Jumaat, 21 Mei 2010

PAMERAN SEKOLAH SEKITAR LEMBAH KINTA

10-14 Mei 2010.

Terlibat dalam siri 2 Pameran Sekolah.
Bermula di SMK Permaisuri Bainun Ipoh - SMK Perempuan Ipoh - SMK Seri Kampar, Kampar & SMK Sultan Yusuf Batu Gajah. Finally di SMART & SMK Sri Perak Teluk Intan.
Terasa juga penatnya. Tapi enjoy..layan student form 1-6.
Hasrat naik ke Air Terjun Batu Berangkai tak kesampaian sebab van panjang sangat.
Sampai KL dah malam. 

Jumaat, 16 April 2010

FINAL EXAM 12-16 APRIL

16/04/2010

Final exam sem ini aku ambil cuti.
Rasa sem ni tak macam sem sebelumnya.
1st paper buat di Dewan Besar. Keluar rumah sempat hantar anak kesekolah. Bas lambat agaknya.
Sampai Hway Cheras aku try masuk ke lorong kontra ke KL. Silap besar keputusan aku sebab jalan keluar dah dekat DBP. Terlepas Jalan Tun Razak.
Ngam sampai Dewan 2-3 minit lagi 9 pagi. 
2 nd paper aku datang awal sikit. Masuk hway PLUS-SMART.
Ada 45 minit before exam start.
Last paper hari ni. Aku ikut Hway Cheras tapi tak masuk lorong kontra. Seriiik...
Alhamdulillah. Selesai sem. ini.
Semoga result aku cemerlang sem ni. InsyaAllah. 

Rabu, 31 Mac 2010

MEMBER LAMA DI FACEBOOK

31 Mac 2010


Pada awal kewujudan Facebook ni, aku sedar.  Tapi oleh kerana tidak mahu 'enter-frame' maka aku abaikan semua permintaan untuk Add.
Ntah macamana bila jumpa pulak gambar lama ni (Form 1 tuu..), aku 'shift' minda aku kearah yang positif.
Sememangnya kecanggihan teknologi sukar dinafikan.  
Maka, aku pun terima hakikat untuk muncul dalam Facebook dengan satu tujuan untuk mengeratkan sillaturrahim dan mencari semula kawan-kawan yang pernah berkongsi pengalaman pahit-manis dahulu.


KZDiscovery

Rabu, 10 Mac 2010

CUACA PANAS MULA REDA

10 Mac 2010

Keadaan suara sudah kembali pulih.
Kesannya masih ada. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang bersuara olehNya.
Cuaca pun mungkin sedang dalam proses pertukaran monsun.
Semalam hujan lebat turun.
Semoga kesihatan aku sekeluarga dalam lindunganNya. 

Jumaat, 12 Februari 2010

DISCOVERY 27 NOV. 2009 : SELAMAT AIDILADHA

27 Nov. 2009
Perak


Tersentuh hatiku menjelang Aidiladha.
Asalnya tiada rancangan pulang ke kampung kerana assignment membelenggu.
Tapi.. kata orang, lambaian kampung halaman terutama di Hari Raya lebih-lebih terasa (walaupun sudah pulang di Hari Raya Aidilfitri seminggu pada minggu akhir September lepas).
Lain rasanya kalau terlepas ketupat & rendang masakan mak di pagi raya.
Rombongan raya kali ni ke rumah Pak Cik Mat.
Seronok dapat berjumpa sanak-saudara.

DISCOVERY 5-6 DISEMBER 2009 : CUTI SEKOLAH DI PORT DICKSON

5-6 Disember 2009
Port Dickson

Banyak aktiviti telah dibuat sepanjang tahun 2009.
Dan ada juga tidak berjaya dicatatkan.
Discovery kali ini mengimbas perkelahan ke PD diminggu pertama bulan Disember.
Anak-anak & Isteri happy,  aku turut happy..

Rabu, 10 Februari 2010

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

6 FEB. 2010

Atas kekangan masa, aku tidak dapat bersama-sama dalam majlis pernikahan Nizam.
Sekadar muncul selepas maghrib untuk sama-sama makan boleh laa..

SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Jumaat, 5 Februari 2010

SEMINGGU DI BULAN FEBRUARI

05/02/2010

Kesihatan tekak beransur pulih. Kekadang kembali bermasalah.
Harapan semoga tiada masalah yang serius.
Plan bercuti tapi masih belum berkesempatan.
Kerja sentiasa membelenggu (Cari rezeki sara anak bini, biar diberkati, musuh jangan dicari..)
Assignment semakin hari semakin menghambat aku.
Harap aku dapat kurangkan tekanan menjelang minggu depan.
Next week boleh release kut.. InsyaAllah. 

Jumaat, 22 Januari 2010

SEBULAN MEMASUKI 2010

22 Jan 2010

Hampir 2 minggu suara kurang lancar.
Petanda umur semakin meningkat.
Mungkin juga keadaan kerja yang agak ketat minggu ini.
Cuaca, hampir setiap hari tidak menentu. 
Semalam dari Putrajaya agak panas, memasuki highway di Kajang tiba-tiba hujan sangat lebat.
Sehingga di Nilai, kembali panas.

Rabu, 30 Disember 2009

MENJELANG TAHUN BARU 2010

30 Disember 2009




1 Jan 2010 bakal menjelang kurang 2 hari lagi.
Azam kali ini pastinya bagi memperbaiki serta menjayakan agenda yang belum dicapai pada 2009.
Aspek kerja - Tentunya memperbaiki pencapaian
Aspek keluarga - Tentunya ingin memperbaiki taraf kehidupan
Aspek keilmuan - Tentunya mahu terus tekun dalam study
Lain-lain aspek - Tentunya mahukan yang lebih baik dari sebelumnya. Mahukan sesuatu yang bermakna dalam segala perbuatan.

Rabu, 9 Disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI

9 Disember 2009


"Allah Selamatkan kamu ...
  Allah Selamatkan kamu ...
    Allah Selamatkan kamu...
      Allah Selamatkan kamu...


Semoga Dipanjangkan Umur & di Murahkan Rezeki serta dilindungi Allah Sentiasa. AMIN !!!

Isnin, 23 November 2009

Cuti-Cuti Malaysia dalam Lab

21-22 Nov. 2009
Skudai-Kulai

Sampai dari Trengganu jam 4.30 ptg. Hujan lebat di Bangi.
Awal pagi bertolak ke Skudai.
Bergerak 4.30 pagi. Singgah di Pagoh solat suboh. Dari R&R Pagoh sudah jam 7.00 pagi.
Speed sikit, target 8.30 pagi sudah di lab.
Ngam sampai lab jam 8.25 pagi.
1.5 hari dah settle. Target Isnin balik KL.

2.00 pagi.


Khamis, 19 November 2009

Salam Aidiladha



Kembali Menulis

19 November 2009
Kemaman.

Agak sekian lama tidak menulis dalam blog ini. Jari sudah kian pulih, walaupun tidak seperti keadaan asal. Malam ini untuk malam kedua bermalam di Kemaman. Esok akan bergerak pulang ke KL sebelum menuju ke Skudai bagi menghadiri latihan makmal.
Sepanjang hari ini hujan di Kemaman & Kuantan. Tugasan perlu dibereskan.  Alhamdulillah sasaran berjaya dilaksanakan.
Sepanjang 2-3 minggu tidak menulis, agak banyak aktiviti telah berjaya dilakukan.
- "Final Exam"
- Hadir Majlis Sekolah anak ;
- Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah anak;
- Kenduri kahwin officemate di Gombak;
- Banyak lagi. 

9.56 malam.

Selasa, 27 Oktober 2009

SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE KZDISCOVERY@BLOGSPOT.COM

Terima kasih atas kesudian melawat ke blog KZDISCOVERY.
Blog ini sekadar mempamerkan aktiviti peribadi berkaitan blogger sahaja.
KzDiscovery mohon maaf jika secara tidak sengaja menyentuh sensitiviti individu atau mana2 pihak yang tidak berkaitan. Sila maklumkan jika maklumat yang dipamerkan perlu pindaan atau
dikeluarkan dari blog ini.

Sekian, terima kasih

kzdiscovery@gmail.com