Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Selasa, 27 Oktober 2009
Rabu, 21 Oktober 2009
16 Jahit Pada 29 Syawal
Dari Cheras bergegas pulang dengan hasrat bersedia menyambut tetamu yang dijangka bertandang pada petang ini.
Entah apakah mimpi, tiba-tiba terdetik untuk memanjat ke siling di bilik air.
Sudah berbuih mulut Dr. J sampaikan 'lecture' berkenaan topik OSHA, HIRARC, JHA, dan sebagainya. Ini yang dinamakan malang tidak berbau. Pada mulanya nampak mudah dan akhirnya menjadi masalah juga.

Akibat susun kerusi untuk memanjat, aku jatuh dan tangan berjahit 16.
Memandu sendirian menuju Hospital S. Jam 6.15 petang melapor di kaunter saringan. Kemudian '2nd treatment' diikuti berjumpa Dr., Xray, Jahit luka, dan akhirnya lengkaplah penjelajahan di Hospital jam 12.00 malam (No komen. Tapi aku ada pandangan peribadi yang tidak perlu di tulis disini)
2 hari aku MC, dan inilah rekod sepanjang 13 tahun bekerja aku buat sekian kalinya aku MC.
2 hari aku MC, dan inilah rekod sepanjang 13 tahun bekerja aku buat sekian kalinya aku MC.
Isnin, 28 September 2009
1 SYAWAL 1430H
Perak Darul Ridzuan.
20 Sept. 2009
Alhamdulillah, kebetulan ulangtahun kelahiran Aina juga jatuhnya pada hari yang sama (Hari Raya Pertama).
20 Sept. 2009
Alhamdulillah, kebetulan ulangtahun kelahiran Aina juga jatuhnya pada hari yang sama (Hari Raya Pertama).
Agak bertuah kerana keadaan cuaca di Hari Raya pertama kali ni sangat baik.
Walaupun sehari sebelum 1 Syawal, hujan lebat turun sepanjang hari.
Aktiviti di Hari Raya kali ini termasuklah "memancing, memanjat pokok mempelam, main bunga api (sikit-sikit aje)...
Jadual Perjalanan : KL ke kg tgh Jumaat. Pulang kg ke KL pagi Sabtu.
Rabu, 16 September 2009
Minggu Akhir Ramadhan Di Pulau Mutiara
BUKIT JAMBUL
Penerbangan mendarat di LT Bayan Lepas jam 3.30 petang.
Bermalam di VH, Bt. Jambul. Turun dari bilik untuk bersahor bersama En. Z jam 4.30 pagi.
Dapat makluman dari Tuan MY untuk pulang KLIA pada keesokan hari.
Dapat makluman dari Tuan MY untuk pulang KLIA pada keesokan hari.
Cuaca di udara pada petang ini agak banyak kelihatan awan. Mendarat di KLIA tepat jam 6.30 petang. Tanpa berlengah terus bergegas bagi mencari ERL. 'Target' untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Apakan daya, sampai ke rumah jam 7.30 malam. Mujur berbekalkan kurma yang dibekalkan oleh MAS sempat juga berbuka tepat pada waktunya.
Rabu, 9 September 2009
09/09/09 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1430H

09 Sept. 2009
Ada "chemistry" tersendiri yang berkaitan no. 9 dalam rekod peribadi aku. Tarikh lahir aku sendiri ada dua no. 9. Tarikh lahir Aina 20091999. No. tel aku sendiri ada dua no. 9.
No. kereta aku sudah tentulah sama macam tarikh lahir. Jumlah adik beradik aku semuanya ada 9 orang. 'Orang rumah" aku, anak yang ke 9. Dan tak ketinggalan sekarang aku dah menetap di negeri 9.
Alhamdulillah angka 9 belum pernah muncul dan semoga tidak akan sesekali muncul dalam keputusan peperiksaan yang sentiasa dilalui dari masa ke semasa.
Tahun depan 10.10.10. Mudah-mudahan tahun 2010 menjadi tahun yang semakin membahagiakan buat semua.
5.39 pm.

Khamis, 3 September 2009
"O2 Converter" dari Kulai
03 Sept. 2009
13 Ramadhan 1430H.
Bertolak dari KLIA jam 2.30 ptg.
Mendarat di Senai jam 3.00 ptg. Cuaca di awan sangat baik.
Menginap di CI berdekatan IOI Mall.
Terima kasih banyak diucapkan kepada saudara Z atas kesudian menumpangkan kereta untuk mendapatkan juadah berbuka untuk hari ini. Berbuka dengan "char kuey teow", kueh & air kathira.
Menjelang jam 10.00 malam, perlahan sendirian menyusur jalan menuju Mc D 24 Hours (tempat bersahor untuk puasa esok hari) yang kebetulan diadakan "Fun Fair" sebelahnya.
Seawal 6.00 pagi siap sedia menuju Kempas. Melakukan tugasan rasmi dengan ilmu yang baru. Memang ada 'Chemistry" disitu.
Penerbangan pulang KLIA waktu petang. Keadaan awan agak tebal petang ni.
Pendaratan di KLIA lewat hampir 20 minit apabila MAS buat pusingan di ruang udara akibat awan tebal.
Kulai, Johor.
1.36 pm.
Kulai, Johor.
1.36 pm.
Selasa, 25 Ogos 2009
MINGGU PERTAMA RAMADHAN 1430H
25 OGOS 2009
1 Ramadhan 1430H jatuhnya pada hari Sabtu. Dirasakan amatlah sesuai dengan cuti persekolahan juga bermula pada Isnin 27 Ogos. Sekurang-kurangnya, 1 minggu lebih budak2 dapat sama-sama berpuasa sepenuh hari di rumah.
Semasa tiba di KL - hujan lebat. Kebetulan sewaktu melalui Masjid Kg. Baru, majlis perasmian Bazar Ramadhan telah selesai.
Dalam cuaca hujan itu 2 bekas "Bubur Lambuk Agung" Kg. Baru dianugerahkan. Alhamdulillah.
Disebelah petangnya pula cuaca kembali panas. Petang ini, lecture tamat seawal 5.00 petang, terus pulang untuk berbuka bersama keluarga.

Jumaat, 21 Ogos 2009
SELAMAT DATANG RAMADHAN 1430 H

Esok, 1 Ramadhan 1430 H (Ramadhan Al-Mubarak).
Bulan mulia lagi ditunggu. Bulan ibadah buat umat muslimin dan muslimat. Puasa wajib, sebulan dalam setahun.
Semoga peluang kali ini dapat aku manfaatkan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Semoga amalanku mendapat Berkat dan diterima Allah SWT.
AMIN..!!!
AMIN..!!!
Khamis, 20 Ogos 2009
TAHNIAH PROF. HALI
"Prof Dr Halimaton Hamdan menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi atas kejayaan beliau membangunkan dan mengkomersialkan Maerogel yang kini digunakan di seluruh dunia."
- PETIKAN DARI BHARIAN ONLINE
- TAHNIAH PROF-
Isnin, 17 Ogos 2009
Berkampung di Gopeng buat Pak Su
Ipoh, Perak.
Seawal 8.15 pagi dah terpacak sebelah kapal terbang lama. Kata orang.., biar kita tunggu VIP.. jangan VIP tunggu kita..!
Tabik kat Pak Su atas kejayaan menggapai cita-cita.
Berjaya tamatkan latihan walau dugaan menimpa.
Setengah hari berpanas tidak terasa, kepuasan Pak Su lebih utama. Kewajipan aku terlaksana sudah, agenda seterusnya mesti diteruskan.
Ambil keputusan pulang ke KL.

Selasa, 11 Ogos 2009
ISO FOR 2 DAYS
10-11 Ogos 2009
Selangor.
Kata orang, semakin banyak ilmu ditimba, banyak lagi kelemahan diri ditemui.
Sekadar menimba sedikit ilmu dan menutup sedikit kelemahan diri. Bersama Mr. Z ke Uniten Bangi.
2 hari belumlah mencukupi syarat.. namun cukup sekadar memulakan langkah...
6.11 pm.

Jumaat, 7 Ogos 2009
Bawal Goreng Dari Kulim
06 Ogos 2009
Kulim, Kedah
Cuaca sepanjang perjalanan dari KL hingga Kulim, hujan. Sinonim dengan istilah hujan 1 Malaysia.
Singgah melepaskan lelah di persimpangan Kulim-Padang Serai.
Agak hairan kenapa bawal goreng dipilih oleh Bro R kita. Agak teruja, dicuba secubit-dua, sedap jugak bila dijamah panas-panas.
Memang sesuai bawal goreng 'top' di sini.

Selasa, 4 Ogos 2009
KENAPA SLOW SEM NI ???
04 Ogos 2009. 2.25 pm.
Nilai, NSDK.
Terdetiknya idea bagi kemunculan Blog yang julung kalinya ini hanya dimangkinkan oleh tindakbalas perlahan sepanjang sem ini.
Semalaman explore note KF II by Dr. S., hanya memungkinkan 5-6 pages diselak. Ntah kenapa berpusing-pusing fikiran malam ni.
Tak sedar terlelap depan TV.

Langgan:
Catatan (Atom)