Khamis, 13 Mei 2021

1 SYAWAL 1442H

Salam 1 Syawal 1442H
Tahun pertama Aidilfitriku tanpa mak dan abah
1441H tahun terakhir bersama keduanya
Walaupun dalam suasana PKP dan sempat beraya di Skype

Segala perancangan Allah tukarkan 180 darjah
"Kun Faya Kun"
Jika Allah hendak menjadikan sesuatu
Maka akan terjadilah..

Kita hambanya hanya mampu meminta dan berdoa
Selebihnya hanya Allah maha mengetahui
Segala yang baik hanya dari Nya
Hanya keredhaan dariNya dipinta

Semoga Allah cucuri rahmat
Ke atas roh mak dan abah
Aku redha dengan Ketentuan
Tempatkan mereka di syurgaMu Ya Allah..

Amiin Ya Rabbal Alamiinn..



Rabu, 5 Mei 2021

MAK PERGI 20 RAMADHAN 1442H

YA ALLAH..
AKU REDHA DENGAN KETENTUANMU
TEMPATKANLAH IBUKU DI SYURGA 
YA ALLAH..

ASBAB RAMADHAN 1442H
SEMOGA IBUKU TENANG DI SANA
BERIKAN AKU DAN ADIK-ADIK KETENANGAN
SEMOGA IBU KAMI DI TEMPATKAN 
DI SYURGA YA ALLAH..

HARI INI TELAH MEMASUKI 23 RAMADHAN
WALAUPUN SYAWAL KU RASAKAN SAYU
NAMUN DOAKU SEMOGA KEDUA IBU DAN ABAH AKU
JUGA ABANG SHAM, DAMIA DAN SEMUA UMAT ISLAM
DIBERIKAN SYURGA YA ALLAH..

AMIINN YA RABBAL ALAMIINN..

8.37 pagi
23 Ramadhan 1442 H
111 MGBS

Sabtu, 1 Mei 2021

YA ALLAH.. BERIKAN KESEMBUHAN BUAT IBUKU

Ya Allah.. 
Sembuhkan penyakit
Yang mendampingi ibu kami
Semoga amal kebaikan kami anak-anak
Menjadi asbab kesembuhan buat ibu kami

Menghampiri 10 malam berakhir
Ramadhan tahun ini
Hanya kesembuhan ibu kami
Perkara penting kami pohon
Ya Allah..

Perkenankan doa kami
Anak-anak Siti Halijah binti Din
Amiin Ya Rabbal Alamiinn..

Selasa, 27 April 2021

16 RAMADHAN - TERASA PANTAS MASA YANG BERLALU

Ya Allah.. 
Berikanku istiqamah
Dalam beribadah kepadamu
Dibulan mulia ini..

Berita sambung PKPB
Dan tiada peluang pulang beraya
Sungguh sayu untuk difikirkan
Tahun kedua suramnya suasana hari raya..

Lebih aku terkesan memikirkan ibuku..
Rindu anak-anak untuk bersama
Semoga Allah berikan asbab kesihatan
Buat ibuku tersayang..

Apakan daya anak2mu patuh arahan pemerintah
Walaupun emosi ibu sangat terkesan
Semoga COVID 19 lenyap segera
Untuk kami hidup harmoni dan bahagia..


Selasa, 13 April 2021

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah
Tahun 2021 Allah rezekikan
Untuk kita menjalani ibadah
Ramadhan dengan Norma Baharu

Setahun lalu 
Kita bersama keluarga ber tarawikh
Kali ini kita kembali
Untuk bersama di masjid dan surau

Semoga peluang 
Yang Allah berikan
Akan dimanfaat sebaiknya
Insya Allah..

Ya Allah.. Berilah istiqamah buat aku..
Berikan istiqamah buat keluargaku
Berilah istiqamah buat semua umat islam
Semoga Ramadhan kali ini terbaik buat semua

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Isnin, 8 Mac 2021

HUJAN LEBAT BEBERAPA HARI KEBELAKANGAN

Syukur Alhamdulillah..
Allah menimpakan rahmatNya
Mudah2an COVID berlalu
Atau sekurang2nya menumpang sama di dunia ini
Tanpa memudaratkan sesama makhluk Allah

Hujan lebat beberapa hari
Mencuci sama segala kekotoran
Mudah2an membawa sama virus
Yang masih bercita membinasa

Tinggalkan hanya yang sudi berkongsi alam ini
Hidup bersama dengan damai dan memanfaatkan
Tanpa gaya yang merosakkan
Tanpa mahu mengganggu keamanan manusia

Hanya memberikan sedikit kesedaran
Kepada mereka yang alpa dan lupa
Agar terus istiqamah
Menjalani kehidupan dengan penuh disiplin

Semoga kehidupan ini kembali normal
Walau dengan sedikit keterbatasan
Namun Allah lebih mengetahui
Apa jua perancangan dan ketentuanNya

Semoga COVID 19 berakhir segera Ya Allah..

Khamis, 25 Februari 2021

23 FEBRUARI 2021 - GENAP 100 HARI ARWAH ABAH KE RAHMATULLAH

Ya Allah..
Cucurilah rahmat ke atas roh abahku
Pelihara abahku di sana
Angkatlah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya

Aku dididik dengan disiplin dan prinsip yang sangat kuat
Sikap abah sangat pantang dengan hal syubhah
Jauhi hak orang lain
Apatah lagi dengan hal halal dan haram

Kini abah telah tiada
Meninggalkan prinsip yang menebal
Mengalir bersama darah aku yang mewarisi
Semoga Allah limpahi rahmat ke atas roh abah
Semoga Allah tempatkan abah di syurga

Amiinn Ya Rabb Al Alaminn.. 



Ahad, 31 Januari 2021

SEBULAN SUDAH DI TAHUN 2021

Assalamualaikum
Semakin kurang aku menulis
Dalam blog aku sendiri
Mungkin dengan kesibukan
Dengan hal keluarga

Situasi COVID 19 masih tidak reda
Malahan bilangan kes semakin meningkat 
Dan terus meningkat 
Sehingga ke angka 5725 pada hari ini

Pagi tadi aku terkejut 
MUET Izzul jam 8 pg
7.45 perlu berada di Kolej Poli-Tech MARA KL
Jam 7 pg aku terus bergegas
Alhamdulillah.. Allah permudahkan perjalanan kami

Ya Allah..
Redakanlah situasi COVID 19 di negara ini khususnya
Juga di seluruh dunia amnya
Semoga urusan dunia kembali 
Walaupun dengan normal baharu
Dan corak kehidupan berbeza..

Semoga Malaysia terpelihara Ya Allah..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..




Jumaat, 1 Januari 2021

Selamat Tahun Baharu 2021

Selamat datang 2021
Semoga tahun baharu ini
Lebih diberkati Allah swt
Semoga lebih baik dari sebelumnya

Aku bersama keluarga
Pulang ke kampung
Untuk bersama mak 
Untuk seminggu di hujung 2020
Seterusnya menyambut 2021 




Khamis, 31 Disember 2020

2020 Yang Penuh Kisah Bakal Berlabuh

Tahun penuh kisah suka dan duka
Semoga Allah merahmati
Segala-galanya yang berlaku
Sepanjang tahun 2020

2020 diwarnai kisah COVID 19
Bermula dengan azam awal 2020
Momentum kerja juga berjalan seperti biasa
Namun 18 Mac 2020 segalanya bermula

PKP PKPB PKPD PKPP
Task hal ISO aku agak kritikal pada 2020
Beberapa kali tertunda
Namun aku gagahi menempuhnya

Hal terpenting adalah kesihatan abah
Namun tahun 2020 meninggalkan 
Sejarah terpahat yang menjadi kenangan abadi buatku
Abah kembali ke rahmatullah tanggal 15 November

Semoga arwah abah dicucuri rahmat
Semoga kebaikan abah diangkat
Semoga Allah pelihara roh abah di sana
Tempatkanlah abahku di syurgamu Ya Allah..

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

Rabu, 18 November 2020

ABAH.. MAAFKAN KAMI.. YA ALLAH.. ANGKATLAH ABAHKU KE SYURGAMU DENGAN KEBAIKAN DIRINYA

Assalamualaikum.

Saudara-mara, Sahabat-sahabat yang mengenali ayahanda SHAFIE BIN ABDUL FATTAH.
Dukacita abah saya telah meninggal dunia sebentar tadi di Wad C5 Hospital Taiping.
Mohon doakan dipermudahkan semuanya dan ditempatkan roh ayahanda dikalangan penghuni syurga.

Mohon kiranya dimaafkan akan segala salah silap dan halalkan makan minum arwah. Mohon juga untuk hubungi kami sekiranya mempunyai hal berbangkit. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua...

15 Nov. 2020, 11.36 malam... Banyak peristiwa sepanjang aku tidak menulis di blog ini Namun.. segalanya telah ditentukan Allah swt
Mak dan adik-adik banyak memainkan tanggungjawab sepanjang perubahan abah hinggalah kembalinya abah ke rahmatullah pada jam 10.18 malam, 15.11.2020.

25 April 2018 : Kali pertama adikku CT membuka grup WA 'A-M-A' khusus untuk kami adik beradik berbincang hal peribadi keluarga

20 Mei 2019 : Tahun pertama abah tidak mampu berpuasa

11 Jun 2019 : Aku luahkan rasa terkilan dengan situasi kami. Namun aku juga faham ada perkara lain yang mereka fikirkan..

Sikap abah sudah mulai berubah dan mahupun perhatian kami.

13 Jun 2019 : Adikku Yan kesan luka pada belakang abah. Andaian kami mungkin kesan dari suntikan di hospital 9 Jun baru-baru ini.

15 Jun 2019 : Laporan dari adikku Aat:
9.00 am, Hantar abah Hospital P. Buntar 915 am, Check gula/bp. Gula 18.5; Bp 135/68 1000 am, X ray. Tak significant, tiada patah, retak. tak perlu follow up 1030 am, Check keadaan belakang. Dr bgtau perlu operate utk buang kulit/isi mati yg boleh menyebabkan jangkitan kuman ( kena hantar Taiping ). Tapi risiko tinggi sebab perlu bius. Kalau organ tak support (jantung dsb) boleh menyebabkan akibat yg lebih buruk. Perlu juga tanya abah Dr bgtau keputusan adalah di tangan pesakit. So ambik keputusan untuk warded dulu, cuci luka dan kawasan belakang abah tu. 11.00 am, Ambik darah untuk rekod bagi rawatan seterusnya. 12.00, Dr akan call untuk warded.
15.38, abah masuk wad katil 7.

16 Jun 2019 10.53 pg : Abah kena transfer ke Hospital Taiping. Masuk wad 18 dulu. Patut kena puasa tapi abah lupa dan makan roti.

16-17 Jun 2019 : Adik aku Heri ambil cuti untuk jaga abah di Hospital Taiping.

18 Jun 2019 : Abah discharge Hospital Taiping.

21 Jun 2019 : Perancangan collection untuk duit rawatan abah.

29 Jun 2019 : Aat maklumkan, abah perlu ke klinik untuk follow up luka setiap 2 hari. Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa.

8 Julai 2019 : CT bawa abah appoinment di Hospital Taiping. Dr maklumkan luka dah cantik. Next appoinment di Klinik BS 19.8.2019, 2ptg.

15 Sept. 2019 : Yan bawa mak buat rawatan.

16 Feb. 2020 : Mak dah 2 minggu demam.

25 Feb. 2020 : Result CT Scan abah. Perubahan banyak akan berlaku pada abah. Mudah2an segalanya dipermudahkan.

27 Feb. 2020 : Appointment mak di Hospital Taiping.

15 Mac 2020 : Mak dan Khalil jaga abah di Hospital Taiping.

16 Mac 2020 : Abah operation.

17 Mac 2020 : Siti bawa abah keluar Hospital. Nurse dah bebai sebab abah marah2 katanya.

18 Mac 2020 : Aat masih tak sihat.

16 Jun 2020 : Siti bgtau abah masih tak berani berdiri selepas operation. Selalu akan perlahan2 mengesot.
..............................

Mulai saat itu, perubahan sangat ketara pada abah.
Asbab untuk kami lebih memberikan masa buat mak dan abah
Abah pada hikmahnya memikirkan situasi umum terutamanya mak..
Perhatian yang diperlukan dari anak-anak secara tak langsung adalah untuk mak..
Walau realitinya seolah2 abah secara fizikalnya sedang beransur lemah dan perlukan perhatian kami..

Ya Allah permudahkan urusan kami semua.

......................................................................... Setakat ini sahaja aku boleh 'recall'. Aku dah terdelete apps WA. History tak sempat simpan...


(8.29 malam, 27 Okt. 2020 - Saat menunggu abah di Hosp. Pt. Buntar)



Rabu, 14 Oktober 2020

YA ALLAH.. PERMUDAHKANLAH URUSAN KU

Sekian lama tidak menulis
Saat ini aku berada di Wad 11D
Demi mengusahakan sesuatu
Buat kebaikan masa depan anakku Iman

Aku hanya bergantung kepadaMu Ya Allah
Hanya Kau maha mengetahui
Akan hajat hambaMu ini Ya Allah..
Permudahkan urusanku Ya Allah..
Sesungguhnya Kau Maha mengasihi

Ya Allah.. Kau berikan kekuatan
Buat anakku Iman Ya Allah..
Insan istimewa dalam hidupku ini..
Amiin.. Ya Rabbal Alamin..



Isnin, 31 Ogos 2020

SELAMAT HARI MERDEKA KE 63 TAHUN MALAYSIAKU

3 Hari lepas
Aku dan rakan-rakan
Bersama-sama menjayakan
Persembahan sempena kemerdekaan

Suasana meriah
Dan seperti dijangkakan
Mendapat tempat pertama dari belakang
Namun aku tidak tertekan
Kerana usaha kami memang setakat itu

Hari ini 
31 Ogos 2020
Genap 63 tahun
Semenjak Merdeka pada 1957

Sederhana..
Namun sana-sini
Pelbagai reaksi rakyat Malaysia
Menyambut dengan citarasa tersendiri

Aku hanya bersama jiran-jiran
Memenuhi jemputan kenduri bertunang
Selain bersama jiran terdekat
Memenuhi jemputan ber BBQ

Izzul hanya pulang seketika
Namun baby pasrah
Dengan peraturan asrama
Tanpa dapat bersama keluarga
Disaat rakan lain dengan situasi berbeza

Ini lah pengertian pengorbanan
Selain tuntutan Hijrah 1442
Supaya kita bersedia
Dalam menghadapi cabaran alaf ini

Semoga Allah melindungi kami
Dan keluarga kami

Amiin.. Ya Rabbal Alamin..

Rabu, 19 Ogos 2020

Salam 1442 Hijriah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, 
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad 
berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-
lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu 
Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang 
sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada 
tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-
konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon 
kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang 
mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-
Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami 
kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan 
kemuliaan. 

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad 
berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala 
pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

1441H Bakal Melabuh Tirainya

Beberapa jam menjelang 
Tahun baharu islam
Ku doakan kesihatan
Buat yang terutamanya ibuku

Ibuku menerima rawatan matanya
Setelah sekian lama
Berulang mendapatkan tarikh
Yang benar2 sesuai
Alhamdulillah.. Semoga ibuku dipermudahkan..

…...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, 
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad 
berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari 
perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum 
bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya 
dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak 
melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami 
sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi 
kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami 
menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka 
ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan 
sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau 
redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala 
kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, 
Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan 
kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang 
telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan 
harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad 
berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala 
pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amiin.