Semoga Tahun Baharu Hijrah
Memberikan Sinar Buat Kami Semua
Ya Allah...
Angkatlah Wabak Covid-19
Dari Memudaratkan Kehidupan ini
Kami Ingin Hidup
Saling Hormat Menghormati
Kerana Kami Semua Hambamu
Di Muka Bumi Ini..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Selasa, 10 Ogos 2021
SALAM MAAL HIJRAH 1443H... MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI
Isnin, 9 Ogos 2021
SEMOGA AMALAN 1442H DIGANJARI PAHALA BUAT MAK DAN ABAH
Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Hambamu Ini
Insan Yang Lemah
Dalam Beristiqamah
Ampunilah Dosa dan Kesalahan
Hambamu ini Ya Allah..
Atas Apa Jua Kekhilafan
Sepanjang Tahun-Tahun Berlalu
Tahun 1442H Kedua-Dua Pintu Syurgaku
Pulang Bertemu Ilahi..
Ahad 15 Rabiulawal 1442H Abah Pergi
Ahad 20 Syawal 1442H Mak Turut Pergi
Semoga Allah Cucuri Rahmat
Atas Roh-Roh Mereka
Yang Telah Dahulu Pergi
Menuju Alam Yang Kekal Abadi
Meninggalkan Kami Merencana Hari
Demi Mengharungi Sisa Dunia Berbaki
Ya Allah.. Ya Tuhan Kami..
Perlindungan dan Keredhaan Mu Amat Dihajati
Hambamu ini Insan Yang Lemah
Hadirkan Kekuatan dan Bekalan Kesihatan
Buatku Terus Bersama Darah Dagingku
Yang Masih Memerlukan Bekalan ke Sana...
Lindungilah Kami Yang Masih Ada..
Ya Allah...
Dalam Meniti Dunia Demi Akhirat
Yang Kekal Abadi di Sana
Di Penghujung 1442H ini Ya Allah..
Ampunilah segala Dosa dan Kekhilafan Kami
Semoga Tahun Baharu Membawa Sinar
Untuk Kami Kuat Berusaha Untuk Bekalan Ke Sana Nanti
Isnin, 2 Ogos 2021
2.8.2004 - 2.8.2021 GENAP 16 TAHUN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
16 tahun lalu hijrahku ke sini
Pengorbanan yang memerlukan perancangan rapi
Bukan mudah untuk mengadaptasi keadaan
Untuk bermula semula
Setelah hampir 8 tahun di sana
Namun rezeki Allah telah ditentukan
Keperitan adalah dugaan Allah
Sebelum mendapatkan sesuatu
Yang lebih baik
Alhamdulillah..
Semoga Allah beriku
Kesihatan yang berpanjangan
Dalam menghadapi hari-hari
Yang lebih mencabar di depan
Semoga Allah pelihara
Diri ini, keluargaku, adik beradikku,
saudara maraku, jiran tetanggaku, rakan sekerjaku,
masyarakat sekelilingku, negaraku dan dunia ini
Semoga kehidupan kami kembali
Seperti sebelum pandemik ini..
Dengan sesuatu yang lebih baik
Amiinn Ya Allah..
Ahad, 25 Julai 2021
HAMPIR 12 TAHUN : 4 OGOS 2009 - KALI PERTAMA AKU MENULIS DI BLOG INI
Hampir 12 tahun lepas
Aku mulakan inisiatif
Dan inspirasi menulis
Di platform blog ini
Sinonim dengan bidang ilmuku
Aku inspirasikan 'CHEMISTRY'
Sebagai menamakan blog ini
Asalnya menggunakan 'DISCOVERY'
Sedar dan tidak sudah menjangkau
Usia 12 tahun...
Semoga platform ini terus
Menjadi peneman berbicara
Dan menjadi diari
Seharianku tanpa jemu..
InshaAllah..
Semoga hasrat aku untuk kembali
Menimba ilmu dikala
Umur yang kian menjangkau separuh abad
Namun niatku demi meningkatkan
Ilmu didada..
Dan belajar sepanjang masa..
Semoga ianya asbab
Untuk aku bersemangat
Mencari sebanyaknya ilmu
Buat bekal akhiratku..
Ya Allah... Perkenankan niat murni hambamu..
Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..
Selasa, 20 Julai 2021
Isnin, 19 Julai 2021
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR LA ILAHA ILALLAH WALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD
Allahuakbar..
Sayu terasa disaat begini..
Setahun lalu aku bersama arwah mak dan abah..
Di malam Idul Adha
Demi menggembirakan keduanya
Sekurang-kurangnya menemani mak di dapur
Yang akan selalu bersungguh
Memasak juadah ketupat dan rendang
Untuk santapan raya esoknya
Buat anak dan cucu yang ada bersama..
Namun
Mak telah tiada..
Abah juga tiada..
Walau aku sedari ini akan jua terjadi
Namun pemergian keduanya di saat begini
Di saat pergerakan yang terbatas
Amat dirasai..
Semoga Allah limpahkan kerahmatan
Buat kedua ibu dan bapaku
Ganjari syurgaMu buat mereka
Peliharalah keduanya di alam sana
Alam yang mana kami jua akan turuti
Hanya Allah yang maha mengetahui
Semoga kami juga menemuiMu suatu hari
Dengan husnul khotimah..
Amiinn Ya Rabbal Alaminn..
Jumaat, 9 Julai 2021
9 JULAI 2021 - SALAM KELAHIRANKU, SYUKURKU ATAS NIKMAT KEHIDUPAN. SEMOGA ALLAH BERKATI UMUR INI
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ٍSegala puji hanya milik ALLAH..Selawat dan Salam buat Nabi MUHAMMAD S.A.W.
Selamat pagi, Salam sejahtera...
Ya ALLAH kami bersyukur pada Mu Pada awal pagi Jumaat 28 Zulkaedah ini yg telah melanjutkan usia kami hingga kesaat ini. .Mudah2an dgn Nikmat ini menjadikan kami hamba2 org bersyukur dan Taat..
Ya ALLAH redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami kasihi.
Ya ALLAH kami merayu dipagi yg hening ini ampuni lah dosa kami ,pasangan kami ,ibubapa ,mertua kami anak2 ,guru2,jiran2 sahabat2 dan umat islam seluruhnya...
Ya ALLAH bersihkanlah hati kami dari sifat sombong,riak ,ujub ,takkbur ,dengki dan iri hati..
Ya ALLAH sihatkanlah badan kami, terangilah dan lembutkn hati kami, tetapkanlah iman kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kemunafikan dan kefasikan... Selamatkan kami dari wabak covid 19 ,angkat lah musibah ini Ya ALLAH...Ya ALLAH kami mohon kurniakan kami Syurga Mu dgn Rahmat dan Kasih Sayang Mu , Selamatkan kami dari Azab siksa Api Neraka Mu Ya ALLAH...Aaminn🤲😭
Kredit: Kepada Tn. Adnan (Grup Sarana 4 Sekolah 'baby'. Semoga beliau terus sihat dan istiqamah mendoakan kebaikan serta menceriakan subuh kami semua. Amiinn.

(suria pagi menyambut kelahiranku 49 tahun lalu.. masih setia menyambut ulangtahun kelahiranku pada awal pagi hening ini)
Khamis, 24 Jun 2021
MALAM JUMAAT - 8 MINGGU YANG LEPAS AKU MASIH BERSAMA MAK
Aku kerap mendengar keluhan
Bahawa seseorang
Hanya akan dirasai kehilangannya
Apabila sudah tiada didepan kita
Aku sedar dan selalu sedar
Namun tidak pernah aku menjangka
Secepat itu mak pergi..
Dan mak pergi tanpa pesan..
Genap 8 minggu lalu..
Aku masih bersama mak di kg
Pada waktu ini mak nampak sedikit ceria
Meminta cermin mata untuk dipakai
Mak kata dah lama tak pakai cermin mata
Mak juga kelihatan berbeza
Dari hari pertama aku pulang
Aku terdetik untuk mengambil gambar
Untuk dikongsikan dengan adik-adik
Mak yang nampak sihat dan ceria
Menjamah nasi, ikan goreng dan sayur bayam
Yang aku sediakan.. Mak nampak berselera..
Namun aku batalkan niat itu..
Untuk terus melihat mak yang ceria
Dan mak kembali berbaring di katil..
Mak kembali berbaring..
Mak tidur dengan selesa
Tanpa bunyi nafas yang sesak
Seperti sebelumnya..
Namun segalanya berubah
Sebaik mak terjaga..
Hingga aku memeluk mak
Untuk berbaring di strecher
Masuk ke ambulan dengan ditemani Khalil..
Selepas itu tiada lagi suara mak..
Sehingga pagi ahad.. mak pergi buat selamanya.
Ya Allah..
Peliharalah roh ibuku di sana..
Tempatkanlah ibuku bersama penghuni syurga..
Temukanlah ibu, ayah, abangku, saudara-saudaraku di syurga..
Mak.. Maafkanlah Man Mak..
Anak mu ini sangat menyayangimu..
Anak-anakmu berat berbicara
Namun jiwa bergelora..
Rindu tak terungkap dengan kata-kata
Sayang tak terzahir di mata..
Namun percayalah..
Anak-anakmu ini amat menyayangimu
Dari dulu hingga selamanya..
Ya Allah.. Berikan kekuatan untuk kami..
Semoga mak, abah, mertua, abang Sham, Damia..
Atuk, Wan,Nyang, dan semua saudara mara ku
Serta semua kaum muslimin dan muslimat..
Yang terdahulu meninggalkan kami..
Di tempat dikalangan penghuni syurga
Amiinn Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Isnin, 17 Mei 2021
15 HARI MAK KEMBALI KE RAHMATULLAH

Khamis, 13 Mei 2021
1 SYAWAL 1442H
Rabu, 5 Mei 2021
MAK PERGI 20 RAMADHAN 1442H
Sabtu, 1 Mei 2021
YA ALLAH.. BERIKAN KESEMBUHAN BUAT IBUKU
Selasa, 27 April 2021
16 RAMADHAN - TERASA PANTAS MASA YANG BERLALU
Ya Allah..
Berikanku istiqamah
Dalam beribadah kepadamu
Dibulan mulia ini..
Berita sambung PKPB
Dan tiada peluang pulang beraya
Sungguh sayu untuk difikirkan
Tahun kedua suramnya suasana hari raya..
Lebih aku terkesan memikirkan ibuku..
Rindu anak-anak untuk bersama
Semoga Allah berikan asbab kesihatan
Buat ibuku tersayang..
Apakan daya anak2mu patuh arahan pemerintah
Walaupun emosi ibu sangat terkesan
Semoga COVID 19 lenyap segera
Untuk kami hidup harmoni dan bahagia..
Selasa, 13 April 2021
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Alhamdulillah
Tahun 2021 Allah rezekikan
Untuk kita menjalani ibadah
Ramadhan dengan Norma Baharu
Setahun lalu
Kita bersama keluarga ber tarawikh
Kali ini kita kembali
Untuk bersama di masjid dan surau
Semoga peluang
Yang Allah berikan
Akan dimanfaat sebaiknya
Insya Allah..
Ya Allah.. Berilah istiqamah buat aku..
Berikan istiqamah buat keluargaku
Berilah istiqamah buat semua umat islam
Semoga Ramadhan kali ini terbaik buat semua
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Isnin, 8 Mac 2021
HUJAN LEBAT BEBERAPA HARI KEBELAKANGAN
Syukur Alhamdulillah..
Allah menimpakan rahmatNya
Mudah2an COVID berlalu
Atau sekurang2nya menumpang sama di dunia ini
Tanpa memudaratkan sesama makhluk Allah
Hujan lebat beberapa hari
Mencuci sama segala kekotoran
Mudah2an membawa sama virus
Yang masih bercita membinasa
Tinggalkan hanya yang sudi berkongsi alam ini
Hidup bersama dengan damai dan memanfaatkan
Tanpa gaya yang merosakkan
Tanpa mahu mengganggu keamanan manusia
Hanya memberikan sedikit kesedaran
Kepada mereka yang alpa dan lupa
Agar terus istiqamah
Menjalani kehidupan dengan penuh disiplin
Semoga kehidupan ini kembali normal
Walau dengan sedikit keterbatasan
Namun Allah lebih mengetahui
Apa jua perancangan dan ketentuanNya
Semoga COVID 19 berakhir segera Ya Allah..