Aku kerap mendengar keluhan
Bahawa seseorang
Hanya akan dirasai kehilangannya
Apabila sudah tiada didepan kita
Aku sedar dan selalu sedar
Namun tidak pernah aku menjangka
Secepat itu mak pergi..
Dan mak pergi tanpa pesan..
Genap 8 minggu lalu..
Aku masih bersama mak di kg
Pada waktu ini mak nampak sedikit ceria
Meminta cermin mata untuk dipakai
Mak kata dah lama tak pakai cermin mata
Mak juga kelihatan berbeza
Dari hari pertama aku pulang
Aku terdetik untuk mengambil gambar
Untuk dikongsikan dengan adik-adik
Mak yang nampak sihat dan ceria
Menjamah nasi, ikan goreng dan sayur bayam
Yang aku sediakan.. Mak nampak berselera..
Namun aku batalkan niat itu..
Untuk terus melihat mak yang ceria
Dan mak kembali berbaring di katil..
Mak kembali berbaring..
Mak tidur dengan selesa
Tanpa bunyi nafas yang sesak
Seperti sebelumnya..
Namun segalanya berubah
Sebaik mak terjaga..
Hingga aku memeluk mak
Untuk berbaring di strecher
Masuk ke ambulan dengan ditemani Khalil..
Selepas itu tiada lagi suara mak..
Sehingga pagi ahad.. mak pergi buat selamanya.
Ya Allah..
Peliharalah roh ibuku di sana..
Tempatkanlah ibuku bersama penghuni syurga..
Temukanlah ibu, ayah, abangku, saudara-saudaraku di syurga..
Mak.. Maafkanlah Man Mak..
Anak mu ini sangat menyayangimu..
Anak-anakmu berat berbicara
Namun jiwa bergelora..
Rindu tak terungkap dengan kata-kata
Sayang tak terzahir di mata..
Namun percayalah..
Anak-anakmu ini amat menyayangimu
Dari dulu hingga selamanya..
Ya Allah.. Berikan kekuatan untuk kami..
Semoga mak, abah, mertua, abang Sham, Damia..
Atuk, Wan,Nyang, dan semua saudara mara ku
Serta semua kaum muslimin dan muslimat..
Yang terdahulu meninggalkan kami..
Di tempat dikalangan penghuni syurga
Amiinn Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Khamis, 24 Jun 2021
MALAM JUMAAT - 8 MINGGU YANG LEPAS AKU MASIH BERSAMA MAK
Isnin, 17 Mei 2021
15 HARI MAK KEMBALI KE RAHMATULLAH

Khamis, 13 Mei 2021
1 SYAWAL 1442H
Rabu, 5 Mei 2021
MAK PERGI 20 RAMADHAN 1442H
Sabtu, 1 Mei 2021
YA ALLAH.. BERIKAN KESEMBUHAN BUAT IBUKU
Selasa, 27 April 2021
16 RAMADHAN - TERASA PANTAS MASA YANG BERLALU
Ya Allah..
Berikanku istiqamah
Dalam beribadah kepadamu
Dibulan mulia ini..
Berita sambung PKPB
Dan tiada peluang pulang beraya
Sungguh sayu untuk difikirkan
Tahun kedua suramnya suasana hari raya..
Lebih aku terkesan memikirkan ibuku..
Rindu anak-anak untuk bersama
Semoga Allah berikan asbab kesihatan
Buat ibuku tersayang..
Apakan daya anak2mu patuh arahan pemerintah
Walaupun emosi ibu sangat terkesan
Semoga COVID 19 lenyap segera
Untuk kami hidup harmoni dan bahagia..
Selasa, 13 April 2021
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Alhamdulillah
Tahun 2021 Allah rezekikan
Untuk kita menjalani ibadah
Ramadhan dengan Norma Baharu
Setahun lalu
Kita bersama keluarga ber tarawikh
Kali ini kita kembali
Untuk bersama di masjid dan surau
Semoga peluang
Yang Allah berikan
Akan dimanfaat sebaiknya
Insya Allah..
Ya Allah.. Berilah istiqamah buat aku..
Berikan istiqamah buat keluargaku
Berilah istiqamah buat semua umat islam
Semoga Ramadhan kali ini terbaik buat semua
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Isnin, 8 Mac 2021
HUJAN LEBAT BEBERAPA HARI KEBELAKANGAN
Syukur Alhamdulillah..
Allah menimpakan rahmatNya
Mudah2an COVID berlalu
Atau sekurang2nya menumpang sama di dunia ini
Tanpa memudaratkan sesama makhluk Allah
Hujan lebat beberapa hari
Mencuci sama segala kekotoran
Mudah2an membawa sama virus
Yang masih bercita membinasa
Tinggalkan hanya yang sudi berkongsi alam ini
Hidup bersama dengan damai dan memanfaatkan
Tanpa gaya yang merosakkan
Tanpa mahu mengganggu keamanan manusia
Hanya memberikan sedikit kesedaran
Kepada mereka yang alpa dan lupa
Agar terus istiqamah
Menjalani kehidupan dengan penuh disiplin
Semoga kehidupan ini kembali normal
Walau dengan sedikit keterbatasan
Namun Allah lebih mengetahui
Apa jua perancangan dan ketentuanNya
Semoga COVID 19 berakhir segera Ya Allah..
Khamis, 25 Februari 2021
23 FEBRUARI 2021 - GENAP 100 HARI ARWAH ABAH KE RAHMATULLAH
Ya Allah..
Cucurilah rahmat ke atas roh abahku
Pelihara abahku di sana
Angkatlah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya
Aku dididik dengan disiplin dan prinsip yang sangat kuat
Sikap abah sangat pantang dengan hal syubhah
Jauhi hak orang lain
Apatah lagi dengan hal halal dan haram
Kini abah telah tiada
Meninggalkan prinsip yang menebal
Mengalir bersama darah aku yang mewarisi
Semoga Allah limpahi rahmat ke atas roh abah
Semoga Allah tempatkan abah di syurga
Amiinn Ya Rabb Al Alaminn..
Ahad, 31 Januari 2021
SEBULAN SUDAH DI TAHUN 2021
Semakin kurang aku menulis
Dalam blog aku sendiri
Mungkin dengan kesibukan
Dengan hal keluarga
Malahan bilangan kes semakin meningkat
Dan terus meningkat
Sehingga ke angka 5725 pada hari ini
MUET Izzul jam 8 pg
7.45 perlu berada di Kolej Poli-Tech MARA KL
Jam 7 pg aku terus bergegas
Alhamdulillah.. Allah permudahkan perjalanan kami
Redakanlah situasi COVID 19 di negara ini khususnya
Juga di seluruh dunia amnya
Semoga urusan dunia kembali
Walaupun dengan normal baharu
Dan corak kehidupan berbeza..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Jumaat, 1 Januari 2021
Selamat Tahun Baharu 2021
Semoga tahun baharu ini
Lebih diberkati Allah swt
Semoga lebih baik dari sebelumnya
Khamis, 31 Disember 2020
2020 Yang Penuh Kisah Bakal Berlabuh
Semoga Allah merahmati
Segala-galanya yang berlaku
Sepanjang tahun 2020
Rabu, 18 November 2020
ABAH.. MAAFKAN KAMI.. YA ALLAH.. ANGKATLAH ABAHKU KE SYURGAMU DENGAN KEBAIKAN DIRINYA
Assalamualaikum.
Rabu, 14 Oktober 2020
YA ALLAH.. PERMUDAHKANLAH URUSAN KU
Saat ini aku berada di Wad 11D
Demi mengusahakan sesuatu
Buat kebaikan masa depan anakku Iman
Aku hanya bergantung kepadaMu Ya Allah
Hanya Kau maha mengetahui
Akan hajat hambaMu ini Ya Allah..
Permudahkan urusanku Ya Allah..
Sesungguhnya Kau Maha mengasihi
Ya Allah.. Kau berikan kekuatan
Buat anakku Iman Ya Allah..
Insan istimewa dalam hidupku ini..
Amiin.. Ya Rabbal Alamin..
Isnin, 31 Ogos 2020
SELAMAT HARI MERDEKA KE 63 TAHUN MALAYSIAKU
3 Hari lepas
Aku dan rakan-rakan
Bersama-sama menjayakan
Persembahan sempena kemerdekaan
Suasana meriah
Dan seperti dijangkakan
Mendapat tempat pertama dari belakang
Namun aku tidak tertekan
Kerana usaha kami memang setakat itu
Hari ini
31 Ogos 2020
Genap 63 tahun
Semenjak Merdeka pada 1957
Sederhana..
Namun sana-sini
Pelbagai reaksi rakyat Malaysia
Menyambut dengan citarasa tersendiri
Aku hanya bersama jiran-jiran
Memenuhi jemputan kenduri bertunang
Selain bersama jiran terdekat
Memenuhi jemputan ber BBQ
Izzul hanya pulang seketika
Namun baby pasrah
Dengan peraturan asrama
Tanpa dapat bersama keluarga
Disaat rakan lain dengan situasi berbeza
Ini lah pengertian pengorbanan
Selain tuntutan Hijrah 1442
Supaya kita bersedia
Dalam menghadapi cabaran alaf ini
Semoga Allah melindungi kami
Dan keluarga kami
Amiin.. Ya Rabbal Alamin..