Selasa, 28 Mac 2023

2023 - 1996 GAJI PERTAMAKU BUAT MAK DAN ABAH

27 tahun lalu..
Kali pertama aku menerima gaji
Untuk kerjaya pertamaku
Selepas bergraduasi dari ITM

Seingat aku..
Arwah mak cadangkan
Untuk aku gunakan sebahagian
Untuk majlis pertunanganku

Kini..
Tiba giliranku
Untuk anak-anak mulakan kerjaya
Semoga rezeki Aina mendapat keberkatan
Dan terus berjaya dalam kerjaya
Dan kehidupan dunia dan akhirat

Ini juga bermakna
Umurku kini semakin menuju 
Ke penghujung usia muda
Untuk menjangkau ke usia persaraan

Semoga Allah beriku kesihatan dan keafiatan
Dalam menjalani kehidupan yang berbaki..
Semoga Ramadhan tahun ini terbaik buatku..
Mudah-mudahan direzekikan Lailatul Qadar..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Isnin, 20 Mac 2023

27 SYA'BAN.. BEBERAPA HARI MENJELANG RAMADHAN 1444H

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
2 malam menjelang Ramadhan
Semoga amalanku.. keluargaku 
Yang terbaik dari tahun terdahulu..

Semoga Ramadhan tahun ini
Kami imarahkan pengisian
Dengan amalan yang sebaiknya
Semoga Allah memberkati niat ini

Semoga Allah kurniakan
Ketenangan hati.., kemantapan fikiran..,
kekuatan tubuh badan..kecerahan hati..
kesempurnaan fikiran dan ketinggian budi..

SALAM RAMADHAN 1444H    

Jumaat, 10 Mac 2023

SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSANKU.. AMBIL UJIAN BERSAMA ANAK MUDA

Apa jua aku lakukan..
Demi pembelajaran sepanjang hayat..
Esok pagi aku akan menghadapi ujian
Yang sepatutnya aku selesaikan 10 tahun yang lalu...

Itu kelemahan diri yang ketara..
Tidak ambil serius untuk menyelesaikan sesuatu
Yang sepatutnya tidak perlu untuk aku laluinya
Sekarang ini...

Namun..
Bagiku ianya ketentuan dari Allah swt..
Segala perancangan kita..
KetentuanNya adalah yang terbaik..

InsyaAllah..
Semoga aku kekal fokus kali ini..
Faktor umur bukan halangan untukku
Dalam apa jua pencarian ilmu..
Dan demi meningkatkan kualiti diri ini..

Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku..
Juga keluargaku.. adik-adikku..
Saudara maraku.., sahabat-sahabatku.., jiran-jiranku..
Semoga kejayaan buat yang berusaha..
InshaAllah..

Khamis, 2 Mac 2023

SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN ILMU DI SGS

Kertas peperiksaan SPM berbaki 
Semoga Baby kekal fokus
Dan istiqamah dalam perjuangan
Mudah-mudahan kejayaan mengiringi usaha
Doa dan Tawakkal kepada Allah SWT

SPM adalah permulaan
Dalam perjalanan karier
Dalam mendapatkan pengiktirafan
Sebagai pasport pengajian tinggi

Semoga Allah memberkati 
Usaha Baby selama 5 tahun di SGS
Semoga ilmu diredhai para guru
Semoga diganjari jasa semua
Guru-guru dan ibu bapa
Yang banyak berjasa buat anak-anak

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Isnin, 20 Februari 2023

SEMOGA DIPERMUDAHKAN MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM - BABY

Semoga dipermudahkan
Segala urusan Baby
Semoga diberikan ketenangan
Dan diberkati usaha 
Semoga diberikan kesihatan
Dalam menghadapi SPM 2023

Juga dipanjangkan buat semua
Anak saudara.. Muhammad, Adila..
Dan semua anak-anak sahabat2, jiran2
Dan semua anak-anak yang menghadapinya

Ya Allah.. aku hambamu yang lemah..
Aku berdoa agar dikurniakan segala kebaikan
Buat anakku.. dan semua anak-anak
Berikan kekuatan fikiran dan kesihatan tubuh badan..
Berikan ketenangan buat anak-anak
Hanya Kau maha berkuasa atas segalanya..

Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..






Ahad, 22 Januari 2023

SALJI TURUN PADA HARI PULANG

Alhamdulilah..

Allah rezekikanku merasai 

Suasana salji turun di Vienna

Aku jadi teruja seawal pagi ini

Namun aku harus pulang

Hari ini Sabtu 21 Januari 2023

Hari lahir Izzul ke 21

Semoga Izzul berjaya dunia akhirat


(Rumah papan bersebelahan apartment)


(Sesudah subuh aku bersiap demi menyelami salji sulung)


(orang lain masih tidur.. aku sudah berlegar mengharung salji)

Jumaat, 20 Januari 2023

CUACA SEJUK DI VIENNA

 Hari ini Jumaat 20.1.2022
ESok Birthday Izzul.

Sabtu, 14 Januari 2023

STRESS MAKSIMUM.. 3 ASSIGNMENT + SLIDE PRESENTATION + WORKSHOP PREPARATION

Masih awal tahun..
Namun minggu pertama ini
Stress di tahap maksimum
Hasil dari tugasan MPS yang belum selesai

Namun aku perlu kekal fokus
Aku yakin pada diri ini
Walaupun hasil kerjaku akan selalu bergantung
Kepada tahap stressku

Semoga menjelang semester akhir ini
Akanku perbaiki kelemahan diri
Aku perlu paksa diri ini
Daripada berada dalam 2 keadaan... 
Lebih baiklah aku pilih untuk berada di tengah..

Aku kerap stress menjelang due
Namun aku akan sangat tenang
Sebaik submit semasa due
Dan kembali stress menjelang due

Apa kata untuk kali ini
Aku kekalkan momentum
Dari awal tugasan hinggalah sebelum due
Aku perlu setkan due aku sendiri
Ya.. Aku perlu setkan masa bertenang untuk diri ini..

Inshaa Allah..
Semoga Allah perkenankan azam tahun baharu aku ini..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

* Sambil menyiapkan beg untuk ke Vienna.
* Semoga dipermudahkan perjalanan ini..Ya Allah..

Ahad, 1 Januari 2023

SELAMAT TAHUN BAHARU... SELAMAT DATANG 2023

Jam 12.05 minit malam
Di luar sana berdentum dentam
Suasana bingit dengan bunyi mercun dan bunga api
Keraian oleh rakyat Malaysia
Juga serata dunia..

Jika ketika ini berada diudara
Dengan terbang bergerak menuju barat
Setiap detik dan akan kelihatan
Tidak putus-putus dentuman bunga api

Selamat Tahun Baharu 2023 Masehi
Semoga Allah peliharaku.. keluargaku..
Adik beradikku..saudara maraku..guru guruku..
Jiran jiranku.., sahabat sahabatku..
Dan semua umat Islam dimana jua berada

Semoga Allah pelihara roh mereka
Yang jua telah meninggalkan kami semua
Kedua mak dan abah.., mak mertua dan pak mertua..
Nenek moyang.., saudara mara.. sahabat taulan..
Jiran tetangga.. dan semua muslimin dan muslimat

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..


Sabtu, 31 Disember 2022

1 JAM LAGI UNTUK 2022 MENINGGALKANKU

Jam 11.00 malam, 31 Disember 2022
Tepat 1 jam sebelum 2022 Masehi 
Melabuhkan tirai..
Dengan seribu kisah suka dan duka
Namun semuanya atas ketentuan dariNya jua..

Malam ini aku berusaha melakukan sesuatu
Walaupun ianya disaat akhir
Namun mudah-mudahan
Ada kebaikannya untuk aku dan keluarga
Sebaliknya..aku kelihatan kurang perancangan..

Semoga Allah kuatkan azamku
Untuk perbaiki apa jua kelemahan
Khususnya dalam hal agamaku.. hal keluargaku..
Hal kerjayaku.. Hal pengajianku..
Semoga aku kekal istiqamah..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..  



Selasa, 27 Disember 2022

MENGEJAR ATAU DIKEJAR OLEH MASA?

Tahun 2022 berbaki 4 hari
Sebelum tirainya berlabuh
Meningggalkan aku yang masih sibuk
Sibuk dari setiap sudut kehidupanku...

Malam tadi kurang beberapa minit
Ke jam 12 tengah malam
Aku pulang dari menziarahi kampungku
Kesempatan yang ada aku ambil dengan bermakna

Walaupun aku terkejar pulang
Hinggakan terlupa menziarahi pusara mak abah
Semoga dicucuri rahmat atas roh
Kedua mak dan abah.. juga anak saudaraku Damia...

Semoga diberikan ketenangan disana
Ya Allah.. berikan ganjaran syurga 
Buat mak dan abahku, abangku, nenek moyangku..
Semua sandara mara, sahabat dan semua saudara islamku..

Sesungguhnya kami semua juga akan ke sana..
Semoga husnul khatimah sentiasa menjadi zikir buat kami
Kami yang tinggal terus menyaksikan perjalanan dunia ini
Semoga Allah pelihara islam atas muka bumi ini... 

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat baru berlalu.. aku penuhkan masa
Untuk bersiap pulang ke utara
Ambil Izzul di UiTM.. 
Namun pulang dengan lebuhraya yang mulai sesak

Sabtu.. sebaik semuanya sedia..
Kami meraikan majlis kenduri kahwin di Cheras
Selepas solat.. sekitar jam 2.00 petang
Kami terus melalui KL menuju utara

Sepanjang jalan bersulam kenderaan yang sesak 
Bertali arus juga dengan tujuan yang tersendiri
Apa yang pasti semuanya memanfaatkan cuti
Sama ada pulang menziarahi orang tua, menghadiri majlis..
Mahupun sekadar bercuti membawa keluarga bermusafir

Aku hanya singgah menjamah kue tiow dan terus ke utara
Malam ini aku menumpang rumah adikku Heri..
Hasrat melihat gelagat peraih berbisik pagi esoknya
Namun tidak berhasil dek nelayan menuju ke Kedah
Sedangkan aku di seberangnya.. Pulau Pinang..

Ahad aku sama-sama keluarga dan sepupu di majlis
Perkahwinan anak Abang Kri
Selesai.. petang kami makan mee udang
Malam makan durian pula..

Isnin aku singgah rumah baru CT
Terus singgah rumah Aat pula
Pulang 111 mengubat rinduku
Ini rumah pusaka kami adik beradik..
Rumah hasil 22 tahun titik peluh arwah abah

Selepas asar kami bergerak pulang
Singgah jumpa Abg Arih.., mak lang.., Jat pun ada..
Singgah lunch jam 3.45 petang
Cari pekasam dan belanak masin
Dari pasar BS hingga ke CJ

Sepanjang lebuhraya kenderaan tersangat banyak
Singgah Tapah pun jam hampir 9 malam
Alhamdulillah.. kami sekeluarga selamat sampai
Jam hampir 12 tengah malam..

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz 

Ahad, 18 Disember 2022

'WORLD CUP 2022' PUN DAH SAMPAI PENGHUJUNGNYA


Aku perlu catatkan disini... biarpun sedikit lewat...
Selamat Hari Lahir Su... 9 Disember 2022
Semoga Allah permudahkan segala urusan...
Diberikan kesihatan berpanjangan...

...................

Sedar tak sedar telah melangkaui pertengahan Disember
Secara tak langsung aku telah berada di akhir tahun 2022
Pengajianku juga hampir penghujung Semester ke-3
Semoga aku terus istiqamah dan kekal berada dilandasan...

Apa kaitan kehidupanku dengan 'World Cup 2022'?
Tiada kaitan secara langsung
Namun disebaliknya menunjukkan bahawa
Hari-hari yang terus berlalu pergi... 

Hari ini memasuki 18 Disember 2022
Bersamaan 23 Jamadilawwal 1444H
Malam tadi Croatia mengalahkan Maghribi
Untuk tempat ke-3 Piala Dunia 2022 Qatar

Malam ini... Perancis dan Argentina
Akan berebut Piala Dunia
Aku juga sedang memasuki 'fasa perlu segerakan'
Untuk menyelesaikan tugasan pentingku

MP1... InshaAllah...
Aku berusaha kekalkan momentum...
Selepas mendapatkan motivasi dari Prof. As...
Aku wajib kekalkan semangat dan panduan itu

Semoga Allah permudahkan urusanku
Semoga Allah beriku kekuatan
Untuk tingkatkan kekuatanku...
Dalam mengharungi baki pengajianku...

Ya Allah...
Berkatilah usahaku...
Permudahkanlah urusanku
Kuatkan rohani dan jasmaniku..
Beriku minda dan jasad yang sihat...
Untuk meningkatkan fokusku

Amiinn  Ya Rabbal Alamiinn... 

Khamis, 24 November 2022

HARI INI DALAM SEJARAH - TAHNIAH DSAI PM10

Segalanya atas ketentuan dariNya
Apa jua perancangan manusia
Yang terbaik adalah ketentuan dari Allah SWT
Semoga Allah pelihara negara Malaysia tercinta

Tahniah Dato Seri Anuar Ibrahim
Semoga asbab kebaikan buat agama, bangsa dan negara



Ahad, 20 November 2022

YA ALLAH.. PELIHARAKANLAH NEGARA MALAYSIA

Pandangan peribadi aku
Dalam hal politik pada masa ini..

Semalam.. rata2 rakyat yang bertanggungjawab
Telah memberikan komitmen melaksanakan amanah
Dalam memilih calon parlimen masing2
Aku sendiri mengundi di BM..

Aku tidak pulang mengundi di kampung
Kerana aku lebih setuju memilih dilokasi aku berada
Namun.. apa sekalipun.. tahniah semua rakyat Malaysia
Ada yang rela mengeluarkan belanja besar
Demi untuk pulang melaksanakan tanggungjawab
Mengundi di PRU ke 15

Aku juga bersengkang mata untuk bersama menantikan
Bukan sekadar keputusan mana menang mana kalah..
Namun apa lebih penting..
Kecenderungan dan polar politik negara ini

Allah maha mengetahui..
Allah maha menentukan segalanya..
Cuaca yang sedikit hujan diwaktu awal pagi..
Namun beransur baik sebaik pusat mengundi dibuka..

Allahuakbar.. 
Sesungguhnya Allah maha penentu akan segalanya..
Apa jua keputusan.. Malaysia harus perlu melangkah ke depan
Apa jua fahaman politik rakyat..
Namun polar kelompok penggundi bagiku masih sama..

Hanya kelainan dengan undi 18
Namun.. kelompok rakyat rata2 terbahagi kepada beberapa 
Majoriti kaum cina tetap bersama DAP walau apa jua terjadi
Ya.. itu hak mereka.. 
Begitu juga kaum melayu islam.. PAS tetap pendokong agama

Namun.. perpecahan kaum melayu kepada 3 kelompok besar
BN.., PN.., dan PKR agak mendukacitakan..
Namun.. jauh disudut mindaku..
Allah maha mengetahui..
Hikmah disebalik berlakunya sedemikian..

Kini.. dan hingga saat ini..
Pemimpin melayu masih kelihatan belum sepakat
Dalam menubuhkan kerajaan..
Bagiku.. ahli politik juga terbahagi kepada beberapa golongan

Adakah benar2 ikhlas mahu berkhidmat kepada rakyat dan negara
Atau lebih banyak memikirkan kepentingan diri sendiri..
Walau apa jua permainan ahli politik
Semoga pemimpin 'islam' tetap berpendirian
Agama adalah keutamaan.. Akhirat jua menjadi tujuan..
Biar berbeza fahaman.. amanah Allah wajib ditepati

Semoga Malaysia sejahtera dan dipelihara Allah SWT
Amiinn Yarabbal alaminn..

.. Aku akan tetap berprinsip..
..Keluarga..adik-beradik..saudara-mara..jiran2..sahabat2 
Menjadi keutamaan.. dan perlu dipelihara adab sesama
Hingga kita menghadap ilahi..
Sebaliknya, orang politik akan sentiasa datang dan pergi..




Sabtu, 29 Oktober 2022

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN NUR FARHAH IMAN KE-7

Selamat Hari Lahir Iman
Insan istimewa dalam kehidupan keluargaku
Semoga terpelihara dari segala kepayahan
Dan diberikan kemudahan dalam kehidupan

Aku pulang dari Bangkok
Mendarat pada jam 11.45 malam
Waktu kritikal untuk mengejar kenderaan awam
Apatah lagi beg hanya keluar seawal jam 12.15 mlm

Cuba mengelakkan tambang teksi
Yang agak tinggi ditengah malam
Aku terkial-kial untuk menggunakan Grab
Dan aku alami pengalaman berguna

Driver grab sama yang minta aku cancel
Akhirnya kembali ke KLIA2
Walau pun dengan tambang yang sedikit tinggi
Aku halalkan demi pulang jam 2.30 pagi

Aku harus pulang
Kerana kelasku bermula jam 9 pagi ini
Ku gagahi kudrat dan mindaku
Demi sesuatu azam yang telah aku niatkan

Semoga Allah permudahkan urusan ku dan keluarga
Amiin Ya Rabbal Alamiinn