Selamat Hari Lahir Aina
Semoga diberikan kesihatan yang baik
Dan dipermudahkan segala urusan
Semoga berjaya dalam apa jua yang diimpikan
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Selamat Hari Lahir Aina
Semoga diberikan kesihatan yang baik
Dan dipermudahkan segala urusan
Semoga berjaya dalam apa jua yang diimpikan
Antara sedar dan tidak
Lebih sebulan aku tidak menulis di sini
Kadang-kadang aku hanya terdaya melihat
Masa berlalu pergi...
Tanpa usaha dan upaya
Untuk aku mengejarnya
Begitu juga dengan motivasi diri
Kian menurun sejak akhir ini
Terkadang aku berusaha untuk tekad bangkit
Menyusun langkah yang lebih gagah
Namun lebih kerap langkahku menjadi perlahan
Dan ada kalanya memerhatikan sahaja
Sesuatu perkara berlalu hari ke hari..
Aku harus segera bangkit dari lamunan
Umurku ini harus dimanfaatkan
Aku perlu maju kedepan
Aku harus segera sedar
Bahawa aku banyak membiarkan masa berlalu
Sebaliknya..
Aku harus segera ingat akan Pepatah Arab
Yang menyebut bahawa ‘Waktu ibarat pedang
Jika kita tidak memotongnya,
Ia akan memotong kita’
Maka, aku harus menyedari hakikat
Agar menjadikan setiap saat yang dilalui
Lebih baik daripada sebelumnya.
Nabi Muhammad SAW juga berpesan
Supaya kita merebut lima perkara
Sebelum datang lima perkara yang lain iaitu
- Hidup sebelum mati.
- Sihat sebelum sakit.
- Lapang sebelum sibuk.
- Muda sebelum tua.
- Senang sebelum miskin.
Ya Allah!
Rasa kesyukuran ku terhadap nikmat ihsan dan rahmatMu, pada hari ini
aku zahirkan dengan penuh kehambaan. Aku bersyukur kepadaMu atas
kumiaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang
begitu banyak dari Mu jua.
Ya Allah!
Bersempena hari lahir ku, limpahkanlah rahmat dan
berkat Mu kepada kedua ibu bapa ku yang telah melahirkan dan
membesarkan ku sehingga menjadikan ku berjaya
pada hari ini.
Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan ku
dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurgaMu nanti. Kau
gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan ku
dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurgaMu nanti.
Ya Allah!
Ibu dan ayah ku telah pergi meninggalkan ku buat selamanya.
Jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian
daripada taman-taman syurgaMu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka
nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah ku dengan
hidayah dan taufik Mu agar ku tidak terpesong akidah, tidak melanggar
syari'at, tidak merosak akhlak. Bantulah ku menjadi hamba Mu yang
bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang
bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat
melawan godaan syaitan dan nafsu.
Amiinn Amiinn Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..
Kredit: 1001Ucapan.com
Hampir sebulan aku tidak jenguk ke sini
Kesibukan semakin ketara
Saat PMA yang perlu diselesaikan
Mencapai kapasiti masimum
RM, PM dan HRM
Semuanya perlu aku selesaikan
Mudah-mudahan Allah permudahkannya
12, 17 dan 24 Julai
Insha Allah.. aku perlu berusaha
Minggu lepas aku sibuk dengan Sudan
Hinggakan di Johor aku tak fokus
Namun lecturer sangat memahami
Dakam kesibukan aku mencelah masuk
Selesai program Sudan
Aku terus dengan komitmen ISO
Letih belum reda
Namun itulah pengorbanan..
Ya Allah..
Berkatilah usahaku
Berilah aku kekuatan
Serta istiqamah
Mencari ilmu dan kekuatan diri ini
Berbekal semangat dan keazaman
Walau dihimpit usia yang kian senja
Ya Allah..
Berilah aku kekuatan fikiran
Sekuat para pensyarah dan guru
Yang mampu berkongsi ilmu
Hingga ke penghujung usia
Ya Allah..
Beriku kekuatan rohani dan jasmani
Serta fikiran yang fokus
Untuk aku terus meningkatkan
Keupayaan diri..
Mencari sesuatu yang hakiki
Demi kehidupan disini dan disana nanti
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Ya Allah..
Apa yang berlaku pada hari ini
Jauh dari jangkaan
Sesungguhnya aku sukar mengawal
Aku sukar mengurus stress
Ya aku stress..
Aku telah membawa bersama keluargaku
Ke dalam masalah ini
Semoga kejadian hari ini
Memberikan asbab muhasabah diri ini
Aku insan yang lemah
Terkadang emosi menguasai diri
Ini keluargaku..
Aku tak seharus melibatkan anak-anak
Dalam melayani masalah ini
Ya Allah.. bantulah hambamu ini
Menjelang akhir Syawal
Aku masih mengejar melengkapkan puasaku
Semoga Allah terima puasaku
Semoga menjadi asbab kebaikan buatku
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Macam tak percaya
Usaha aku buat
Terlalu jauh dari diri ini
Kadang-kadang aku terfikir
Akukah sebenarnya ini..???
Maka aku perlu sedar
Kekuatan yang ada untukku
Allah pinjamkan hanya sementara
Perlahan-lahan akan merosot
Hanya masa akan menentukannya
Aku perlu berusaha lebih kuat
Berganda dari rakan lain
Yang masih bertenaga
Dan masih kuat segalanya
Tiada alasan untukku
Penat sudah Dr Liza bertahan
Sesekali aku perlu disergah
Jika tidak aku leka dan lemah
Sebenarnya INI PILIHANKU
Tiada yang mendorong untuk ini
Aku wajib bertekad
Kalau peluang kali ini masih aku abaikan
Kelak aku akan susah sendiri
INI PILIHANKU...
Sekali melangkah aku tekad teruskannya
Aku wajib mencari kelemahan
Untuk ku perbaiki
Aku wajib mencari kekuatan
Untuk kembali kepada diri ini yang sebenar
kerana INI PILIHANKU
Ramadhan bakal meninggalkan ku
Dalam beberapa hari lagi
Namun.. Aku tidak berjaya manfaatkannya
Aku banyak melayan malasku
Apatah lagi terkadang badan yang tidak sekuat dulu
Untuk aku rapat mengikuti program Ramadhan
Ya Allah.. Beriku sesuatu yang baik
Hasil usaha atas pelajaran ini
Beriku pahala ramadhan
Atas usaha fisabilillahku
Hanya itu mampu untukku tahun ini
Moga akan ku perbaikinya
Ya Allah..berkatilah Ramadhan ini
Untuk aku menikmatinya lagi
Pada tahun-tahun mendatang
Dengan usaha yang lebih baik
Ya Allah.. Rahmatilah kehidupanku
Isteri dan anak-anakku..
Adik beradikku..
Saudara maraku..
Pensyarah, Guru dan semua kaum muslimin dan muslimat
Semoga Ramadhan kami lebih baik
Dalam apa jua kebaikan yang kami lakukan
Ampunilah kekhilafan diri ini
Hanya Kau maha mengetahui kelemahan ini
Semoga diberikan kesihatan buat semua
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
1 April 2022
Menjelang 1 Ramadhan 1443H
Gembira bertemu lagi bulan mulia
Namun hati masih sayu dan sendu
Mengenangkan kedua-dua mak dan abah
Yang telah menghadap ilahi
Disaat orang lain semakin bersemangat
Memikirkan aktiviti perayaan
Walaupun Ramadhan menjenguk esok lusa
Hati ini masih hiba
Hampir setahun sudah berlalu
Namun detik nestapa masih kuat diingatan ini
Kuharapkan Ramadhan kali ini
Akan memberiku semangat dan kekuatan
Dalam aku melaksanakan amanah
Yang ditinggalkan mak dan abah
Ya.. aku perlu 'move on'
Di depan masih banyak tanggungjawabku
Di belakangku biarlah menjadi pedoman
Aku perlu lupakan kedukaan ini
Semoga mak dan abah bersama para syuhada dan soleheen
Semoga mak, abah, abg sham, damia, tok, wan, semua sanak saudara
Berada dalam lindungan Allah..
Semoga semuanya aman di sana..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Perancangan Allah itu maha hebat
Perancangan kita tidak mampu
Untuk dicapai tanpa ketentuanNya
Allahuakbar...
.......................
Pagi ini aku ke Klinik S
Dijadualkan untuk pemeriksaan perubatan
Namun ketentuan Allah maha hebat
Allah maha mengetahui hikmah
Apa yang terbaik untuk hambanya
Aku volunteer untuk saringan COVID-19
Walaupun terpaksa menunggu lama
Namun perasaan ini
Terlalu berat untuk tidak berkata benar..
Ada demam, batuk, selesema?
Ada sikit selesema..
Aku menunggu di sudut saringan
Hati berdebar melihat RTK kit
Jelas.. garisan pertama halus keluar
Diikuti garisan kedua yang lebih jelas
Allahuakbar..
Sesungguhnya ketentuan Allah maha hebat..
Maha adil buat hambanya
Secara tiba2 stressku beberapa hari terus normal
Mungkin kerana masalahku telah jelas
Dan aku wajib menerima ketentuanNya
Aku segera maklumkan
Kepada mereka yang sepatutnya
Juga IAEA untuk batalkan tiket penerbangan
Awal pagi ahad ini..
Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya.
14 Mac 2022
UTM menyambut ulangtahun ke-50
Agak sinonim dengan umurku
Semoga aku terus bergerak maju
Selari dengan kemajuan UTM..
InsyaAllah..
Diplomaku di ITM (sekarang UiTM)
Ijazah Pertama dan Sarjana di UTM
Semoga aku terus istiqamah
Dan terus bersemangat
Pembelajaran sepanjang hayatku
TAHNIAH UTM..
Semoga semangat itu ku julang
Semoga aku dapat meningkatkan martabat keluarga
Semoga aku terus junjung
Semoga aku terus julang
InsyaAllah.. aku akan teruskan semangat ini..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Jam 10.13 pagi.. 2.3.2022
Hj. Ikram maklumkan
Shamsurizal akan pulang ke Segamat
Jam 3.55 petang 2.3.2022
Hj. Ikram maklumkan
Sahabat Shamsurizal telah kembali
kerahmatullah
Allah lebih sayangkannya
Semoga Allah cucuri rahmat atas roh sahabat
Semoga ditempatkan rohnya bersama para syuhada
Amiinn..