Khamis, 2 Ogos 2018

ULANGTAHUN PERKHIDMATAN KE-14 (2.8.2004 - 2.8.2018)

Genap perkhidmatanku 14 tahun
Semoga Allah beriku kesihatan
Dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur
Sehingga ke tarikh bersara wajib..

InsyaAllah..

Turut mengiringi
Berita gembira dari Aina
Dimurahkan rezeki menyambung pengajiannya
Dalam bidang yang diidamkannya

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya
Semoga Aina terus istiqamah
Untuk terus fokus dan berjaya.. InsyaAllah..
Untuk kehidupan sebagai mahasiswa selama 4 tahun akan datang..

Amiinn Ya Rabbal Alaminn..

Ahad, 29 Julai 2018

ALHAMDULILLAH.. MASA UNTUK PULANG

Alhamdulillah..
3 hari dalam kursus
Bersama maktab PDRM
Juga rakan2 HQ & Zon

Begitu juga untuk keluarga
Iman pada khamis
Baby dan Izzul
Begitu juga Aina

Cuma mungkin tidak berpeluang
Bersama rakan2 dalam pameran
Di dewan Suarah
Mungkin lain kali aku pula akan bersama

Saat ini menunggu
Penerbangan pulang bertugas
Mudah2an Allah permudahkan
Perjalanan ini.. InsyaAllah..

Rabu, 18 Julai 2018

ALHAMDULILLAH..DIBERI PELUANG PULANG BERKURSUS

Hari ini aku rasakan kelegaan
Alhamdulillah mendapat peluang
Pulang berkursus..
Paling penting dapat bertemu keluarga..

Kali ini.. 25 hari semenjak pulang bertugas
Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalananku..
Seterusnya memberiku kelapangan
Untuk menimba ilmu selama beberapa hari di HQ

Hari ini juga.. aku tepati janji
Untuk WIRA ku di 'overhaul'
Semoga kembali berkhidmat untukku
Walaupun menjangkau 20 tahun bersamaku

Ayatku kelihatan agak sentimental
Namun itulah realitinya
Hampir sebaya umur dengan Aina..
Sentiasa bersamaku mengumpul kisah pahit & manis

InsyaAllah akan terus bersama
Selagi mampu untuk terus bergerak
Selagi mampu untuk mengharungi..
Keadaan yang agak mencabar disini..




Ahad, 15 Julai 2018

WORLD CUP 2018 FINAL - CROATIA VS FRANCE

Game baru masuk minit 41
Fra 2 - Cro 1
Malam ini agak laju
Berbanding semalam Belgium vs England

Pertembungan antara pengalaman
Berhadapan kelajuan tenaga muda
Seperti biasa aku lebih memilih underdog
Croatia yang pertama kali ke final

Game berehat ketika ini..

Sementara menunggu separuh masa lagi
Teringat game AFF Malaysia vs Myanmar semalam
Pada awalnya Mal 2 - Mya 0
Sehingga tiba2 menjadi Mal 2 - Mya 3

Akhirnya kembali 3 - 3
Dan.. memang superb penyerang kiri
Dengan free kick
Bola terus masuk.. GOOOOLLLL... Tahniah Malaysia..!!!

Stop dahulu..
2nd half bermula..

...................
2nd half memasuki minit 94
Ambang kemenangan France
Akhirnya..
Minit 95... France 4 - Croatia 2



Tahniah FRANCE
Tahniah juga Croatia
Majoriti player Croatia 'habis gas' last 20 minit
Akur dengan keputusan..

Khamis, 12 Julai 2018

WORLD CUP 2018 SEMI FINAL - ENGLAND VS CROATIA

Di saat ini aku melayan TV1
Jam menunjukkan pukul 3.33 pagi
Game semi final memasuki minit ke 77
Kedua2 team sedang terikat 1-1

Malam ini aku seperti biasa..
Berseorangan di depan tv
Esok pula ada tugasan penting
Tugas rutin disamping melayan kehadiran expert

InsyaAllah..
'Wira' aku akan dibaiki secepat mungkin..
Mudah2an 'penyakit'nya tidak serius..
Kerana jasanya masih terus aku harapkan..

Seingat aku, mei 1999
Di saat aku hampir mencari alternatif
Untuk pulang beraya haji ke kg..
Dapat call, 'wira' bersedia untuk diambil..

Usia hampir sebaya Aina
Yang pada saat itu
Masih dalam kandungan ibunya
Alhamdulillah.. masih berjasa hingga ke sini

.............
Saat ini.. memasuki masa tambahan
Mungkin sepakan penalti menjadi penentu
Aku seperti biasa tidak memilih mana
Cuba selalu cenderung kepada 'underdog'..

Isnin, 9 Julai 2018

YA ALLAH.. BERKATILAH UMURKU INI

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..

Aku memohon kepadamu Ya Allah..

Ampunkanlah dosa-dosa ku
Ampunkanlah dosa kedua ibu dan bapa ku
Ampunkanlah dosa guru-guru ku
Ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat
Sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..

Ya Allah Ya tuhan ku..

Aku bersyukur dengan nikmat kehidupan ini..
Tambahkanlah amalan ku disaat bertambahnya umur ku..
Limpahkanlah Tawfiq, hidayah, petunjuk dan inayahmu
Kepada ku..
Semoga aku terus istiqamah dalam menjalankan tugasan rasmi di samping tugas berkeluarga.

Amiin.. Ya Rabbal Alamin..
 


Ahad, 8 Julai 2018

THROWBACK - DISCOVER DUBAI TO MOSCOW 20.9.2015



Perjalanan Dubai ke Moscow (copy dari catatan diari dalam tablet Samsung aku)

Selesai breakfast di Asian Cuisine Dubai Airport
Terus turun menuju gate C6
Naik bas untuk ke kapalterbang nun jauh di tengah lapangan.
Perjalanan dari Terminal ke tempat kapal parking saja ambil masa 15 minit.

Bas terus saja park sebelah kapal
Aku terus naik ke seat 39K
Duduk sebelah mamat Russia..
Alhamdulillah..

Makanan sampai 1.5 jam lepas berlepas
Perut memang lapar sangat
Sepanjang perjalanan merentasi kawasan gurun sahaja
Menghampiri sempadan Russia, terasa sangat sejuk

Di luar nampak permukaan bumi agak kering
Mungkin cuaca di Moscow sejuk ketika ini
Aku sudah tidak dapat menahan kesejukan
Terpaksa minta izin mamat Russia sebelah

Nak lalu, time dia nyenyak tido..
Di luar, melalui pergunungan bersalji
Time menaip ini, kapten kapal dah announce
Kapal nak landing dalam sedikit masa lagi.

Insha Allah.. semoga pendaratan yang selamat.

WORLD CUP 2018 Q FINAL - ENGLAND VS SWEDEN

Ketika ini..
Aku berada di pejabat..
Game memasuki minit ke 65
England, 2 dan Sweden, 0

Setakat ini, jumlah gol sama

Seperti final piala FA Malaysia
Juga malam ini, Pahang vs Selangor
Tahniah buat Pahang dan coach Dollah

Partner sedang nyenyak tidur

Walau hanya beralas karpet
Cukup memadai untuk menjalani
Kehidupan seharian di tempat orang

Sebentar lagi..

Sementara menunggu..
Rusia vs Croatia
Juga bersedia untuk sahor hari ke-6 puasa

Semoga Allah menerima amalanku

Puasa 6 di bulan Syawal
Semoga Allah memberkatiku
Dalam meniti saat usia ini

Mudah-mudahan

Kehidupan di sini
Menjadi asbab kebaikan
Untuk aku dan keluarga.. InsyaAllah..

...

Saat ini jam 12.41 mlm
8 Julai 2018
Syukur Ya Allah..
Terima kasih mak yang melahirkanku..

Isnin..

9 pagi..
9 Julai..
Alhamdulillah..

............................................................................
... Nampaknya WIRA aku perlu segera di 'rawat'.  Hampir 1 jam menunggunya 'cool'...

Khamis, 5 Julai 2018

ALHAMDULILLAH HARI KE-3 PUASA SYAWAL

Alhamdulillah..
Allah permudahkanku tahun ini
Aku berjaya memulakan puasa 6
Di pertengahan bulan Syawal

Di sini..
Tiada semeriah sambutan raya sebulan
Aku juga tidak merasakan kemeriahan open house
Hanya membelek tab melihat suasana di sana

Di sini agak sepi..
Di pejabat juga tiada suasana

Lumrah berada di tempat orang..
Seharusnya aku tempoh segalanya dengan redha..

Mudah-mudahan Allah permudahkan hari2ku di sini
Semoga Allah pelihara kehidupanku dan keluargaku
Perasaan dan keadaanku di sini tidaklah penting..
Apa yang lebih penting.. isteri dan anak2ku di sana..

Ya Allah..
Permudahkan kehidupan seharian kami..
Jauhi kami dari perkara yang mudarat..
Lindungi kami dan murahkan rezeki kami..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 1 Julai 2018

JULAI - BULAN KELAHIRANKU

Hari ini 1 Julai
Bermakna aku telah memasuki
Pertengahan 2018
Bulan kelahiranku di dunia ini

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah
Terima kasih mak yang melahirkanku
Terima kasih abah yang berkongsi suka duka
Bersama mak untuk membesarkanku

Kini aku juga berkeluarga
Aku juga mempunyai tanggungjawab serupa
Saling membantu isteri
Dalam menjalani kehidupan ini

Kini perancangan masa depan
Lebih untuk anak-anak
Hanya untuk beberapa keadaan
Perancangan dipanjangkan buat diri sendiri

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku
Sepanjang kehidupan berkelana
Kehidupan jarak jauh dari keluarga
Dipenuhi dengan kesunyian dan kerinduan

Semoga Allah peliharaku dan keluarga
Sentiasa mendapat keberkatan
Dan kemudahan
Dalam menjalani kehidupan seharian..

Amiinn.. Ya Allah..

Sabtu, 30 Jun 2018

SELAMAT PENGANTIN BARU ELLY & SUAMI - 30 JUN 2018

Asal perancangan 18 Ogos 2018
Aku juga ingin berikan komitmen - siap sedia booking tiket flight
Kalau lambat.. mahal la gamaknya..
Sebaliknya majlis pula di awalkan

Apa boleh buat.. Takde rezeki..
InsyaAllah majlis kenduri nanti kena rancang betul2..

Hari ini aku sendirian
Hanya membelek tab melihat majlis dari kejauhan
Selamat Pengantin Baharu - Elly dan suami
Semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat

Saat dan ketika ini aku menunggu di pejabat
Sepak mula France & Argentina jam 10.30 mlm
Siaran tertunda di RTM1
Sementara menunggu 30 minit lagi.. sempat lagi update blog

Photo sempena World Cup 2018

Isnin, 25 Jun 2018

SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN INI - MOOD OPEN HOUSE RAYA

Saat dan ketika ini aku masih menunggu di KLIA
Penerbangan berlepas pulang jam 8.20 mlm
Berat rasanya awal2 pagi tadi hendak bergerak memulakan perjalanan ini
Apakan daya demi nafkah buat keluarga.. 

ku gagahkan jua

Perancangan dan pergerakan aku agak kritikal pagi ini.. terkejar2
Kerana terlalu meletakkan harapan kepada GRAB
Malangnya tiada yang sudi accept booking aku
Namun Alhamdulillah.. Allah mendengar masalah hambanya

Alhamdulillah..
Saudara Mazlan hadir sewaktu aku amat memerlukan..
Tidak menolak booking aku
Walaupun dia sendiri punyai urusan dengan keluarganya

Di kaunter, staf MAS bagi hint kepada aku
Memang aku lewat untuk drop beg
Namun aku akur dengan cabaran pagi ini
Q juga sangat panjang hinggakan ke pintu masuk

Mudah-mudahan beg aku selamat tiba ke destinasi
..............................................................................
Alhamdulillah
Allah permudahkan perjalananku
Juga beg aku selamat tiba seperti biasa
Terus mencari GRAB pulang ke pejabat

Aku kembali bertugas
Semoga Allah pelihara aku dan keluarga
Amiinn..

Sabtu, 23 Jun 2018

SALAM AIDILFITRI 1439H

Pantas masa berlalu
Hari ini sudah 8 Syawal
Seminggu aku pulang beraya di kg
Seawal jam 3.30 pagi khamis bertolak dari rumah

Hingga jam 5.00 pagi

Aku singgah r&r Rawang
Bersahor putu bambu world
Selepas solat subuh teruskan perjalanan

Keluar di Slim River

Jem teruk di Tapah
Melencong sebelum kembali ikut highway
Masuk di Gopeng

Singgah lelap sebentar dekat Menora

Sampai kg sudah hampir zohor
Petang ini aku tidsk buang masa
Mengecat dinding luar hingga waktu berbuka

Raya pertama hanya menunggu tetamu

Petang aku ke kg tersusun
Raya ke dua aku, siti, bawa mak abah
Beraya di Aloq Staq

Pulang KL jam 12.30 tgh khamis

Jalan sudah agak lancar
Singgah r&r sg Buloh
Sampai rumah jam 6.30 ptg

2 hari untuk aku ziarah KL

Sebelum kembali pulang bertugas
Mudah2an segalanya dipermudahkan
Di sana, open house dan world cup hampir kurang meriah

Semoga perjalananku dipermudahkan

Semoga Allah pelihara aku dan keluarga
Selamat Hari Raya Aidilfitri
ZMAAF ZAHIR BATIN..

Khamis, 7 Jun 2018

PERJALANAN MENCARI LAILATUL QADAR

Alhamdulillah
Dipermudahkan bagiku
Perjalanan ke Airport
Seterusnya di kaunter daftar masuk

Aku tak sentap dan aku tak marah
Peristiwa berdialog dengan staf MAS
Dan apa yang berlaku adalah silap aku
Aku terlalu yakin dengan larangan

Walau bagaimanapun aku amat menghargai
Amaran akhir beliau dengan bagasi
Mudah2an tiada kecacatan kepada kotak ikanku
Kerana aku telah berusaha dengan upayaku

Segala2nya dengan izin Allah
Walaupun niatku baik
Namun peraturan tetap akan menjadi peraturan
Semoga staf tersebut sihat dan success disini
..............................................
Disaat ini aku di Airport
Menunggu penerbangan pulang
Bertemu sanak keluarga
Dan yang penting mencari Al Qadar

Ya Allah..
Temukan aku dengan Al Qadar
Walaupun mungkin di kegelapan malam
Menempuh perjalanan di puncak awan

Semoga Allah pelihara perjalanan ini
AMIINNN...

Selasa, 5 Jun 2018

MEMASUKI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Ya Allah Ya Tuhanku
Pantas sungguh masa berlalu
Hari ini genap 20 Ramadhan 1439H
Bermakna peluang pahala berganda hanya berbaki 10 hari

Terasa sayu yang amat
Dalam menjalani detik akhir Ramadhan
Semoga amalanku kali ini
Diterima Allah SWT

Perasaan ini bercampur rasa
Beberapa hari dalam menanti penerbangan pulang
Rindu aku pada Iman amat terasa
Mudah-mudahan Allah pelihara perjalanan ini

InsyaAllah kepulangan ke kampung kali ini
Akan ku manfaatkan sebaiknya
Bertemu mak, abah dan adik-adik
Semoga Aidilfitri menjelang diberkati

Amiinn..