Khamis, 30 November 2023

ADA KALANYA AKU PERLU MEMILIH YANG MANA LEBIH UTAMA ANTARA YANG UTAMA

Tanggal 28 dan 29 November
Aku berada dalam 'preview' ilmu
Pada 2 hari berturut-turut
Aku sedar apa sebenarnya 
Kelemahan diri ini

Ya.. 
Semenjak dibangku sekolah lagi
Cikgu berpesan
Learn.. and Practice..
Practice makes perfect

Aku harus mencari alternatif
Untuk aku melabur sehingga 3-5k tu
Aku harus timbangkan ia semula
Apatah lagi dengan keperluan masa
Persis usahaku selama 2 tahun untuk MPS ku

Aku harus tuju sasaran itu
Namun dengan mencari jalan lain
Ya.. jalan lain
Kerana semua itu memerlukan tekad yang kuat
Insha Allah.. akan ku usahakan

Amiinn


Selasa, 28 November 2023

AKAN KU TERUSKAN MOMENTUM INI

Aku sedar kelemahan diri ini
Selalu banyak beralah
Sangat menghormati seseorang
Dan hasilnya kelebihan pada diri
Aku pendamkan

Dengan momentum bersarjana ini
Aku mahu terus meneroka
Mencari sesuatu yang dapatku
Mengatasi keterbatasan diri ini
Langkah 1000 bermula dengan langkah pertama

Ya.. aku harus buangkan sikap itu
Sikap aku yang banyak mengongkong 
Keupayaan diri untuk ke hadapan
Ya.. Aku banyak mengalah sebelum mencuba

Kali ini aku akan cuba mengatasi kelemahan ini
Ya aku akan atasi satu per satu
Kerana aku yakin akan diri ini
Dengan berdoa dan berharapan
Agar Allah SWT berikan kesihatan ini

Semoga usaha dan tekadku
Dipermudahkan oleh Allah SWT
Semoga niatku mendapat kekuatan
Serta mendapat berkat dan kemudahan
Dari yang maha Esa..

Amiinn Ya Rabbal Aalaamiinn..   

Khamis, 23 November 2023

23.11.23 - HAMPIR SEMINGGU SEUSAI PENGANUGERAHAN MPS

Terlebih dahulu
TAHNIAH buat diriku
Atas kejayaan memperolehi MPS
Alhamdulillah.. Syukurku kepada Allah SWT
Yang memberikanku kekuatan ini
Dan merealisasikan niatku ini

Juga penghargaan dan kasih sayang buat keluargaku
Khususnya buat isteri dan anak-anak
Yang banyak memahami situasiku
Selama bergelar mahasiswa
Dari Oktober 2021 hingga Julai 2023

Kini masa sepenuhnya untuk keluarga
Untuk anak-anak mengejar cita-cita mereka
Aku hanya perlu kekalkan prestasi
Juga tingkatkan kembali ibadahku
Kerana dunia adalah jalan untuk ke akhirat
Dan Akhirat adalah destinasi sebenar kita 

Alhamdulillah..
Hari ini tanggal 23.11.23
Aku akan kekalkan ketenangan ini
Dengan semangat MPS yang baru dianugerahkan

Ya.. aku harus kekal professional..
Agar setimpal dengan usaha selama 2 tahun ini
Juga usaha aku dan keluarga ber Konvo ke JB
Dengan cabaran melayan karenah Iman

ALHAMDULILLAH..





(Dalam melayan karenah Iman...)


(Ada kesah bersejarah.. disebaliknya..)

(Terima kasih K Su..)

(Terima kasih Siti.. Kedua snapshot ni aku baru perasan bila playback video konvo di FB)




Sabtu, 11 November 2023

11.11.23 BMF GLOBAL - ISTIQAMAH ADALAH JIHAD SOLIDARITI BUAT GAZA

AKU GAGAHKAN KAKI INI
DENGAN DITEMANI IZZUL
BERGERAK KE MALAKAT MALL CYBERJAYA
WALAUPUN HATI KECIL AGAK KECEWA
DENGAN SEMANGAT BERMUSIM
NAMUN JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI..???

AKU SEMEMANGNYA MENGIKUTI
SEMANGAT BANGSAKU INI
BERSEMARAK DAN BERKOBAR PADA 2019
NAMUN DIRUNTUN TATKALA COVID-19 HADIR
DAN BERMULALAH CABARAN JATI DIRI

DALAM PLATFORM MEDIA SOSIAL
AKU AKAN KEKAL NEUTRAL
WALAU PUN AKU NAMPAK
ADA KELEMAHAN DI KEDUA-DUA PIHAK
DALAM KEKAL UNTUK BERISTIQAMAH
NAMUN YANG HILANG KESABARAN
KECUNDANG MENGUNDUR DIRI

SEMOGA PERCUBAAN KALI INI
DENGAN MENGAMBIL SEMANGAT AL-QUDS
ALLAH BERIKAN KEMUDAHANNYA
UNTUK BANGSAKU KEKAL ISTIQAMAH
ATAS DASAR AGAMA DAN DEMI PERJUANGAN 
SAUDARA KU DI GAZA SANA

ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... 


Selasa, 17 Oktober 2023

YA ALLAH YA TUHANKU.. BERIKU KEKUATAN SEBAGAIMANA PERNAH KAU KURNIAKAN DALAM DIRI INI

Aku sedar kekuatan psikologi 
Yang menjadi kelebihanku 
Kini semakin pudar
Aku kini semakin hilang 'fighting spirit'

Hari2ku hanya bagaikan melihat arus
Arus pasang dan surut 
Yang bergerak mengikut haluan
Terkadang menjadi perlahan kerana menunggu giliran
Terkadang terus bergerak mengikut arus kebanyakan
Tanpa kekuatan untuk meningkatkan kelajuan

Hari2ku hanya menempuh apa yang datang
Tanpa cuba mengelak dan tanpa cuba menentang
Walau aku sedar apa sebenarnya kelemahan ini
Namun aku seolah hilang kekuatan diri
Untuk segera melakukan pelan kontigensi

Ya Pelan Kontigensi..
Aku yang telah tertinggal 200 km dibelakang
Namun masih berjalan dengan kelajuan 5 km sejam
Berbanding tugasan yang bergerak 20 km sejam

Sepatutnya dengan Pelan Kontigensi
Aku telah berlari dengan kelajuan melebihi 20 km sejam
Atau mencari apa jua teknologi membantuku bergerak laju
Disamping kembali mengejar jarak yang aku tertinggal

Seterusnya aku akan mendahului tugasan mendatang

Ya.. Aku perlu segera drafkan Pelan Kontigensi
Aku perlu ISTIQAMAH
Aku perlu laksanakan Pelan Kontigensi
Jika tidak aku akan semakin jauh ketinggalan
Dan sehingga aku sukar mengejarnya semula

Ya Allah..
Kau perkenankan hajat hambamu
Ya Allah..
Kau Maha Mengetahui akan segalanya
AMIINN YA RABBAL ALAMIINN

Semoga Allah pelihara Kak Mona dan Abang Mus..
Dua insan yang juga seperti insan2 lain..
Mempunyai kelemahan dalam menjalani kehidupan di dunia ini..
Semoga seminggu ini cukup menyedarkan akan kekhilafan diri mereka..
Ya Allah.. Ampunilah mereka kerana kekurangan yang ada pada mereka
Mereka bukanlah insan yang 'bodoh' namun kerana kekurangan ilmu mereka terpaksa menanggung akibat dari musibah yang aku sendiri belum tahu akan kebenarannya... Hanya Allah Maha Mengetahui akan segalanya...
Mudah2an apa yang berlaku menjadi asbab kebaikan buat mereka dan kami semua... Dalam menjalani sisa kehidupan didunia yang fana ini..
Cucurilah rahmat atas roh mereka yang telah pergi..
Semoga ditempatkan mereka dikalangan penghuni syurga..
AMIINN YA RABBAL ALAMIINN..

Rabu, 20 September 2023

SELAMAT HARI LAHIR AINA KE-24

20 September 2023
Genap ulang tahun kelahiran Aina ke-24
Semoga Allah berikan kesihatan
Dilindungi dari segala musibah
Dan dipermudah akan segala urusan


Jumaat, 8 September 2023

TATKALA SETIAP SAAT AMAT BERHARGA

Bulan Julai tahun ini adalah terpaling sibuk bagiku
Mungkin seumur hidupku..
Inilah kali pertama aku rasakan tekanan yang teramat
Dengan kesibukan tugas rutin..
Aku dikejar tak cukup tanah dengan due date MPS

3-5 Julai sibuk dengan Audit SIRIM
Sebaliknya CTR aku bagi penulisan MP bagai tidak wujud
Ya.. memang aku sukar untuk ambil peluang yang diberikan
Walaupun layak namun aku lebih perlu utamakan tugas hakiki
Walaupun akhirnya aku hampir terduduk dengan kesibukanku

13 Julai due MP2..
16 Julai due PMA Entrepreneurship
Memang tak tergambar betapa mental aku sangat teruji
Hanya Allah tempat aku berharap
Tiada lain dapat membantuku..

Namun aku juga harus berterima kasih
Atas keprihatinan pensyarah2
Aku tahu bahawa mereka juga memahami situasiku
Manakan pelajar seusiaku mampu menghadapinya sendirian..
Juga classmate yang banyak jasa mereka..

Seusai semua tugasan aku hantar..
Aku rasakan ketenangan yang ketara..
Terasa kehidupanku beransur normal..
Malahan aku beroleh masa berharga bersama keluarga
ALHAMDULILLAH.. SYUKURKU KEPADA ALLAH SWT..

6-7 Ogos aku ke Kuching..
Bagi tugasan ceramah
Banyak peristiwa di sana walaupun seketika
Tambahan dengan keseorangan melayan kaki ini
Hingga ke jambatan Satok..

10 Ogos pula bersama Su dan Baby daftar U
Bagi program yang Baby sendiri idamkan
Mudah2an asbab kebaikan buat keluarga
Walaupun dugaan bateri keretaku 
Namun.. Allah telah tentukan sedikit ujian buatku

Seterusnya hujung minggu yang sibuk..
Mulai 19 Ogos aku sekeluarga pulang BS
Untuk ke SP hadir majlis anak Azian..
Layan jem untuk terus pulang ke KL
Bersama Hj H dalam majlis anaknya

Diikuti dengan kenduri anak Rusli di AS
Serta adik ipar Khalil di PB
Pada tanggal 27 Ogos
Walaupun penat namun aku berpuas hati
Untuk memenuhi niat Rusli dan Khalil..

2-3 Ogos aku dan keluarga ke Muar
Sempat melihat keadaan Ardila di KMJ
Serta terjebak dalam kesibukan kempen PRN 
Namun aku bersyukur berjaya berjumpa Wan Affandy
Untuk sekian kalinya.. ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH...SYUKUR KEPADA ALLAH ATAS SEGALANYA

Hampir 2 bulan aku membisu
Membisu dari coretan blogku ini
Namun pelbagai peristiwa pahit manis
Yang aku perlu catatkan
Supaya aku kekal dan bersemangat
Apatah lagi setelah mendapat kelulusan senat
Untuk bergraduan sarjana..
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR YA ALLAH..

Aku ingat lagi kelas terakhir MPS pada 9 Julai 2023
Bersamaan hari ulangtahun kelahiranku
Berselang 1 hari dengan Dr Liza..
Kemudian sebaik satu persatu PMA aku kemukakan
Dan akhirnya MP ku...
Walau aku rasakan kemampuan yang semakin menurun..
Namun.. aku berjaya akhirnya..
Tarikh 5 Sept. 2023 Senate meluluskan graduasiku
Aku secara rasminya dianugerahkan MPS mulai 15 Ogos 2023..
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR YA ALLAH..

Rabu, 19 Julai 2023

SALAM 1 MUHARAM 1445 HIJRAH

Melangkah ke tahun baharu 1445H
Hati ini berbelah bahagi
Peluang selama 2 tahun 
Bagiku tidak sepenuhnya aku ambil

Aku yakin aku boleh menjadi lebih baik
Namun ketentuan Allah adalah segalanya..
Aku harus sedar akan kelemahan diri
Kekuatan mental belum tentu bersama kekuatan fizikal

Segalanya atas ketentuanNya
Kita hanya mampu merancang
Kita hanya mampu menginginkan
Namun Allah penentu segalanya

Walau apapun..
Aku bersyukur dengan pencapaian diri ini
Walau perjalanan penuh onak dan duri
Aku kekalkan tekad untuk menempuhnya

Bagiku.. kekuatan mental harus kekal kuat
Kerana 'JALAN INI AKU YANG MEMILIHNYA'
Tiada siapa memilih untukku..
Mengapa untuk aku terus mengeluh..

Oktober 2021..
Aku mulakan perjalanan berliku ini
Walaupun sesekali semangat seakan hilang
Tatkala sumber kekuatanku telah pergi meninggalkanku..

Abah pulang ke rahmatullah pada 15 November 2020
Mak juga turut bersama abah pada 2 Mei 2021
Aku jatuh ditimpa tangga..
Sumber inspirasi dan kekuatanku telah tiada

Perlahan lahan aku kuatkan semangat ini..
Redha dengan ketentuanNya..
Hanya doa ku panjatkan buat mereka yang terdahulu pergi
Semoga syurga tempatnya  


Selasa, 18 Julai 2023

ALHAMDULILLAH.. SEMOGA HIJRAH MEMBAWA ASBAB BAIK BUAT KELUARGAKU

Hari ini 29 Zulhijjah
Hari terakhir tahun 1444H
Menjelang tahun baharu Hijrah 1445H
Semoga asbab kebaikan buatku dan keluarga

Mudah-mudahan MPS ku dipermudahkan
Walaupun aku menyudahkan tugasan akhir
Dengan segala macam kesibukan
Namun.. sekadar itu kemampuanku..

Dengan segala macam kesibukan harian
Kerja.., keluarga..dan pelajaran
Hingga aku rasakan seolah
Aku tidak berpijak dibumi nyata

Mudah-mudahan langkahku kian kemas
Dengan status bersarjana..
Walau lewat namun aku gagahi jua
InshaAllah.. jika ada kekuatan untuk phd..

Anak-anak juga masih jauh perjalanan mereka
Baby juga direzekikan Allah
Dengan keputusan cemerlang SPM
Juga tawaran yang dihajati..
Mudah-mudahan pilihan Baby tepat..
InshaAllah..

Ya Allah..
Akhir tahun 1444H ini
Aku bersyukur dengan kurnia dan rahmatmu
Semoga aku dan keluarga semakin maju dan berjaya
Semoga kami terus dipelihara dan dipermudahkan urusan..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 9 Julai 2023

ALLAH SELAMATKAN AKU... ALLAH SELAMATKAN AKU... ALLAH SELAMATKAN HAMBAMU INI... ALLAH SELAMATKAN AKU...

9 Julai 2023 bersamaan 20 Zulhijjah 1444
Bertambahlah angka usiaku..
Dikala ini aku masih bergelumang
Bagi menyiapkan tugasanku..

Ya Allah...
Aku memilih jalan ini..
Tiada alasan bagiku untuk bermalasan..
Tiada alasan bagiku untuk menyalahkan sesiapa..
Kerana aku yang memilih..

Aku memohon agar perjalanan ini dipermudahkan..
2 minggu yang amat memeritkan
Untuk aku menyelesaikan tugasan ini
MP2 ku.., PMA ku..
Malahan esok seharian kelas di KL
Semoga ianya satu yang bakal memberiku
Suatu perkara yang akan merubah kehidupanku..

Semoga pelajaranku kali ini
Akan memberiku satu semangat
Dalam menghadapi usia persaraanku..
Semoga aku kekal bersemangat dan fokus

Ya Allah.. kurniakanku kesihatan berpanjangan
Untuk aku memberikan manfaat titik peluhku
Buat keluarga, adik beradik, saudara mara
Masyarakat, rakan sekerja..

Sabtu pagi hingga petang tadi
Aku dan keluarga bersama Baby..
Untuk program penilaian YTD di UNIKL
Serta hadir ke majlis kahwin anak Pn Haslina..

Semoga asbab kebaikan buatku dan keluarga
Semoga kejayaaan buat Baby..
Semoga anak dan menantu Pn Haslina berbahagia
Dan kekal hingga akhir hayat..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat, 23 Jun 2023

ALHAMDULILLAH... SYUKUR ATAS KEJAYAAN SPM BABY DAN RAKAN2NYA

Alhamdulillah..shukur kepada Allah..
Baby dapat keputusan cemerlang
Dalam SPM 2022..
Tahniah juga buat Muhammad..
Semoga kejayaan akan sentiasa bersama mereka..

Aku juga sangat sibuk dengan studyku
Sampai tahap tekanan yang sangat tinggi
Aku semakin hilang punca untuk simposiumku
Manakan tidak.. saat akhir masih menelaah SPSS..

Sukar aku lalui detik menghadapi simposium..
Persediaan hanya ditahap 60-70%
Aku semakin tertekan..
Hingga aku semakin hilang fokus..
Jam 4.30 pagi aku masih mencari sesuatu..

Pagi tu aku bertolak ke UTM jam 7.30 pagi..
Keadaan perjalanan agak menyebelahiku
Tiba di UTM jam 9.00 pagi..
Aku ke residensi untuk membuat cetakan slide
Aku sampai bilik simposium jam 9.30 pagi

Giliranku selepas Zimi..
Kelihatan aku agak tertekan..
Macam2 berlaku..
Aku hargai teguran Dr Haryati dan Dr Nik..
Aku terima seadanya.. ada kelemahan diri ini..

Panel pada pagi ini sangat professional..
Walaupun agak keras ditegur
Namun ada usaha Dr Wan dan Dr Siti
Yang wajib aku hargai..
Semoga suatu keputusan yang baik buatku..
Aku telah mencuba..   

Khamis, 8 Jun 2023

SEMOGA ALLAH BERIKAN KEJAYAAN BUAT ANAK-ANAK SPM 2022

Semoga keputusan SPM 2022
Yang bakal diperoleh anak-anak
Pada tengahari ini 
Diberikan kejayaan buat semua

Sesungguhnya kejayaan
Adalah suatu anugerah
Dari Allah SWT
Semoga kejayaan buat Nur Fardiyana Izwani..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..


 


Sabtu, 3 Jun 2023

27 MEI - 3 JUN - BERKELANA KE DAEJEON BUAT KALI KE-3

Tepat jam yang sama minggu lalu
Aku 'boarding' Korean Air bersama Tn. Fadzli..
Bagiku.. pengalaman kali ke-3 ke sana,,
Aku boleh lebih tenang..

'Landing' dengan selamat di Incheon
Jam 6.30 pagi waktu Seoul
Jam 5.30 pagi waktu Malaysia..
Tanpa berlengah mencari bas ke Daejeon..

Dalam perjalanan mendengar lecture Dr Liza..
Berkat bantuan Tg Zimi..
Tiba di Government complex.. Tapi akibat kena sergah..
Kami turun di Daejeon Station..

9700 won dengan teksi ke Ramada..
Bilikku 708.. Alhamdulillah..
Petang aku bersendirian menapak mengimbau kenangan..
Sambil menikmati suasana berbunga dalam hujan renyai..

Selama seminggu menjalani rutin sama..
Khamis kami ke Hanbit..
Malamnya dinner di Daejeon
Kembali ke Goverment Complex menaiki bas

Trip kali ini tiada masa banyak terluang
Aku hanya berjaya menaiki subway 2 hari berturut2
Bagi bersama Fadzli mencari fridge magnet..
Alhamdulillah.. Berjaya.

Perjalanan Daejeon ke Incheon bersama kenderaan yang banyak
Seperti di KL manusia berpusu pulang ke kampung
Disini orang pulang ke bandar
Alhamdulillah Singapore Airline jam 11.45 malam

Rabu, 17 Mei 2023

KITA HANYA MAMPU MERANCANG.. ALLAH JUA MAHA MENENTUKAN..

Walau aku dah bermula awal
Namun masih payah untuk kekal
Istiqamah...
Ya Allah..Permudahkanlah urusanku..

Hingga saat ini aku masih berusaha..
Pertamanya.. Puasa 6 Syawal..
Keduanya.. Menyelesaikan pengumpulan data projek MP2..
Ketiganya.. Menyusun kerja harian yang kian meninggi..
Dan ada lagi perkara masih perlukan perhatianku..

Sedikit kelegaan B Full ku berjaya..
Alhamdulillah.. rakan lain juga berjaya..
Setelah l0 tahun aku tangguhkan ulangan
Akibat dulu.. aku catat kurang 6 saat menaiki titi..

Ya Allah..
Beriku semangat dan kekuatan
Baik fizikal dan minda..
Supaya aku terus dapat beristiqamah..
Dalam apa jua perkara.. Ya Allah..

Syawal telah hampir ke penghujungnya..
Namun aku masih gagal untuk kekalkan momentum
Hari ini aku gagal lagi..
Demi memenuhi hajat sahabat-sahabat..
Mudah-mudahan niatku diganjari Ya Allah..

Ya Allah..
Semester ini.. aku harus selesaikan..
Setelah hampir 2 tahun aku bergelumang..
Dengan tugasan pelajaranku..
Beriku kekuatan Ya Allah..
Semoga aku kekal atas landasan yang kukuh..
Untuk berjaya dan manfaatkan ilmuku ini..

Amiinn Ya Rabbal Aalamiinn..


(virtual background yang biasa aku guna..)

(2 jam praktis.. 48 jam menjelang test JPJ..mantain tenang.. Alhamdulillah)