Jumaat, 21 November 2014

SEPANJANG IHTIFAL KAFA KEBANGSAAN 2014

Alhamdulillah.. selesai sudah aktiviti yang agak meletihkan buat anak-anak..

Jumaat seawal jam 11pg aku bertolak ke Gambang.
Singgah Muadzam jam 1.45 tgh.
Sampai Bukit Gambang Water City jam 4.00 ptg, terus check in homestay.
Jam 5.00 ptg, bantu rombongan yang tiba.

Giliran pertama buat baby dan kelima buat Izzul.
Aku berpuashati dengan prestasi anak-anakku.

Awal pagi tadi dapat berita ct bersalin..
Mak yang ikut bersama sudah tidak tenang.
Selepas Izzul selesai persembahan, aku bawa mak ke Kuantan Sentral.
Tiket ke BS jam 9mlm.

Hantar mak ke perhentian bas UMP.
Terus ke BGWC.
Keputusan jemaah hakim tidak menyebelahi pihak kami..
Lelaki : Pahang-Sarawak-Selangor.
Perempuan : Kelantan-Kedah-Selangor.
Alhamdulillah.. Sampai ke peringkat ini sudah cukup membanggakanku.. 

Ahad pagi, mengikuti rombongan sekolah masuk water city.
Lepaskan geram solo..

Petang bergerak pulang.
Lewat 15 minit dari rombongan anak-anak.
Solat maghrib dan dinner bersama keluarga.




***********************************************************
2 hari lepas, hadir ke sekolah untuk majlis graduasi Izzul dan penyampaian hadiah.

In sha Allah.. semoga pencapaian Izzul semasa keputusan UPSR pada 26 Nov. ini cemerlang.
Aminn..

Khamis, 13 November 2014

MENCARI KEMBALI IDENTITI DIRI

Ketenangan.. Cool.. Mungkin itu identiti sebenar aku..
Namun kini amat sukar.. Kesibukan dari segala arah..
Mungkin juga faktor umur..
Berbagai kemungkinan.. Mungkin aku selalu lalai dalam menjaga ibadahku..
Umur meningkat..sepatutnya kualiti amalan meningkat..

In sha Allah.. Mungkin ini dugaan bagiku dari Allah untuk terus berusaha memperbaiki diri.

Aminn..

Nota: Semoga perjalanan mak dari kg petang ini ke KL dipelihara Allah SWT.  Semoga tiada sebarang masalah diperjalanan.

Aminn...

Selasa, 11 November 2014

BEBERAPA HARI MENJELANG PERTANDINGAN NASYID IKHTIFAL WAHYU KEBANGSAAN

Bermula esok Izzul dan baby akan menghadiri latihan pusat.
Aku sendiri pun belum pernah tengok baby menguruskan dirinya.
Semoga peluang ini diambil sebagai latihan kendiri buat mereka berdua.
Kebetulan cuti persekolahan akan bermula seminggu selepas pulang dari pertandingan.

In sha Allah.. nenek mereka juga akan bersama menjadi penyokong..
Semoga rezeki menyebelahi mereka kali ini..
kali kedua selepas kali pertama di Alor Setar tahun pada tahun lepas.
Secara peribadi.. sememangnya mereka bertungkus-lumus untuk JUARA.

Sebagai bapa.., aku sentiasa berdoa dan mengharapkan kejayaan serta keputusan yang baik selaras dengan usaha mereka selama ini.
Pengorbananku mungkin hanya masa.. dan wang ringgit..
Namun keletihan dirasai oleh mereka.. Semoga mereka gembira..

Peluang belajar sebegini sepatutnya tidak dilepaskan..
Peluang yang datang hasil dari kelebihan yang Allah SWT kurniakan buat Izzul dan baby..
Alhamdulillah..
Juga terima kasih buat ustaz dan ustazah yang berjaya menghidu bakat mereka..

Semoga Al-Imtiyaz dan Salsabila berjaya.

Aminn..  

Jumaat, 7 November 2014

MUSIM TENGKUJUH BERMULA

Seperti setiap tahun.. pada penghujung tahun adalah musim tengkujuh.
Aku dan keluarga menunggu hari untuk sama-sama melihat Izzul dan Baby bertarung di Gambang..
In sha Allah.. Usaha yang konsisten dan doa yang mengiringi..
Semoga beroleh kejayaan cemerlang.

Kemudiannya dijangkakan pada 26 Nov. 2014 akan diputuskan keputusan PT3 dan UPSR.
Semoga kejayaan juga dipohon buat yang berusaha.
Aku telah lupakan sejarah pahit UPSR bocor..
Aku juga berharapan supaya kekecewaanku dengan pihak berwajib akan terubat..
Semoga Aina dan Izzul beroleh kejayaan serta layak untuk bersekolah di sekolah yang hebat.
In sha Allah..
Rezeki milik Allah SWT. Kita hanya mampu merancang..

Hujung minggu ini aku masih perlu bersama anak-anakku dalam latihan mereka..
Guru mereka lebih tahu apa yang baik untuk mereka dalam perkara tersebut.
Aku hanya mampu melihat sambil memberikan sokongan buat mereka..

In sha Allah.. Aminnn...

Selasa, 21 Oktober 2014

SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI

Peperiksaan PT3 telah selesai pada minggu lepas. Peperiksaan ulangan UPSR juga telah selesai.
Anak-anak nampaknya agak kurang tekanannya pada masa ini.
Minggu ini juga mereka bercuti dari bersekolah.
In sha Allah ada plan sesuatu..

Aku seperti biasa akan penuh dengan aktiviti rasmi
Mungkin sedikit kelebihan dengan mempunyai perancangan sendiri.
Sekurang-kurangnya dapat menyusun tugasan rutin mengikut keutamaan.
Aku tidak mahu terlalu terikat dengan jadual dan perancangan.
Apatah lagi kerap berlaku pertembungan aktiviti.
Aku cuba fleksibel.. Sekurang-kurangnya aku tidak terlalu tertekan..
Cuma sesuatu yang melibatkan kepentingan pihak lain perlu diberikan keutamaan..

Situasi dan peristiwa yang berlaku seharian perlu diikuti..
Dunia dan akhirat perlu seimbang..
In sha Allah.. Surau juga perlukan aku..
Keluarga perlukan aku..
Tempat kerja perlukan aku..
Masyarakat perlukan aku..
Cuma bagaimana aku meletakkan keutamaan kepada kesemuanya adalah perkara terpenting pada masa ini..
Aku harus persoalkan diri sendiri.. Kenapa aku sepatutnya mengikuti rentak sendiri..
Selama 18 tahun (1996-2004) + (2004-sekarang) aku bekerja mencari nafkah.. Mengapa sekarang aku masih ingin mengikut rentak orang lain..
Aku patut jadi diri aku yang sebenar..
Cuma perlukan penambahbaikan..Terutama bagaimana untuk menjadi seorang yang istiqamah..

Semoga kejayaan mengiringi anak-anakku (UPSR dan PT3) serta diriku sendiri pada 1 Nov. 2014 ini. Semoga Allah memberiku sesuatu yang lebih baik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara seterusnya berjaya di akhirat. Berjaya didunia untuk berjaya diakhirat.

In sha Allah.. Amin.. 

Rabu, 8 Oktober 2014

SEMOGA BERJAYA, IN SHA ALLAH

Esok 9 Okt. 2014, Izzul akan menghadapi peperiksaan kertas Math.
Semoga usahanya diberkati dan kejayaan mengiringinya.
Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya buatnya.
In sha Allah... Semoga hikmah di sebalik kebocoran kertas BI, Sains, Math hadir bersama anak-anak yang bersabar.

Rabu, 24 September 2014

PERISTIWA SEPANJANG MINGGU UPSR DAN CUTI SEKOLAH

Perkara yang aku tidak ingin berlaku, berlaku jua akhirnya..
Kertas Math juga bocor dan peperiksaan semula pada 9 Okt. 2014..
Memang ketara wajah kecewa pada anakku..
In sha Allah.. kalau memang boleh buat tu.. boleh..
Kertas 1 (yang anak aku bagi tahu betul semua setelah disemak cikgunya) tu biarlah jadi kenangan dan sejarah buatnya sampai bila-bila..
Semoga kejayaan milik anakku dan semua anak-anak yang berusaha..

Hujung minggu akhir cuti persekolahan aku pulang ke BS.
Macam biasa.. mengemas keadaan semak-samun yang semakin meninggi di sekitar rumah..
Selepas jumaat, bergerak menuju AS.
Pada mulanya keadaan mak nampak kurang mengizinkan..
Letih akibat menyediakan kerisik yang sampai 45 biji kelapa agaknya..
Tapi aku faham sangat dengan makku.. kalau sudah diayat oleh PakCik.. semangatnya menjadi kuat..

Bermalam di 'homestay' taman berdekatan rumah kenduri..
Aku bersama sepupu yang lain..(Abg Kri, husband Azean dan PakCik sendiri) berhempas pulas 'mengacau' gulai dan rendang daging.  Selesai pun jam sudah hampir 2.00 pagi.

Seawal jam 8.00 pagi aku bersama isteri mencari sarapan.
Aku sendiri berjalan untuk memerhati aktiviti pagi di rumah kenduri.
Sudah ramai sanak-saudara berkumpul.
Kesian PakCik dan MakCik.. rasanya serik selepas ini..

Selesai check out jam hamper 5.00 petang.
Terus pulang ke BS.
Jem berhampiran Gurun..
Sampai BS jam 8.00 mlm. Selepas isyak pergi ke PB untuk melihat situasi kedai Siti.
In sha Allah.. kejayaan milik orang yang berusaha dan jujur dalam perniagaan..

Aku bergerak pulang ke KL selepas asar..
Banyak kereta sepanjang perjalanan..
Sesekali jem juga..
Singgah di Sg. Buluh untuk jamak maghrib dan isyak.

Singgah makan malam sebelum pulang ke rumah..
Jam 10.45 malam aku sampai..
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.. semuanya selamat..

Jumaat, 12 September 2014

SEMOGA KEBOCORAN UPSR 2014 HADIR BERSAMA HIKMAH

Petang hari ke-2 UPSR telah mendapat berita kertas Sains bocor..!!!
Kertas Sains ditunda ke 30 Sept.
Perasaan semasa itu.., 'Redha dengan ketentuanNya'. Sepatutnya aku sudah boleh menarik nafas lega dan anak juga sudah bebas untuk menjalani latihan nasyid untuk ke Kebangsaan.
Think Positive.. Allah anugerahkan rezeki (masa) buat anakku untuk memantapkan lagi persediaannya.

Malam menjelangnya hari ke-3 UPSR, keluar lagi berita bahawa paper BI juga bocor..!!!
Aku tidak mahu terlalu mempercayai perkara tersebut. Takut perkara tersebut palsu dan mengganggu anak yang akan mengambilnya pada pagi nanti. BI paper 1 dan 2.
Aku hanya mampu berdoa dari pejabat. Aku tidak mengambil cuti pada hari ini.

Menjelang tengahari.. dapat maklumat yang mengesahkan bahawa paper BI bocor..!!!
Ya Allah.. Satu dugaan yang besar buat anakku pada masa ini..
Aku positif... Allah maha mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku.. dan apa hikmah yang bakal diberikan buat hambanya yang tabah dan istiqamah..

Macam-macam perkara dan persoalan bermain di kotak fikiran aku..
Terutamanya apabila membaca luahan ibubapa di FB dan Whatapps.
Isunya bukanlah seperti ulasan orang lain  "UPSR saja pun.. Ambillah semula..". Tapi yang lebih penting kenapa perkara sebegini boleh terjadi..?? 
Umur anak baru 12 tahun.. Masih panjang perjalanan mereka (In sha Allah..)

Semalam masih mendapat berita yang serupa.. Kemungkinan semua paper bocor...
Masha Allah... Bagaimana perasaan anak aku.. Perasaan aku.., biarlah aku yang tahu.. Perasaan dan mood anak aku macam mana..??? Aku hanya mampu terus berdoa. Semoga ada hikmah yang bersama situasi sekarang..

Sehingga jam 10.20 pagi ini.. hanya kertas Sains dan BI disahkan akan diduduki pada 30 Sept. 2014.
Yang lainnya, belum ada sebarang pengesahan..

Kepada pihak bertanggungjawab.. Ini UPSR. Ujian pertama buat anak-anak kita. Amanah yang diberikan buat kalian semua untuk dipikul sepatutnya dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Aku hanya mampu mendoakan semoga ujian semula pada 30 Sept. ini hadir bersama rahmat Allah SWT buat anak-anak yang sentiasa berusaha, ikhlas dan jujur dalam menuju kejayaan. In sha Allah.

Amin Ya Allah...  

Rabu, 10 September 2014

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2014 (9-11 SEPT)

Selamat Menghadapi UPSR semua anak-anak.
Ibu bapa mana yang senang duduk pada saat ini..
Hari pertama UPSR, aku bersama ibubapa lain duduk dalam surau sekolah untuk sama-sama berdoa dan memohon kepada Allah.
Semoga anak-anak dimudahkan dalam menghadapi peperiksaan ini.
Ujian pertama mereka..
BM(pemahaman), BM(penulisan), Math(Kertas 2) pada hari pertama.
Math(Kertas 1) pada hari ini.
Esok ada 4 ujian. BI(Paper1 & 2), Sains dan Ujian Aplitut.

In sha Allah. Semoga Allah berikan sesuatu yang baik untuk mereka.
Hanya tawakkal dan doa kuiringkan..

Semoga anakku, anak jiran-jiranku, anak saudara-maraku, anak-anak tahun 6 semuanya beroleh keberkatan dan keputusan yang baik. In sha Allah.. Amin..

 

Selasa, 2 September 2014

SEGALANYA ATAS KETENTUANNYA

Alhamdulillah..
Syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Aku juga mohon dikurniakan kesihatan yang baik dariNya.

Sabtu, awal pagi aku sekeluarga bersama rombongan sekolah ke Senawang
Nampak seolah aku yang lebih 'sibuk' dari yang lain..
Walaupun nampak prestasi kedua-duanya yang baik.. namun aku perlu menunggu keputusan rasmi dari panel hakim yang lebih arif..
Alhamdulillah..kedua-duanya mendapat Johan.. Syukur..

Kini masanya untuk kembali memberikan tumpuan buat perkara yang lebih utama.. UPSR.
Prestasi kokurikulum telah mencapai tahap membanggakan..
Sekarang masanya untuk memberikan sesuatu yang bakal menentukan segala-galanya..
In sha Allah.. Semoga Allah berikan kekuatan buat anakku.. berikan kesihatan dan kecerdasan minda buat anakku..
Ya Allah.. Semoga kesihatan anakku kembali segera cergas..
Semoga masalah demamnya tidak serius..
UPSR bakal tiba dalam 7 hari lagi..
Semoga anakku kembali berada dalam prestasi yang baik untuk menghadapinya..

In sha Allah..


Isnin, 18 Ogos 2014

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR

Hujung minggu yang agak sibuk..
Rancangan asal untuk menghadiri majlis perkahwinan Amy, majlis aqiqah anak Ira, majlis perkahwinan di taman, dan 2 majlis rumah terbuka juga di taman.., tambahan majlis rumah terbuka di rumah member sepejabat (6 majlis semuanya).
Namun hanya 2 berjaya dihadiri..
Kita hanya mampu merancang..
Maaf kepada rakan-rakan yang tidak dapat untuk aku hadiri majlis mereka..
In sha Allah.. jika diberikan kelapangan pada masa hadapan.. Aku cuba hadiri..

Sabtu pagi bersama anak-anak dalam majlis semaian wahyu
Alhamdulillah.. Rezeki buat kudua-duanya..
Selesai majlis sudah jam 2.00 ptg. Mampu hadir ke majlis A. Gh dan En. MM shj. 

Ahad mulai tgh. Hadir ke program di pejabat pemaju taman
Seterusnya terus ke pusat tiusyen anak.. Open house..
Balik taman untuk tidak mengecewakan hajat En. Az (hanya 4 orang + 2 orang).
Semoga tiada kekecewaan dipihak tuan rumah..
Kita hanya mampu merancang..
Kita perlu sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan..

Tahniah buat Izzul dan baby..


Rabu, 13 Ogos 2014

MINGGU KE-3 SYAWAL

Semalam sepatutnya aku dah bergerak ke Kemaman untuk jadi pemeriksa ujian
Tunda ke pagi ini untuk berikan peluang 'partner' selesaikan ceramahnya
Akhirnya akibat dari kurangnya calon, kehadiran kami tidak diperlukan
OK pun ada.. Tak OK pun ada..

Hari ini sepatutnya aku sudah boleh menyambung puasa 6 Syawal..
Tidak mengapa.. Lumrah.. Esok boleh sambung..
Sudah 2 hari berturut2 jadual aku penuh..
Selesai tugasan di pejabat.. Perlu selesaikan urusan tusyen anak2..
In sha Allah.. Semoga segala mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Anak-anak tidak kurang juga sibuknya..
Persediaan UPSR, PBSMR, pertandingan nasyid, itu pun mahu bersukan lagi..
Selalu nampak keletihan.. namun masih mahu lakukannya..
Semoga kejayaan mengiringi mereka.. Aminn..
...............................................................................................................................................

Catatan diatas dibuat sebelum partner buat keputusan untuk proceed ke Kemaman..

Menaiki kereta partner ke Kemaman..
Dalam perjalanan singgah di Temerloh untuk melepaskan ketagihan ikan patin tempoyak..
Tidur semalaman di Kemaman..

Perjalanan pulang disertai sdr F.
Pulang ke pejabat dan seterusnya sampai ke rumah jam 9.30 malam.

Jumaat, 8 Ogos 2014

12 SYAWAL 1435H - PERISTIWA SEPANJANG SYAWAL

Penghujung Ramadhan aku diduga dengan masalah kesihatan..
Mungkin inilah ujian Allah SWT untuk aku istiqamah dalam menjalani ibadah puasa tahun ini..
Di satu sudut.. aku masih tidak berjaya mendapatkan kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini..
Di sudut yang lain.., aku dapat mengharungi ujian tanpa terlalu sangat mengikut masalah yang sedang aku hadapi.. 
Alhamdulillah.. Aku bergerak pulang ke kg selepas Aina pulang dari tusyen. Jumaat selepas tengah malam..
Masuk jalan lama sebaik melepasi Behrang..
Menyusur hingga ke Ipoh.. Jalan agak lancar walaupun kenderaan banyak menghala arah utara..
Sampai BS lebih kurang jam 7.30 pagi.. Alhamdulillah. Dada rasa lapang bila mencium tangan ke dua mak dan abah..
2 hari berpuasa di kg. Bekerja keras aku.. Walau pun badan masih belum kebah..
Batuk, selsema dan tekak masih belum cukup sihat..
In sha Allah.. Yang lebih utama, ke dua mak dan abah senang hati untuk merayakan Aidilfitri..
Pagi raya pertama solat Aidilfitri di KN Hangus. Turuti hasrat isteri..
Petang raya pertama beraya di 111KGMG.
Malam raya ke-2 BBQ + steamboat..
Raya ke-3 beraya ke Alor Setar..
Pulang KL Sabtu petang. Selepas selesai makan kenduri di Taiping.
Bergerak jam 3.00 ptg. Sampai rumah jam 10.30 malam.

Khamis, 24 Julai 2014

26 RAMADHAN - MENJELANG SYAWAL 1435H

Perasaan yang bercampur menjelang Syawal
Pertamanya, niat untuk istiqamah dalam amalan sepanjang Ramadhan masih kurang tercapai..
Semuanya atas takdir yang maha esa.
Aku jatuh demam hampir 1 minggu bermula 19 Ramadhan lalu (17 Julai).. 
Seluruh anggota badan panas, menggeletar, sakit-sakit..
Alhamdulillah bukanlah demam yang serius.. Keputusan ujian darah juga ok.
Walau bagaimanapun aku bertahan dalam berpuasa..
Ada masanya tubuhku sangat lemah dan dehidrasi.. Tapi itu semua adalah ujian Allah.

17 Julai juga merupakan hari yang mengejutkan Malaysia..
Sekali lagi pesawat MAS mendapat musibah..
Kali ini akibat dari tembakan peluru berpandu (laporan akhbar)..
Ya Allah.. sangat tragis..
Pesawat MH17 meletup dan terhempas di bumi Ukrane..
Pelbagai andaian yang melibatkan pelbagai pihak..
Semoga Allah beri petunjuk demi mencari keadilan..
Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amiinn..

Hari ini 24 Julai bersamaan 26 Ramadhan adalah hari akhir bekerja sebelum mula bercuti dan pulang ke kg halaman di Perak..
Menjenguk mak dan abah.. Sama-sama ber Hari Raya..
In sha Allah.. semoga kesihatan aku kembali pulih menjelang Aidilfitri yang bakal menjelang 3-4 hari lagi..

Semoga aku berjumpa lagi dengan Ramadhan 1436H. In sha Allah..


Rabu, 9 Julai 2014

RABU, 9 JULAI 2014 BERSAMAAN 11 RAMADHAN 1435H

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT yang masih memberikan nikmat kehidupan buatku..

Pertamanya, 9 Julai 1972, genap 42 tahun aku pada hari ini. 
Semoga hari-hariku pada hari ini dan seterusnya adalah lebih baik dari sebelumnya..
Sepertimana catatanku sebelum ini..
Aku perlu mencari semula kekuatan diriku..
Aku perlu mengekalkan segala kebaikan yang ada pada diriku..
Tak perlu menjadi seperti 'sang sesumpah' yang berubah mengikut keadaan..
Aku tahu siapa diriku.. Cuma aku masih belum berjaya mengekalkan kebaikan dalam diri ini..
Kekadang jadi juga 'sang sesumpah'.. Kelemahan itu sedang aku usahakan.. In sha Allah..

Keduanya, genap setahun juga ibu mertuaku kembali ke rahmatullah..
11 Ramadhan 1434H.. Awal pagi sabtu ketika aku berada di Pusat Servis keretaku..
Anak lelakiku mungkin dapat pengalaman sangat berguna buatnya..
Menyaksikan sendiri depan matanya.. Dan dia jugalah satu-satunya cucu yang sempat bersila disisi arwah sambil membacakan surah Yaasin disaat malaikat sakaratul maut datang menjemput neneknya.. Disaat isteriku menghadapi saat cemas memanggil ibunya yang sedang nazak.. di saat anak bongsuku terpinga-pinga sambil menangis melihat keadaan neneknya.. Disaat anak sulungku menghadiri kelas tambahan.., Disaat aku sendiri melihat keretaku terangkat untuk dibaiki masalah enjinnya..
In sha Allah semoga peristiwa itu menjadi asbab kebaikan buat isteri dan anak-anakku..
Semoga roh ibu mertuaku ditempatkan dikalangan orang beriman.. Aminn Ya Rabbal Alamin ...
Terima kasihku yang tidak terhingga buat tetanggaku yang amat membantuku..

Begitu juga peristiwa sepanjang 2013. Semoga mereka-mereka yang terdahulu meninggalkanku ditempatkan dikalangan oreng beriman..
Arwah kekandaku Shamsol Kamar, Mak Jang Tom, Mak Long Embun, Mak Lang Nah.. dah lain-lain insan yang telah kembali kerahmatullah.
Semoga mereka semua diampunkan atas segala dosa yang pernah dilakukan (jika ada).
Semoga mereka dipelihara Allah SWT.. In sha Allah..

Ya Allah.. Kau berikanlah kejayaan buat umat Islam di Gaza yang sedang berhadapan musuh Islam yang paling hina dimuka bumi ini Ya Allah.. Yahudi Laknatullah.. 
Kau berikanlah pertolongan mu yang maha besar itu Ya Allah..
Berikanlah kekuatan Fizikal dan Rohani buat umat Islam di Gaza..
Semoga Ramadhan yang mulia ini memberikan asbab kejayaan buat mereka Ya Allah..

Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin...