Ahad, 2 Oktober 2016

1 Muharram 1438H di Manila, Filipina

Copy dari diari Tab

.. Pagi sabtu, 1 Okt. sarapan gerai Char Kuey Tiow dgn family.
Hj Zainal pun singgah sama.
Su masuk kelas ngaji 10.30 sampai 12.15.
Cari bahan dgn Su di Tesco untuk 1 minggu.
Samer alone juga shopping.

Balik rumah dah dekat jam 3ptg.
Packing untuk 1 minggu di Manila.
Lepas asar, 5.00ptg. Shahrul dtg dgn family.

Gerak ke KLIA2 jam 5.30ptg.
Singgah Mitsui Outlets. Mahal2 belaka.
Gerak terus KLIA2. Check in beg siap2.
Solat maghrib dulu.
KFC KLIA2. Boleh tahan..
Selesai, aku terus kena rushing for boarding.
8.35mlm aku baru nak gerak masuk lepas pintu pertama boarding check.
Lalu 2 kali x-ray.  Tak sempat nak pakai balik belt. Rasanya aku kena cepat sikit.
Sampai gate Q3 nampak macam aku shj lagi yg belum boarding.
Ngam2 ada 2-3 minit lagi sebelum 8.55mlm.
Alhamdulillah, rezeki aku. Allah permudahkan.

Time sekarang 20.22 mlm.
Selamat menyambut tahun baru 1438H.
Hijrah Malaysia ke Manila untuk mencari ilmu.. seminggu shj..
InshaAllah.. semoga Allah memberi perlindungan sepanjang aku disana. Aminn..

Airport Officer tunggu aku sebaik masuk ruang airport.
Alhamdulillah pergerakan aku jadi lebih mudah.
Rasa bagaikan duta pulak dapat layanan yg baik.
Berlegar2 di level 3 NAIA.
Lepak di satu sudut kedai makan yg gelap.
Jam 4.30 solat subuh.
5.45 aku walkabout, dptkan feel sebelum next week.
At least aku dah boleh plan dan timing untuk balik KL next week.
Ngam2 keluar ke level 1, jumpa PNRI officer.
Alhamdulillah. Allah menentukan dan mempermudahkan aku.
Aku sendiri tak plan. Officer tu pun baru shj dtg terus aku jumpa.
Alhamdulillah..
Teksi ke Hotel kena p250. Ok la tu. Kalau ikut organiser fee dlm p700.
Relak dalam bilik shj.
Tidur 9pg sampai 2ptg. Letih semalaman berjaga.

Salam Maal Hijrah dan Selamat tahun baru 1438H.

4.05ptg.
MANILA, PHILIPPINES



Rabu, 7 September 2016

SEMOGA AKU ISTIQAMAH DALAM BERIADAH

Hari ke -3 aku bersama-sama Kamil, Jai, Hanif (baru start hari ini) berjogging sekitar pejabat
Merasai suasana kg sambil berlari dan berjalan
Walaupun kami lebih banyak berjalan, namun insyaAllah demi suatu kebaikan...
Terasa aku seolah berada di kg halaman ku di Kedah..

Berjogging sambal menikmati keindahan tasik dan kediaman kg.
Sambil melintasi penduduk yang sibuk dengan aktiviti masing2.
Ada berkebun, ada santai dihalaman, ada memancing, ada bermain
Aktiviti yang menceritakan segalanya tentang manusia terutamanya tentang bangsaku sendiri di kg..

Saat menitip blog ini aku sedang dalam kenderaan
Menunggu Aina pulang dari tuisyen
Memang menjadi rutin aku sepanjang 2016 ini
Semoga Allah berikan rezeki buat Aina

Semoga Aina brjaya mngejar cita2nya
InsyaAllah..

Jumaat, 2 September 2016

MUSIM TENGKUJUH SUDAH BERMULA

Memasuki bulan September 2016
Allah menyerlahkan kekuasaanNya dengan hukum alam
Semalam sepetang hinggakan malam hujan dan angin kuat
Sepanjang perjalanan pulang mengharungi cuaca yang berbeza

Di sudut lain pula aku sedang menghadapi situasi sepi
Sepi tanpa maklumat yang selalu berlegar di paparan telefon
Sudah 2 hari software WA sudah tiada dari HP dan masih tidak berjaya untuk install semula
Mungkin ada yang rasakan aku sedang mencari ketenangan.. Tidak respon kepada mesej WA

Sekurang-kurangnya aku berjaya kembali ke sekitar tahun 90an
Hanya bergantung kepada mesej dan panggilan

Hari ini Jumaat. Penghulu segala hari.
Aktiviti sedang menunggu pada hujung minggu ini
InsyaAllah.. semoga segalanya berjalan lancar dan mendapat redha Allah.. 

Isnin, 29 Ogos 2016

SUKARNYA AKU BERLAKU ADIL DENGAN MASA

Mungkin pepetah ada berkata, manusia hanya ada 2 tangan..
Ataupun.. sambal menyelam, minum air..
Maksudnya bagi aku,
Manusia macam aku hanya dibatasi oleh 2 kerja dalam sesuatu masa
Hanya 2 perkara tersebut dapat kita berikan tumpuan sepenuhnya
Namun jika kita cuba untuk lakukan perkara ke-3 pada masa yang sama
Mungkin kualitinya sudah tiada..

Mungkin juga ada manusia yang diberikan keistimewaan..
Melakukan lebih dari 2 perkara dalam satu masa..
Walaupun ada 2 tangan namun berkebolehan menggunakan kaki..
Atau berupaya hanya menggunakan suara untuk perkara ke-3..
Begitu juga sambal menyelam, minum air, sambal tangan menangkap ikan..

Apa yang penting disini..
Kebijaksanaan kita dalam melakukan kerja-kerja itu..

Realiti aktiviti aku sepanjang ogos ini sibuk dengan urusan komuniti..
Disamping rutin kerja dan pengurusan keluarga..
Sedikit terbatas aktiviti kerana masalah kewangan yang terhad
Disini.. psikologi aku menurun kerana terlalu memikirkan soal kewangan
Hinggakan hubungan dengan sanak saudara aku 'abaikan' buat sementara
Itu kelemahan aku..

Alhamdulillah.. menjelang akhir ogos ini aku cuba atasi masalah sedikit demi sedikit..
Masalah berpunca dari diri sendiri..
InsyaAllah akan aku cuba imbangkan peribadi, keluarga, kerjaya, masyarakat dengan seoptima mungkin..
Biar semuanya aku peduli.. jangan 1-2 perkara sahaja aku tumpukan 100% namun perkara ke3, ke4.. aku abaikan..   

Jumaat, 5 Ogos 2016

DEMI MENYARA KELUARGA - AKU MASIH BERJAGA

Dikedinginan malam begini, aku masih berjaga
Bersama rakan2 AH, HN, MM menyusuri jalanan sekitar SA
SS26, SS15, SS16.. sekarang berehat membasahkan tekak di SS20
Jam sudah menunjukkan 2.29 pagi.
Dapat berjumpa 1 team jam 12.30 tadi.
Tiada apa yang bermasalah..
InsyaAllah pulang terus selepas dari sini.

kzdiscovery@SS20.SA.S

Khamis, 4 Ogos 2016

1 ZULKAEDAH 1437H

Alhamdulillah..
Berjaya menyelesaikan puasa hari ke-6 pada 28 Syawal
Semoga aku lebih awal bersedia jika diberikan peluang bersama Syawal 1438H
Tahun hadapan InsyaAllah..

Hari ini 1 Zulkaedah..
Musim umat islam menuju Mekah
Melaksanakan fardhu haji
Semoga Allah buka peluang buatku dan keluarga suatu masa kelak

Aku masih mengharapkan rezeki Allah
Buat kedua ibu dan bapaku
Mengikut perkiraan TH giliran pada 2022
Semoga abah dan mak diberikan kesihatan mengharungi 6 tahun lagi

YA ALLAH..
BUKAKANLAH PINTU HATI PIHAK BERKENAAN
UNTUK MELULUSKAN RAYUAN KAMI
BUAT ABAH DAN MAK KE TANAH SUCI MU

YA ALLAH..
BERIKANLAH KESIHATAN DAN KEKUATAN
KEPADA ABAH DAN MAK
DALAM MENANTIKAN GILIRAN MEREKA PADA TAHUN 2022

YA ALLAH..
KAMI REDHA DENGAN KETENTUANMU
KAMI REDHA UNTUK KAU BERIKAN PELUANG
KEPADA MEREKA YANG TERDAHULU LEBIH LAYAK

AMINN AMINN YA RABBAL ALAMIN..

Isnin, 1 Ogos 2016

PENGHUJUNG SYAWAL 1437H

Hari ini 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal
Aku masih mencari kesempatan melengkapkan puasa hari ke-6
InsyaAllah esok tekad untuk melunaskannya

Cerita Minggu Lepas
Jumaat 29 Julai, memeriahkan jamuan Aidilfitri Bhg
Paginya bersama dalam mesyuarat
Sesekali keluar untuk membantu menyediakan minuman

Alhamdulillah agak meriah program kali ini
Selesai jam 1.15 tgh, aku bergegas ke SB
Lewat untuk solat jumaat
Aku akui culas dalam pengurusan masa

Ambil Izzul. Harith juga bersama dibawa pulang
Lewat untuk tiba dan membawa pula Aina untuk pendaftaran program kemnya
Hampir 3.30 ptg tiba ke sekolah
Moga tiada kesulitan baginya atas kesilapan aku

Malamnya aku dan Su agak keletihan
Menyiapkan juadah Laksam, Rendang, mee rebus untuk hidangan esok
Jam 3.00 pagi masih mengisar bahan mentah
Dapat tidur hampir jam 4.30 pagi

Awal pagi, abg Li tiba bersama kak Keti
Singgah sebelum hantar ke airport
Mira juga tiba seawal pagi
Mudah-mudahan bantuan mereka mendapat balasan kebaikan dari Allah SWT

Sehingga lewat malam melayan tetamu
Kebanyakan kenalan dan keluarga Su
Di pihak aku cuma Apat hadir
Walau bagaimanapun aku bersyukur berjaya mengadakan hajat Su

Ahad, aku hanya berehat di rumah
Jam 12.30 hingga 1.30 menunggu Aina di sekolah
Menumpangkan rakannya dari flat
Menghantar kembali Izzul ke sekolah

Semoga Allah memberkati aktiviti ku sepanjang Syawal ini
Walaupun agak ketat dan kekurangan dana
namun Allah beriku perasaan tenang
Namun aku akan berusaha mengembalikan situasi aku ke landasan yang lebih baik

Mudah-mudahan.. Allah bersamaku, InsyaAllah..

Isnin, 25 Julai 2016

10 HARI TERAKHIR SYAWAL - ISTIQAMAH MENYELESAIKAN PUASA 6

Alhamdulillah..
Pertamanya sebab gaji pada hari ini
Dapat aku bayar mana yang sepatutnya
Ada juga yang dah delay.. Namun semoga Allah merahmati apa jua yang baik bagiku
Allah lebih mengetahui akan apa jua tindak tanduk hambanya
Sesungguhnya aku amat takut akan kemurkaanNya
InsyaAllah.. aku usahakan sesuatu hanya untuk kebaikan semua

Syawal masih berbaki 8 hari..
Aku harus tekadkan azam untuk menyelesaikan secepat mungkin..
Semoga puasaku kali ini tidak menjangkau sehingga saat terakhir
Saat dimana tumpuan menjadi 100% untuk menyempurnakan tuntutan Allah..
Sehinggakan pada saat itu, segala pancaindera akan bersatu
Dan tekad menjadi sangat kuat
InsyaAllah.. Suatu kebaikan ada manisnya
Suatu amalan yang baik ada kerahmatannya

Malam tadi selesaikan program bersalawat di fasa perumahanku
Semoga silaturrahim semakin utuh di persekitaran kejirananku
Tengahari aku berkarya di majlis pemaju
Selesai, aku terus ke SB melawat Izzul di asrama
Tempat ke-2 katanya dalam penyertaan nasyid terbuka NS
Alhamdulillah.. Aktiviti sampingan dalam memenuhi minat dan kecenderungannya
Pada sabtu, aku hadir ke open house Hafizol sebelum bergegas ke RW
Sesak dimana-mana sahaja
Tiba RW agak lewat.. hampir jam 5 ptg

Berkonvoi dengan Fauzi ke Serdang
Hajat untuk bersama bersalawat di D'C tidak dapat ku kejarkan
Hanya bersama keluarga sehingga jam 12.30 mlm.
Hantar Shahrul sebelum pulang ke rumah. 

Rabu, 13 Julai 2016

HARI PERTAMA MASUK PEJABAT SELEPAS BERAYA DI KAMPUNG

Mood Raya masih menebal
Masuk pejabat sambil cuba mendapatkan semula mood bekerja
InsyaAllah.. Mudah-mudahan mood kembali normal dalam beberapa hari ini

Sabtu 9 Julai, bergerak pulang dari KK jam 11.55 mlm.
Singgah bersalaman dengan mak, abah di BS.
Gerak jam 12.30 mlm.
Masuk hway Taiping Utara, baru 5 minit nampak gaya jem di hway
Keluar ke jalan lama di C Jering
Di Ipoh aku jadi serba salah. Nekad untuk tak masuk hway. U-turn.
Sepanjang jln menyusuri jalan lama. Lebih baik rasanya dari melalui hway.
Sampai TMalim, buat keputusan masuk ke hway.
Waktu subuh ketika menghampiri R&R Dengkil, susah nak cari parking
Terus pulang ke rumah.
Alhamdulillah selesai solat di rumah.
Petang Ahad, hantar Izzul ke asrama.
Isnin, bawa adik follow-up HBS. Alhamdulillah, result darah OK.
Selasa, berehat di rumah sahaja. 

Jumaat, 8 Julai 2016

SALAM AIDILFITRI

Pulang berhari raya di kg.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

Cont. menaip (di pejabat)
Isnin 4 Julai bawa adik ambil darah di KKS
Aina, Izzul dan baby ikut sama
Kesian adik, walau pun badan agak berisi namun pengalaman ditusuk jarum ketika di NICU sangat menyakitkan..
Selesai ambil darah, terus ke BBB
Malam bergerak pulang ke kg selepas ambil Aina balik tusyen
Hway ok. Sempat merasa 30% diskaun sebelum Gutrie
Sampai BS jam 4.00 pagi
Alhamdulillah sempat bersahur bersama mak, abah pada akhir Ramadhan

Awal pagi terus ke pasar
Sakit hati dengan gelagat peniaga yang tidak jujur berniaga
Keberkatan berniaga sepatutnya menjadi keutamaan lebih2 lagi di bulan Ramadhan
Bukan semata-mata mencari kekayaan

Selepas zohor mencari ikan untuk BBQ di kedai sebelah rumah Aat
Berbuka bersama keluarga. Mak, abah, family Heri, family Aat..
Lepas maghrib, ber BBQ

Esok Hari Raya..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..

Isnin, 27 Jun 2016

10 AKHIR RAMADHAN 1437H - AKTIVITI SEPANJANG 20 HARI BERPUASA

2 Ramadhan - Arahan rasmi ke North Port. Bersama MFMP, NFR. Drive sendiri. Lewat sampai office. Sempat beli air kotak dan roti dan berbuka dalam kereta.
5 Ramadhan - Kembali ke North Port dengan team yang sama. Segera pulang ke pejabat untuk solat jumaat.
11 Ramadhan - Bawa adik ke HBS. Silap tarikh ke..?? Kenalah re-Schedule.  OTW balik singgah Mydin Mall.
13 Ramadhan - Kali ke-4 bawa kereta aku ke SC Sban. Kali nampaknya agak sukar masalah aircon kereta aku. Ada hikmah atas apa yang berlaku.
Balik rumah join masyarakat dalam dialog. Namun keadaan komuniti nampaknya semakin kusut. Isu remeh.. Semoga ada cahaya dipenghujung terowong. InsyaAllah..
17 Ramadhan - Cuti Nuzul Quran. Majlis berbuka dan Penyampaian Sumbangan Anak Yatim & Ibu Tunggal di SAF.
19 Ramadhan - Majlis Berbuka Puasa & Moreh di pejabat. Agak keletihan seharian. Dalam kesibukan aku juga perlu melayan baby di sekolah. 3 kali ulang alik pejabat-rumah.
Sangat sibuk bersama rakan-rakan sepejuangan. Berakhir jam 11.00 malam. Macam biasa, aku antara yang terakhir meninggalkan pejabat.
20 Ramadhan - Aku Ke SC NL. Banyak kereta sedang Q. Appoinment selasa.
Terus call En. Z. Bawa ke DK jam 11.00. Siap jam 4.30 ptg. Memang penat menunggu. Semoga asbab kebaikan buatku dan keluarga. Demi keselesaan keluarga.
Berbuka bersama keluarga Abg Li dan Fauzi.
21 Ramadhan -  Pagi ziarah pusara ibu mertua. Terus ke Kenanga. Penat melayan jem untuk naik parking. Tingkat 13 baru ada.. Rekod dunia ni..
Selesai membeli sesuatu yang penting buat keluarga, terus bergegas pulang.
Terkejar2 pula hantar izzul pulang asrama. Alhamdulillah sempat sebelum pagar di tutup.
22 Ramadhan - Hari ini.
Pagi selepas selesai doa, aku terus bersama Kamil mengemas dewan.
Alhamdulillah selesai. Semoga bakti semua mendapat rahmat. InsyaAllah..

Isnin, 6 Jun 2016

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1437H & SELAMAT BERPUASA

Alhamdulillah
Bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buatku
Serta keluargaku
InsyaAllah..

Kenangan semasa di Moscow pada 2015. Lawatan pada hari ke-2 selepas perasmian oleh Presiden V. P.

Jumaat, 27 Mei 2016

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Minggu akhir Syaaban menjelang Ramadhan
Pagi ini sedikit jamuan di tempat kerja menyambut kehadirannya
Aku sempat menyediakan juadah pot luck seperti biasa
Walau jika diikutkan mood sentiasa letih dan malas

Pada masa ini mindaku perlu kuat
Fizikal mungkin makin berusia namun minda harus sentiasa remaja
Kekuatan minda hadir hanya dengan ilmu dan amal
Jika diikutkan kemahuan hawa nafsu akhirnya aku tidak akan kemana

Ramadhan kali ini adalah peluang terbaik untuk bermuhasabah
Mencari kelemahan diri seterusnya meningkatkan prestasi
Semua manusia dikurniakan Allah atas perkara yang sama
Hanya dibezakan kekuatan rohani dan jasmani

Kelihatan juadahku yang macam kekurangan serinya. Apa ke tidaknya, habis bahan pewarna dilanyak dek baby.
   

Jumaat, 13 Mei 2016

KURANG SEBULAN LAGI RAMADHAN

Hari ini 6 Syaaban 1437H
InsyaAllah..
Semoga Allah pertemukan Ramadhanku tahun ini
Bulan penuh keberkatan dalam bermuhasabah

Aku insan biasa..
Ramadhan lah peluang memperbaiki kelemahan diri
Semoga peluang tahun ini aku usaha
Mencari yang hakiki disebalik kesibukan duniawi

Hari-hari yang berlalu tidak berpesan
Rutin seharian yang tiada kesudahan
Kesibukan semakin tanpa haluan
Terkadang aku penat ditengah jalan 

Sesekali akan aku termenung
Semakin difikirkan semakin aku bingung
Kesibukan dunia tiada berpenghujung
Semakin dilayan banyak pulak berkunjung

Aku tahu apakah yang aku mahu
Namun kelemahan dalam diri masih sukar diatasi
Ramadhan kali ini tindakan yang sangat perlu
Mencari solusi demi masa hadapan yang hakiki

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
24 Hari Lagi InsyaAllah..

p/s Kelemahan diri terkadang sukar diatasi.
Maaf mak kerana tidak hubungi seperti biasa pada hari itu.
Namun bagiku.. hari-hari adalah hari ibu.
Ibu buah hatiku. Anak lelaki sepertiku sukar menzahirkan perasaan
Namun percayalah.. Anak lelaki sebenarnya lebih berperasaan jika boleh dizahirkan..
Selamat Hari Ibu.

Rabu, 4 Mei 2016

AKU DALAM MOOD MENCARI KETENANGAN

Awal minggu aku hantar kereta ke pusat servis
Tukar timing belt, bearing, servis a/cond hampir RM1k
Semoga keadaannya baik sehingga poket kembali sembuh
InsyaAllah..

3 hari cuti tidak terasa
Sabtu dan ahad aku memenuhi permintaan untuk berkelah di Kalumpang
Hasrat asal ke Genting dibatalkan
Apatah lagi mengharungi jammed yang teruk pada petang sabtu

 
Pulang terus ke rumah dan tiba jam 6.00 ptg
Macam biasa aku akan rasa relax di rumah sendiri

Beberapa hari ini suasana di pejabat agak diam
Sedikit masalah menyebabkan rutin berubah
Sebagai generasi 70an pernah terdetik
Yang baru dikejar tapi yang lama masih perlu dilihat

Dunia semakin memeningkan
Jika tidak mampu jangan dikejarkan
Yang mampu sekalipun masih belum dijanjikan kebahagiaan
Dunia perlu.. namun akhirat adalah sasaran.

Masyarakat di era ini sukar diduga
Masing2 terkejar sesuatu yang tidak berapa perlu
Sifat kemanusiaan terkadang sangat rendah 
Jika difikirkan, ingin sahaja aku kembali ke zaman 80an dan 90an

Zaman tiada whatapps, tiada facebook, tiada gadjet yang alpa
Semoga Allah tetapkan iman dalam diri dan keluargaku
Aminn..