Selasa, 5 Jun 2018

MEMASUKI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Ya Allah Ya Tuhanku
Pantas sungguh masa berlalu
Hari ini genap 20 Ramadhan 1439H
Bermakna peluang pahala berganda hanya berbaki 10 hari

Terasa sayu yang amat
Dalam menjalani detik akhir Ramadhan
Semoga amalanku kali ini
Diterima Allah SWT

Perasaan ini bercampur rasa
Beberapa hari dalam menanti penerbangan pulang
Rindu aku pada Iman amat terasa
Mudah-mudahan Allah pelihara perjalanan ini

InsyaAllah kepulangan ke kampung kali ini
Akan ku manfaatkan sebaiknya
Bertemu mak, abah dan adik-adik
Semoga Aidilfitri menjelang diberkati

Amiinn..

Selasa, 29 Mei 2018

DEMI TUGAS DI MALAM KE 13 RAMADHAN

Bersama rakan sekerja
Memenuhi jemputan ber'sungkey'
Seterusnya isyak dan tarawih
Sebelum bersedia memulakan tugas

Malam ini kami ber-6
Mengharungi cuaca yang tidak menentu
Hujan lebat dan kerap
Sesekali reda dan hujan kembali

Mudah2an Allah muliakan
Tugas aku ini
Demi mencari rezeki
Yang halal dan diberkati

Isnin, 21 Mei 2018

SALAM RAMADHAN 1439H

Ketika kemaskini blog ini
Aku sedang menunggu sahabat
Seusai tarawih malam ke-6
Terasa pantas masa berlalu

Aku sempat pulang
Untuk sahor hari pertama puasa
Cuma kali ini berada di awan
Ketika tarawih malam pertama

Rezeki bersama keluarga
Izzul dan baby juga pulang
Bersahor sabtu dan ahad
Berbuka jumaat dan sabtu

Ahad, aku menghantar keduanya
Aku juga pulang untuk bertugas
Pertama kali berbuka puasa
Jam 7.02 malam di awan senja

Ketika pesawat melintasi Lautan China Selatan
Alhamdulillah.. majoriti bersama berbuka
Asbab Allah memelihara hambanya
Yang bertaqwa.. insyaAllah..




Khamis, 10 Mei 2018

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB - MUDAH2AN MALAYSIA LEBIH MAJU JAYA

Pulang untuk bersama masyarakat marhaen
Menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
Dan yang lebih penting untuk memilih pemimpin
Yang melaksanakan tanggungjawab berlandaskan Islam

Sekitar jam 8.15 pagi bawa Su dahulu
Memilih atas pandangan sendiri
Selesai sekitar 30 minit
Meneruskan perjalanan untukku pula

11.30 pagi tiba di lokasi
Sempat bertemu jiran lama di sini
2 jam beratur demi tanggungjawab bersama masyarakat di sini
Selesai sekitar jam 1.45 ptg

Malaysia sekitar jam 4.00 pagi, 10 Mei 2018
Menyaksikan seorang pemimpin
Yang 15 tahun dahulu meninggalkan politik
Kini kembali demi masa depan anak cucu

Semoga Allah pelihara segalanya
Peristiwa yang hadir dengan asbab
Malaysia yang baik ke hadapan
Khususnya Islam lebih diberkati

Pola rakyat Malaysia kini..
Bakal berubah..

Amiinn..


Jumaat, 4 Mei 2018

BERIKANKU KEKUATAN ROHANI DAN JASMANI YA ALLAH

Semalam aku di KK
Di sini, tiba2 fikiran aku berubah untuk pulang
Menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat
Juga kepada keluarga

Sebelum ini, sebelum ke KK
Aku hanya redha 
Tidak dapat untuk pulang menunaikan 
Tanggungjawab memilih di PRU14

Kekangan masa..
Juga memerlukan modal yang banyak
Namun bagiku rezeki hanya dari Allah
Aku perlu keluarkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..

Mudah2an Allah permudahkan urusanku
Semoga Allah beriku kemudahan
Semoga Allah murahkan rezekiku
Mudah2an Allah pelihara perjalananku

Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..

Selasa, 24 April 2018

PULANG UNTUK TEMUJANJI IMAN

Kali ini aku pulang dengan saku sendiri
Dengan tambang murah AA
Aku beli sejak beberapa bulan lalu
Diskaun 20% ketika itu


Namun kelekaan menyebabkan tab aku tertinggal
Perjalanan awal pagi sabtu
Namun aku bersyukur..
Perjalananku terpelihara tanpa tab di tangan


Aku bercuti untuk 4 hari ini
Niat demi kesihatan Iman
Mudah-mudahan Allah pelihara Iman
Semoga Iman menjadi insan berjasa suatu hari nanti..


Buat rakan-rakan
Yang juga istimewa sepertinya
Amiinn..
Ya Rabbal Alamiinn..


Landing KLIA2 jam 11.45 pagi
Namun aku hanya ingin explore
Menggunakan kenderaan awam hingga ke rumah
Alhamdulillah.. hampir zohor aku tiba


Berehat seharian sebelum ziarah Aina, Izzul
Dan hantar baby ke Asrama
Isnin dan esok adalah program utama
Sebelum aku pulang untuk kembali bertugas
InsyaAllah..


Semoga Allah pelihara perjalanan ini
Semoga Allah beriku kekuatan menempuh segala onak
Demi masa depan keluarga
Semoga aku terus diberikan kesihatan dan kemudahan..


Amiinn.. Ya Allah..

Rabu, 18 April 2018

SELESAIKAN TUGAS DAN PELUANG ZIARAH ARWAH SAHABAT

Aku pulang sebaik selesai tugasan di KCH
Sabtu ziarah baby
Ahad program dengan Aina
Seterusnya hantar Izzul dan singgah hantar baju baby

2 hari aku bersama team audit
Alhamdulillah selesai juga
Walaupun jam 3 pagi
Baru aku rasa lapang untuk shut down komputer

Awal pagi aku hanya perasan mesej di telefon
Innalillahhiwainaillahhirojiun...
Tn. Hj. Baha meninggal jam 3 pagi
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman

Sempat ziarah jenazah arwah di SAF
Tidak berpeluang bersama di kubur
Rezeki aku pulang kali ini
Kali akhir bersama insan yang bersemangat tinggi
Semoga Allah tempatkan rohnya dikalangan orang beriman


Amiinn Ya Rabbal Alamin..




Khamis, 12 April 2018

EXPLORE PAN BORNEO HIGHWAY

Mungkin rezeki aku untuk memandu
Sepanjang jajaran lebuhraya
Yang dalam pembinaan
Bermula jam 8.00 pagi hingga hampir 7.00 mlm

Tugas rasmi selama 1 minggu mulai 9hb
Dan esok aku kembali memandu
Untuk pulang ke pejabat
Mudah2an Allah pelihara perjalananku

Seterusnya.. rezeki aku pulang
Bersama keluarga pada hujung minggu ini
InshaAllah..






Khamis, 29 Mac 2018

ISO DAN MISI PAKAR DI PUTRAJAYA

Bulan mac yang agak sibuk
Bermula dengan tugasan rasmi 
Di SDK dan KK
Seterusnya aku transit sebentar

Meneruskan perjalanan ke KLIA
Alhamdulillah..

Hotel lama ditengah Putrajaya dengan nama yang baru
Mungkin tiada masalah bagi aku yang tahu...
Cuma bagi yang tidak tahu...
Memang agak keliru dengan papan tanda

Malam ini aku sendirian meluangkan masa di luar
Melihat keindahan sekitar Masjid Putra
Menjelang hari terakhir bagi misi kali ini
Juga peluang bersama rakan2 dan pensyarah yang sangat komited.

Selepas esok aku akan bersama keluarga
Menjalani aktiviti rutin tatkala bersama
Mudah2an Allah murahkan rezekiku sebegini lagi
Peluang keemasan yang hadir dengan rezeki dariNya

Akhir sekali
Aku mendoakan kesejahteraan buat Tn. Mohd Yasin Hj. Sudin
Sahabat yang pulang menemui Allah pada tanggal 26 Mac
Rezeki melihat dan bertemu arwah walaupun hanya jasadnya

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan para solehin
Semoga jasa dan bakti arwah ketika hayat menjadi asbab syurga baginya.. AMIN YA RABBAL ALAMIN..




Ahad, 11 Mac 2018

MASA BERHARGA BERSAMA KELUARGA

Khamis, hadir ke Everly Putrajaya
Selesai majlis Apresiasi, aku singgah JPN
Gantikan IC yang sudah patah
Selesai segera jam 4.00 ptg

Jumaat bersama dalam program taklimat JPS
Bergegas ambil baby dan kembali ke pejabat
Awal Sabtu aku bersama Su, Baby dan Iman
Ke Majlis Anugerah UPSR 2017

Selesai majlis berehat di rumah
Sebelum menghantar sebelum asar
Singgah jumpa Izzul di asrama
Terus pulang dan singgah di Medan Surau

Ahad, gerak seawal 9.00 pg
Singgah breakfast buffet RM5
Terus ke asrama Aina jam 10.30 pg
Bawa ke Giant dan return ke asrama

Terus balik segera berjumpa baby
Singgah pula jumpa Izzul
Sampai rumah jam 2.00 ptg
Teksi jam 2.35 ptg ke KLIA

4.17 pm KLIA

Rabu, 7 Mac 2018

APC SELEPAS 12 TAHUN - ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah
Peluang pulang untuk APC
Juga meraikan kecemerlangan Baby
Mudah-mudahan Allah pelihara perjalanan ini
Amiinn..

Majlis anugerah bagiku hanya asbab
Yang lebih utama aku dapat bersama keluarga
Mulai jumaat, aku hadir ke sekolah baby
Untuk membawanya ke Majlis Anugerah UPSR 2017

Jumaat, 2 Mac 2018

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR

Seawal bulan Feb. aku mendapat peluang
Pulang bersama keluarga sambil 'refresh' otak
2 Minggu bersama pakar-pakar
Dan rakan sepejuangan dari pelbagai agensi

Selain mengasah semula otak dengan perkara baru
Dapat juga 'recall' ilmu sedia ada
Perkara baru sebenarnya dan sepatutnya menjadi kepakaranku
Namun rutinku telah bertukar sejak 2004

Alhamdulillah
Ilmu yang aku dapat di sini
Selama 2 minggu yang sangat bermanfaat
Mudah2an menjadi asbab yang baik

Khamis, 15 Februari 2018

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SETIAP PERKARA DALAM KEHIDUPANKU DAN KELUARGA

Banyak perkara yang berlaku
Dalam masa seminggu ini
Kadang-kadang sesuatu peluang terbaik
Yang aku sendiri tidak menjangkakannya

Pertamanya,
Tiket flight pulang bulan April
Dan untuk beraya Jun ini
Telah aku dapatkan

Walaupun dengan harga yang berbeza
Namun apa yang lebih penting
Aku berjaya membuat keputusan
Tanpa perlu lagi menoleh kebelakang

Keduanya,
Rezeki untuk aku pulang
Dengan tiket rasmi yang ditanggung
Dan yang lebih penting dapat bersama keluarga
Semasa cuti tahun baharu cina ini

Aku seterusnya mengharapkan
Rezeki sebegini Allah berikan pada bulan mendatang
Sekurang-kurangnya
Dapat aku bersama 'Iman' yang sangat istimewa buatku

Ya Allah..
Berkatilah kerjayaku
Semoga kehidupan aku dan keluarga
Sentiasa mendapat perlindungan dan kerahmatanmu

Aminn.. Ya Rabbal Alamin...

Khamis, 8 Februari 2018

SERIBU CERITA

Aku memulakan tugasan demi mencari nafkah
Berbeza dengan di ibupejabat
Di sini aku memerlukan lebih perjalanan
Namun bagiku lumrah dalam kehidupan

Jauh Perjalanan,, Luas Pandangan.. Luas juga Pengetahuan..

Mungkin kali terakhir aku menjalani rutin sebegini sekitar 7-8 tahun lepas
Kali ini..
Di sinilah tempatku menjunjung amanah
Di mana bumi dipijak.. Di situ jua langit di junjung..

Alhamdulillah
Allah memudahkan urusanku
Mudah2an menjadi pedoman
Sepanjang perjalanan di sini

Insha'Allah..

Ahad, 4 Februari 2018

SEMINGGU TERASA PANTAS BERLALU

Sempat aku merungkai kekusutan
Hal kereta wira legend aku
Dan 2 kali melawat baby, Izzul
Sekali melawat Aina

Juga luangkan lebih masa
Dengan adik di rumah
Sedikit masa mengemas bilik
Walau ada lagi belum tercapai

Pagi ini aku tak nyenyak tidur
Buka web klia2
Explore.. mudah2an
Perjalanan aku dipermudahkan

Alhamdulillah
Sempat bersama En Nazri
Walaupun hanya untuk beberapa minit
Membawa aku bersama myprihatin 

Mudah2an ianya satu asbab
Untuk aku terus membuat kebajikan
Walaupun di perantauan
InsyaAllah.. kesedaran buat diri ini

Ya Allah
Permudahkan perjalananku
Amiinn Ya Rabbal alamin..

0552 
STAY EXCITED
STAY TUNED