27 Nov. 2009
Perak
Tersentuh hatiku menjelang Aidiladha.
Asalnya tiada rancangan pulang ke kampung kerana assignment membelenggu.
Tapi.. kata orang, lambaian kampung halaman terutama di Hari Raya lebih-lebih terasa (walaupun sudah pulang di Hari Raya Aidilfitri seminggu pada minggu akhir September lepas).
Lain rasanya kalau terlepas ketupat & rendang masakan mak di pagi raya.
Rombongan raya kali ni ke rumah Pak Cik Mat.
Seronok dapat berjumpa sanak-saudara.
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Jumaat, 12 Februari 2010
DISCOVERY 5-6 DISEMBER 2009 : CUTI SEKOLAH DI PORT DICKSON
5-6 Disember 2009
Port Dickson
Banyak aktiviti telah dibuat sepanjang tahun 2009.
Dan ada juga tidak berjaya dicatatkan.
Discovery kali ini mengimbas perkelahan ke PD diminggu pertama bulan Disember.
Anak-anak & Isteri happy, aku turut happy..

Rabu, 10 Februari 2010
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
6 FEB. 2010
Atas kekangan masa, aku tidak dapat bersama-sama dalam majlis pernikahan Nizam.
Sekadar muncul selepas maghrib untuk sama-sama makan boleh laa..
SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.
Atas kekangan masa, aku tidak dapat bersama-sama dalam majlis pernikahan Nizam.
Sekadar muncul selepas maghrib untuk sama-sama makan boleh laa..
SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.
Jumaat, 5 Februari 2010
SEMINGGU DI BULAN FEBRUARI
05/02/2010
Kesihatan tekak beransur pulih. Kekadang kembali bermasalah.
Harapan semoga tiada masalah yang serius.
Plan bercuti tapi masih belum berkesempatan.
Kerja sentiasa membelenggu (Cari rezeki sara anak bini, biar diberkati, musuh jangan dicari..)
Assignment semakin hari semakin menghambat aku.
Harap aku dapat kurangkan tekanan menjelang minggu depan.
Next week boleh release kut.. InsyaAllah.

Jumaat, 22 Januari 2010
SEBULAN MEMASUKI 2010
22 Jan 2010
Hampir 2 minggu suara kurang lancar.
Petanda umur semakin meningkat.
Mungkin juga keadaan kerja yang agak ketat minggu ini.
Cuaca, hampir setiap hari tidak menentu.
Semalam dari Putrajaya agak panas, memasuki highway di Kajang tiba-tiba hujan sangat lebat.
Sehingga di Nilai, kembali panas.

Rabu, 30 Disember 2009
MENJELANG TAHUN BARU 2010
30 Disember 2009
1 Jan 2010 bakal menjelang kurang 2 hari lagi.
Azam kali ini pastinya bagi memperbaiki serta menjayakan agenda yang belum dicapai pada 2009.
Aspek kerja - Tentunya memperbaiki pencapaian
Aspek keluarga - Tentunya ingin memperbaiki taraf kehidupan
Aspek keilmuan - Tentunya mahu terus tekun dalam study
Lain-lain aspek - Tentunya mahukan yang lebih baik dari sebelumnya. Mahukan sesuatu yang bermakna dalam segala perbuatan.

Rabu, 9 Disember 2009
SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI
9 Disember 2009
"Allah Selamatkan kamu ...
Allah Selamatkan kamu ...
Allah Selamatkan kamu...
Allah Selamatkan kamu...
Semoga Dipanjangkan Umur & di Murahkan Rezeki serta dilindungi Allah Sentiasa. AMIN !!!
"Allah Selamatkan kamu ...
Allah Selamatkan kamu ...
Allah Selamatkan kamu...
Allah Selamatkan kamu...
Semoga Dipanjangkan Umur & di Murahkan Rezeki serta dilindungi Allah Sentiasa. AMIN !!!
Isnin, 23 November 2009
Cuti-Cuti Malaysia dalam Lab
21-22 Nov. 2009
Skudai-Kulai
Sampai dari Trengganu jam 4.30 ptg. Hujan lebat di Bangi.
Awal pagi bertolak ke Skudai.
Bergerak 4.30 pagi. Singgah di Pagoh solat suboh. Dari R&R Pagoh sudah jam 7.00 pagi.
Speed sikit, target 8.30 pagi sudah di lab.
Ngam sampai lab jam 8.25 pagi.
1.5 hari dah settle. Target Isnin balik KL.
2.00 pagi.

Khamis, 19 November 2009
Kembali Menulis
19 November 2009
Kemaman.
Agak sekian lama tidak menulis dalam blog ini. Jari sudah kian pulih, walaupun tidak seperti keadaan asal. Malam ini untuk malam kedua bermalam di Kemaman. Esok akan bergerak pulang ke KL sebelum menuju ke Skudai bagi menghadiri latihan makmal.
Sepanjang hari ini hujan di Kemaman & Kuantan. Tugasan perlu dibereskan. Alhamdulillah sasaran berjaya dilaksanakan.
Sepanjang 2-3 minggu tidak menulis, agak banyak aktiviti telah berjaya dilakukan.
- "Final Exam"
- Hadir Majlis Sekolah anak ;
- Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah anak;
- Kenduri kahwin officemate di Gombak;
- Banyak lagi.
9.56 malam.

Selasa, 27 Oktober 2009
Rabu, 21 Oktober 2009
16 Jahit Pada 29 Syawal
Dari Cheras bergegas pulang dengan hasrat bersedia menyambut tetamu yang dijangka bertandang pada petang ini.
Entah apakah mimpi, tiba-tiba terdetik untuk memanjat ke siling di bilik air.
Sudah berbuih mulut Dr. J sampaikan 'lecture' berkenaan topik OSHA, HIRARC, JHA, dan sebagainya. Ini yang dinamakan malang tidak berbau. Pada mulanya nampak mudah dan akhirnya menjadi masalah juga.

Akibat susun kerusi untuk memanjat, aku jatuh dan tangan berjahit 16.
Memandu sendirian menuju Hospital S. Jam 6.15 petang melapor di kaunter saringan. Kemudian '2nd treatment' diikuti berjumpa Dr., Xray, Jahit luka, dan akhirnya lengkaplah penjelajahan di Hospital jam 12.00 malam (No komen. Tapi aku ada pandangan peribadi yang tidak perlu di tulis disini)
2 hari aku MC, dan inilah rekod sepanjang 13 tahun bekerja aku buat sekian kalinya aku MC.
2 hari aku MC, dan inilah rekod sepanjang 13 tahun bekerja aku buat sekian kalinya aku MC.
Isnin, 28 September 2009
1 SYAWAL 1430H
Perak Darul Ridzuan.
20 Sept. 2009
Alhamdulillah, kebetulan ulangtahun kelahiran Aina juga jatuhnya pada hari yang sama (Hari Raya Pertama).
20 Sept. 2009
Alhamdulillah, kebetulan ulangtahun kelahiran Aina juga jatuhnya pada hari yang sama (Hari Raya Pertama).
Agak bertuah kerana keadaan cuaca di Hari Raya pertama kali ni sangat baik.
Walaupun sehari sebelum 1 Syawal, hujan lebat turun sepanjang hari.
Aktiviti di Hari Raya kali ini termasuklah "memancing, memanjat pokok mempelam, main bunga api (sikit-sikit aje)...
Jadual Perjalanan : KL ke kg tgh Jumaat. Pulang kg ke KL pagi Sabtu.
Rabu, 16 September 2009
Minggu Akhir Ramadhan Di Pulau Mutiara
BUKIT JAMBUL
Penerbangan mendarat di LT Bayan Lepas jam 3.30 petang.
Bermalam di VH, Bt. Jambul. Turun dari bilik untuk bersahor bersama En. Z jam 4.30 pagi.
Dapat makluman dari Tuan MY untuk pulang KLIA pada keesokan hari.
Dapat makluman dari Tuan MY untuk pulang KLIA pada keesokan hari.
Cuaca di udara pada petang ini agak banyak kelihatan awan. Mendarat di KLIA tepat jam 6.30 petang. Tanpa berlengah terus bergegas bagi mencari ERL. 'Target' untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Apakan daya, sampai ke rumah jam 7.30 malam. Mujur berbekalkan kurma yang dibekalkan oleh MAS sempat juga berbuka tepat pada waktunya.
Langgan:
Catatan (Atom)