Jumaat, 30 Januari 2015

SALAM JUMAAT

Alhamdulillah..

Berada di hari jumaat, penghulu segala hari ini hatiku agak tenang..
Masalah yang menyelubungi Aina telah aku bantu..
Syukur Allah mempermudahkan urusanku..
Semoga Aina tekun dan kembali bersemangat dalam kelas dan aliran yang diingininya..
Semoga SPM yang bakal menjelang dalam 2 tahun ini menjadikannya seorang yang lebih berjaya..
Aku sebagai bapa hanya membantu selagi daya..

Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Januari 2015..
In sha Allah.. Februari 2015 pula akan mendatang..
Aku harus dan sememangnya perlu bersyukur dengan nikmat yang ada..
Ada insan dan makhluk lain yang lebih susah dari diri ini..
Bagiku yang mampu hanya membantu dengan kudrat yang ada..
Selagi Allah kurniakan kudrat yang sihat dan tubuh yang boleh membantu.. In sha Allah..

Hanya Allah yang mengetahui akan segalanya..
Aku hanya mampu berdoa semoga aku senantiasa berusaha menjaga hati dan perasaan..
Semoga keikhlasan sentiasa berada dalam diri dan setiap sesuatu yang aku lakukan..

Aminn...

Jumaat, 23 Januari 2015

MINGGU KE-2 BUAT IZZUL & MINGGU PERTAMA BUAT AINA

Jam 12.15 tgh bergerak terus ke SB.
Sampai SH... jam 12.50 tgh. Izzul nak masuk dalam surau.
Alang-alang solat jumaat disana..
Menunggu Izzul siap hingga jam 2.30 ptg.
Uruskan dokumen pulang hujung minggu.. selesai satu bab yang mudah dan menyenangkan hati..

Bersama Izzul aku terus ke asrama Aina..
Rakan-rakannya menunggu teksi di perhentian bas..
Melihatkan Aina terasa sesuatu yang agak kurang happy..
Hampir kesemua barangnya hendak dibawa pulang..

Dalam kereta Aina meluahkan isi hatinya..
Pelbagai alasan, antaranya mengantuk dengan cara cikgu mengajar..
Sukar memahami subjek bahasa arab tinggi.. dll..
Rakan-rakannya juga bermasalah yang serupa..

Aku faham apa yang tersirat disebalik yang tersurat..
Aku berikan peluang beberapa hari ini..
Aku perlu hormati keputusannya juga..
Walaupun usahaku dalam 1-2 minggu ini agak memenatkan..
Apa lagi yang boleh aku lakukan..

Semoga keputusan yang bakal dilakukan kelak adalah keputusan terbaik..
Usaha telah aku buat.. peluang telah diberikan..
Keputusan adalah ditangan Aina sendiri..
Semoga Allah memberkati apapun keputusan yang terbaik buat Aina..

In sha Allah..

Rabu, 21 Januari 2015

SELAMAT HARI LAHIR IZZUL.. SELAMAT PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI..

Tanggal 21 Januari 2015, genap 13 tahun Izzul.
Seminggu juga berjauhan dan berdikari di asrama.
Semoga dengan kejauhan akan mematangkan serta dapat mendewasakan diri itu.
Ingat pesan ayah..
Segala yang dialami hanya dengan niat yang satu..
Matlamat untuk kebaikan masa hadapan..
Kebaikan buat diri sendiri, ibu, ayah, keluarga, masyarakat dan negara..

Yakin boleh.. In sha Allah..
Allah bersama orang-orang yang berusaha..
Semoga niat melanjutkan pelajaran dalam aliran agama mendapat keberkatan..
Semoga kejayaan sentiasa bersama Izzul..

Selamat Hari Lahir..
Semoga dilindungi Allah sepanjang berada di SHAMS.

Aminnn...

Jumaat, 2 Januari 2015

SELAMAT DATANG TAHUN 2015

Assalamualaikum..

Selamat Datang 2015..

Selamat tinggal 2014..
Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini..
Tahun 2014 juga adalah tahun kesedihan buat rakyat Malaysia..
Semoga peristiwa sepanjang 2014 menjadi asbab kebaikan dari Allah SWT kepada hambanya dalam mencari keredhaan menuju akhirat.. In sha Allah..

Sepanjang 2 tahun ini aku dalam keadaan yang agak suram..
Seolah-olah hilang pedoman.. seolah hilang arah tujuan..

Peristiwa sepanjang 2013-2014 menyebabkan aku menjadi seorang yang terlalu merendah diri dan memberikan peluang kepada orang lain untuk lebih kehadapan..

Selamat Datang 2015. Semoga tahun baru ini menjelmakan semangat baru buatku..
Semoga tahun baru dibuka dengan semangat baru..
Azam baru dimulai dengan lebaran baru..

Buat diriku..
Keutamaan adalah amat penting dalam segala perkara..
UTAMAkan yang lebih utama..
Kelemahan merancang boleh membuang masa dan kegagalan mencapai untuk matlamat..

Semangat, keyakinan diri dan motivasi diri yang semakin hilang dari diri ini harus aku kembalikan..
Mungkin aku terlalu merendah diri..

Diri aku yang sebenar bukanlah seperti itu..
In sha Allah..
Perubahan kepada kebaikan bermula dari langkah pertama..
Aku perlu istiqamah dan yakin untuk berubah..

Ya Allah.. Perkenankanlah azam hambamu ini..
Aminn... 


Rabu, 31 Disember 2014

BEBERAPA JAM MENJELANG TAHUN 2015

YA ALLAH.. KAU BERKATILAH DIRIKU, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEKELILINGKU..
SEMOGA TAHUN 2014 YANG BAKAL MELABUHKAN TIRAINYA DALAM BEBERAPA JAM INI MEMBERIKAN KAMI SESUATU KEBAIKAN DAN PELAJARAN DALAM MENGHARUNGI TAHUN YANG MENDATANG..
SEMINGGU AKHIR 2014 TELAH MENJELMAKAN PELBAGAI KEADAAN YANG AMAT MENGINSAFKAN..
-MALAPETAKA BANJIR, TANAH RUNTUH, MALAPETAKA QZ8501..

YA ALLAH.. SEMOGA KAMI SEMUA KEMBALI ISTIQAMAH DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI HAMBAMU YANG BERTAQWA..

SELAMAT TINGGAL 2014..
SELAMAT DATANG 2015.. TAHUN MASEHI..

Isnin, 29 Disember 2014

MALAYSIA DILANDA MUSIBAH

Hampir seminggu banjir melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang..
Jangkaan 20 Dis. 2014 banjir melanda.
Beberapa hari ini di Perak pula.

Ya Allah.. Berikanlah kesejahteraan buat hambamu ini..
Berikanlah keselamatan buat rakyat di Malaysia ini..
Jauhkanlah segala musibahmu Ya Allah..
Redakanlah segala ujianmu kepada kami ini Ya Allah..




 
 

Selasa, 9 Disember 2014

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERIKU

Hari ini 9 Disember..
Selamat Hari Lahir buat isteri serta ibu kepada anak-anakku..
Semoga hari-hari mendatang lebih mematangkan kehidupan..
Semoga hari-hari mendatang memberikan sesuatu yang lebih baik di dunia dan juga demi akhirat..

Tidak perlu terlalu terpengaruh dengan perkembangan dunia yang semakin keliru..
Apa yang penting.. Peredaran masa perlu dilihat dengan positif..
Perkembangan teknologi dan kemajuan dunia hari ini perlukan kematangan..
Perlukan ilmu.. Ilmu dunia apatah lagi ilmu akhirat..

Alhamdulillah..
Rezeki Allah kurniakan buat aku dan keluarga..
Semoga keberkatan sentiasa bersama kami..
Semoga kehidupan mendatang lebih matang dan dirahmati..

BUAT BAIK BERPADA-PADA

Ya Allah.. sesungguhnya kau yang maha mengetahui.
Semoga hikmah tetap berada disebalik sesuatu yang kau berikan buat hambamu ini..

Kadang kala aku merasakan sesuatu pertimbangan yang dibuat oleh aku demi menjaga kebajikan rakan lain yang akhirnya dan sebaliknya memakan diri sendiri..
Kenapakah aku perlu mempertimbangkan masalahnya??
Jawapannya adalah kerana sikap aku sendiri yang terlalu ingin menjaga perhubungan..
Silaturrahim yang terjalin selama bersahabat..
Tapi kenapa sahabat aku tidak berfikir untuk memperbaiki situasi??
Hendak tunggu sampai bila..??

Hari ini.. masalah kembali kepada aku..
Jawapan sahabat aku sangat mengecewakan aku..
Aku perlu fikirkan buatnya lagi..
Semoga bantuan aku kali ini akan merubah situasi..
Bukan aku tidak mahu membantu.. tetapi sahabat sendiri yang tidak mahu berfikir atas situasi yang selama ini bagai batu yang diletakkan atas kepala aku..
Aku masih terus mengusung batu itu walaupun sahabat aku hanya sesekali aku sedarkannya..

Memang aku sangat banyak mendapat bantuannya sebelum ini..
Tetapi aku juga berusaha mengubah keadaan..
Alhamdulillah.. rezeki Allah buat aku disini..
Namun buat sahabat aku.. buatlah sesuatu..
Masa sentiasa berlalu..
Keadaan kita seharusnya lebih baik dari hari ke hari..

Berubahlah sahabatku..
Berubahlah.. In sha Allah.. Allah akan bersama hambanya yang berusaha..

Aminn...

Jumaat, 21 November 2014

SEPANJANG IHTIFAL KAFA KEBANGSAAN 2014

Alhamdulillah.. selesai sudah aktiviti yang agak meletihkan buat anak-anak..

Jumaat seawal jam 11pg aku bertolak ke Gambang.
Singgah Muadzam jam 1.45 tgh.
Sampai Bukit Gambang Water City jam 4.00 ptg, terus check in homestay.
Jam 5.00 ptg, bantu rombongan yang tiba.

Giliran pertama buat baby dan kelima buat Izzul.
Aku berpuashati dengan prestasi anak-anakku.

Awal pagi tadi dapat berita ct bersalin..
Mak yang ikut bersama sudah tidak tenang.
Selepas Izzul selesai persembahan, aku bawa mak ke Kuantan Sentral.
Tiket ke BS jam 9mlm.

Hantar mak ke perhentian bas UMP.
Terus ke BGWC.
Keputusan jemaah hakim tidak menyebelahi pihak kami..
Lelaki : Pahang-Sarawak-Selangor.
Perempuan : Kelantan-Kedah-Selangor.
Alhamdulillah.. Sampai ke peringkat ini sudah cukup membanggakanku.. 

Ahad pagi, mengikuti rombongan sekolah masuk water city.
Lepaskan geram solo..

Petang bergerak pulang.
Lewat 15 minit dari rombongan anak-anak.
Solat maghrib dan dinner bersama keluarga.




***********************************************************
2 hari lepas, hadir ke sekolah untuk majlis graduasi Izzul dan penyampaian hadiah.

In sha Allah.. semoga pencapaian Izzul semasa keputusan UPSR pada 26 Nov. ini cemerlang.
Aminn..

Khamis, 13 November 2014

MENCARI KEMBALI IDENTITI DIRI

Ketenangan.. Cool.. Mungkin itu identiti sebenar aku..
Namun kini amat sukar.. Kesibukan dari segala arah..
Mungkin juga faktor umur..
Berbagai kemungkinan.. Mungkin aku selalu lalai dalam menjaga ibadahku..
Umur meningkat..sepatutnya kualiti amalan meningkat..

In sha Allah.. Mungkin ini dugaan bagiku dari Allah untuk terus berusaha memperbaiki diri.

Aminn..

Nota: Semoga perjalanan mak dari kg petang ini ke KL dipelihara Allah SWT.  Semoga tiada sebarang masalah diperjalanan.

Aminn...

Selasa, 11 November 2014

BEBERAPA HARI MENJELANG PERTANDINGAN NASYID IKHTIFAL WAHYU KEBANGSAAN

Bermula esok Izzul dan baby akan menghadiri latihan pusat.
Aku sendiri pun belum pernah tengok baby menguruskan dirinya.
Semoga peluang ini diambil sebagai latihan kendiri buat mereka berdua.
Kebetulan cuti persekolahan akan bermula seminggu selepas pulang dari pertandingan.

In sha Allah.. nenek mereka juga akan bersama menjadi penyokong..
Semoga rezeki menyebelahi mereka kali ini..
kali kedua selepas kali pertama di Alor Setar tahun pada tahun lepas.
Secara peribadi.. sememangnya mereka bertungkus-lumus untuk JUARA.

Sebagai bapa.., aku sentiasa berdoa dan mengharapkan kejayaan serta keputusan yang baik selaras dengan usaha mereka selama ini.
Pengorbananku mungkin hanya masa.. dan wang ringgit..
Namun keletihan dirasai oleh mereka.. Semoga mereka gembira..

Peluang belajar sebegini sepatutnya tidak dilepaskan..
Peluang yang datang hasil dari kelebihan yang Allah SWT kurniakan buat Izzul dan baby..
Alhamdulillah..
Juga terima kasih buat ustaz dan ustazah yang berjaya menghidu bakat mereka..

Semoga Al-Imtiyaz dan Salsabila berjaya.

Aminn..  

Jumaat, 7 November 2014

MUSIM TENGKUJUH BERMULA

Seperti setiap tahun.. pada penghujung tahun adalah musim tengkujuh.
Aku dan keluarga menunggu hari untuk sama-sama melihat Izzul dan Baby bertarung di Gambang..
In sha Allah.. Usaha yang konsisten dan doa yang mengiringi..
Semoga beroleh kejayaan cemerlang.

Kemudiannya dijangkakan pada 26 Nov. 2014 akan diputuskan keputusan PT3 dan UPSR.
Semoga kejayaan juga dipohon buat yang berusaha.
Aku telah lupakan sejarah pahit UPSR bocor..
Aku juga berharapan supaya kekecewaanku dengan pihak berwajib akan terubat..
Semoga Aina dan Izzul beroleh kejayaan serta layak untuk bersekolah di sekolah yang hebat.
In sha Allah..
Rezeki milik Allah SWT. Kita hanya mampu merancang..

Hujung minggu ini aku masih perlu bersama anak-anakku dalam latihan mereka..
Guru mereka lebih tahu apa yang baik untuk mereka dalam perkara tersebut.
Aku hanya mampu melihat sambil memberikan sokongan buat mereka..

In sha Allah.. Aminnn...

Selasa, 21 Oktober 2014

SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI

Peperiksaan PT3 telah selesai pada minggu lepas. Peperiksaan ulangan UPSR juga telah selesai.
Anak-anak nampaknya agak kurang tekanannya pada masa ini.
Minggu ini juga mereka bercuti dari bersekolah.
In sha Allah ada plan sesuatu..

Aku seperti biasa akan penuh dengan aktiviti rasmi
Mungkin sedikit kelebihan dengan mempunyai perancangan sendiri.
Sekurang-kurangnya dapat menyusun tugasan rutin mengikut keutamaan.
Aku tidak mahu terlalu terikat dengan jadual dan perancangan.
Apatah lagi kerap berlaku pertembungan aktiviti.
Aku cuba fleksibel.. Sekurang-kurangnya aku tidak terlalu tertekan..
Cuma sesuatu yang melibatkan kepentingan pihak lain perlu diberikan keutamaan..

Situasi dan peristiwa yang berlaku seharian perlu diikuti..
Dunia dan akhirat perlu seimbang..
In sha Allah.. Surau juga perlukan aku..
Keluarga perlukan aku..
Tempat kerja perlukan aku..
Masyarakat perlukan aku..
Cuma bagaimana aku meletakkan keutamaan kepada kesemuanya adalah perkara terpenting pada masa ini..
Aku harus persoalkan diri sendiri.. Kenapa aku sepatutnya mengikuti rentak sendiri..
Selama 18 tahun (1996-2004) + (2004-sekarang) aku bekerja mencari nafkah.. Mengapa sekarang aku masih ingin mengikut rentak orang lain..
Aku patut jadi diri aku yang sebenar..
Cuma perlukan penambahbaikan..Terutama bagaimana untuk menjadi seorang yang istiqamah..

Semoga kejayaan mengiringi anak-anakku (UPSR dan PT3) serta diriku sendiri pada 1 Nov. 2014 ini. Semoga Allah memberiku sesuatu yang lebih baik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara seterusnya berjaya di akhirat. Berjaya didunia untuk berjaya diakhirat.

In sha Allah.. Amin.. 

Rabu, 8 Oktober 2014

SEMOGA BERJAYA, IN SHA ALLAH

Esok 9 Okt. 2014, Izzul akan menghadapi peperiksaan kertas Math.
Semoga usahanya diberkati dan kejayaan mengiringinya.
Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya buatnya.
In sha Allah... Semoga hikmah di sebalik kebocoran kertas BI, Sains, Math hadir bersama anak-anak yang bersabar.

Rabu, 24 September 2014

PERISTIWA SEPANJANG MINGGU UPSR DAN CUTI SEKOLAH

Perkara yang aku tidak ingin berlaku, berlaku jua akhirnya..
Kertas Math juga bocor dan peperiksaan semula pada 9 Okt. 2014..
Memang ketara wajah kecewa pada anakku..
In sha Allah.. kalau memang boleh buat tu.. boleh..
Kertas 1 (yang anak aku bagi tahu betul semua setelah disemak cikgunya) tu biarlah jadi kenangan dan sejarah buatnya sampai bila-bila..
Semoga kejayaan milik anakku dan semua anak-anak yang berusaha..

Hujung minggu akhir cuti persekolahan aku pulang ke BS.
Macam biasa.. mengemas keadaan semak-samun yang semakin meninggi di sekitar rumah..
Selepas jumaat, bergerak menuju AS.
Pada mulanya keadaan mak nampak kurang mengizinkan..
Letih akibat menyediakan kerisik yang sampai 45 biji kelapa agaknya..
Tapi aku faham sangat dengan makku.. kalau sudah diayat oleh PakCik.. semangatnya menjadi kuat..

Bermalam di 'homestay' taman berdekatan rumah kenduri..
Aku bersama sepupu yang lain..(Abg Kri, husband Azean dan PakCik sendiri) berhempas pulas 'mengacau' gulai dan rendang daging.  Selesai pun jam sudah hampir 2.00 pagi.

Seawal jam 8.00 pagi aku bersama isteri mencari sarapan.
Aku sendiri berjalan untuk memerhati aktiviti pagi di rumah kenduri.
Sudah ramai sanak-saudara berkumpul.
Kesian PakCik dan MakCik.. rasanya serik selepas ini..

Selesai check out jam hamper 5.00 petang.
Terus pulang ke BS.
Jem berhampiran Gurun..
Sampai BS jam 8.00 mlm. Selepas isyak pergi ke PB untuk melihat situasi kedai Siti.
In sha Allah.. kejayaan milik orang yang berusaha dan jujur dalam perniagaan..

Aku bergerak pulang ke KL selepas asar..
Banyak kereta sepanjang perjalanan..
Sesekali jem juga..
Singgah di Sg. Buluh untuk jamak maghrib dan isyak.

Singgah makan malam sebelum pulang ke rumah..
Jam 10.45 malam aku sampai..
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.. semuanya selamat..