Khamis, 29 Februari 2024

HADIR PROGRAM PEMENTORAN DI PD

Hadir ke Corus PD
Untuk program kementerian
Dengan niat berkongsi
Apa sahaja yang boleh memanfaat

Jika aku muhasabah diri ini
Tiada apa yang istimewa yang aku ada
Namun atas dasar tanggungjawab
Aku gagahkan diri ke sini

Mudah2an niat baik 
Mendapat ganjaran yang baik jua
Semoga yang baik saja hasilnya kelak
Dan seterusnya memanfaatkan semua  

Selasa, 20 Februari 2024

GAGAL MERANCANG ATAU MERANCANG UNTUK GAGAL

Hari ke-20 berada di sini
Bergelumang dan berhempas pulas
Untuk mendapatkan rentak
Rutin lama tetapi diposisi baharu

Dalam kesibukan
Tanggungjawab kepada keluarga
Tetap perlukan keutamaan
Urusan adik-adik juga perlukan komitmen

Perkataan paling tepat pada masa ini
Aku harus bijak merancang
Supaya tugasanku disini
Menjadi lebih teratur dan sistematik

Aku harus kekalkan keupayaan ini
Keseimbangan urusan kerja dan peribadi
Harus disusun agar selari
Mudah2an terpelihara kesihatan fizikal dan rohani

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn.. 

Khamis, 1 Februari 2024

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG

Bagai sirih pulang ke gagang
Itulah perkataan yang sinonim
Dengan kembalinya
Aku ke lokasi dimana aku bermula

2.8.2004 pertama kali aku ke sini
Setelah hampir 20 tahun
Kini 1.2.2024 aku kembali tanggal
Untuk menabur khidmat disini

Harapan aku..
Mudah2an pengalaman disini
Dapat merungkai kerumitan
Yang sedang berlaku disini

InshaAllah.. 

Rabu, 31 Januari 2024

HARI AKHIR AKU DI DASAR [2.1.2019 - 31.1.2024]

Dalam hal kerja..
Secara rasminya hari ini
Hari terakhir aku di Dasar
Sebelum kembali ke gagang

Ucapan ku buat sahabat seperjuangan:

"Sepertimana ketetapan, secara rasmi hari ini merupakan hari akhir saya sebagai warga Dasar (2.1.2019 - 31.1.2024).
Saya amat berterima kasih dapat berkhidmat di sini bersama tuan2 dan puan2 dan segala kerjasama baik sangat2 saya hargai dan ingati.
Pengalaman dan kenangan pahit manis di sini bersama tuan2 dan puan2 akan kekal dalam lipatan. Yang baik tidak akan saya lupakan.
Walaupun saya tidak lagi di Dasar namun kita masih akan kekal bersua di Jabatan ini.
Harapan saya kita semua akan kekalkan perhubungan baik dan jalinan silaturahim hingga bila2..
Maafkan apa jua kesilapan.., ketelanjuran kata dan perbuatan yang tak kena..(almaklumlah proton 5 series).
Yang paling penting, halalkan jika termakan terminum. Tolong ingatkan saya jika ada hutang yang saya terlupa.
Terima kasih semua dan semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 21 Januari 2024

SANAH HELWAH MUHAMMAD IZZUL FIQRI

Selamat Hari Lahir Izzul
Semoga sihat sentiasa
Dilindungi Allah sepanjang masa
Dan dipermudahkan apa jua urusan

Semoga berjaya
Di dunia dan di akhirat

Khamis, 11 Januari 2024

SIRIH PULANG KE GAGANG

Bak kata pepatah
Sirih pulang ke gagang
Itu antara perkataan sinonim
Bersamaan dengan apa yang berlaku

Aku akan bertukar
Ke 'Bahagian' asal
Di mana aku bermula..
Ya..pulang ke tempat asal
Namun dengan tanggungjawab 
Yang lebih besar

Begitu juga dengan Apat..
Setelah sekian lama merantau
Pulang menghuni rumah pusaka
Walaupun buat seketika..
Namun.. 
Segalanya atas ketentuanNya..

Semoga hijrah kami ini
Mempunyai asbab yang baik
Dalam mencari keredhaanNya
Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..
Semoga kebaikan mendatang
Memberikan aku, adik-adik, dan keluarga
Sentiasa dalam rahmat Allah swt..

Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..

Selasa, 2 Januari 2024

SELAMAT TAHUN BAHARU 2024

Assalamualaikum dan Salam 2024
Semoga Allah kurniakanku kekuatan
Serta semangat yang berpanjangan
Bagi menghadapi tahun ini

Ya Allah..
Kurniakan aku dan keluarga
Kekuatan fikiran dan tubuh badan
Semoga kehidupan kami lebih sempurna

Berikan kami kesempurnaan akal fikiran
Anugerahkan kami kelapangan
Dan berkatilah rezeki kami
Rezeki yang halal dan diredhoi

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..  

Ahad, 31 Disember 2023

ZIARAH RUMAH PUSAKA MENJELANG 2024

Akhir 2023
Aku jejakkan kaki
Di rumah pusaka
Orang tuaku
Mudah2an ada sesuatu
Yang baik buat Kami
Pada 2024

Ahad, 24 Disember 2023

ANJAKAN PARADIGMA DAN AZAM 2024

Beberapa hari menjelang 2024 masehi
Aku masih perlu segera 
Bertindak lebih pantas
Supaya memasuki 2024 tanpa tugasan yang mengejar

Antara anjakan paradigma
Yang perlu aku buat pada 2024
Adalah untuk lebih ke depan dan mengejar tugasan
Agar aku tidak terbeban dikejar tugasan

Aku pada hari ini mungkin tidak sebaik dulu
Namun.. Bagiku..Apa jua perlukan usaha
Ya..usaha untuk merubah segala kelemahan
Disertai dengan tindakan yang lebih matang

Tugasan akan terus hadir
Mahu atau tidak ia akan terus hadir
Selagi masih bergelar pekerja
Tiada jalan lain kecuali hadapi dengan kekuatan minda

Ya Allah..
Hambamu ini amat perlukan pertolonganmu
Kurniakan aku kesihatan dan kekuatan
Rohani dan jasmani..
Agar dapat terus menyumbang sebagaimana diperlukan
Tanpa perlu menyebabkan seseorang dibebankan
Walaupun ada kalanya memerlukan pengorbanan
Dan ada kalanya merubah pendirian..

Semoga aku kekal sebagaimana aku..
Semoga Allah merahmati segala usahaku
Semoga hari-hari mendatang lebih cerah
Semoga aku menjadi lebih baik

Rabu, 20 Disember 2023

KEPERLUAN AWAL UNTUK PERANCANGAN 2024

Alhamdulillah..
Menjelang berlabuhnya 2023
Aku telah mencapai sasaran
Bagi tugas rasmiku..

Mudah2an Allah beriku ilham
Untuk memperkemaskan perancangan
Tahun 2024 yang akan menjelang dalam 10 hari lagi
Insha Allah..

Ahad, 10 Disember 2023

9 DISEMBER 2023. SEMOGA USIA DIBERKATI

Genap setengah abad
Kehidupan Su di alam dunia
Semoga segalanya diberkati Allah..
Semoga kekal sihat dan dipermudahkan urusan

Ambil Izzul selepas zohor
Kami berkumpul bersama keluarga Kak Kati
Juga keluarga mak su
Sambil ber BBQ

Semoga urusan kami semua dipermudah
Insha Allah..

Khamis, 30 November 2023

ADA KALANYA AKU PERLU MEMILIH YANG MANA LEBIH UTAMA ANTARA YANG UTAMA

Tanggal 28 dan 29 November
Aku berada dalam 'preview' ilmu
Pada 2 hari berturut-turut
Aku sedar apa sebenarnya 
Kelemahan diri ini

Ya.. 
Semenjak dibangku sekolah lagi
Cikgu berpesan
Learn.. and Practice..
Practice makes perfect

Aku harus mencari alternatif
Untuk aku melabur sehingga 3-5k tu
Aku harus timbangkan ia semula
Apatah lagi dengan keperluan masa
Persis usahaku selama 2 tahun untuk MPS ku

Aku harus tuju sasaran itu
Namun dengan mencari jalan lain
Ya.. jalan lain
Kerana semua itu memerlukan tekad yang kuat
Insha Allah.. akan ku usahakan

Amiinn


Selasa, 28 November 2023

AKAN KU TERUSKAN MOMENTUM INI

Aku sedar kelemahan diri ini
Selalu banyak beralah
Sangat menghormati seseorang
Dan hasilnya kelebihan pada diri
Aku pendamkan

Dengan momentum bersarjana ini
Aku mahu terus meneroka
Mencari sesuatu yang dapatku
Mengatasi keterbatasan diri ini
Langkah 1000 bermula dengan langkah pertama

Ya.. aku harus buangkan sikap itu
Sikap aku yang banyak mengongkong 
Keupayaan diri untuk ke hadapan
Ya.. Aku banyak mengalah sebelum mencuba

Kali ini aku akan cuba mengatasi kelemahan ini
Ya aku akan atasi satu per satu
Kerana aku yakin akan diri ini
Dengan berdoa dan berharapan
Agar Allah SWT berikan kesihatan ini

Semoga usaha dan tekadku
Dipermudahkan oleh Allah SWT
Semoga niatku mendapat kekuatan
Serta mendapat berkat dan kemudahan
Dari yang maha Esa..

Amiinn Ya Rabbal Aalaamiinn..   

Khamis, 23 November 2023

23.11.23 - HAMPIR SEMINGGU SEUSAI PENGANUGERAHAN MPS

Terlebih dahulu
TAHNIAH buat diriku
Atas kejayaan memperolehi MPS
Alhamdulillah.. Syukurku kepada Allah SWT
Yang memberikanku kekuatan ini
Dan merealisasikan niatku ini

Juga penghargaan dan kasih sayang buat keluargaku
Khususnya buat isteri dan anak-anak
Yang banyak memahami situasiku
Selama bergelar mahasiswa
Dari Oktober 2021 hingga Julai 2023

Kini masa sepenuhnya untuk keluarga
Untuk anak-anak mengejar cita-cita mereka
Aku hanya perlu kekalkan prestasi
Juga tingkatkan kembali ibadahku
Kerana dunia adalah jalan untuk ke akhirat
Dan Akhirat adalah destinasi sebenar kita 

Alhamdulillah..
Hari ini tanggal 23.11.23
Aku akan kekalkan ketenangan ini
Dengan semangat MPS yang baru dianugerahkan

Ya.. aku harus kekal professional..
Agar setimpal dengan usaha selama 2 tahun ini
Juga usaha aku dan keluarga ber Konvo ke JB
Dengan cabaran melayan karenah Iman

ALHAMDULILLAH..





(Dalam melayan karenah Iman...)


(Ada kesah bersejarah.. disebaliknya..)

(Terima kasih K Su..)

(Terima kasih Siti.. Kedua snapshot ni aku baru perasan bila playback video konvo di FB)




Sabtu, 11 November 2023

11.11.23 BMF GLOBAL - ISTIQAMAH ADALAH JIHAD SOLIDARITI BUAT GAZA

AKU GAGAHKAN KAKI INI
DENGAN DITEMANI IZZUL
BERGERAK KE MALAKAT MALL CYBERJAYA
WALAUPUN HATI KECIL AGAK KECEWA
DENGAN SEMANGAT BERMUSIM
NAMUN JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI..???

AKU SEMEMANGNYA MENGIKUTI
SEMANGAT BANGSAKU INI
BERSEMARAK DAN BERKOBAR PADA 2019
NAMUN DIRUNTUN TATKALA COVID-19 HADIR
DAN BERMULALAH CABARAN JATI DIRI

DALAM PLATFORM MEDIA SOSIAL
AKU AKAN KEKAL NEUTRAL
WALAU PUN AKU NAMPAK
ADA KELEMAHAN DI KEDUA-DUA PIHAK
DALAM KEKAL UNTUK BERISTIQAMAH
NAMUN YANG HILANG KESABARAN
KECUNDANG MENGUNDUR DIRI

SEMOGA PERCUBAAN KALI INI
DENGAN MENGAMBIL SEMANGAT AL-QUDS
ALLAH BERIKAN KEMUDAHANNYA
UNTUK BANGSAKU KEKAL ISTIQAMAH
ATAS DASAR AGAMA DAN DEMI PERJUANGAN 
SAUDARA KU DI GAZA SANA

ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR...