Jumaat, 27 Mei 2016

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Minggu akhir Syaaban menjelang Ramadhan
Pagi ini sedikit jamuan di tempat kerja menyambut kehadirannya
Aku sempat menyediakan juadah pot luck seperti biasa
Walau jika diikutkan mood sentiasa letih dan malas

Pada masa ini mindaku perlu kuat
Fizikal mungkin makin berusia namun minda harus sentiasa remaja
Kekuatan minda hadir hanya dengan ilmu dan amal
Jika diikutkan kemahuan hawa nafsu akhirnya aku tidak akan kemana

Ramadhan kali ini adalah peluang terbaik untuk bermuhasabah
Mencari kelemahan diri seterusnya meningkatkan prestasi
Semua manusia dikurniakan Allah atas perkara yang sama
Hanya dibezakan kekuatan rohani dan jasmani

Kelihatan juadahku yang macam kekurangan serinya. Apa ke tidaknya, habis bahan pewarna dilanyak dek baby.
   

Jumaat, 13 Mei 2016

KURANG SEBULAN LAGI RAMADHAN

Hari ini 6 Syaaban 1437H
InsyaAllah..
Semoga Allah pertemukan Ramadhanku tahun ini
Bulan penuh keberkatan dalam bermuhasabah

Aku insan biasa..
Ramadhan lah peluang memperbaiki kelemahan diri
Semoga peluang tahun ini aku usaha
Mencari yang hakiki disebalik kesibukan duniawi

Hari-hari yang berlalu tidak berpesan
Rutin seharian yang tiada kesudahan
Kesibukan semakin tanpa haluan
Terkadang aku penat ditengah jalan 

Sesekali akan aku termenung
Semakin difikirkan semakin aku bingung
Kesibukan dunia tiada berpenghujung
Semakin dilayan banyak pulak berkunjung

Aku tahu apakah yang aku mahu
Namun kelemahan dalam diri masih sukar diatasi
Ramadhan kali ini tindakan yang sangat perlu
Mencari solusi demi masa hadapan yang hakiki

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
24 Hari Lagi InsyaAllah..

p/s Kelemahan diri terkadang sukar diatasi.
Maaf mak kerana tidak hubungi seperti biasa pada hari itu.
Namun bagiku.. hari-hari adalah hari ibu.
Ibu buah hatiku. Anak lelaki sepertiku sukar menzahirkan perasaan
Namun percayalah.. Anak lelaki sebenarnya lebih berperasaan jika boleh dizahirkan..
Selamat Hari Ibu.

Rabu, 4 Mei 2016

AKU DALAM MOOD MENCARI KETENANGAN

Awal minggu aku hantar kereta ke pusat servis
Tukar timing belt, bearing, servis a/cond hampir RM1k
Semoga keadaannya baik sehingga poket kembali sembuh
InsyaAllah..

3 hari cuti tidak terasa
Sabtu dan ahad aku memenuhi permintaan untuk berkelah di Kalumpang
Hasrat asal ke Genting dibatalkan
Apatah lagi mengharungi jammed yang teruk pada petang sabtu

 
Pulang terus ke rumah dan tiba jam 6.00 ptg
Macam biasa aku akan rasa relax di rumah sendiri

Beberapa hari ini suasana di pejabat agak diam
Sedikit masalah menyebabkan rutin berubah
Sebagai generasi 70an pernah terdetik
Yang baru dikejar tapi yang lama masih perlu dilihat

Dunia semakin memeningkan
Jika tidak mampu jangan dikejarkan
Yang mampu sekalipun masih belum dijanjikan kebahagiaan
Dunia perlu.. namun akhirat adalah sasaran.

Masyarakat di era ini sukar diduga
Masing2 terkejar sesuatu yang tidak berapa perlu
Sifat kemanusiaan terkadang sangat rendah 
Jika difikirkan, ingin sahaja aku kembali ke zaman 80an dan 90an

Zaman tiada whatapps, tiada facebook, tiada gadjet yang alpa
Semoga Allah tetapkan iman dalam diri dan keluargaku
Aminn..

Isnin, 18 April 2016

APA SEBENARNYA YANG AKU MAHUKAN

Cerita minggu lepas, aku ke SPA pada 14 hb
Seminggu sebelum itu aku dah dapat panggilan
Hati macam biasa akan berbisik..
Betul ke aku ni.. Bukankah perjalanan kehidupan aku sudah tersusun disini..??

Kenapa aku masih mahu beralih angin..??
Kadang2.. aku sendiri terkelu untuk menjawabnya
Seperti kata2 salah seorang panel.. Adakah semata2 41 aku sanggup beralih ke Sabah??
Seperti biasa jawapan aku lebih kepada motivasi diri

Kelebihan memang disini.. tapi aku perlu berusaha
Setiap orang mempunyai agenda yang tersendiri
Begitu juga dengan pihak pengurusan disini
Aku perlu bulatkan tekad. Rezeki Allah maha luas.. Keperitan perlu demi kemanisan..

Aku serahkan segala-galanya kepada Allah SWT
Segala-galanya milikNya.
Allah maha mengetahui akan segalanya
Aku hanya menjalankan apa yang dikatakan berusaha dan bertawakal 

InsyaAllah..
Aku berserah 100% kepada ketentuanNya
Mana yang terbaik datang dariNya
Aku pasrah akan segala pemberianNya
... ,,, ... ,,, ... ,,, ... ,,, ... ,,, ... ,,, ... ,,, ... ,,, .,.,.,.,.,.,
Hidup bermasyarakat juga perlu dijalani
Bermula jumaat malam aku telah buat keputusan untuk tolak permintaan kerja hakiki
Aku pilih untuk bersama masyarakat di kejiranan
Bersama hadir dalam majlis kesyukuran

Seawal sabtu pagi aku sibuk dengan caraku
Cara fikir dan cara bertindak yang lain dari orang lain
Biarkan mereka berada dihadapan sebaliknya aku 'underground'
InsyaAllah.. semuanya kurniaan Allah.. Semuanya mempunyai kelebihan tersendiri..

Menjelang jam 1.30 tgh..
Kesibukan menjadi2.. Hasrat hadir ke majlis satu lagi aku batalkan
Demi membantu situasi yang sangat kritikal
Alhamdulillah.. Sekurang2nya mengurangkan tekanan banyak pihak

Ahad petang aku menghantar pulang Izzul ke Asrama
InsyaAllah..
Rezeki Allah maha luas. Rezeki Allah boleh hadir dalam pelbagai bentuk..
Semoga jika ianya bukan untukku.. InsyaAllah untuk anak2ku..

Aminn...

Rabu, 6 April 2016

KEHIDUPAN DUNIA ILHAM AKHIRAT

Alhamdulillah.
Bersyukur aku kerana masih di kurniakan kudrat
dan istiqamah dalam melayani karenah masyarakat.
Walaupun sesekali datang juga
rasa terkilan dengan permasalahan yang seolah2 tidak diselami secara rasional oleh mereka
Bagiku kehidupan dunia adalah ilham akhirat
Permasalahan masyarakat menjadi tanggungjawab semua
Walaupun lebih ramai yang menunggu daripada membantu
Walaupun ada yang berfikiran seperti katak dibawah tempurung
Namun kehidupan harus diteruskan
Kehidupan didunia adalah ujian Allah buat hambanya
Penat di dunia biarlah rehat di akhirat
Semoga aku istiqamah dan bermuhasabah
Semoga aku sedar akan diri sendiri
Peringatan ini buat diri ku sendiri
Allah bersama hambanya yang sabar
InsyaAllah..

p/s Alhamdulillah. 'Cap' Hard Rock Café Moscow aku tersorok dibawah seat kereta aku.  Lega.

Jumaat, 18 Mac 2016

TIDAK PUAS BERCUTI SUDAH KEMBALI BERTUGAS

Pulang ke utara jam 9 pg
Target jam 2 ptg boleh lihat pengantin bersanding
Singgah breakfast di Bt. Beruntung
Sambung perjalanan 10.30pg masuk semula hway di Bt Beruntung
Jammed...

Ipoh jammed lebih dasyat
1.30 hingga 2.30 masih belum lepas T. Menora
Keluar tol bt. Merah terus ke Selama Kedah
4.15ptg baru menjamah nasi kenduri.. Alhamdulillah..
Pulang BS. Perjalanan 35 km dari lokasi kenduri

Jam 9.30pg bergerak 2 kereta ke AS
Jumpa On di Gurun
Sampai KBatas jam 12.30tgh
Happenning juga rasa Susana kenduri kak Zaharah

Pak Su, maksu, Chaq, Pak Ngah and anak-anak
Ramai lagi sedara mara disini

Selesai terus ke Tandop jumpa Akashah
Lepas tu singgah di Bt Kawan

Frust rasanya bila 'cap' Hard Rock Café Moscow aku missing di tempat kenduri
Tak de rezeki lagi la tu
Sama kes 'cap' baseball made in Korea aku dulu yang tertinggal di hentian sg. Buloh
Menyesal pun dah tak ada guna
Aku selalu tidak berhati-hati

Bercuti kali ini aku 'berjaya' siapkan reban yang mak aku idamkan
Insya Allah biawak tak kacau teloq ayam lagi

Pulang petang selasa
Alhamdulillah sampai rumah jam 11.00 mlm
Letih rasanya badan ini
Esok tugas sudah menanti



Rabu, 9 Mac 2016

GERHANA MATAHARI - KEKUASAAN ALLAH SWT

Gerhana matahari kali akhir direkodkan berlaku sekitar Januari 2009.
Jangkaan selepas ini adalah pada 26 Dis. 2019.
Berapa kekerapannya..??
7 tahun sekalikah..?
3 tahun sekalikah ..?
Allah yang maha mengetahui akan segalanya.

Manusia mungkin berupaya memanfaatkan teknologi dengan meramal gerhana
namun Allah jua yang menentukannya

Gerhana matahari adalah tanda kekuasaan Allah..
Sebagai hambanya, kita wajib yakin akan adanya pengakhiran kehidupan ini
Semoga aku selalu mengingati bahawa akan tiba hari pengakhiran itu.

Insya Allah..

Sabtu, 5 Mac 2016

2-3 HARI DALAM PERISTIWA

8 Mac 2014 (hampir 2 tahun lalu)
Sebagai hamba Allah, kita redha. Allah maha mengetahui akan segalanya.
Namun, masih ada rakyat Malaysia yang masih berharapan untuk dapatlah kiranya menoktah misteri MH370.
Aku pernah ke Beijing dengan MH360 pada 14 Mei 2012  

Kronologi insiden kehilangan MH370:
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasaAustralia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
  
Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

*  25 Mac - Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu mengisytiharkanpesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat dan AAIB

Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.
- Hishammuddin berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor utara ditamatkan
- Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang MAS itu.

*  26 Mac - Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.

- Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yangmungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.

*  27 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.
- Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.

* 28 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.

- Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting."

* 29 Mac - Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar hinggalah kepada keupayaan teknologi.

- Hishammuddin menasihati media, terutama media antarabangsa, agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung kehilangan MH370.

* 30 Mac - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas diperiksa.

- Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

* 31 Mac - Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagaipegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.

- Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara pengawaltrafik udara dan kokpit pesawat  MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".

- PM Australia menyokong pandangan Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.

* 1 April - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualanradiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.

- MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

* 2 April - Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.

- Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih"daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
- Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.
- Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.

* 3 April - Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.

- Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan dihentikan mulai 8 April.
- Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnyadalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.
- Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.
- Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.

* 4 April - Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Madmeminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.

- Australia hari ini berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.

Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini, berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.

- Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

* 5 April - Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370.  

- Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
- Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.
- Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.

* 6 April - Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.

- Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01
- Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370. - Bernama

Khamis, 3 Mac 2016

MINGGU YANG BERKEJAR

Sesekali akan hadir minggu yang menyibukkan
Mungkin aku tidak pernah mengambil iktibar
Aku patutnya menggunakan peluang
Masa lapang sebelum datang masa sibuk

Start isnin dapat tugasan 'ad-hoc'
Lanjut hingga selasa. Lepas lunch aku berkejar menyelesaikan tugas yang sepatutnya
Rabu aku ke Terendak
Tugasan rasmi semalam mendesak aku hingga saat akhir




Malam ini aku menunggu Aina dalam kereta
Sempat update blog sambil adik dan baby juga bersama
Malam ni ada tugasan rasmi lain
Esok menanti tugasan yang lebih mendesak

Semoga Allah permudahkan tugasanku 

Selasa, 16 Februari 2016

MUHASABAH DIRI - AL FATIHAH BUAT ARWAH SAHABAT YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum, Selamat Pagi semua
Makhluk Allah yang masih diberikan rezeki untuk menghirup udara
Yang masih mendapat keizinan Allah untuk terus berjalan di atas muka bumi ini
Sesungguhnya dunia hanya sementara buat kita semua

Dunia hanya pinjaman untuk kita mencari keredhaanNya
Akhirat jua tempat yang kekal buat selamanya
Nikmat kehidupan adalah hak mutlak Allah SWT
Allah maha mengetahui akan segalanya

AL-FATIHAH buat sahabatku Abdul Rashid
Sepanjang aku mengenali arwah, beliau tiada masalah denganku
Senyuman beliau setiap kali bertemu sangat mendamaikan perasaan
Beliau amat peramah dan menyenangkan rakan

Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang soleh

Insha Allah.. 

Jumaat, 5 Februari 2016

SHARING IS CARING

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan jasa..
Apalah yang ada pada nama..
Hidup biar memberi manfaat kepada semua..

Penat di dunia, insha Allah senang di sana..

Selasa, 2 Februari 2016

REZEKI ADALAH KETENTUAN ALLAH

Ya Allah Ya tuhanku
Aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan kepadaku
Sesungguhnya kau maha mengetahui akan apa yang ditentukan
Berikanlah aku kekuatan iman dalam menghadapi segala ujianmu Ya Allah

Rezekimu maha luas Ya Allah
Rezekimu dalam segala macam rupa Ya Allah
Berikanlah aku kesihatan yang dapat aku manfaatkan demi kebaikan
Kurniakanlah anak-anak yang soleh dan solehah supaya dapat berbakti kepada mu Ya Allah

Ya Allah
Sesungguhnya hambamu ini sangat lemah
Berikanlah kekuatan rohani dan jasmani agar dapat berbakti kepada kedua orang tua
Supaya dapat membuat jasa demi keluarga, masyarakat dan ummah di dunia ini

Ya Allah
Aku sedar, hidup di dunia adalah sementara
Akhirat jua tempat yang kekal selamanya
Sesungguhnya disini hambamu ini sentiasa diuji

Ya Allah
Semoga hambamu ini mampu menghadapi ujianmu
Kau berikanlah kekuatan iman
Semoga hambamu ini sentiasa istiqamah dalam perjalanan hidup ini

Hidup Biar Berjasa
Dunia adalah bekalan ke akhirat

Jumaat, 29 Januari 2016

SEMOGA DIKURNIAKAN ISTIQAMAH BERKEKALAN

Mesyuarat pertama JK yang malap dari 2010 berlangsung pagi ini
Aku sentiasa positif untuk memaslahatan masyarakat
Semoga Allah beriku kekuatan minda dan jasmani untukku kembali
Rasa terkilan yang sekian lama membelenggu aku azamkan dibuangkan jauh

Insha Allah..
Hidup biar berbakti..

Rabu, 27 Januari 2016

SELAMAT ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN IZZUL

Birthday Izzul jatuh pada khamis 21 Jan.
Izzul masih di asrama.
Izzul ok shj.. Tak kesah..
Biasalah budak lelaki.. Slumber Blur..
Raikan birthday pada hari nak pulang semula ke asrama.

Minggu ini aku kena ambil dia
Plan nak ke majlis kenduri kahwin sepupu
Insha Allah semoga Allah pelihara kami dan semua sanak keluarga
Meraikan pernikahan anak 'Mak Su'

Jumaat, 1 Januari 2016

SELAMAT DATANG 2016

Assalamualaikum.

Selamat datang 2016 masehi.
Doaku semoga Allah memberkati niatku untuk meningkatkan keupayaan diri ini.
Usaha ke arah meninggikan martabat diri, keluarga dan masyarakat.
Keutamaan kepada perkara utama disamping melayan isu remeh

Perubahan bermula dari diri sendiri
Langkah seribu bermula dari langkah yang satu

SELAMAT TAHUN BARU 2016 M
p/s imej dari internet. Kredit diberi terima kasih.