Khamis, 30 Disember 2010

MALAYSIA BOLEH !!!


Hebat - Pasukan Malaysia yang menjuarai AFF kali ini memang layak dikatakan hebat.
Semangat - Jiwa muda pasukan malaysia yang majoritinya antara 19-24 tahun mempunyai semangat luar biasa yang perlu dijadikan panduan bagi pasukan lain. 
1 Malaysia - Kemenangan yang dilihat memberikan semangat 1 Malaysia melalui sukan.
Kagum -  Melihat semangat kesukanan dan disiplin pemain yang nampak ketara kali ini antara Malaysia-Indonesia memang mengkagumkan.


    

Isnin, 27 Disember 2010

TAHNIAH MALAYSIA

Aku rasa bangga melihatkan permainan Malaysia malam tadi.
Kalau selalunya aku banyak mengeluh (walaupun tak pernah jemu melihat dan terus melihat Malaysia main) tapi kali ni berbeza sekali.
Tahniah coach & pemain & penyokong.
Jiwa muda, darah muda.

Jumaat, 24 Disember 2010

SEMINGGU MENJELANG 2011

Perkara penting perlu difikirkan menjelang 2011.


- Bagaimanakah untuk aku berjaya didunia dan akhirat.
- Majlis Perkahwinan adik perempuan tunggal aku.
- Bagaimanakah untuk aku boleh berjaya dalam Budget tahunan.
- Bagaimanakah untuk aku kembalikan semangat dalam pengajian sepanjang hayat aku dan seterusnya mencapai anugerah medal dalam Konvo, InsyaAllah.
- Bagaimanakah untuk aku upgrade sistem pengurusan diri, keluarga dan kerjaya aku.
- Bagaimanakah untuk aku berjaya dalam masyarakat.  

Khamis, 16 Disember 2010

10 MUHARAM 1432H

Executive Talk by YBg. En. Pahrol Mohamad Juoi.

Memang aku merasakan banyak kelemahan diri.
Seperti kupasan yang dibuat oleh penceramah;
" Perjalanan hidup ibarat memandu di lebuhraya. Anak isteri yang sentiasa mengikuti mesti sentiasa diberikan perhatian. Apabila berhenti sebentar di R&R, untuk ketandas sekalipun. Jika ada yang tertinggal, masalah juga untuk berpatah balik."  
" Ilmu ibarat air. Mengalir dari atas ke bawah.  Air yang bertakung boleh menjadi kotor & berkarat. Air yang mengalir akan sentiasa jernih.
" Belajar dari orang bodoh/jahat. "
" Jangan buat sesuatu yang kita tidak suka orang lain buat kepada kita"
" Jadilah profesional seperti Salehuddin Al-Ayubbi" 

Khamis, 9 Disember 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT SU (9 DISEMBER 2010)

Selamat Hari Jadi..
Selamat Panjang Umur..
Selamat Menjalani Kehidupan & Amalan Yang Lebih Berkualiti KepadaNya.
Semoga Hari2 Mendatang Lebih Diberkati OlehNya.  InsyaAllah.


Amin. 

Selasa, 7 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 1432H - MA'AL HIJRAH

Selamat Tahun Baru Hijrah.
Semalam pulang dari Skudai. 3 hari disana untuk lab Org.

Azam untuk kembali fokus.

Jumaat, 3 Disember 2010

PRESTASI MENJUNAM - FINAL EXAM

Aku tidak dapat menafikan kemerosotan prestasi aku kali ini.
Aku wajib muhasabah diri atas perkara ini.
Mungkin antara sedar atau tidak perkara ini berpunca dari diri sendiri.
Walau aku separuh sedar dari awal lagi tetapi ego untuk memperbaiki keadaan.
Mungkin aku terlalu ego kepada diri sendiri, tidak mahu menerima hakikat yang aku sepatutnya bertindak dari awal.
Apa boleh dibuat.., nasi sudah menjadi bubur & keputusan telah membuktikan segalanya.
Aku berdoa & berharap supaya keputusan 'paper' lain yang bakal keluar tidaklah seburuk yang aku sangkakan. InsyaAllah.
Aku alpa ..! Aku alpa..! Aku alpa..!  

Sedar sekarang lebih baik dari terus tersungkur..!!!

Jumaat, 12 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1431H

Next week Raya Haji.
Aku tak bercuti sebab 22-26 hb dah nak cuti Exam pulak.
Semalam anak sedara aku dapat result UPSR.
Ada yang 4A 1B. Ada yang 1A 3B 1C
Aku dulu pun dapat 3A 2B aje pun..

Jumaat, 8 Oktober 2010

29 Syawal 1431H

Hari ini last day bulan Syawal. Office buat jamuan Raya & Birthday sekali.
Semoga berjumpa lagi Syawal 1432H. InsyaAllah.
Esok jumpa Dr. Z discuss PSM. Kena decide 4 tomorrow.
10.10.10 Ayu kawin.
Ok juga minggu ini kelas tak ada. Dr. F dah cover lepas raya hari tu.. Kadang2 tu pelaburan awal memang mendatangkan hasilnya.

Selasa, 7 September 2010

MENJELANG AIDILFITRI 1431H

Selamat Menyambut Aidilfitri 1431H.
Semoga perjalanan mendapat lindungan dariNya.
Semoga kepulangan dirahmati olehNya.


Mudahan-mudahan berjumpa lagi Ramadhan 1432H
Mudah-mudahan Ramadhan 1431H bakal ditinggalkan dengan rahmatNya.


INSYAALLAH.

Isnin, 6 September 2010

SEMINGGU MENJELANG AIDILFITRI

Hari ini 27 Ramadhan 1431H.
Tinggal 3-4 hari lagi Ramadhan tahun ini akan meninggalkan kita.
Apakah azam Ramadhan kali ini telah aku capai?
Atau sama seperti tahun terdahulu?
Atau kurang dari tahun terdahulu?
Seperti dipetik dari kata-kata Dr. Azahari (tetamu jam 11 di RTM1 malam tadi)
"Kenapa kita selalu mengharapkan orang lain buat sesuatu sambil kita mengkritiknya sedangkan kita tidak buat apa-apa. Sebagai seorang Islam, kita perlu buat seperti apa yang Rasulullah buat pada zaman beliau. Lakukan sesuatu yang melambangkan sifat-sifat keislaman kita dalam perbuatan dan terpulang kepada orang lain menilai. Tak perlu harapkan sesuatu dari penilaian orang lain terutama yang bukan Islam."
Kita perlu mengubah diri kita dan bukan mengharapkan orang lain..

Rabu, 1 September 2010

PENGALAMAN 'BERHARGA' BUAT YAN

Semoga pengalaman yang sangat 'berharga' ini memberi seribu pengajaran.
Dari percuma kepada hampir RM1000.00.

Rabu, 25 Ogos 2010

RAMADHAN MENGUJI KESABARAN

Kesabaran sangat teruji bila di berada di jalanraya. Janganlah disebabkan keadaan jalan yang sesak dan mengejar masa menyebabkan lunturnya sifat hormat-menghormati sesama kita.
Silap kita sendiri kerana keluar lewat.. Bila pergerakan kenderaan lain perlahan, macam-macam boleh berlaku.
Hampir setiap hari dapat dilihat kepentingan diri sendiri mengatasi sifat bersopan santun dan hormat menghormati sesama kita.
Kalau dulu perempuan sangat sinonim dengan lemah lembut dan rendah diri..(berbanding lelaki la..) Tapi kini lain.. Janganlah terus berubah jadi tak sopan bila berada atas kenderaan. Bagus untuk berubah.. dan tegas serta bersaing. Sesuai dengan peredaran zaman...tapi mantainlah mana yang baik dan sinonim denganmu.

Bulan Ramadhan Menguji Kesabaran & Keimanan.

Selasa, 24 Ogos 2010

SELAMAT HARI LAHIR IZWANI KE-5 (24 OGOS 2010)

Selamat hari lahir yang ke 5 tahun.
Semoga diberi kesihatan & dijauhkan dari segala keburukan.
Semoga Allah kurniakan kepandaian dan keimanan.
Semoga kehidupan berada dalam naunganNya. 

24 Ogos 2010 bersamaan 14 Ramadhan 1431H. 

Isnin, 23 Ogos 2010

RADIOCHEM & SAKIT KEPALA

Nampaknya ada yang tak gemar dengan perancangan yang dibuat.
Rasanya perkara ini pernah disuarakan dahulu.
Dah lumrah manusia, merancang tidak mahu tapi jika dirancangkan maka banyaklah kritikannya. Organizational Behaviour..
Bagi aku, setiap perancangan perlu ada sasaran (goal).
Dalam merealisasikan rancangan akan ada cabaran dan dugaan bakal ditempuh. Untuk itu perlunya plan kontigensi (Plan B). 
Apa yang bakal berlaku, kita tidak tertekan.
Kita tak perlu mengikut rentak orang lain. Yakin pada kemampuan diri sendiri dan istiqamah.
Kemampuan setiap orang tidaklah sama. Walaubagaimanapun, hak dan pandangan orang lain perlu dihormati.
Berundur bukan bererti mengalah, tetapi MENJADI SEORANG YANG RASIONAL DAN PROFESIONAL LEBIH BAIK DARI EMOSIONAL.