Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Sabtu, 9 Julai 2022
LAILAHAILLALLAH WAHDAHULA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ALA KULLI SYAI-IN QADIR
Jumaat, 8 Julai 2022
BEBERAPA DETIK MENJELANG SETENGAH ABAD USIAKU
Ya Allah!
Rasa kesyukuran ku terhadap nikmat ihsan dan rahmatMu, pada hari ini
aku zahirkan dengan penuh kehambaan. Aku bersyukur kepadaMu atas
kumiaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang
begitu banyak dari Mu jua.
Ya Allah!
Bersempena hari lahir ku, limpahkanlah rahmat dan
berkat Mu kepada kedua ibu bapa ku yang telah melahirkan dan
membesarkan ku sehingga menjadikan ku berjaya
pada hari ini.
Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan ku
dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurgaMu nanti. Kau
gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan ku
dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurgaMu nanti.
Ya Allah!
Ibu dan ayah ku telah pergi meninggalkan ku buat selamanya.
Jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian
daripada taman-taman syurgaMu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka
nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah ku dengan
hidayah dan taufik Mu agar ku tidak terpesong akidah, tidak melanggar
syari'at, tidak merosak akhlak. Bantulah ku menjadi hamba Mu yang
bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang
bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat
melawan godaan syaitan dan nafsu.
Amiinn Amiinn Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..
Kredit: 1001Ucapan.com
Selasa, 5 Julai 2022
BEBERAPA HARI MENJELANG 9 JULAI BERSAMAAN HARI ARAFAH
Hampir sebulan aku tidak jenguk ke sini
Kesibukan semakin ketara
Saat PMA yang perlu diselesaikan
Mencapai kapasiti masimum
RM, PM dan HRM
Semuanya perlu aku selesaikan
Mudah-mudahan Allah permudahkannya
12, 17 dan 24 Julai
Insha Allah.. aku perlu berusaha
Minggu lepas aku sibuk dengan Sudan
Hinggakan di Johor aku tak fokus
Namun lecturer sangat memahami
Dakam kesibukan aku mencelah masuk
Selesai program Sudan
Aku terus dengan komitmen ISO
Letih belum reda
Namun itulah pengorbanan..
Sabtu, 11 Jun 2022
YA ALLAH.. BERIKU KESIHATAN.. PERMUDAHKAN URUSANKU..AMIINN..
Ya Allah..
Berkatilah usahaku
Berilah aku kekuatan
Serta istiqamah
Mencari ilmu dan kekuatan diri ini
Berbekal semangat dan keazaman
Walau dihimpit usia yang kian senja
Ya Allah..
Berilah aku kekuatan fikiran
Sekuat para pensyarah dan guru
Yang mampu berkongsi ilmu
Hingga ke penghujung usia
Ya Allah..
Beriku kekuatan rohani dan jasmani
Serta fikiran yang fokus
Untuk aku terus meningkatkan
Keupayaan diri..
Mencari sesuatu yang hakiki
Demi kehidupan disini dan disana nanti
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Sabtu, 28 Mei 2022
KISAH DI 28 SYAWAL - KALI PERTAMA DAN TERAKHIR
Ya Allah..
Apa yang berlaku pada hari ini
Jauh dari jangkaan
Sesungguhnya aku sukar mengawal
Aku sukar mengurus stress
Ya aku stress..
Aku telah membawa bersama keluargaku
Ke dalam masalah ini
Semoga kejadian hari ini
Memberikan asbab muhasabah diri ini
Aku insan yang lemah
Terkadang emosi menguasai diri
Ini keluargaku..
Aku tak seharus melibatkan anak-anak
Dalam melayani masalah ini
Ya Allah.. bantulah hambamu ini
Menjelang akhir Syawal
Aku masih mengejar melengkapkan puasaku
Semoga Allah terima puasaku
Semoga menjadi asbab kebaikan buatku
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Selasa, 17 Mei 2022
PEMBENTANGAN RM DI 16 SYAWAL - AKUKAH SEBENARNYA INI ???
Macam tak percaya
Usaha aku buat
Terlalu jauh dari diri ini
Kadang-kadang aku terfikir
Akukah sebenarnya ini..???
Maka aku perlu sedar
Kekuatan yang ada untukku
Allah pinjamkan hanya sementara
Perlahan-lahan akan merosot
Hanya masa akan menentukannya
Aku perlu berusaha lebih kuat
Berganda dari rakan lain
Yang masih bertenaga
Dan masih kuat segalanya
Tiada alasan untukku
Penat sudah Dr Liza bertahan
Sesekali aku perlu disergah
Jika tidak aku leka dan lemah
Sebenarnya INI PILIHANKU
Tiada yang mendorong untuk ini
Aku wajib bertekad
Kalau peluang kali ini masih aku abaikan
Kelak aku akan susah sendiri
INI PILIHANKU...
Sekali melangkah aku tekad teruskannya
Aku wajib mencari kelemahan
Untuk ku perbaiki
Aku wajib mencari kekuatan
Untuk kembali kepada diri ini yang sebenar
kerana INI PILIHANKU
Rabu, 27 April 2022
MALAM 27 RAMADHAN... YA ALLAH YA TUHANKU BERILAH PAHALA BUATKU HASIL TELAAHANKU
Ramadhan bakal meninggalkan ku
Dalam beberapa hari lagi
Namun.. Aku tidak berjaya manfaatkannya
Aku banyak melayan malasku
Apatah lagi terkadang badan yang tidak sekuat dulu
Untuk aku rapat mengikuti program Ramadhan
Ya Allah.. Beriku sesuatu yang baik
Hasil usaha atas pelajaran ini
Beriku pahala ramadhan
Atas usaha fisabilillahku
Hanya itu mampu untukku tahun ini
Moga akan ku perbaikinya
Ya Allah..berkatilah Ramadhan ini
Untuk aku menikmatinya lagi
Pada tahun-tahun mendatang
Dengan usaha yang lebih baik
Ya Allah.. Rahmatilah kehidupanku
Isteri dan anak-anakku..
Adik beradikku..
Saudara maraku..
Pensyarah, Guru dan semua kaum muslimin dan muslimat
Semoga Ramadhan kami lebih baik
Dalam apa jua kebaikan yang kami lakukan
Ampunilah kekhilafan diri ini
Hanya Kau maha mengetahui kelemahan ini
Semoga diberikan kesihatan buat semua
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Jumaat, 15 April 2022
ANTARA SEDAR ANTARA TIDAK MENJELANG PERTENGAHAN RAMADHAN
Jumaat, 8 April 2022
NOSTALGIA RAMADHAN KEMBALI KE CITY CAMPUS
Aku kembali menjejakkan kaki di City Campus
Kali terakhir di sini pada 2011
Jumaat, 1 April 2022
MENJELANG RAMADHAN AL MUBARAK 1443 H
1 April 2022
Menjelang 1 Ramadhan 1443H
Gembira bertemu lagi bulan mulia
Namun hati masih sayu dan sendu
Mengenangkan kedua-dua mak dan abah
Yang telah menghadap ilahi
Disaat orang lain semakin bersemangat
Memikirkan aktiviti perayaan
Walaupun Ramadhan menjenguk esok lusa
Hati ini masih hiba
Hampir setahun sudah berlalu
Namun detik nestapa masih kuat diingatan ini
Kuharapkan Ramadhan kali ini
Akan memberiku semangat dan kekuatan
Dalam aku melaksanakan amanah
Yang ditinggalkan mak dan abah
Ya.. aku perlu 'move on'
Di depan masih banyak tanggungjawabku
Di belakangku biarlah menjadi pedoman
Aku perlu lupakan kedukaan ini
Semoga mak dan abah bersama para syuhada dan soleheen
Semoga mak, abah, abg sham, damia, tok, wan, semua sanak saudara
Berada dalam lindungan Allah..
Semoga semuanya aman di sana..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Khamis, 24 Mac 2022
SEGALANYA HIKMAH DARI ALLAH SWT.. YANG BAIK SEMUA ADALAH DARI'NYA'
Perancangan Allah itu maha hebat
Perancangan kita tidak mampu
Untuk dicapai tanpa ketentuanNya
Allahuakbar...
.......................
Pagi ini aku ke Klinik S
Dijadualkan untuk pemeriksaan perubatan
Namun ketentuan Allah maha hebat
Allah maha mengetahui hikmah
Apa yang terbaik untuk hambanya
Aku volunteer untuk saringan COVID-19
Walaupun terpaksa menunggu lama
Namun perasaan ini
Terlalu berat untuk tidak berkata benar..
Ada demam, batuk, selesema?
Ada sikit selesema..
Aku menunggu di sudut saringan
Hati berdebar melihat RTK kit
Jelas.. garisan pertama halus keluar
Diikuti garisan kedua yang lebih jelas
Allahuakbar..
Sesungguhnya ketentuan Allah maha hebat..
Maha adil buat hambanya
Secara tiba2 stressku beberapa hari terus normal
Mungkin kerana masalahku telah jelas
Dan aku wajib menerima ketentuanNya
Aku segera maklumkan
Kepada mereka yang sepatutnya
Juga IAEA untuk batalkan tiket penerbangan
Awal pagi ahad ini..
Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya.
Rabu, 16 Mac 2022
50 TAHUN UTM.. KITA SEBAYA.. KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA
14 Mac 2022
UTM menyambut ulangtahun ke-50
Agak sinonim dengan umurku
Semoga aku terus bergerak maju
Selari dengan kemajuan UTM..
InsyaAllah..
Diplomaku di ITM (sekarang UiTM)
Ijazah Pertama dan Sarjana di UTM
Semoga aku terus istiqamah
Dan terus bersemangat
Pembelajaran sepanjang hayatku
TAHNIAH UTM..
Semoga semangat itu ku julang
Semoga aku dapat meningkatkan martabat keluarga
Semoga aku terus junjung
Semoga aku terus julang
InsyaAllah.. aku akan teruskan semangat ini..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Khamis, 3 Mac 2022
SEMOGA ROH SAHABAT, SAMSURIZAL DICUCURI RAHMAT
Jam 10.13 pagi.. 2.3.2022
Hj. Ikram maklumkan
Shamsurizal akan pulang ke Segamat
Jam 3.55 petang 2.3.2022
Hj. Ikram maklumkan
Sahabat Shamsurizal telah kembali
kerahmatullah
Allah lebih sayangkannya
Semoga Allah cucuri rahmat atas roh sahabat
Semoga ditempatkan rohnya bersama para syuhada
Amiinn..
Rabu, 16 Februari 2022
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KEPADA ALLAH
Awal pagi ke hospital
Bersama adikku Apat
Seawal jam 7.45 tiba di SOPD
Agak ramai patient pagi ni
Majoriti telah berumur sekitar 60an
Masing2 dengan urusan tersendiri
Lama aku dalam toilet
Sehingga Dr sendiri datang follow up
Setelah pakar bius memberikan penjelasan
Serta taklimat risiko dan situasi
Aku terus ke wad pembedahan
Seterusnya ditolak atas katil masuk ke operation room
Dalam jangka masa beberapa minit
Aku telah mula diberikan O2
Diikuti ubat tahan sakit dan bius
Aku dah tidak sedar selepas beberapa minit
Aku sedar jam 10.30 pagi
Tak pasti berapa lama pembedahan tadi
Aku jangkakan operation 1 jam
Dan 1 jam lagi nurse menunggu untuk aku sedar
Aku perasan sebaik aku sedar
Nurse terus buka segala kable di dada aku
Terus tolak aku ke wad semula
Alhamdulillah.. Aku beri semula peluang
Untukku terus bernafas.. Alhamdulillah..!!!
Bibir aku sedikit luka
Tekak juga terasa sakit
Selain luka pembedahan
Dr follow up ke katil jam 12.30
Sikit sangkut ditekak
Untuk masukkan hos pernafasan katanya
Memang terasa sakit sedikit di tekak
Juga darah beku bila aku luahkan
Alhamdulillah.. Apa yang lebih penting
Operation selamat..
Terima kasih semua staff terlibat
Jasa kalian sangat dihargai
Semoga aku kembali sihat InsyaAllah..
12.30 nurse bawa bubur
Alhamdulillah.. tiada masalah besar
Untuk aku telan makanan
Apa yang aku lalui pagi ini
Telah dilalui oleh abah dan mak sebelum ini
Semoga roh mak dan abah kuat dalam diri ini
Juga kekuatan abah sebagai perajurit
Darah abah yang mengalir dalam diri ini
Kuat membawa semangat perajurit
Yang tidak mudah mengalah dengan kesakitan
Jam 3.00 ptg aku masih menunggu
Masa kritikal untuk Apat pulang bekerja
Alhamdulillah.. jam 3.20 aku dibenarkan keluar wad
Ambil ubat sebelum perlahan bergerak ke kereta
Apat drive perlahan untuk balik
Sampai rumah jam 4.05 ptg
Lunch dulu sebelum balik Shah Alam
Alhamdulillah..
Sedikit ujian Allah
Semoga asbab meningkatkan ketaqwaanku
Semoga kesihatan ku ditingkatkan darjatnya
Amiinn Ya Rabbal Alamiin..
Ahad, 13 Februari 2022
YA ALLAH YA TUHANKU.. PERMUDAHKANLAH URUSANKU.. BERIKU KESIHATAN..
Ya Allah...
Permudahkanlah urusanku
Sesungguhnya hambamu ini sangat lemah
Semoga pembedahan kecil esok pagi
Menjadi asbab kesihatanku
Agar lebih baik
Untuk aku terus berkongsi kudrat
Untuk kemaslahatan umat
Urusan perubatanku kali ini
Pertama kali kulalui
Namun hanya Allah maha mengetahui
Semoga Allah melindungiku
Kerana urusan anakku Iman
Lebih penting bagiku
Aku perlu sihat untuk keluargaku
Semoga Allah melindungiku
Semoga urusanku esok dipermudahkan
Semoga ujian ini meningkatkan darjatku
Semoga aku lebih kuat untuk terus menabur bakti
Semoga kudratku lebih kuat untuk kedepan
Semoga Allah perkenankan doa hambamu
Amiinn Amiin Ya Rabbal Alamiinn..