September 2009

Minggu Akhir Ramadhan Di Pulau Mutiara







14 Sept. 2009
BUKIT JAMBUL

Penerbangan mendarat di LT Bayan Lepas jam 3.30 petang.

Bermalam di VH, Bt. Jambul. Turun dari bilik untuk bersahor bersama En. Z jam 4.30 pagi.
Dapat makluman dari Tuan MY untuk pulang KLIA pada keesokan hari.
Cuaca di udara pada petang ini agak banyak kelihatan awan. Mendarat  di KLIA tepat jam 6.30 petang. Tanpa berlengah terus bergegas bagi mencari ERL. 'Target' untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Apakan daya, sampai ke rumah jam 7.30 malam.  Mujur berbekalkan kurma yang dibekalkan oleh MAS sempat juga berbuka tepat pada waktunya.

Rabu, 9 September 2009

09/09/09 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1430H


09 Sept. 2009

Ada "chemistry" tersendiri yang berkaitan no. 9 dalam rekod peribadi aku. Tarikh lahir aku sendiri ada dua no. 9. Tarikh lahir Aina 20091999. No. tel aku sendiri ada dua no. 9.

No. kereta aku sudah tentulah sama macam tarikh lahir. Jumlah adik beradik aku semuanya ada 9 orang. 'Orang rumah" aku, anak yang ke 9. Dan tak ketinggalan sekarang aku dah menetap di negeri 9.
Alhamdulillah angka 9 belum pernah muncul dan semoga tidak akan sesekali muncul dalam keputusan peperiksaan yang sentiasa dilalui dari masa ke semasa.

Tahun depan 10.10.10. Mudah-mudahan tahun 2010 menjadi tahun yang semakin membahagiakan buat semua.

5.39 pm.

Khamis, 3 September 2009

"O2 Converter" dari Kulai















03 Sept. 2009
13 Ramadhan 1430H.


Bertolak dari KLIA jam 2.30 ptg.
Mendarat di Senai jam 3.00 ptg. Cuaca di awan sangat baik.
Menginap di CI berdekatan IOI Mall.
Terima kasih banyak diucapkan kepada saudara Z atas kesudian menumpangkan kereta untuk mendapatkan juadah berbuka untuk hari ini. Berbuka dengan "char kuey teow",  kueh & air kathira.
Menjelang jam 10.00 malam, perlahan sendirian menyusur jalan menuju Mc D 24 Hours (tempat bersahor untuk puasa esok hari) yang kebetulan diadakan "Fun Fair" sebelahnya.
Seawal 6.00 pagi siap sedia menuju Kempas. Melakukan tugasan rasmi dengan ilmu yang baru. Memang ada 'Chemistry" disitu. 
Penerbangan pulang KLIA waktu petang. Keadaan awan agak tebal petang ni.
Pendaratan di KLIA lewat hampir 20 minit apabila MAS buat pusingan di ruang udara akibat awan tebal.


Kulai, Johor.
1.36 pm.

Selasa, 25 Ogos 2009

MINGGU PERTAMA RAMADHAN 1430H




25 OGOS 2009

1 Ramadhan 1430H jatuhnya pada hari Sabtu. Dirasakan amatlah sesuai dengan cuti persekolahan juga bermula pada Isnin 27 Ogos. Sekurang-kurangnya, 1 minggu lebih budak2 dapat sama-sama berpuasa sepenuh hari di rumah.
Semasa tiba di KL - hujan lebat. Kebetulan sewaktu melalui Masjid Kg. Baru, majlis perasmian Bazar Ramadhan telah selesai.
Dalam cuaca hujan itu 2 bekas "Bubur Lambuk Agung" Kg. Baru dianugerahkan. Alhamdulillah.
Disebelah petangnya pula cuaca kembali panas. Petang ini, lecture tamat seawal 5.00 petang, terus pulang untuk berbuka bersama keluarga.

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1430 H

21 Ogos 2009.



Esok, 1 Ramadhan 1430 H (Ramadhan Al-Mubarak).
Bulan mulia lagi ditunggu. Bulan ibadah buat umat muslimin dan muslimat. Puasa wajib, sebulan dalam setahun. 
Semoga peluang kali ini dapat aku manfaatkan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Semoga amalanku mendapat Berkat dan diterima Allah SWT.

AMIN..!!!

Khamis, 20 Ogos 2009

TAHNIAH PROF. HALI

20 OGOS 2009


"Prof Dr Halimaton Hamdan menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi atas kejayaan beliau membangunkan dan mengkomersialkan Maerogel yang kini digunakan di seluruh dunia."



- PETIKAN DARI BHARIAN ONLINE






- TAHNIAH PROF-

Isnin, 17 Ogos 2009

Berkampung di Gopeng buat Pak Su

15 Ogos 2009
Ipoh, Perak.



Seawal 8.15 pagi dah terpacak sebelah kapal terbang lama. Kata orang.., biar kita tunggu VIP.. jangan VIP tunggu kita..!
Tabik kat Pak Su atas kejayaan menggapai cita-cita.
Berjaya tamatkan latihan walau dugaan menimpa.
Setengah hari berpanas tidak terasa, kepuasan Pak Su lebih utama. Kewajipan aku terlaksana sudah, agenda seterusnya mesti diteruskan.
Ambil keputusan pulang ke KL. 

Selasa, 11 Ogos 2009

ISO FOR 2 DAYS

10-11 Ogos 2009
Selangor.


Kata orang, semakin banyak ilmu ditimba, banyak lagi kelemahan diri ditemui.
Sekadar menimba sedikit ilmu dan menutup sedikit kelemahan diri. Bersama Mr. Z ke Uniten Bangi.
2 hari belumlah mencukupi syarat..  namun cukup sekadar memulakan langkah...

6.11 pm.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Bawal Goreng Dari Kulim


06 Ogos 2009
Kulim, Kedah

Cuaca sepanjang perjalanan dari KL hingga Kulim, hujan. Sinonim dengan istilah hujan 1 Malaysia.
Singgah melepaskan lelah di persimpangan Kulim-Padang Serai.
Agak hairan kenapa bawal goreng dipilih oleh Bro R kita. Agak teruja, dicuba secubit-dua, sedap jugak bila dijamah panas-panas.
Memang sesuai bawal goreng 'top' di sini.

Selasa, 4 Ogos 2009

KENAPA SLOW SEM NI ???


04 Ogos 2009. 2.25 pm.
Nilai, NSDK.

Terdetiknya idea bagi kemunculan Blog yang julung kalinya ini hanya dimangkinkan oleh tindakbalas perlahan sepanjang sem ini.
Semalaman explore note KF II by Dr. S., hanya memungkinkan 5-6 pages diselak. Ntah kenapa berpusing-pusing fikiran malam ni.
Tak sedar terlelap depan TV.