Jumaat, 31 Mei 2019

YA ALLAH.. PERTEMUKANLAH KAMI KE RAMADHAN TAHUN HADAPAN

Sedih diri ini di penghujung Ramadhan 1440
Bulan kerahmatan bakal meninggalkanku
Menjelang Syawal dalam beberapa hari sahaja lagi
Aku berdoa semoga Allah panjangkan umur ini
Untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan

InsyaAllah... Amiinn..

Alhamdulillah...
Seminggu anak-anak bersama
Berpuasa, berbuka dan bersahor
Mudah-mudahan Allah rahmati keluargaku

InsyaAllah... Amiinn..

Hari ini jumaat terakhir Ramadhan tahun ini
Semoga Allah memberikan kemurahan rezeki buat kami
Mudah-mudahan amalan kali ini
Adalah yang terbaik setakat umur ini..

Amiinn..

Aku mengingatkan diriku
Supaya tidak lalai dipenghujung Ramadhan ini
Semoga aku terus istiqamah
Dan terus istiqamah selepas dari ini

InsyaAllah... Amiinn..

Ahad, 5 Mei 2019

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1440H

﷽ 
Assalamualaikum

AHAD 05hb. Mei/30 Syaaban 1440H *MARHABAN YA RAMADAN*..😊

"Ya Allah, 
Terbenamnya matahari hari ini, 
Kami akan menerima tetamu Ramadan Al Mubarak...
Kami semua bermohon pada Mu Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa kami terhadap Mu Ya Allah...
Dan dosa-dosa kami sesama kami Ya Allah.
Semoga pengampunan dari Mu Ya Allah...m
Memudahkan kami melakukan ibadah di dalam bulan Ramadan ini. 
Aminnnnnn....
"Ramadan Kareem kepada  semua "...🕌🕋

Isnin, 15 April 2019

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT ATAS ROHNYA

Semoga rohnya Kak Ita
Ditempatkan dikalangan hambaNya
Yang mendapat tempat yang baik
Disisi Allah SWT

Secara peribadi
Arwah banyak memberi jasa
Buat masyarakat di sekelilingnya
Hanya Allah mampu membalasnya

Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..

Khamis, 28 Mac 2019

TERUS BEKERJA DI SAAT ANAK-ANAK BERCUTI PERSEKOLAHAN

Anak-anak telah dipenghujung cuti
Namun atas tuntutan tugas
Aku terus hadir
Walaupun akhirnya rakan lain terdahulu bercuti

Hasrat untuk pulang menziarahi keluarga di kg
Namun perancangan ini hanya Allah lebih mengetahui
Mudah-mudahan Allah pelihara perjalanan ini
Bersama rombongan ke majlis perkahwinan anak saudara di Kelantan

InsyaAllah aku akan gagahkan jua
Untuk pulang ke Perak
Sebelum puasa menjelang
InsyaAllah..

Hanya Allah maha mengetahui
Akan apa yang bermain di hati ini

Isnin, 11 Mac 2019

URUSAN KELUARGA MENDAHULUI

Semoga Allah beriku kesihatan
Dalam menjalani aktiviti seharian
Walaupun seharian terasa begitu pantas
Namun akan ku pastikan berada di landasannya

Sabtu Ahad sentiasa penuh
Dengan aktiviti keluarga
Sekurang-kurangnya anak isteri sentiasa gembira
Dan yang penting tidak mengganggu pihak lain..

Aku juga harus sentiasa laju
Dan harus sentiasa fokus
Dalam menghadapi cabaran semasa
Supaya aku sentiasa bersedia

Mudah-mudahan aku akan kembali
Mendapat rentak
Walau tidak sepantas 10 tahun dahulu
Namun aku yakin ada yang terbaik dariku..

InsyaAllah..

Jumaat, 15 Februari 2019

PERTENGAHAN FEBRUARI

Lumrah berada di tempat baru
Mood mencari step masih ada dalam diri..
InsyaAllah..
Aku akan segera masuk ke matlamat aku di sini..

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku
Semoga akan ku temui rentak itu akhirnya..
Seterusnya melangkah dengan lebih pantas
Dan terus pantas ke hadapan..

Urusan anak-anak semakin tenang
Tiada lagi kedengaran keluhan
Namun bagiku..
Aku seolah baru terjaga dari setahun yang lena..

Namun..
Rezeki Allah.. menjadi asbab untuk aku kembali
Menyibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat..
Buat diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara..

InsyaAllah..
Ya Allah.. Permudahkanlah Urusan Seharian ku…
Ammiinn..

Jumaat, 25 Januari 2019

SALAM JUMAAT - PENGHULU SEGALA HARI

Jumaat minggu ke-4
Semenjak pulang ke HQ
Teman ramai yang bercuti
Ditambah dengan program di Trolak

Hari ini hanya aku dan Izzat
Solat jumaat tadi aku ke KVS
Terserempak En. AH, Tn. Hj. AJ
Dan beberapa teman lain

Semoga aku terus berusaha
Untuk segera maju terus ke hadapan
Walaupun lambat melangkah
Namun biar lambat asal selamat..

InsyaAllah..

Segalanya perancangan dari Allah
Maha mengetahui akan segalanya
Semoga ianya asbab kebaikan buatku
Demi diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Amiinn.. 

Jumaat, 18 Januari 2019

TUGAS BARU.. TEMPAT BARU

Alhamdulillah..
Pulang semula bersama keluarga
Adalah perkara terpenting bagiku
Di samping rezeki dalam kerjaya..

Minggu ke-3 aku di sini..
Pengalamanku sangat sinonim
Dengan keperluan di sini
InsyaAllah.. akan aku manfaatkannya..

Selasa, 1 Januari 2019

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT BERJUMPA 2019

Walaupun tahun baru Hijrah lebih penting
Namun tahun baharu Masehi masih releven
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan
Sepanjang tahun 2019

InsyaAllah..

Isnin, 31 Disember 2018

2018 YANG AKAN KU KENANG

Pengalaman di tahun 2018
Amat memberikan impak buatku
Perjalanan harianku..
Berubah 360 darjah

Walaupun saat ini
Aku telah pulang bersama keluarga
Namun kenangan walau hanya setahun
Amat terkesan..

Hari ini 31.12.2018
Hari terakhir di tahun 2018 M..
Sepanjang setahun aku berulang-alik di udara
Hanya pergantungan kepada Allah
Dalam memelihara setiap perjalananku..

Alhamdulillah..

Semoga peluang kali ini
Aku ambil sebaiknya
Mudah-mudahan Allah berkati
Apa jua niat murni dari jiwaku

Semoga perjalananku
Sepanjang 2018
Di catatkan sebagai amal baik
Dalam aku mencari redha dan keberkatan

Dalam aku melihat dunia ini
Dari dimensi yang lebih luas
Dunia ciptaan Yang maha esa
Kerana kebaikan juga ada di sana

Terima kasih Ya Allah..
Peluang ini tidak ternilai buatku
Semoga pengalaman ini kekal
Untuk aku terus maju ke hadapan

Semoga redhaMu terus mengiringi
Perjalanan ini..
Semoga aku istiqomah
Untukku, keluarga, masyarakat, agama dan negara..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat, 21 Disember 2018

BINTULU - AKU PASTI AKAN MERINDUI TEMPAT JATUH & BANGUN KU

Hampir setahun aku di sini
Terasa suatu yang sayu
Tempat jatuh & bangunku
Bakal aku tinggalkan..

Ya Allah..

Semoga kebaikan menjadi bekal
Untukku pulang dari sini
Bersama cita yang termakbul
Mudah2an Allah murahkan rezekiku

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

(Bulan terang bersamaku pada malam ini)


Isnin, 10 Disember 2018

9.12.2018 - SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA SENTIASA SIHAT DAN DILINDUNGI ALLAH

Kesibukan di Family Day WNP
Berkesempatan update
Walau bagaimanapun
Semoga Su sentiasa sihat dan dilindungi Allah..

Selamat Hari Lahir..

Walaupun terlalu singkat
Bersama adik-beradik WNP Di Alai, Melaka
Namun cukuplah sekadar refresh silaturrahim..
Semoga semuanya ceria

Dan semoga silaturrahim kekal
Dan sebati dalam setiap sanubari
Yang paling penting..
Anak dan cucu memerhati untuk masa mendatang..



Rabu, 5 Disember 2018

YA ALLAH.. PELIHARALAH PERJALANAN INI

Semoga Allah berkati perjalanan ini
Aku pulang untuk bersama keluarga
Untuk bercuti bersama
Semoga perjalananku dipermudahkan

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Sabtu, 1 Disember 2018

GENAP 1 BULAN UNTUKKU TERUS MELANGKAH

Ya Allah..
Berkatilah kerjayaku selama ini
Semoga aku terus bersyukur
Dengan nikmat dan kurniaanmu

Selama 13 tahun dan 4 bulan
Aku membantu
Kini masa untuk aku kembali
Semoga Allah kuatkan semangatku

Amiinn..

Pengalaman ku
Selama 7 tahun dan 7 bulan
Di sektor swasta
Kini untuk aku praktikkan kembali

Semoga aku istiqamah
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat, 23 November 2018

SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKIKU

Hampir setahun berulang
Hinggakan staf
Airport, MAS, AA, Imi
Sudah aku kenal..
(diorang kenal aku.. belum tentu)

2019 aku kembali ke Semenanjung
Mudah2an kita berjumpa lagi
Aku akan merindui
Masyarakat di sini
Yang rata2nya amat merendah diri

Semoga sifat itu
Akan terus kekal..
Biarkan Pan Borneo yang bakal membelah
Namun pertalian etnik di sini
Tidak terbelah bersamanya

Kekalkanlah identiti yang baik
Tinggalkan segalanya yang tidak baik
InsyaAllah..
Borneo akan kekal diberkati Allah
Bersama makmur dalam Malaysia

Amiinn..