Akhir 2023
Aku jejakkan kaki
Di rumah pusaka
Orang tuaku
Mudah2an ada sesuatu
Yang baik buat Kami
Pada 2024
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Ahad, 31 Disember 2023
ZIARAH RUMAH PUSAKA MENJELANG 2024
Ahad, 24 Disember 2023
ANJAKAN PARADIGMA DAN AZAM 2024
Beberapa hari menjelang 2024 masehi
Aku masih perlu segera
Bertindak lebih pantas
Supaya memasuki 2024 tanpa tugasan yang mengejar
Antara anjakan paradigma
Yang perlu aku buat pada 2024
Adalah untuk lebih ke depan dan mengejar tugasan
Agar aku tidak terbeban dikejar tugasan
Aku pada hari ini mungkin tidak sebaik dulu
Namun.. Bagiku..Apa jua perlukan usaha
Ya..usaha untuk merubah segala kelemahan
Disertai dengan tindakan yang lebih matang
Tugasan akan terus hadir
Mahu atau tidak ia akan terus hadir
Selagi masih bergelar pekerja
Tiada jalan lain kecuali hadapi dengan kekuatan minda
Ya Allah..
Hambamu ini amat perlukan pertolonganmu
Kurniakan aku kesihatan dan kekuatan
Rohani dan jasmani..
Agar dapat terus menyumbang sebagaimana diperlukan
Tanpa perlu menyebabkan seseorang dibebankan
Walaupun ada kalanya memerlukan pengorbanan
Dan ada kalanya merubah pendirian..
Semoga aku kekal sebagaimana aku..
Semoga Allah merahmati segala usahaku
Semoga hari-hari mendatang lebih cerah
Semoga aku menjadi lebih baik
Rabu, 20 Disember 2023
KEPERLUAN AWAL UNTUK PERANCANGAN 2024
Alhamdulillah..
Menjelang berlabuhnya 2023
Aku telah mencapai sasaran
Bagi tugas rasmiku..
Mudah2an Allah beriku ilham
Untuk memperkemaskan perancangan
Tahun 2024 yang akan menjelang dalam 10 hari lagi
Insha Allah..
Ahad, 10 Disember 2023
9 DISEMBER 2023. SEMOGA USIA DIBERKATI
Genap setengah abad
Kehidupan Su di alam dunia
Semoga segalanya diberkati Allah..
Semoga kekal sihat dan dipermudahkan urusan
Ambil Izzul selepas zohor
Kami berkumpul bersama keluarga Kak Kati
Juga keluarga mak su
Sambil ber BBQ
Semoga urusan kami semua dipermudah
Insha Allah..
Khamis, 30 November 2023
ADA KALANYA AKU PERLU MEMILIH YANG MANA LEBIH UTAMA ANTARA YANG UTAMA
Tanggal 28 dan 29 November
Aku berada dalam 'preview' ilmu
Pada 2 hari berturut-turut
Aku sedar apa sebenarnya
Kelemahan diri ini
Ya..
Semenjak dibangku sekolah lagi
Cikgu berpesan
Learn.. and Practice..
Practice makes perfect
Aku harus mencari alternatif
Untuk aku melabur sehingga 3-5k tu
Aku harus timbangkan ia semula
Apatah lagi dengan keperluan masa
Persis usahaku selama 2 tahun untuk MPS ku
Aku harus tuju sasaran itu
Namun dengan mencari jalan lain
Ya.. jalan lain
Kerana semua itu memerlukan tekad yang kuat
Insha Allah.. akan ku usahakan
Amiinn
Selasa, 28 November 2023
AKAN KU TERUSKAN MOMENTUM INI
Aku sedar kelemahan diri ini
Selalu banyak beralah
Sangat menghormati seseorang
Dan hasilnya kelebihan pada diri
Aku pendamkan
Dengan momentum bersarjana ini
Aku mahu terus meneroka
Mencari sesuatu yang dapatku
Mengatasi keterbatasan diri ini
Langkah 1000 bermula dengan langkah pertama
Ya.. aku harus buangkan sikap itu
Sikap aku yang banyak mengongkong
Keupayaan diri untuk ke hadapan
Ya.. Aku banyak mengalah sebelum mencuba
Kali ini aku akan cuba mengatasi kelemahan ini
Ya aku akan atasi satu per satu
Kerana aku yakin akan diri ini
Dengan berdoa dan berharapan
Agar Allah SWT berikan kesihatan ini
Semoga usaha dan tekadku
Dipermudahkan oleh Allah SWT
Semoga niatku mendapat kekuatan
Serta mendapat berkat dan kemudahan
Dari yang maha Esa..
Amiinn Ya Rabbal Aalaamiinn..
Khamis, 23 November 2023
23.11.23 - HAMPIR SEMINGGU SEUSAI PENGANUGERAHAN MPS
Terlebih dahulu
TAHNIAH buat diriku
Atas kejayaan memperolehi MPS
Alhamdulillah.. Syukurku kepada Allah SWT
Yang memberikanku kekuatan ini
Dan merealisasikan niatku ini
Juga penghargaan dan kasih sayang buat keluargaku
Khususnya buat isteri dan anak-anak
Yang banyak memahami situasiku
Selama bergelar mahasiswa
Dari Oktober 2021 hingga Julai 2023
Kini masa sepenuhnya untuk keluarga
Untuk anak-anak mengejar cita-cita mereka
Aku hanya perlu kekalkan prestasi
Juga tingkatkan kembali ibadahku
Kerana dunia adalah jalan untuk ke akhirat
Dan Akhirat adalah destinasi sebenar kita
Alhamdulillah..
Hari ini tanggal 23.11.23
Aku akan kekalkan ketenangan ini
Dengan semangat MPS yang baru dianugerahkan
Ya.. aku harus kekal professional..
Agar setimpal dengan usaha selama 2 tahun ini
Juga usaha aku dan keluarga ber Konvo ke JB
Dengan cabaran melayan karenah Iman
ALHAMDULILLAH..
Sabtu, 11 November 2023
11.11.23 BMF GLOBAL - ISTIQAMAH ADALAH JIHAD SOLIDARITI BUAT GAZA
AKU GAGAHKAN KAKI INI
DENGAN DITEMANI IZZUL
BERGERAK KE MALAKAT MALL CYBERJAYA
WALAUPUN HATI KECIL AGAK KECEWA
DENGAN SEMANGAT BERMUSIM
NAMUN JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI..???
AKU SEMEMANGNYA MENGIKUTI
SEMANGAT BANGSAKU INI
BERSEMARAK DAN BERKOBAR PADA 2019
NAMUN DIRUNTUN TATKALA COVID-19 HADIR
DAN BERMULALAH CABARAN JATI DIRI
DALAM PLATFORM MEDIA SOSIAL
AKU AKAN KEKAL NEUTRAL
WALAU PUN AKU NAMPAK
ADA KELEMAHAN DI KEDUA-DUA PIHAK
DALAM KEKAL UNTUK BERISTIQAMAH
NAMUN YANG HILANG KESABARAN
KECUNDANG MENGUNDUR DIRI
SEMOGA PERCUBAAN KALI INI
DENGAN MENGAMBIL SEMANGAT AL-QUDS
ALLAH BERIKAN KEMUDAHANNYA
UNTUK BANGSAKU KEKAL ISTIQAMAH
ATAS DASAR AGAMA DAN DEMI PERJUANGAN
SAUDARA KU DI GAZA SANA
ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR...
Selasa, 17 Oktober 2023
YA ALLAH YA TUHANKU.. BERIKU KEKUATAN SEBAGAIMANA PERNAH KAU KURNIAKAN DALAM DIRI INI
Aku sedar kekuatan psikologi
Yang menjadi kelebihanku
Kini semakin pudar
Aku kini semakin hilang 'fighting spirit'
Hari2ku hanya bagaikan melihat arus
Arus pasang dan surut
Yang bergerak mengikut haluan
Terkadang menjadi perlahan kerana menunggu giliran
Terkadang terus bergerak mengikut arus kebanyakan
Tanpa kekuatan untuk meningkatkan kelajuan
Hari2ku hanya menempuh apa yang datang
Tanpa cuba mengelak dan tanpa cuba menentang
Walau aku sedar apa sebenarnya kelemahan ini
Namun aku seolah hilang kekuatan diri
Untuk segera melakukan pelan kontigensi
Ya Pelan Kontigensi..
Aku yang telah tertinggal 200 km dibelakang
Namun masih berjalan dengan kelajuan 5 km sejam
Berbanding tugasan yang bergerak 20 km sejam
Sepatutnya dengan Pelan Kontigensi
Aku telah berlari dengan kelajuan melebihi 20 km sejam
Atau mencari apa jua teknologi membantuku bergerak laju
Disamping kembali mengejar jarak yang aku tertinggal
Seterusnya aku akan mendahului tugasan mendatang
Ya.. Aku perlu segera drafkan Pelan Kontigensi
Aku perlu ISTIQAMAH
Aku perlu laksanakan Pelan Kontigensi
Jika tidak aku akan semakin jauh ketinggalan
Dan sehingga aku sukar mengejarnya semula
Ya Allah..
Kau perkenankan hajat hambamu
Ya Allah..
Kau Maha Mengetahui akan segalanya
AMIINN YA RABBAL ALAMIINN
Semoga Allah pelihara Kak Mona dan Abang Mus..
Dua insan yang juga seperti insan2 lain..
Mempunyai kelemahan dalam menjalani kehidupan di dunia ini..
Semoga seminggu ini cukup menyedarkan akan kekhilafan diri mereka..
Ya Allah.. Ampunilah mereka kerana kekurangan yang ada pada mereka
Mereka bukanlah insan yang 'bodoh' namun kerana kekurangan ilmu mereka terpaksa menanggung akibat dari musibah yang aku sendiri belum tahu akan kebenarannya... Hanya Allah Maha Mengetahui akan segalanya...
Mudah2an apa yang berlaku menjadi asbab kebaikan buat mereka dan kami semua... Dalam menjalani sisa kehidupan didunia yang fana ini..
Cucurilah rahmat atas roh mereka yang telah pergi..
Semoga ditempatkan mereka dikalangan penghuni syurga..
AMIINN YA RABBAL ALAMIINN..
Rabu, 20 September 2023
SELAMAT HARI LAHIR AINA KE-24
Jumaat, 8 September 2023
TATKALA SETIAP SAAT AMAT BERHARGA
Bulan Julai tahun ini adalah terpaling sibuk bagiku
Mungkin seumur hidupku..
Inilah kali pertama aku rasakan tekanan yang teramat
Dengan kesibukan tugas rutin..
Aku dikejar tak cukup tanah dengan due date MPS
3-5 Julai sibuk dengan Audit SIRIM
Sebaliknya CTR aku bagi penulisan MP bagai tidak wujud
Ya.. memang aku sukar untuk ambil peluang yang diberikan
Walaupun layak namun aku lebih perlu utamakan tugas hakiki
Walaupun akhirnya aku hampir terduduk dengan kesibukanku
13 Julai due MP2..
16 Julai due PMA Entrepreneurship
Memang tak tergambar betapa mental aku sangat teruji
Hanya Allah tempat aku berharap
Tiada lain dapat membantuku..
Namun aku juga harus berterima kasih
Atas keprihatinan pensyarah2
Aku tahu bahawa mereka juga memahami situasiku
Manakan pelajar seusiaku mampu menghadapinya sendirian..
Juga classmate yang banyak jasa mereka..
Seusai semua tugasan aku hantar..
Aku rasakan ketenangan yang ketara..
Terasa kehidupanku beransur normal..
Malahan aku beroleh masa berharga bersama keluarga
ALHAMDULILLAH.. SYUKURKU KEPADA ALLAH SWT..
6-7 Ogos aku ke Kuching..
Bagi tugasan ceramah
Banyak peristiwa di sana walaupun seketika
Tambahan dengan keseorangan melayan kaki ini
Hingga ke jambatan Satok..
10 Ogos pula bersama Su dan Baby daftar U
Bagi program yang Baby sendiri idamkan
Mudah2an asbab kebaikan buat keluarga
Walaupun dugaan bateri keretaku
Namun.. Allah telah tentukan sedikit ujian buatku
Seterusnya hujung minggu yang sibuk..
Mulai 19 Ogos aku sekeluarga pulang BS
Untuk ke SP hadir majlis anak Azian..
Layan jem untuk terus pulang ke KL
Bersama Hj H dalam majlis anaknya
Diikuti dengan kenduri anak Rusli di AS
Serta adik ipar Khalil di PB
Pada tanggal 27 Ogos
Walaupun penat namun aku berpuas hati
Untuk memenuhi niat Rusli dan Khalil..
2-3 Ogos aku dan keluarga ke Muar
Sempat melihat keadaan Ardila di KMJ
Serta terjebak dalam kesibukan kempen PRN
Namun aku bersyukur berjaya berjumpa Wan Affandy
Untuk sekian kalinya.. ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH...SYUKUR KEPADA ALLAH ATAS SEGALANYA
Hampir 2 bulan aku membisu
Membisu dari coretan blogku ini
Namun pelbagai peristiwa pahit manis
Yang aku perlu catatkan
Supaya aku kekal dan bersemangat
Apatah lagi setelah mendapat kelulusan senat
Untuk bergraduan sarjana..
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR YA ALLAH..
Aku ingat lagi kelas terakhir MPS pada 9 Julai 2023
Bersamaan hari ulangtahun kelahiranku
Berselang 1 hari dengan Dr Liza..
Kemudian sebaik satu persatu PMA aku kemukakan
Dan akhirnya MP ku...
Walau aku rasakan kemampuan yang semakin menurun..
Namun.. aku berjaya akhirnya..
Tarikh 5 Sept. 2023 Senate meluluskan graduasiku
Aku secara rasminya dianugerahkan MPS mulai 15 Ogos 2023..
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR YA ALLAH..
Rabu, 19 Julai 2023
SALAM 1 MUHARAM 1445 HIJRAH
Melangkah ke tahun baharu 1445H
Hati ini berbelah bahagi
Peluang selama 2 tahun
Bagiku tidak sepenuhnya aku ambil
Aku yakin aku boleh menjadi lebih baik
Namun ketentuan Allah adalah segalanya..
Aku harus sedar akan kelemahan diri
Kekuatan mental belum tentu bersama kekuatan fizikal
Segalanya atas ketentuanNya
Kita hanya mampu merancang
Kita hanya mampu menginginkan
Namun Allah penentu segalanya
Walau apapun..
Aku bersyukur dengan pencapaian diri ini
Walau perjalanan penuh onak dan duri
Aku kekalkan tekad untuk menempuhnya
Bagiku.. kekuatan mental harus kekal kuat
Kerana 'JALAN INI AKU YANG MEMILIHNYA'
Tiada siapa memilih untukku..
Mengapa untuk aku terus mengeluh..
Oktober 2021..
Aku mulakan perjalanan berliku ini
Walaupun sesekali semangat seakan hilang
Tatkala sumber kekuatanku telah pergi meninggalkanku..
Abah pulang ke rahmatullah pada 15 November 2020
Mak juga turut bersama abah pada 2 Mei 2021
Aku jatuh ditimpa tangga..
Sumber inspirasi dan kekuatanku telah tiada
Perlahan lahan aku kuatkan semangat ini..
Redha dengan ketentuanNya..
Hanya doa ku panjatkan buat mereka yang terdahulu pergi
Semoga syurga tempatnya
Selasa, 18 Julai 2023
ALHAMDULILLAH.. SEMOGA HIJRAH MEMBAWA ASBAB BAIK BUAT KELUARGAKU
Hari ini 29 Zulhijjah
Hari terakhir tahun 1444H
Menjelang tahun baharu Hijrah 1445H
Semoga asbab kebaikan buatku dan keluarga
Mudah-mudahan MPS ku dipermudahkan
Walaupun aku menyudahkan tugasan akhir
Dengan segala macam kesibukan
Namun.. sekadar itu kemampuanku..
Dengan segala macam kesibukan harian
Kerja.., keluarga..dan pelajaran
Hingga aku rasakan seolah
Aku tidak berpijak dibumi nyata
Mudah-mudahan langkahku kian kemas
Dengan status bersarjana..
Walau lewat namun aku gagahi jua
InshaAllah.. jika ada kekuatan untuk phd..
Anak-anak juga masih jauh perjalanan mereka
Baby juga direzekikan Allah
Dengan keputusan cemerlang SPM
Juga tawaran yang dihajati..
Mudah-mudahan pilihan Baby tepat..
InshaAllah..
Ya Allah..
Akhir tahun 1444H ini
Aku bersyukur dengan kurnia dan rahmatmu
Semoga aku dan keluarga semakin maju dan berjaya
Semoga kami terus dipelihara dan dipermudahkan urusan..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Ahad, 9 Julai 2023
ALLAH SELAMATKAN AKU... ALLAH SELAMATKAN AKU... ALLAH SELAMATKAN HAMBAMU INI... ALLAH SELAMATKAN AKU...
9 Julai 2023 bersamaan 20 Zulhijjah 1444
Bertambahlah angka usiaku..
Dikala ini aku masih bergelumang
Bagi menyiapkan tugasanku..
Ya Allah...
Aku memilih jalan ini..
Tiada alasan bagiku untuk bermalasan..
Tiada alasan bagiku untuk menyalahkan sesiapa..
Kerana aku yang memilih..
Aku memohon agar perjalanan ini dipermudahkan..
2 minggu yang amat memeritkan
Untuk aku menyelesaikan tugasan ini
MP2 ku.., PMA ku..
Malahan esok seharian kelas di KL
Semoga ianya satu yang bakal memberiku
Suatu perkara yang akan merubah kehidupanku..
Semoga pelajaranku kali ini
Akan memberiku satu semangat
Dalam menghadapi usia persaraanku..
Semoga aku kekal bersemangat dan fokus
Ya Allah.. kurniakanku kesihatan berpanjangan
Untuk aku memberikan manfaat titik peluhku
Buat keluarga, adik beradik, saudara mara
Masyarakat, rakan sekerja..
Sabtu pagi hingga petang tadi
Aku dan keluarga bersama Baby..
Untuk program penilaian YTD di UNIKL
Serta hadir ke majlis kahwin anak Pn Haslina..
Semoga asbab kebaikan buatku dan keluarga
Semoga kejayaaan buat Baby..
Semoga anak dan menantu Pn Haslina berbahagia
Dan kekal hingga akhir hayat..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..