Ahad, 24 Mei 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI YANG PENUH ERTI

Pertama kali dalam sejarah..
Ya mungkin bukan kita sahaja
Semua orang merasakan yang sama
Mungkin lah beberapa orang yang tidak

Pagi ini kita akan menunaikan
Solat sunat aidilfitri
Hikmahnya pkpb kita bersama sekeluarga
Walau pun ada yang berseorangan

Namun semuanya perancangan Allah
Tugas kita sebagai hambanya
Bersyukur dengan apa yang ada
Jika kita sedih.. Ada yang lain lebih sedih

https://www.facebook.com/SINARdotmy/videos/1108449099523110/?sfnsn=mo&d=n&vh=e

Jumaat, 22 Mei 2020

TARAWIH DI MALAM AKHIR RAMADHAN 1441H

Ramadhan kali ini
Bakal meninggalkan kita
Dengan 1001 kisah
Yang akan dikenang selamanya

Bermula diawal Jumaat
Berakhir juga diakhir Jumaat
1441 tahun hijriah
2020 tahun masehi

Segala macam dugaan
Segala macam perasaan
Allah maha merancang
Ada hikmat tersirat disebalik semua ini

Abah masuk hospital 14 Mac
Aku berhasrat pulang melawat
Selepas temujanji Iman di HKL 18 Mac
Namun PKP juga bermula pada 18 Mac

Di luar sana rata-rata mula menggelabah
Balai Polis juga ramai yang berkumpul
Aku sendiri dalam dilema
Semoga tindakan yang aku buat adalah yang terbaik

PKP1 tamat 31 Mac bersambung ke PKP2 mulai 1 April
Begitu juga bersmbung ke PKP3 mulai15 April
Dan seterusnya PKP 4 atau PKPB mulai 29 April hingga 12 Mei
PKPB juga bersambung lagi sehingga 9 Jun 2020

Aku mulai masuki pejabat seawal 14 Mei
Setelah 57 hari berkurung
Tiada alasan untuk WFH
Dan aku lebih rela sepenuhnya di pejabat
Dan berikan peluang rakan lain untuk WFH..
Mereka lebih layak dan mempunyai masalah tersendiri

Ramadhan yang bermula dalam tempoh PKP3
Dan kini akan berakhir dalam PKPB
Apa yang dirasakan mustahil pada mulanya
Akhirnya ditempuh dengan iman didada
Dan kepatuhan kepada arahan ulul amri

Novel Coronavirus, COVID 19
Membawa kepada Normal baharu
Semoga Ramadhan yang bakal berakhir
Akan pergi bersama virus corona

Semoga Syawal hadir dengan sejuta manfaat
Semoga apa yang berlaku menjadi azimat dalam lipatan sejarah
Mudah-mudahan Islam membuka mata semua diluar
Keangkuhan dan hawa nafsu tidak kekal
Hanya pergantungan kepada Allah..
Maha pencipta dan maha mengetahui..

(10 malam terakhir Ramadhan 1441H)

(Keadaan sesak dengan 1001 asbab)

Khamis, 14 Mei 2020

MALAM 21 RAMADHAN DI FASA PKPD

Ya Allah..
Ramadhan mulai memasuki 10 malam terakhir
Malam rahmat 1000 bulan
Semoga aku kekal istiqamah

Ya Allah..
Antara sedar antara tidak
Hari ini adalah hari ke 57
Aku kekal Work From Home

Esok aku mulai memasuki pejabat
Mudah2an semuanya terpelihara
Mudah2an kami semua 
Yang akan menempuh normal baharu
Sentiasa terpelihara dari musibah

Bagiku.. dunia untuk mencari
Bekalan disini dan disana
Akhirat jua kekal selamanya
Semoga cahaya kembali hadir
Dalam kehidupan dunia ini 
Demi akhirat yang terbaik untuk semua

(Semoga bermanfaat. Kredit kepada pemilik banner)

(Mentari Pagi Di Ufuk Timur)

Rabu, 6 Mei 2020

MENJELANG SEPARUH RAMADHAN 1441 H

Hari ini 13 Ramadhan 1441H
2 hari menjelang separuh perjalanan
Perjalanan Ramadhan yang penuh keberkatan
Ramadhan yang dikenang seumur hidupku

COVID 16 beransur pulang
Mudah2an terus pulang
Dan jika mahu terus mahu bersama kami
Hiduplah dengan harmoni
Tanpa memudaratkan sesama kita

PKP1,2,3 telah berlalu
Kini PKP 4 masuk separuh perjalanan
Mudah2an keadaan kembali terkawal
Kerana aku rindukan Ramadhan yang berbaki
Untuk kembali berjemaah di surau

Yang terpenting
Untuk pulang menziarahi mak dan abah
Aku rindu keduanya
Semoga Allah jelmakan harapan
Dalam aku menjalani Ramadhan 1441H

# hanya mampu menghayati CCTV dari PLUS app




Khamis, 23 April 2020

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ya Allah..
Syukur kepadaMu
Ramadhan bakal tiba 
Kurang 24 jam

Esok Jumaat 1 Ramadhan 1441 H


Bersamaan 24 April 2020 M
Mudah2an Allah permudahkan
Urusan kami sekeluarga 
Dalam mencari keberkatan Ramadhan


Jumaat, 17 April 2020

MUDAH-MUDAHAN VIRUS CORONA PULANG

Ya Allah..
Kurang 10 hari menjelang Ramadhan
Tahun 1441H..
Tahun 2020M..

Pelbagai andaian boleh manusia bicarakan..
Tahun yang menjadi asbab
Manusia semakin dekat padaMu..
Dan bukanlah semakin jauh dariMu.. Ya Allah..

Berikan kami menikmati bulan Ramadhan Ya Allah..
Kami rindukan Ramadhan dan tarawih berjemaah di rumahMu Ya Allah..
Semoga Kau memanggil pulang Corona itu Ya Allah..
Makhluk yang juga hambaMu sebagaimana kami Ya Allah..

Perkenankanlah rayuan hambaMu ini Ya Allah..


Khamis, 16 April 2020

PKP PERINGKAT KE-3

Genap 4 minggu
Aku dan keluarga stayAtHome
Allah maha mengetahui akan segalanya
Semoga menjadi asbab kebaikan buat semua..
Amiin Ya Rabbal Alamin..

Kredit kepada yang mencatatkan catatan ini untuk sama-sama kita bermuhasabah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kita pakukn kt sini sebagai kenangan yg x akn dilupakan...💖

COVID-19 2020 

Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Hari ini 15 April, sejarah besar dalam bidang pendidikan, telah diumumkan,

💅 Peperiksaan UPSR dibatalkan
💅 PT3 dibatalkan
💅 SPM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang. 😭

18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain"

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#copypaste
#convid19
#PKP
#dudukrumah
#takkanlupaspaibilabila
#2020
#kitajagakita🤝

Selasa, 31 Mac 2020

FASA 1 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Ya Allah.. Selamatkanlah negara ini dari wabak COVID19.
Ya Allah.. Kami begitu jua virus adalah hambamu yang mempunyai kelemahan.. Jika virus yang menjadi asbab musibah ini.. Kami merayu ianya berakhir dengan segera kerana kami jua hambamu yang rindukan Ramadhan.. 
Kami umat islam seluruh dunia rindukan bulan yang penuh keberkatan didalamnya..
Perkenankanlah rayuan hambamu ini Ya Allah..

Amiin. Ya Robbal Alamin.. 

...........
Dari fb YB Senator Datuk' Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ،

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَسْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ

Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan ‘afiah.”

Semoga dengan doa, rintihan dan munajat kita kepada-Nya, Allah SWT berkenan untuk memakbulkan permintaan kita ini.

YB Senator Datuk' Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/posts/3201944199869360

Sabtu, 21 Mac 2020

YA ALLAH.. SEMOGA HAMBAMU COVID 19 SEGERA PULANG

Ya Allah..
Segala yang baik datang dariMu..
Segala kemudaratan dari tangan kami..
Hambamu yang selalu lalai dan lemah..

Apa yang berlaku bersama asbab

Mudah2an hikmah kebaikan
Yang kau berikan bersama musibah ini..
Semoga islam semakin kuat dan dihormati..

Kebersihan sebahagian dari kehidupan

Islam menggalakkan umatnya
Sentiasa berada dalam kesucian..
Mudah2an hikmah buat diriku dan semua sahabat seagama..

COVID 19..

Hambamu Ya Allah..
Mungkin bala tenteramu Ya Allah..
Aku positif dengan apa jua ujian darimu Ya Allah..

Semoga diriku dan keluarga..

Kedua ibu dan bapaku..
Semua adik-adikku dan keluarga..
Semua abang, kakak iparku dan keluarga..
Semua sepupu, mak saudara, bapa saudaraku dan keluarga..
Semua guru-guruku dan keluarga..
Semua sahabatku dan keluarga..
Semua umat islam dan keluarga seluruh dunia..
Semoga semuanya dipelihara oleh Allah SWT..

Semoga asbab COVID 19 suatu kebaikan..

Semoga Ramadhan kami lebih diberkati..
Malaysia...
Kita bangsa mulia.. InsyaAllah.. bangsa harapan dunia..

Stay @ Home.. 18-31 Mac 2020

6.46 pm @ Home
(demi mencari bekalan buat anak dan isteri.. aku hanya memandu keseorangan.. berbekal mask dan sanitiser) 

Khamis, 5 Mac 2020

SEMOGA ALLAH ANUGERAHKAN KEJAYAAN BUAT IZZUL

Ya Allah..
Aku hambamu yang lemah..
Aku hambamu yang serba kekurangan..
Aku hambamu yang tiada upaya..

Namun.. 
Aku berdoa..
Berikanlah kejayaan buat anakku..
Dalam keputusan peperiksaan SPMnya..

Anugerahkanlah buatnya
Segala rahmat dan keberkatan buatnya
Semoga segala ilmu yang ditimba..
Semoga usahanya mendapat kejayaan..

Seterusnya..
Kejayaan baik baginya
Untuk dunia dan akhiratnya..
Kau perkenankanlah doa hambamu ini..

Ya Allah.. Ya Robbal Alamin..

Sabtu, 18 Januari 2020

KURANG 24 SEBELUM PULANG

Orang di sini sangat simple
Sehinggakan penutup program
Berlaku tanpa disedari
Dengan kata lain.. Tanpa keraian sebagaimana kebiasaan..

Namun..
Inilah budaya orang sini..
Adakalanya.. Baik untuk diikuti..
Straight forward..

Kami pula..
Pelbagai ragam..
Chemistry tidak cukup..
Namun..
Dapat aku rasakan.. 
Sifat dan naluri manusia adalah sama sahaja..
Walau dari mana asal usulnya..

Oleh itu..
Jadilah kita sebagaimana kita..
Tidak perlu diikutkan orang lain..
Kerana.. Kita semua adalah Hambanya..

(aku semak dan aku yakin.. InsyaAllah..)

(Ikon yang sinonim dengan tugas rasmi aku..)

(permandangan dan susunatur binaan yang hampir sama di negara eropah)

(kaki lima aku berulang alik mencari arah tuju. satu malam aku mengulangi peristiwa di Daejeon)

Rabu, 15 Januari 2020

HARI PERTENGAHAN DI NEGARA ORANG

Alhamdulillah..
Allah berikanku peluang
Untuk mengalami cuaca sejuk
Di negara orang..

Walaupun sebenarnya
Orang di sini tidak menggemarinya
Aku hanya sekadar merasai
Apa yang mereka alami seharian..

Bak pepatah berkata
Hujan emas di negara orang
Hujan batu di negara sendiri
Baik lagi di negara sendiri..

Mudah2an tugasan aku di sini
Dipermudahkan..
Semoga aku sentiasa istiqamah..
Dalam mencari suatu kebaikan..

Ya Allah.. Permudahkan urusanku..
Lapangkan dadaku..
Leraikan simpulan lidahku..
Semoga aku berjaya.. Di dunia.. Dan akhirat..

InsyaAllah..
6.26 pg.

(Langit Brussels diawal pagi.. Perjalanan berjalan kaki ke lokasi kursus)

(Simpang dari terusan menuju ke kelas)

(signboard dari jalan utama menuju lokasi)  

(Lokasi menunggu bas untuk ke kelas)

(Lewat petang di lokasi untuk pulang)


Ahad, 12 Januari 2020

YA ALLAH... LINDUNGIKU DALAM PERJALANAN INI

1.30 pagi
Semoga perjalanan ini dipermudahkan
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt...
Ya Allah.. Berkatilah penerbangan ini
Jauhkan kami dari sesuatu bahaya..
Semoga aku selamat pergi..
Dan selamat kembali..
Amiinn Ya Allah..

(menunggu penerbangan Dubai ke Brussels.. ribut semasa landing.. semoga Allah pelihara kami)

(negaraku mulai senja.. aku yang sedang menongkah arus..)

 
(dikala negara timur tengah sedang kehangatan.. penerbangan dengan penuh tawakkal)


(tiket train ke lokasi penginapan untuk seminggu disini)

Sabtu, 11 Januari 2020

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN PERJALANAN INI

Kurang 24 jam 
Sebelum aku memulakan perjalanan ini
Semoga Allah ilhamkanku
Sesuatu yang memangkinkan azam 2020 ini..

Lebih dari setahun
Aku tidak terbang ke langit biru
InsyaAllah..
Allah beriku peluang diawal 2020 ini.. 

Ya Allah..
Kepadamu aku berserah..
Peliharalah perjalananku ini..
Semoga aku sentiasa dibawah perlindunganmu..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Rabu, 1 Januari 2020

SALAM 2020 M

Salam 2020
Salam tahun baharu masehi
Salam dan selamat buat semua
Salam penuh keazaman untuk peningkatan diri..

Alhamdulillah..
Allah berikan peluang
Untuk terus bernafas
Hingga ke abad ini..

Harapan dengan doa
Mudah-mudahan Allah masih..
Dan masih melihat akan diriku ini
Yang banyak kekurangan..

Semoga tahun 2020 ini
Niat dan azamku
Akan ku laksanakan
Dengan rahmat Allah SWT

Amiin...