Pantas benar masa berlalu
Dengan kesibukan tugasan harian
Kini telah hampir dipenghujung Februari
Juga genap 1 minggu menjelang 1 Ramadhan
Kisah aku sepanjang Februari
Belum sempat untuk dicoretkan disini
Minggu kedua bersama Iman program PDKnya
Hujung minggu kedua ke WTC untuk program kerjaya SPA
Minggu ketiga bersama rakan sekerja
Selama 3H2M berkampung di PD
Dalam kursus AD bersama Pn S
Namun aku rasa penat..
Kerana membawa tugasan bersama
Akhirnya aku tidak merasa enjoy disana
Begitulah situasi aku pada masa ini
Amat sukar untuk kekal fokus
Sebaliknya badan dan minda akan cepat letih
Tugasan yang sepatutnya mudah
Akan menjadi suatu yang payah
Kerana aku gagal untuk kekal fokus
Setengah hari ini.. aku bersama kariah
Melakukan aktiviti keceriaan surau
Mudah2an Allah berikan asbab kebaikan
Buat semua..
Kesihatan yang terpelihara..
Serta dipermudah apa jua urusan
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Ahad, 23 Februari 2025
SEMINGGU MENJELANG RAMADHAN AL-MUBARAK
Khamis, 30 Januari 2025
PERANCANGAN SAAT AKHIR KE CAMERON HIGHLAND
Cuti CNY 29 dan 30 Januari
Berjoging jam 8.30 pagi
Aku rasakan suhu agak sejuk
Berbeza dari kebiasaan..
Singgah di BSP sarapan tosai
Tiba-tiba terdetik idea
Untuk bercuti ke CH
Walaupun hati berbelah bahagi
Bergerak ke CH jam 1.00 ptg
Cuaca baik sepanjang perjalanan
Hway sesekali sesak..
Namun masih mampu ditempuh
Mendaki dari Tapah jam 4 ptg
Singgah di RPP Tanah Rata
Sekitar jam 5.45 ptg
Mcm biasa tiada apa yang mampu
Hanya dengan kaedah mencuba..
Naik lagi ke Brincang
Disini orang agak sesak
Aku sendiri berpusing2
Mencari lokasi sesuai
Kami ke Agro
Walaupun agak kurang berpuashati
Namun kami akur..
Itu sahaja yang terbaik pada ketika ini
Alhamdulillah selesai solat
Di surau kuarters JKR
Walaupun sedikit silap
Namun itu adalah keputusan terbaikku saat itu
Bermalam di Agro
Cuaca agak sejuk
Jangkaanku antara 18 darjah C
Kami tidur sekadar yang berjaya diperoleh
Pagi tadi seawal jam 8.00 pagi
Kami sarapan di Tanah Rata
Walau aku rasakan tidak berbaloi
Namun resam peniaga.. ada peluang
Seawal jam 11.00 tgh kami keluar
Selepas meronda sekitar ladang strawberry
Terus bergerak turun dari CH
Jalan kelihatan mulai sesak untuk naik
Alhamdulillah..
Sampai rumah Haiy jam 5.30 ptg
Sempat meraikan majlis mereka
Semoga beliau akan terus berjaya
Selasa, 21 Januari 2025
SANAH HELWAH IZZUL KE-23 SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SWT
Ahad, 5 Januari 2025
SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN BABY DI SEOUL
....
PERTAMA KALI JEJAK KAKI KE NEGARA ORANG
Pertama kali aku jejakkan kaki ke luar Malaysia adalah pada jam 6.30 pagi 4 Disember 2011 (waktu Korea Selatan).
Sekurang-kurangnya aku berpeluang sebelum umurku melangkah ke angka 40.
Cuaca 7 darjah Celcius dengan angin yang bertiup sangat terasa kesejukannya.
Tidak sia-sia aku beli sweater yang tebal.
Nampak seolah-olah ingin mendaki gunung.
Semoga aku tidak lupakan tanggungjawab
Perkara yang lebih berat yang sedang aku pikul bersama ke sini selama 2 minggu ini.
Membawa bersama nota dalam menghadapi exam bila pulang ke Malaysia nanti
InsyaAllah menjadi pemangkin kepadaku disini..
Catatan di atas bertarikh 4 Dis. 2011
Kisah aku kali pertama ke luar negara
Dan Incheon, Korea Selatan
Adalah airport luar negara
Yang julung kali aku jejaki..
Kini genap 14 tahun, 1 bulan dan 1 hari..
Baby jejakkan kakinya pula ke sana
Juga airport luar negara pertama baginya..
Bertandang ke Seoul demi segenggam Ijazah..
Semoga Baby tetapkan tekad dan niat yang baik
Semoga Allah permudahkan apa jua urusan
Sepanjang 4 tahun di sana..
Rabu, 1 Januari 2025
AHLAN WASAHLAN 2025 MASEHI DAN 1 REJAB 1446 HIJRAH
Terasa agak letih diawal pendakian
Namun.. berbekalkan keazaman
Aku berjaya..
Hanya sesekali ditemani pendaki lain
Yang kebanyakannya datang berjemaah
Dan aku hanya menumpang untuk sesekali bersama mereka
Aku mulakan pendakian jam 8.00 pagi
Aku turun san sampai ke kereta jam 9.15 pagi
Alhamdulillah..
Tiada sebarang masalah besar sepanjang pendakian
Petang aku ke Cheras
Untuk bersama anak-anak arwah abangku
Juga peluang Baby bersama mereka
Sebelum penerbangan bagi menyambung pengajian
Semoga asbab doa semua
Baby dipelihara Allah..
Diberikan kesihatan dan kemudahan
Dan seterusnya menggapai impian..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Selasa, 31 Disember 2024
MENJELANG MELABUHNYA 2024 MASEHI
Beberapa detik menjelang 2025
Dan melabuhnya 2024
Aku kekal dengan emosi
Yang berbaur pelbagai perasaan
Alhamdulillah..
Dalam hal kerja..
Telah aku laksanakan
Setakat keperluan optimum..
Walaupun tenagaku untuknya
Pada tahap melebihi optimum
Dan ada kalanya mencapai maksimum
Namun..
Aku mengharapkan redha
Dan keberkatan Allah SWT.. |
Semoga rezeki yang kuperoleh
Diberkati dan diberikan pahala
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Isnin, 30 Disember 2024
PULANG KE KG DALAM KESIBUKAN DI PENGHUJUNG 2024
Aku dan keluarga pulang ke kampung
Untuk ziarahi adik2..
Juga bersama Fauzi
Di majlis anak sedaranya
Alhamdulillah..
Dapat bercuti selama beberapa hari
Jumaat petang sampai BS
Pulang KL isnin petang
Selasa, 24 Disember 2024
ALHAMDULILLAH.. SEMOGA ASBAB KEBAIKAN UNTUK BABY LULUS UJIAN JPJ
Alhamdulillah..
Setelah berusaha kali ketiga
Baby lulus ujian memandunya
Walaupun berkejaran
Hingga ke minggu kedua
Sebelum jadual penerbangan
Ke luar negara pada 4 Januari..
Alhamdulillah..
Allah maha mendengar
Akan doa hambanya
Yang telah berusaha
Dan bertawakkal..
Semoga Baby fokus
Untuk persediaan pengajiannya..
Semoga dipermudahkan urusannya..
Dan semoga terpelihara
Segala urusannya di negara orang..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Rabu, 18 Disember 2024
HAL LESEN D DALAM KESIBUKAN RESULT 'U', MEDICAL CHECK-UP DAN MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBELUM 4 JANUARI 2025
Banyak perkara yang harus dikejarkan
Dalam kesuntukan bulan Disember 2024
Apatah lagi tarikh penerbangan kian hampir
Untuk Baby menggapai cita-citanya
Hal di Akademi memandu..
Dengan cerita yang tersendiri..
Semoga percubaan kali ke-2
Dipermudahkan oleh Allah swt..
Inshaa Allah..
Hal U dan dokumen MARA..
Peristiwa di Az Zahrah
Sepatutnya memberikan sesuatu buat Baby..
Segalanya memerlukan wang..
Namun..
Semoga asbab kebaikan
Di masa hadapan..
Inshaa Allah...
Jumaat, 13 Disember 2024
SETIAP PERUBAHAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA DAN BERISTIQAMAH
Ya.. lebih tepat 19 hari lagi
Aku akan melangkah ke tahun hadapan
InshaAllah..
Ada banyak perancangan
Yang aku fikirkan
Untuk dilaksanakan
Menjelang penghujung 2024
Apa yang lebih utama ketika ini..
Persediaan Baby melanjutkan pengajiannya
Serta kesediaan kami
Untuk memastikan kelancarannya..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Tugas hakiki di pejabat..
Tidak pernah bernoktah..
Ditambah dengan karenah
Dan permasalahan rakan-rakan..
Namun.. semua itu ujian Allah swt..
Untuk aku lebih tenang dan rasional..
Bagiku..
Aku kekal aku..
Namun umur ini membataskanku..
Aku tidak segagah 20 atau 10 tahun lalu..
Hanya berbekal semangat dan prinsip
Yang kuat tersemat disanubari..
Hanya kuselitkan doa..
Setiap kali ujian hadir buatku..
Semoga Allah beriku kesihatan..
Untuk kekal berkhidmat
Umpama lilin..
Serta anugerahkanku dan keluargaku..
Perlindungan.. dari segala bentuk kemudaratan..
Semoga aku kekal istiqamah..
Amiinn Ya Rabbal Aalamiinn..
Isnin, 9 Disember 2024
SANAH HELWAH..
Selamat Hari Lahir buat Sue..
Semoga sentiasa dilindungi Allah swt
Serta diberikan kesihatan yang berpanjangan..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Khamis, 5 Disember 2024
KURANG SEBULAN MENUJU KE TAHUN BAHARU 2025 MASEHI
Antara sedar dan tidak
Tahun 2024 kian ke penghujung
Juga bermakna buat diri ini
Yang semakin menuju ke hari tua..
Dalam kerjaya..
Aku seharusnya mulai tenang
Dan mulai menyusun jadual
Bagi menghadapi persaraan..
Dalam aspek kesihatan..
Aku harus semakin berdisiplin..
Dalam mengawal permakanan..
Dan aktiviti yang sihat..
Aku seharusnya tidak lagi terus leka
Dan terus menerus menyibukkan hariku
Dengan sesuatu yang merugikan
Ya.. merugikan masaku..
Aku harus tekad
Dan merencanakan akhiratku
Dalam saki baki umur ini..
Terutamanya sebelum meniti saat persaraan..
Dunia ini hanya untuk generasinya..
Generasiku sudah melepasi era kami..
Zaman serba laju ini bukan milik kami..
Aku hanya perlu memerhati..
Dan tidak perlu menuruti..
Namun dengan kebaikan.. hanya perlu mengetahui..
Semoga aku kekal istiqamah..
Amiiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Ahad, 10 November 2024
AKU BAGAI KEHILANGAN RENTAK
Bagaikan kehilangan rentak
Itulah situasi aku pada ketika ini
Sehinggakan sepanjang Oktober
Tiada sebarang kemaskini
Yang mampu aku nukilkan disini
Peristiwa terpenting
Ulangtahun kelahiran Iman..
30 Oktober.. genaplah 9 tahun
Anak syurgaku Iman..
2 minggu lepas.. 31 Okt..
Aku pulang ke BS
Bersama keluarga..
Ziarah Adila di Sintok
Serta ke Padang Besar..
2 Minggu sebelum nya.. 20 Okt..
Kami pulang BS untuk raikan
Perkahwinan Amad..
Di Kamunting..
Sambil join reunion geng Su
Main boling 2 hari berturut2..
Sampai naik keras rasa muscle aku..
Cuma apa yang aku kecewa
Aku langsung tak sempat ziarah
Ke pusara mak dan abah..
Sebagaimana kebiasaannya
Jika aku pulang ke BS..
InshaAllah..
Aku cuba perlahan-lahan
Untuk uruskan masaku
Agar lebih teratur..
Ya aku harus melangkah ke arah itu..
Kerana kerjaku harus mulai aku perlahankan
Untuk aku tenang menjelang hari tuaku..
Semoga Allah beriku ilham..
Dah istiqamah..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Ahad, 22 September 2024
SANAH HELWAH AINA.. SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN DAN KEJAYAAN
20 September 2024
Genap Aina 25 tahun..
Semoga dimurahkan rezeki..
Dianugerahkan kesihatan..
Dipermudahkan apa jua urusan..
Raikan pada 21 September
Biarpun lewat sehari
Namun.. yang penting ingatan
Kita permudahkan
Malamnya bersama jiran
Sesekali makan malam bersama
Di Sri Sahabat..
Alhamdulillah..
Petang ini Izzul pulang ke UiTM
Aku tak mampu mencarikan
Tempat untuknya intern
Aku tidak mahu menggunakan
Sebarang pengaruh.. Kerana usaha sendiri
Bagiku lebih diberkati.. InshaAllah..
Isnin, 16 September 2024
SALAM MAULIDUR RASUL
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ya Rasulullah
Nabi junjungan umat manusia
Rasul teragung sepanjang zaman
Akhlak terbilang yang mengangkat martabat dan kekuatan agama Islam