Salam Takziah buat keluarga dan anak-anak
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung
Yang pulang menghadap ilahi sebelum subuh 14 September 2017 lepas
Pulang dengan tragedi yang sangat menyayat hati
Kebakaran yang dilaporkan pihak berkuasa sebagai bermotif dendam
Berpunca salah faham di gelanggang futsal..
Sedikit salah faham yang bagiku adalah normal di zaman kanak-kanakku
Hingga berakhir dengan kehilangan jiwa yang sepatutnya tidak perlu
Anak-anak kecil yang tidak berdosa
Anak-anak yang hanya berjiwa remaja dan dalam proses kematangan
Akhirnya hak mereka untuk bersama masyarakat dilenyapkan begitu sahaja
Hanya kerana dendam amarah.. membawa kepada perancangan berprofil tinggi
Perbincangan.., perancangan.., strategi.., perlaksanaan..
Bangsaku sememangnya mempunyai kebijaksanaan
Namun disia-siakan dengan bisikan syaitan
Akhirnya bangsaku jua menjadi korban..
Bangsaku anak-anak tahfiz yang baik telah pergi..
Tinggallah anak bangsaku yang belum tahu bila hendak menjadi baik..
Mudah-mudahan dengan pengorbanan mereka anak-anak tahfiz
Menjadi asbab bangsaku sekalian menjadi bangsa yang matang
Tinggalkanlah amalan sia-sia wahai bangsaku..
Sedar segera wahai bangsaku..
21 anak tahfiz sedang menunggu di syurga bersama 2 guru mereka
Semoga kita semua menurut mereka ke sana..
Fikirkanlah bagaimana untuk membantu Rohingya..
Bagaimana untuk mambantu saudara se islam yang ditindas..
Atau fikirkanlah bagaimana untuk berhenti dari membuat sesuatu yang sia-sia
Jadilah manusia yang waras wahai anak bangsaku..
AL-FATIHAH
1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
12. Umar Al Khatab Helmi, 6
13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Isnin, 18 September 2017
Rabu, 13 September 2017
AL-FATIHAH - SEMOGA ROH ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH DICUCURI RAHMAT ALLAH SWT
AL-FATIHAH
..................................
September 12, 2017 19:09 MYT
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenazah-sultan-kedah-selamat-disemadikan-155027
ALOR SETAR: Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, petang ini.
Almarhum Sultan Abdul Halim , 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 2.30 petang semalam selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.
Jenazah Almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.
Sebelum itu pada pukul 10.30 pagi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengimamkan solat jenazah di Dewan Penghadapan.
Pada pukul 2.30 petang, pedati khas yang membawa jenazah Almarhum keluar meninggalkan Istana Anak Bukit dan tiba di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang.
Sebaik istiadat pemakaman selesai, Syeikh Fadzil Awang dan Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengetuai bacaan talkin dan Syeikh Alauddin Abu Bakar memimpin bacaan tahli dan doa.
Berangkat sama ke Makam Diraja ialah Sultan Kedah yang baru dimasyurkan, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan negeri turut hadir.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Rakyat pelbagai lapisan turut ke Makam Diraja Langgar untuk menyaksikan istiadat pemakaman itu.
"Rakyat Kedah hari ini berdukacita dengan kehilangan Sultan Abdul Halim yang disifatkan sebagai seorang Sultan berwibawa dan berjiwa rakyat.
"Saya yakin Tunku Sallehuddin akan mengikut jejak langkah Almarhum dalam memerintah negeri ini," kata Ismail Abu, 57 yang ditemui di sini.
Nur Rosmah Wahab, 33, dari Pendang berkata beliau datang ke Makam Diraja Langgar semata-mata mahu melihat istiadat pemakaman.
"Sebelum itu saya dan suami ke Istana tetapi tidak dapat masuk kerana terlalu ramai orang lalu membuat keputusan ke makam sebab berasa jiwa tak tenang jika tak datang melihat istiadat ini yang membabitkan seorang Sultan berjiwa rakyat," katanya.
Sebanyak 89 das tembakan dilepaskan oleh pasukan artileri bersamaan usia Almarhum baginda sehingga jenazah tiba di makam.
Tembakan pertama dilepaskan sebaik pedati keluar meninggalkan Istana dan tembakan ke 89 sebaik jenazah tiba di makam pukul 4 petang.
-- BERNAMA

UPSR HARI KE-3 MATEMATIK
Ya Allah..
Permudahkan urusan anakku
Semoga 'baby' diberikan ketenangan dan kemudahan
Berkatilah usahanya selama ini Ya Allah..
Sesungguhnya 'baby' telah berusaha memperbaiki dirinya Ya Allah..
Kau Maha mengetahui akan segalanya
Mudah-mudahan segalanya yang baik jua ketentuanMu Ya Allah..
Amiinn Ya Rabbal Alamiin..

Isnin, 11 September 2017
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017 BUAT BABY, ADILA, MUHAMMAD
Ya Allah..
Aku telah berusaha dengan sewajarnya
Aku juga telah usahakan apa jua keperluan 'baby'
Permudahkanlah urusan nya
Semoga 'baby' tenang dan dapat menjawab semua kertas peperiksaannya
Semoga 'baby' beroleh kejayaan dengan usahanya
Kau jadikanlah kejayaan asbab untuknya menjadi hambamu yang bertaqwa
Peliharalah 'baby' dari segala keburukan
Jauhkanlah segala musibah dan kepayahan
Doa ini ini juga aku panjangkan buat saudara-saudara dan rakan-rakan
Yang juga mendoakan anak-anak untuk kejayaan
Muhammad anak adikku Aat..
Adila anak adik iparku Suriana..
Dan yang lain juga.. InsyaAllah..
Amiin Ya Rabbal Alamin..

Jumaat, 25 Ogos 2017
SALAM JUMAAT - 3 ZULHIJJAH 1438H
Alhamdulillah..
Diketika saudara ku sedang giat beribadah di Tanah suci
Aku juga berusaha mencari rahmat Allah dengan amalan Sunnah
Alhamdulillah Allah beriku peluang untuk sertai korban pada tahun ini
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku dan sahabat lain
Untuk program di pejabat pada 13 Zulhijjah
Semoga menjadi asbab kebaikan pada tahun-tahun seterusnya
Semoga Allah limpahkan rahmatNya buat semua
Alhamdulillah syukur atas kemudahan Allah beri kepadaku
5 perkara penting yang berlaku serentak
Allah permudahkan buatku
Mudah-mudahan kemudahan dari Allah terus hadir dalam kehidupanku
Aina pulang bercuti semester dengan bantuan ibu rakannya..
Izzul pulang dari asrama dengan kesudian jiran.. En. Mahmood..
Baby pula diziarah oleh ibunya untuk perjumpaan UPSR dengan guru..
Aku dapat terus kekal berkursus
Dan hadir majlis perpisahan rakan dan pelajar praktikal di pejabat
Alhamdulillah.. satu kemudahan hanya dari Allah..

Khamis, 17 Ogos 2017
SEGALA-GALANYA ATAS KETENTUAN DARINYA
Ya Allah..
Aku telah berusaha dengan dayaku
Semoga kau permudahkan urusanku
Murahkan rezekiku
Segala-galanya hanya dengan ketentuanMu
Amiinn..
Aku telah berusaha dengan dayaku
Semoga kau permudahkan urusanku
Murahkan rezekiku
Segala-galanya hanya dengan ketentuanMu
Amiinn..
Selasa, 8 Ogos 2017
YA ALLAH.. PERMUDAHKANLAH URUSANKU
15 Ogos 2017 & 5 September 2017
Semoga Allah permudahkan urusanku
Peluang untuk kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan Negara
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah...
Mudah-mudahan Allah rezekikan ia buatku
Aku redha dengan apa jua kehendakNya
Amiinn Ya Rabbal Alamiiinn..

kredit buat doaniatsholat.blogspot.com
Jumaat, 28 Julai 2017
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN
Hari ini sudah memasuki 3 Zulkaedah
Esok, lusa masih ada jemputan Aidilfitri
Mudah-mudahan niat yang baik mendapat balasan yang baik
InsyaAllah aku berikan masa hujung minggu ini untuk keluarga
Hujung Syawal agak sibuk dengan majlis jamuan Aidilfitri
Sabtu dan Ahad lepas aku terlalu sibuk dengan urusan komuniti
Persiapan Titipan Mesra Aidilfitri Permuafakatan
Urusan ziarah anak-anak di asrama aku kirimkan hanya dengan doa
Tidak sempat untuk ziarah pada minggu ini
Hanya dapat selitkan urusan baby
Aina dan Izzul insyaAllah memahami..
Sememangnya ayah selalu sibuk dengan aktiviti masyarakat..
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku dan keluarga..
Juga semua yang mempermudahkan urusan orang lain
Mendahului diri sendiri..
Namun kewajipan kepada Allah jangan sesekali diabaikan..
InsyaAllah..
Rasa lapang apabila program berjaya dilaksanakan
Penat dan letih badan hilang apabila melihat masyarakat gembira
Sedikit pengorbanan demi perpaduan
Semoga masyarakat keseluruhannya juga terkesan dengan usaha ini
InsyaAllah aku bersedia demi perpaduan
Aku bersedia untuk masyarakat
Selagi Allah kurniakan kesihatan dan kudrat
Semoga Allah permudahkan urusanku dan keluarga..
Amiinn..
TAHNIAH buat sahabat, En. Azman J & Zulhelmi G yang mendapat panggilan menunaikan haji..
Mudah-mudahan mendapat haji mabrur.
Semoga Allah murahkan rezekiku jua untuk ke sana InsyaAllah..

Isnin, 17 Julai 2017
21 & 22 SYAWAL YANG SIBUK
Jumaat bercuti untuk ke sekolah Izzul
Perjumpaan dengan pihak sekolah demi PT3 2017
Izzul pulang ke rumah minggu ini
Sabtu baby tusyen
Sebelum itu kami ziarah raya ke rumah Mazlan
Sedikit ujian dari Allah tatkala mengejar masa mengambil baby
Alhamdulillah..
Syukur Allah beri ku ketenangan dalam sedikit kekalutan
Kereta ku tiba-tiba hilang kuasa
Hubungi Proton Care untuk nasihat..
Terima kasih Proton Care atas sedikit panduan yang membantu
Terima kasih juga atas sokongan jiran.. En. Mahmod dan En. A. Fadil
Kereta sedikit menyedarkan aku dengan situasi ku..
InsyaAllah aku akan berusaha memperbaiki situasi itu..
Ahad aku terpaksa buat keputusan pontengkan baby
Kami perlu bergegas berjumpa Aina
Pagi tu aku bersama jiran bergotong royong menyediakan lemang
Jam 11.15 aku terpaksa berundur dahulu
Tiba di asrama Aina sekitar jam 12.30 tgh
Uruskan sedikit hal kad bank Aina
Alhamdulillah selesai.. Aku dan Izzul solat di surau kolej Aina
Bergerak semula untuk hantar Izzul dari asrama Aina jam 3.50 ptg
Syukur.. keadaan trafik dipermudahkan Allah..
Memang aku rasa sangat bersyukur..
Jam 4.45 ptg aku sudah hampir sampai ke asrama Izzul
Singgah mencari beg untuk Izzul..
Selesai solat di surau asrama Izzul
Aku terus bergegas pulang ke rumah
Malam ini aku bersama jiran bersalawat.. Baraan 2017
Alhamdulillah.. selesai membungkus..
Alhamdulillah.. hari ini Isnin, aku berpuasa Syawal hari ke 6
Semoga Allah menerima amalan puasa Ramadhan dan Syawal ku

Khamis, 13 Julai 2017
19 SYAWAL 1438H - SEMOGA ALLAH TERIMA AMALAN PUASAKU
Alhamdulillah..
Aku berjaya melepasi separuh pertama puasa 6
Mudah-mudahan Allah memberikan rahmatnya
Semoga Allah terima amalan Syawalku
Semoga istiqamahku selalu bersama
InsyaAllah..
Mudah-mudahan kekuatan melawan nafsu kekal kukuh
Kerana dugaan puasa Syawal agak banyak berbanding Ramadhan

Ahad, 9 Julai 2017
9 JULAI BERSAMAAN 15 SYAWAL - SEMOGA ALLAH BERI KU KESIHATAN FIZIKAL DAN SPIRITUAL
9 JULAI 2017
Bersamaan
15 SYAWAL 1438H
Alhamdulillah..
Syukur Allah beri ku kesihatan sehingga ke saat ini
Usia ku kini menjangkau setahun lagi
Hari ini genap usia ku
Hari ini hari tahun kelahiran ku
Semoga keberkatan Syawal juga menjadi asbab
Kepada keberkatan umurku yang dikurniakan Allah SWT
Semoga Allah mempermudahkan kehidupanku dan keluarga
Semoga Allah memberikan kemurahan rezeki buat aku dan keluarga
Semoga aku sentiasa istiqamah
Semoga Allah pelihara kami dari musibah dan kepayahan
Semoga kami berjaya di dunia dan di akhirat
Latarbelakang aku sebagaimana dikhabarkan oleh ibuku
. Aku dilahirkan jam 9 pagi Isnin
. Negeri kelahiranku jelapang padi
. Aku tak pasti sama ada ayahku bersama kerana beliau bertugas di Sarawak
. Nama aku dicadangkan oleh datuk atau nenekku
. Kalau ikut perancangan ayah, namaku mestilah bermula dengan Shamsol
. Apa jua latarbelakangku segalanya atas izin Allah SWT
. Semoga Allah memberkati umurku
Selamat Panjang Umur buat ku
Selamat Ulangtahun kelahiran buat ku

Jumaat, 7 Julai 2017
13 SYAWAL - INSYAALLAH SEMOGA DIPERMUDAH
Semalam 6 Julai ulangtahun ke 16 IKIMfm
Mungkin tiada apa kaitannya dengan aku
Namun pelancarannya tidak beberapa hari sahaja dengan tarikh hari lahirku
Selamat Ulangtahun IKIMfm, Tahniah & semoga sentiasa berjasa kepada agama
Semalam juga berjaya dilaksanakan majlis ringkas ditempat kerja
Dimana aku juga terlibat.. meraikan pertukaran
Suasana raya juga diraikan bersama
Semoga Allah perkukuhkan ukhuwah sesama kami insyaAllah..
Aku menjangkakan 2 minggu berbaki Syawal akan sangat sibuk
Semoga Allah memberikan kemudahan
Mudah-mudahan segalanya hadir dengan tenang
Semoga segalanya dihadapi dengan kemudahan dan bersama rahmatNya

Rabu, 5 Julai 2017
11 SYAWAL 1438H - CETUSAN PUASA 6
Allahuakbar!!!
Antara sedar dengan tidak
Hari ini sudah memasuki Syawal ke 11
Mudah-mudahan aku istiqamah mengejar puasa 6
Cerita berkisar 2 minggu lepas..
Aku mula bercuti seawal khamis 27 Ramadhan
Berkejar mengambil Izzul seterusnya Aina
Jalanraya semakin meriah dengan kenderaan yang ingin pulang ke kampong
Target sebelum sahur untuk bergerak pulang ke kampung
Sebaliknya jam 8.30 pagi jumaat baru memulakan perjalanan
Sepanjang lebuhraya kelihatan tidak terlalu sesak
Masih boleh maintain speeding ikut limit
Sehingga Slim River sekitar jam 11 pagi
Aku buat keputusan keluar mengikut jalan lama
Pergerakan mungkin perlahan namun aku rasa tidak tertekan
Singgah solat jumaat di Meru, Ipoh (tak jauh rumah pak teh dah ni..)
Sehingga Taiping jam 3ptg singgah AEON dan Tesco
Hampir waktu berbuka aku di Kemunting
Berbuka donat dan air sahaja dalam kereta
Sampai BS singgah solat maghrib dan sambung berbuka di KFC
Hajat untuk bertarawih di kampung malam akhir Ramadhan tidak kesampaian
InsyaAllah semoga Allah pertemukan Ramadhan 1439H
Alhamdulillah selamat tiba di kala isyak
Bersahur akhir Ramadhan bersama mak, abah dan adik2
Seawal pagi mencari bahan untuk persiapan juadah raya
Semoga Aidilfitri dirahmati
Pagi raya di BS, petangnya bersama keluarga Su di KK
Raya ke-2 menjelajah Ipoh
Raya ke-6 selesai jumaat bertolak pulang KL
Lebuhraya agak sibuk
Singgah open house di B Beruntung
Sampai NL sekitar jam 12 mlm
Sabtu dan Ahad sibuk dengan anak-anak
Jalanraya agak sibuk semasa hantar Aina
Semoga anak-anak kembali fokus dengan pelajaran

Khamis, 15 Jun 2017
20 RAMADHAN 1438H - ISTIQAMAH DALAM MENCARI LAILATUL QADAR
Terasa pantas masa berlalu
Kini aku telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan 1438H
Malam yang penuh ganjaran buat umat islam
Malam dengan ganjaran 1000 bulan
Pada masa ini Aina dan Izzul masing-masing sedang berdikari
Alhamdulillah Allah permudahkan aku dan isteri untuk terus berjemaah di surau
Allah kurniakan anak kecilku yang memahami
Semoga aku istiqamah menuju akhir Ramadhan
Hujung minggu ini mungkin anak-anak sibuk dengan kelas ganti
Aku juga dengan aktiviti di pejabat
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami sekeluarga
Semoga Allah permudahkan urusan kedua ibubapaku di kampong
Minggu lepas, dipenghujung minggu kedua Ramadhan aku agak sibuk
Ahad selepas ambil baby dari tusyen berkejar ke asrama Izzul
Tidak seperti selalu, kami terus bergegas menghantar Aina pula
Tidak mahu mengambil risiko tambahan kali pertama untuk uruskan Aina
Sepanjang jalan ke kolej kenderaan agak banyak
Rezeki aku tidak terlibat dengan kesesakan yang serius
Sebelum jam 4 ptg aku sudah bergegas menuju pulang
Kelihatan kesesakan mulai bertambah diarah berlawanan
Alhamdulillah.. aku perlu jadualkan semula aktiviti
Untuk minggu-minggu seterusnya
Tambahan anak-anak akan mengambil peperiksaan utama
UPSR, PT3 dan Matrikulasi
Semoga semuanya terus istiqamah
Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak
Semoga diberikan kesihatan dan kekuatan minda
Semoga semuanya berjaya.. Insya-Allah..

Selasa, 6 Jun 2017
11 RAMADHAN 1438H - DAFTAR MATRIKULASI SEMOGA RAMADHAN ASBAB KEJAYAAN BUAT AINA
Selesai solat subuh di surau, segera bersiap
Menyusun perkakasan untuk pendaftaran
Semoga Aina menjadi ikon kejayaan buat adik2
Semoga Aina tekun belajar di matrikulasi
Seawal jam 8.00 pg aku dan keluarga tiba
Terus ke blok C4 pendaftaran pelajar
Menjelang 8.15pg kenderaan tiba2 byk yang tiba
Alhamdulillah kami tiba pada masa yg sesuai
Hampir 2 jam mendengar taklimat pengurusan
InsyaAllah..
Aku yakin dengan kematangan Aina
Semoga pilihannya adalah terbaik
Ya Allah.. semoga Ramadhan menjadi asbab kebaikan buat Aina.

Langgan:
Catatan (Atom)