Selasa, 21 Januari 2025

SANAH HELWAH IZZUL KE-23 SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SWT

Sanah Helwah Izzul
Semoga diberikan kesihatan
Rohani dan Jasmani
Dipermudahkan apa jua urusan
Dan dipelihara dari apa juga kepayahan
Semoga berjaya dunia akhirat
Amiinn Ya Rabbal Alamiiin.. 

Ahad, 5 Januari 2025

SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN BABY DI SEOUL

....

PERTAMA KALI JEJAK KAKI KE NEGARA ORANG

Mungkin ada yang tidak percaya
Pertama kali aku jejakkan kaki ke luar Malaysia adalah pada jam 6.30 pagi 4 Disember 2011 (waktu Korea Selatan).
Sekurang-kurangnya aku berpeluang sebelum umurku melangkah ke angka 40.
Cuaca 7 darjah Celcius dengan angin yang bertiup sangat terasa kesejukannya.
Tidak sia-sia aku beli sweater yang tebal.
Nampak seolah-olah ingin mendaki gunung.

Semoga aku tidak lupakan tanggungjawab
Perkara yang lebih berat yang sedang aku pikul bersama ke sini selama 2 minggu ini.
Membawa bersama nota dalam menghadapi exam bila pulang ke Malaysia nanti
InsyaAllah menjadi pemangkin kepadaku disini..

............................................................
Alhamdulillah..
Catatan di atas bertarikh 4 Dis. 2011
Kisah aku kali pertama ke luar negara
Dan Incheon, Korea Selatan
Adalah airport luar negara
Yang julung kali aku jejaki..

Kini genap 14 tahun, 1 bulan dan 1 hari..
Baby jejakkan kakinya pula ke sana
Juga airport luar negara pertama baginya..
Bertandang ke Seoul demi segenggam Ijazah..

InshaAllah..
Semoga Allah pelihara Baby di sana
Semoga Baby tetapkan tekad dan niat yang baik
InshaAllah..
Semoga Allah permudahkan apa jua urusan
Sepanjang 4 tahun di sana..

(Baby post video situasi di Seoul)

Rabu, 1 Januari 2025

AHLAN WASAHLAN 2025 MASEHI DAN 1 REJAB 1446 HIJRAH

Hiking Bt M di pagi 1 Januari 2025
Terasa agak letih diawal pendakian
Namun.. berbekalkan keazaman
Aku berjaya..

Bersoarangan sepanjang naik dan turun
Hanya sesekali ditemani pendaki lain
Yang kebanyakannya datang berjemaah
Dan aku hanya menumpang untuk sesekali bersama mereka

Aku mulakan pendakian jam 8.00 pagi
Aku turun san sampai ke kereta jam 9.15 pagi
Alhamdulillah..
Tiada sebarang masalah besar sepanjang pendakian

Petang aku ke Cheras
Untuk bersama anak-anak arwah abangku
Juga peluang Baby bersama mereka
Sebelum penerbangan bagi menyambung pengajian

Semoga asbab doa semua
Baby dipelihara Allah..
Diberikan kesihatan dan kemudahan
Dan seterusnya menggapai impian..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

(Mentari 1 Januari 2025)

(Pemandangan dari salah satu puncak)

Selasa, 31 Disember 2024

MENJELANG MELABUHNYA 2024 MASEHI

Beberapa detik menjelang 2025
Dan melabuhnya 2024 
Aku kekal dengan emosi
Yang berbaur pelbagai perasaan

Alhamdulillah..
Dalam hal kerja..
Telah aku laksanakan
Setakat keperluan optimum..

Walaupun tenagaku untuknya 
Pada tahap melebihi optimum
Dan ada kalanya mencapai maksimum
Namun..
Aku mengharapkan redha
Dan keberkatan Allah SWT..  |
Semoga rezeki yang kuperoleh
Diberkati dan diberikan pahala

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Isnin, 30 Disember 2024

PULANG KE KG DALAM KESIBUKAN DI PENGHUJUNG 2024

Aku dan keluarga pulang ke kampung
Untuk ziarahi adik2..
Juga bersama Fauzi
Di majlis anak sedaranya

Alhamdulillah..
Dapat bercuti selama beberapa hari
Jumaat petang sampai BS
Pulang KL isnin petang


Selasa, 24 Disember 2024

ALHAMDULILLAH.. SEMOGA ASBAB KEBAIKAN UNTUK BABY LULUS UJIAN JPJ

Alhamdulillah..
Setelah berusaha kali ketiga
Baby lulus ujian memandunya
Walaupun berkejaran
Hingga ke minggu kedua
Sebelum jadual penerbangan
Ke luar negara pada 4 Januari..

Alhamdulillah..  
Allah maha mendengar 
Akan doa hambanya
Yang telah berusaha
Dan bertawakkal..

Semoga Baby fokus
Untuk persediaan pengajiannya..
Semoga dipermudahkan urusannya..
Dan semoga terpelihara
Segala urusannya di negara orang..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn.. 



Rabu, 18 Disember 2024

HAL LESEN D DALAM KESIBUKAN RESULT 'U', MEDICAL CHECK-UP DAN MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBELUM 4 JANUARI 2025

Banyak perkara yang harus dikejarkan
Dalam kesuntukan bulan Disember 2024
Apatah lagi tarikh penerbangan kian hampir
Untuk Baby menggapai cita-citanya

Hal di Akademi memandu..
Dengan cerita yang tersendiri..
Semoga percubaan kali ke-2
Dipermudahkan oleh Allah swt..
Inshaa Allah..

Hal U dan dokumen MARA..
Peristiwa di Az Zahrah
Sepatutnya memberikan sesuatu buat Baby..
Segalanya memerlukan wang..

Namun..
Semoga asbab kebaikan
Di masa hadapan..
Inshaa Allah...   

Jumaat, 13 Disember 2024

SETIAP PERUBAHAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA DAN BERISTIQAMAH

Kurang 1 bulan menjelang 2025..
Ya.. lebih tepat 19 hari lagi
Aku akan melangkah ke tahun hadapan
InshaAllah..

Ada banyak perancangan
Yang aku fikirkan 
Untuk dilaksanakan 
Menjelang penghujung 2024

Apa yang lebih utama ketika ini..
Persediaan Baby melanjutkan pengajiannya
Serta kesediaan kami 
Untuk memastikan kelancarannya..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..

Tugas hakiki di pejabat..
Tidak pernah bernoktah..
Ditambah dengan karenah
Dan permasalahan rakan-rakan..
Namun.. semua itu ujian Allah swt..
Untuk aku lebih tenang dan rasional..

Bagiku..
Aku kekal aku..
Namun umur ini membataskanku..
Aku tidak segagah 20 atau 10 tahun lalu..
Hanya berbekal semangat dan prinsip 
Yang kuat tersemat disanubari..
Hanya kuselitkan doa..
Setiap kali ujian hadir buatku..

Semoga Allah beriku kesihatan..
Untuk kekal berkhidmat
Umpama lilin..
Serta anugerahkanku dan keluargaku..
Perlindungan.. dari segala bentuk kemudaratan..
Semoga aku kekal istiqamah..

Amiinn Ya Rabbal Aalamiinn.. 

Isnin, 9 Disember 2024

SANAH HELWAH..

Selamat Hari Lahir buat Sue..
Semoga sentiasa dilindungi Allah swt
Serta diberikan kesihatan yang berpanjangan..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..


 

Khamis, 5 Disember 2024

KURANG SEBULAN MENUJU KE TAHUN BAHARU 2025 MASEHI

Antara sedar dan tidak
Tahun 2024 kian ke penghujung
Juga bermakna buat diri ini
Yang semakin menuju ke hari tua..

Dalam kerjaya..
Aku seharusnya mulai tenang
Dan mulai menyusun jadual
Bagi menghadapi persaraan..

Dalam aspek kesihatan..
Aku harus semakin berdisiplin..
Dalam mengawal permakanan..
Dan aktiviti yang sihat..

Aku seharusnya tidak lagi terus leka
Dan terus menerus menyibukkan hariku
Dengan sesuatu yang merugikan
Ya.. merugikan masaku..

Aku harus tekad 
Dan merencanakan akhiratku
Dalam saki baki umur ini..
Terutamanya sebelum meniti saat persaraan..

Dunia ini hanya untuk generasinya..
Generasiku sudah melepasi era kami..
Zaman serba laju ini bukan milik kami..
Aku hanya perlu memerhati..
Dan tidak perlu menuruti..
Namun dengan kebaikan.. hanya perlu mengetahui..

Semoga aku kekal istiqamah..
Amiiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 10 November 2024

AKU BAGAI KEHILANGAN RENTAK

Bagaikan kehilangan rentak
Itulah situasi aku pada ketika ini
Sehinggakan sepanjang Oktober
Tiada sebarang kemaskini
Yang mampu aku nukilkan disini

Peristiwa terpenting
Ulangtahun kelahiran Iman..
30 Oktober.. genaplah 9 tahun 
Anak syurgaku Iman..

2 minggu lepas.. 31 Okt..
Aku pulang ke BS
Bersama keluarga..
Ziarah Adila di Sintok
Serta ke Padang Besar..

2 Minggu sebelum nya.. 20 Okt..
Kami pulang BS untuk raikan
Perkahwinan Amad..
Di Kamunting..
Sambil join reunion geng Su
Main boling 2 hari berturut2..
Sampai naik keras rasa muscle aku..

Cuma apa yang aku kecewa
Aku langsung tak sempat ziarah
Ke pusara mak dan abah..
Sebagaimana kebiasaannya
Jika aku pulang ke BS..

InshaAllah..
Aku cuba perlahan-lahan
Untuk uruskan masaku
Agar lebih teratur..
Ya aku harus melangkah ke arah itu..
Kerana kerjaku harus mulai aku perlahankan
Untuk aku tenang menjelang hari tuaku..
Semoga Allah beriku ilham..
Dah istiqamah..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 22 September 2024

SANAH HELWAH AINA.. SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN DAN KEJAYAAN

20 September 2024
Genap Aina 25 tahun..
Semoga dimurahkan rezeki..
Dianugerahkan kesihatan..
Dipermudahkan apa jua urusan..

Raikan pada 21 September
Biarpun lewat sehari
Namun.. yang penting ingatan
Kita permudahkan

Malamnya bersama jiran
Sesekali makan malam bersama
Di Sri Sahabat..
Alhamdulillah..

Petang ini Izzul pulang ke UiTM
Aku tak mampu mencarikan
Tempat untuknya intern
Aku tidak mahu menggunakan 
Sebarang pengaruh.. Kerana usaha sendiri
Bagiku lebih diberkati.. InshaAllah..

Isnin, 16 September 2024

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ya Rasulullah
Nabi junjungan umat manusia
Rasul teragung sepanjang zaman
Akhlak terbilang yang mengangkat martabat dan kekuatan agama Islam



(Kredit kepada Institut Masa Depan Malaysia atas banner)

Ahad, 15 September 2024

VIENNA - DOHA - KLIA

Saat ini aku di Doha
Menunggu untuk penerbangan
Pulang ke Malaysia
Transit hampir 4 jam disini

Alhamdulillah..
Perjalanan aku dipermudahkan
Pagi selepas subuh
Aku siapkan bagasi..

Rasanya tak sempat
Untuk aku keluar ke Stephanplatz
Dengan selipar dan tshirt sahaja
Aku ke Billa depan Lenas
Mencari coklat Milka

Jam 10.30 aku check out
Terus naik bas ke Kagran
Naik metro ke Praterstern
Masuk keluar Billa
Mencari Merci..
Alhamdulillah dapat juga

Naik OBB ke airport
Alhamdulillah.. 
Walaupun hampir berulang
Peristiwa semalam..
Namun aku berjaya atasinya..

Alhamdulillah..

Cerita semalam..
Aku bersama bapak Mukhlis--
Workshop habis sekitar jam 12.00
Lunch dan solat jumaat
Balik ke Lenas untuk jumpa semula
Di Alte jam 14.45..
Tak sempat.. 15.00 aku sampai
Ikut line U-Barn turun Stephanpltz 
Disini kami dah confuse nak ke Parndorf Ort

Dalam perjalanan kami asyik ngobrol (kata sedara Mukhlis--)
Dah nampak hotel.. malangnya kami leka
Dan akibat overconfident
Kami terpaksa turun di Frauenkirchen..
Sangat mencemaskan 
Dengan angin yang kuat ditengah2 ladang
Ditambah cuaca 3 darjah
Pak Mukhlis rasanya lebih teruk kesejukannya dari aku..
Aku dengan jaket dan glove pun dah tak tertahan..

Alhamdulillah..
Di Parndorf saling tak tumpah seperti di JPO sahaja
Cuma tak tertahan kesejukan..
Decide balik jam 2100
Syukur.. segalanya dipermudahkan
Walaupun kami buang masa banyak terlajak sehingga 6 stesen
Namun pengalaman adalah lebih berharga

InshaAllah.. 
Jika berpeluang aku akan explore lebih lagi..  
 
(Frauenkirchen Station)

(Vending Tiket OBB)

(OBB yang membawaku sampai ke Frauenkirchen)

(Di Parndorf)


(Last day di jendela bilik Lenas)

(Menunggu OBB Wien Mitte-Landstrabe ke Flughafen Wien @ airport) 

(Lepas solat sempat lalu Austrian Air office)

(Di Doha.. menunggu connecting flight ke KL.. Jam 1.07 am)

(Perjalanan ke Parndorf)

Sabtu, 7 September 2024

HARI YANG MENCEMASKAN...SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN

7 September 2024

Adalah hari yang amat mencemaskanku

Semoga Allah pelihara diri ini

Semoga Allah permudahkan perjalananku

Tiada lain talian hayatku

Hanya Allah maha mengetahui akan hambanya

Segalanya atas ketentuanNya..