Rabu, 1 Mei 2024

AKTIVITI SEPANJANG TIDAK AKTIF KEMASKINI BLOG

Hari ini 1 Mei 2024
Cuti umum Hari Pekerja
Sambil melihat tugasan rutin yang tertunda
Sedikit masa perlu aku luangkan
Untuk kemaskini blog ini..

Kisah yang belum sempat dicoretkan

Aku pulang ke BS pada isnin
Seusai Aina pulang dari kerjanya
Aku memandu sepanjang jalan
Lebuhraya tidak sesak
Namun untuk berhenti di R&R
Memang tiada ruang...
Aku dan keluarga hanya berbuka dalam kereta
Sambil kereta terus bergerak..

Seperti biasa hanya keluarga aku dan adik su pulang awal
Berpeluang bersahor di kg pada hari akhir puasa
Suasana di kg agak berbahang
Namun aku budak kg.. perlu segera biasakan

Rabu diumumkan Raya..
Kali ini kami tenang
Kebanyakan bahan mentah telah sedia
Sama-sama kami uruskan juadah utama esok

Pagi raya.. aku bersolat di masjid kg NH
Seusai menjamu juadah.. kami bersiap untuk ziarah raya
Sempat ziarah 2-3 rumah saudara su
Tengaharinya aku pulang ke kg MG

Gembira bercampur sedih kisahnya pada saat ini..
Di rumah Aat aku melayan karenah sepupu arwah abah
Namun aku kekal tidak mahu terlalu empati
Akhirnya perjalanan akhir HP aku..
Apabila ianya hilang dari kawalan sebaik pulang
Rumah Aat ke rumah arwah mak..

Walaupun terasa hilang segalanya..
Namun aku perlu segera 'reset' minda ini
Aku perlu terima ketentuanNya..
Esoknya aku ke DG BS dapatkan sim baharu
Aku perlu usaha melupakan HP yang dihadiahkan
oleh Aina dan Izzul.. Sangat sedih..

Aku kuatkan minda untuk teruskan perjalanan ini
Walaupun dengan hilangnya perkara penting
Yang aku simpan dalam HP itu
Mudah2an tiada yang mudarat
Asbab hilangnya HP aku itu..

Seusai beraya di kg.. aku pulang ke KL
Dalam perjalanan.. singgah beraya di Lekir
Sempat merasa WCE..
Jam 2 ptg bergerak ke BB.. beraya rumah abg rosli
Terus pulang ke rumah

Su jemput jiran terdekat untuk beraya dirumah
Banyak dimasaknya..
Aku memudahkan sahaja usahanya..
Juga kali kedua khas untuk kak S
Kali ketiga khas untuk adik beradiknya..

Di pejabat juga tidak kurang kesibukannya
Terasa paling sibuk..
Semasa jamuan raya bahagian dan jabatan
Terasa tenaga orang lama ini masih diperlukan
Disaat rakan lain sibuk dengan hal peribadi
Didoakan kebaikan buat semua...
Aku tetap aku... Aku KZ.. 
Bak anugerah yang pernah diterima 20 tahun lalu
Lilin.. membakar diri sendiri
Demi menerangi orang lain..

Semoga Allah anugerahkanku kekuatan rohani dan jasmani
Demi meneruskan diri ini dan sifat diri ini..
Aku akan kekal menjadi diri ini.. InshaAllah..

Isnin, 8 April 2024

Ramadhan Kian Melabuhkan Tirainya

Saat ini memasuki 28 Ramadhan
Sehari sebelum anak bulan dilihat
Bagi menentukan 1 Syawal
Sama ada Rabu ataupun Khamis

Aku masih belum bergerak pulang
Situasi berbeza jika arwah mak masih ada..
Ya.. sangat berbeza semangat itu
Aku tentunya akan segera bergerak pulang..

Kerana bagiku.. 
Keutamaan untuk memastikan
Mood persediaan raya mak
Akan meningkat..
Hanya dengan sentiasa kelihatan
Dimata mak..

Semuanya kini berubah
Dan aku harus terima..
Segalanya adalah ketentuanNya..
Buat kami yang masih bernafas
Untuk terus istiqamah mencari keredhaan..

Ya Allah..
Cucurilah rahmat atas roh ibuku..
Bapaku.., abangku, anak saudaraku..
Nenek moyangku.., saudara maraku..
Guru2.., sahabat2.., jiran tetangga..
Dan semua muslimin muslimat
Yang terdahulu meninggalkan kami..
Semoga Ramadhan yang berbaki ini
Ditingkatkan darjat roh mereka..
Dan ditempatkan mereka dikalangan
Para penghuni syurga..

AMIINN.. YA RABBAL ALAMIINN..   

Jumaat, 29 Mac 2024

BEGITU PANTAS RAMADHAN SUDAH MEMASUKI SEPARUH MASA KE-2

Ya Allah...
Berkatilah amalan Ramadhan ku..
Terasa begitu pantas Ramadhan kali ini
Antara sedar atau tidak
Kini telah memasuki 18 Ramadhan..

Mudah2an Ramadhan berbaki
Akan aku kejar peluang sebaiknya..
Ya Allah..
Beriku kekuatan rohani dan jasmani
Agar dapat aku maksimakan amalan ini

Ya Allah..
Cucurilah rahmat atas roh mereka
Yang terdahulu meninggalkanku
Ayah dan ibuku..
Mak dan bapa mertuaku
Abang ku..
Anak saudaraku..
Nenek moyang.., saudara mara.., guru2..
Jiran tetangga, sahabat2
Yang telah berada di alam sana
Peliharalah semuanya dalam rahmatMu

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 10 Mac 2024

SEHARI MENJELANG RAMADHAN AL MUBARAK

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Sehari menjelang Ramadhan
Sepagi hari ini aku membantu persiapan di Surau
Semalam juga sepagi aku di Arena UNITEN

Badan memang terasa kepenatan
Namun aku gagahkan demi sahabat
Demi masyarakat
Dan demi mendapatkan keredhaan Allah SWT

Semoga Ramadhan kali ini
Adalah yang terbaik bagiku
InshaAllah..
Amiinn Ya Rabbal Alamiiinn.. 

Khamis, 29 Februari 2024

HADIR PROGRAM PEMENTORAN DI PD

Hadir ke Corus PD
Untuk program kementerian
Dengan niat berkongsi
Apa sahaja yang boleh memanfaat

Jika aku muhasabah diri ini
Tiada apa yang istimewa yang aku ada
Namun atas dasar tanggungjawab
Aku gagahkan diri ke sini

Mudah2an niat baik 
Mendapat ganjaran yang baik jua
Semoga yang baik saja hasilnya kelak
Dan seterusnya memanfaatkan semua  

Selasa, 20 Februari 2024

GAGAL MERANCANG ATAU MERANCANG UNTUK GAGAL

Hari ke-20 berada di sini
Bergelumang dan berhempas pulas
Untuk mendapatkan rentak
Rutin lama tetapi diposisi baharu

Dalam kesibukan
Tanggungjawab kepada keluarga
Tetap perlukan keutamaan
Urusan adik-adik juga perlukan komitmen

Perkataan paling tepat pada masa ini
Aku harus bijak merancang
Supaya tugasanku disini
Menjadi lebih teratur dan sistematik

Aku harus kekalkan keupayaan ini
Keseimbangan urusan kerja dan peribadi
Harus disusun agar selari
Mudah2an terpelihara kesihatan fizikal dan rohani

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn.. 

Khamis, 1 Februari 2024

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG

Bagai sirih pulang ke gagang
Itulah perkataan yang sinonim
Dengan kembalinya
Aku ke lokasi dimana aku bermula

2.8.2004 pertama kali aku ke sini
Setelah hampir 20 tahun
Kini 1.2.2024 aku kembali tanggal
Untuk menabur khidmat disini

Harapan aku..
Mudah2an pengalaman disini
Dapat merungkai kerumitan
Yang sedang berlaku disini

InshaAllah.. 

Rabu, 31 Januari 2024

HARI AKHIR AKU DI DASAR [2.1.2019 - 31.1.2024]

Dalam hal kerja..
Secara rasminya hari ini
Hari terakhir aku di Dasar
Sebelum kembali ke gagang

Ucapan ku buat sahabat seperjuangan:

"Sepertimana ketetapan, secara rasmi hari ini merupakan hari akhir saya sebagai warga Dasar (2.1.2019 - 31.1.2024).
Saya amat berterima kasih dapat berkhidmat di sini bersama tuan2 dan puan2 dan segala kerjasama baik sangat2 saya hargai dan ingati.
Pengalaman dan kenangan pahit manis di sini bersama tuan2 dan puan2 akan kekal dalam lipatan. Yang baik tidak akan saya lupakan.
Walaupun saya tidak lagi di Dasar namun kita masih akan kekal bersua di Jabatan ini.
Harapan saya kita semua akan kekalkan perhubungan baik dan jalinan silaturahim hingga bila2..
Maafkan apa jua kesilapan.., ketelanjuran kata dan perbuatan yang tak kena..(almaklumlah proton 5 series).
Yang paling penting, halalkan jika termakan terminum. Tolong ingatkan saya jika ada hutang yang saya terlupa.
Terima kasih semua dan semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 21 Januari 2024

SANAH HELWAH MUHAMMAD IZZUL FIQRI

Selamat Hari Lahir Izzul
Semoga sihat sentiasa
Dilindungi Allah sepanjang masa
Dan dipermudahkan apa jua urusan

Semoga berjaya
Di dunia dan di akhirat

Khamis, 11 Januari 2024

SIRIH PULANG KE GAGANG

Bak kata pepatah
Sirih pulang ke gagang
Itu antara perkataan sinonim
Bersamaan dengan apa yang berlaku

Aku akan bertukar
Ke 'Bahagian' asal
Di mana aku bermula..
Ya..pulang ke tempat asal
Namun dengan tanggungjawab 
Yang lebih besar

Begitu juga dengan Apat..
Setelah sekian lama merantau
Pulang menghuni rumah pusaka
Walaupun buat seketika..
Namun.. 
Segalanya atas ketentuanNya..

Semoga hijrah kami ini
Mempunyai asbab yang baik
Dalam mencari keredhaanNya
Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..
Semoga kebaikan mendatang
Memberikan aku, adik-adik, dan keluarga
Sentiasa dalam rahmat Allah swt..

Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..

Selasa, 2 Januari 2024

SELAMAT TAHUN BAHARU 2024

Assalamualaikum dan Salam 2024
Semoga Allah kurniakanku kekuatan
Serta semangat yang berpanjangan
Bagi menghadapi tahun ini

Ya Allah..
Kurniakan aku dan keluarga
Kekuatan fikiran dan tubuh badan
Semoga kehidupan kami lebih sempurna

Berikan kami kesempurnaan akal fikiran
Anugerahkan kami kelapangan
Dan berkatilah rezeki kami
Rezeki yang halal dan diredhoi

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..  

Ahad, 31 Disember 2023

ZIARAH RUMAH PUSAKA MENJELANG 2024

Akhir 2023
Aku jejakkan kaki
Di rumah pusaka
Orang tuaku
Mudah2an ada sesuatu
Yang baik buat Kami
Pada 2024

Ahad, 24 Disember 2023

ANJAKAN PARADIGMA DAN AZAM 2024

Beberapa hari menjelang 2024 masehi
Aku masih perlu segera 
Bertindak lebih pantas
Supaya memasuki 2024 tanpa tugasan yang mengejar

Antara anjakan paradigma
Yang perlu aku buat pada 2024
Adalah untuk lebih ke depan dan mengejar tugasan
Agar aku tidak terbeban dikejar tugasan

Aku pada hari ini mungkin tidak sebaik dulu
Namun.. Bagiku..Apa jua perlukan usaha
Ya..usaha untuk merubah segala kelemahan
Disertai dengan tindakan yang lebih matang

Tugasan akan terus hadir
Mahu atau tidak ia akan terus hadir
Selagi masih bergelar pekerja
Tiada jalan lain kecuali hadapi dengan kekuatan minda

Ya Allah..
Hambamu ini amat perlukan pertolonganmu
Kurniakan aku kesihatan dan kekuatan
Rohani dan jasmani..
Agar dapat terus menyumbang sebagaimana diperlukan
Tanpa perlu menyebabkan seseorang dibebankan
Walaupun ada kalanya memerlukan pengorbanan
Dan ada kalanya merubah pendirian..

Semoga aku kekal sebagaimana aku..
Semoga Allah merahmati segala usahaku
Semoga hari-hari mendatang lebih cerah
Semoga aku menjadi lebih baik

Rabu, 20 Disember 2023

KEPERLUAN AWAL UNTUK PERANCANGAN 2024

Alhamdulillah..
Menjelang berlabuhnya 2023
Aku telah mencapai sasaran
Bagi tugas rasmiku..

Mudah2an Allah beriku ilham
Untuk memperkemaskan perancangan
Tahun 2024 yang akan menjelang dalam 10 hari lagi
Insha Allah..

Ahad, 10 Disember 2023

9 DISEMBER 2023. SEMOGA USIA DIBERKATI

Genap setengah abad
Kehidupan Su di alam dunia
Semoga segalanya diberkati Allah..
Semoga kekal sihat dan dipermudahkan urusan

Ambil Izzul selepas zohor
Kami berkumpul bersama keluarga Kak Kati
Juga keluarga mak su
Sambil ber BBQ

Semoga urusan kami semua dipermudah
Insha Allah..