Isnin, 21 April 2014

RINDUKAN TANAHAIR SETELAH 2 MINGGU DI PERANTAUAN

19 April : Seawal jam 3.00 pagi bersiap ke Daejeon Gov Complex
Bas ke Incheon jam 4.15. Melihatkan budaya ketepatan masa orang sini memang menakjubkan.
Sampai Airport jam 7.30 pagi. Terus bergegas check-in. Baik hati awek Korea bagi laluan ekspres.
Flight AA jam 9.30 pagi.
Alhamdulillah sepanjang penerbangan cuaca baik walaupun banyak awan.
Awan agak tebal sekitar Malaysia. Aku tiba Malaysia jam 3.30 petang.
Memang ada perbezaan ketara sebaik keluar untuk mencari teksi.
Tambang memang mahal.. RM62.00. Perjalanan tak banyak beza Daejeon Station ke K--- yang hanya dalam lingkungan 10000-12000 won (RM30-36). Keadaan teksi pun berbeza banyak..
Antara sebab mengapa rakyat Malaysia di laporkan memiliki lebih dari 3 buah kereta bagi satu rumah. 
Walau bagaimanapun aku cintakan negaraku..
Banyak lagi kelebihan Malaysia..
Selama 2 minggu di sana aku hanya menonton berita CNN.
Dua berita paling besar (MH370 dan Feri Suwol).
Kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Allahuakbar.

Rabu, 9 April 2014

HARI KE-5 DI DAEJEON, KOREA

Assalamualaikum.

Aku kembali ke sini setelah kali terakhir pada hujung tahun 2011.
Pada mulanya aku sangkakan tidak akan menghadapi masalah dengan cuaca, namun sangkaan aku meleset.
Aku check-in di K*** jam 4 petang (waktu Daejeon).
Aku peserta pertama tiba ke sini.
Petang ini aku cuba berjalan ke Homeplus dengan melalui K****. Baru 500 m perjalanan aku terasa kesejukan yang amat.
Aku cuba singgah di auditorium terdekat namun pintunya berkunci.
Aku hanya bersandar rapat kepada pintu kaca. Sekurang2nya dapat meredakan sedikit kesejukan.
Aku teruskan perjalanan. Hampir 1 jam aku tiba di sekitar Homeplus namun perlu melalui jalan yang jauh.
Aku singgah ke E-Mart dahulu. Barang yang dijual dalam 'bulky package'. Tak sesuai.
Aku berpatah balik ke Homeplus.
Mendapatkan stok ikan dan sayur.

Perjalanan pulang ke K*** memang memenatkan. Aku tersasar dalam kawasan apartment.
Mujur berjumpa student di kala aku dah tersasar.
Baik hatinya membawaku hingga aku kembali ke jalan yang benar.
Sampai bilik, aku memasak. Cukup untuk meredakan kelaparan.

Hari ke-2 aku berjalan sekitar Expo

Selasa, 1 April 2014

DIRIKU, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA

Seminggu yang sibuk. Walaupun anak2 bercuti sekolah namun masih padat dengan aktiviti.
Kelas tambahan, tusyen, aktiviti sekolah..
Memang aku amat rasa bersalah tidak dapat luangkan masa balik ke kg menjenguk mak dan abah.
Insha Allah akan cuba rancang lebih baik semasa cuti persekolahan bulan Mei ini.

Program motivasi minggu ini telah ditunda ke 10 Mei. Sekurang2nya meredakan sedikit kesibukan yang aku jangkakan.
Aku akan ke Daejeon minggu ini untuk menghadiri bengkel.
Walaupun hari-hari terdahulu sangat mencabar untuk aku dapatkan tiket ke sana.
Pelbagai cara aku cuba namun akhirnya aku berjaya.
Walau perlu menaiki penerbangan yang lebih awal sehari ke sana.

Ya Allah..!!! Berkatilah perjalananku. Beriku kesempatan untuk menimba ilmu.
Berikanku kesihatan, berikanku keberkatan dalam mencari ilmu.

Amin..amin.. Ya Rabbal A'lamin

Rabu, 12 Mac 2014

YA ALLAH, PELIHARALAH KAMI, KELUARGA KAMI DAN NEGARA KAMI

8 Mac - Awal pagi lagi dapat berita Apat kemalangan.
Dalam fikiran hanya memikirkan supaya tiada yang serius dialaminya.
Selesai sarapan aku kembali buat panggilan kepada Heri..
Apat masih dibahagian kecemasan katanya.
Tanpa berlengah aku terus start kereta dan ke PPUM bersama Aizul.

Alhamdulillah tiada yang terlalu serius
Tetapi keadaan agak teruk dibahagian mukanya
Berjumpa Apat di balai trafik J.Bd.
Aku harap dia boleh memikirkan hikmah disebalik apa yang berlaku.
Aku hanya dapat mendoakan sesuatu perubahan yang baik darinya.

2.41 pagi tadi juga (selang beberapa minit sebelum Apat kemalangan..)
Berlaku musibah yang amat besar buat Negara ini.
MH370 KLIA ke Beijing hilang dari radar!!!
Memang mulanya sukar untuk menerima dan mempercayai berita tersebut.
Hingga tulisan ini dibuat sudah masuk hari ke-5 misteri kehilangan masih belum terjawab.

 
 


Malam tadi Jemaah surau bersama-sama bersolat hajat.
Memohon petunjuk dan hidayah Allah SWT.
Memohon keampunan atas kesalahan dan segala dosa yang menjurus kepada musibah yang berlaku.
Memohon diturunkan hujan ke bumi ini. Dimohon petunjuk kepada MH370.

Masih teringat semasa aku ke Beijing Mei 2012. Penerbangan aku MH360.
Memang aku sangat kerdil dibanding bumi ciptaan Allah ini.
Tiada apa yang ada pada aku berbanding hamparan lautan dan daratan dibawahnya.

Ya Allah. Berilah keampunan dan hidayahmu yang maha agung itu Ya Allah.
Aku mohon kau berikanku kekuatan iman kepadaku, kepada anak-anakku, kepada isteriku, kepada ibubapaku, kepada saudara maraku, kepada semua kaum muslimin dan muslimat dalam menjalani sisa-sisa kehidupan di dunia ini Ya Allah...!!!

Amin Amiinnn... Ya Rabbal Alamin...

Khamis, 27 Februari 2014

TIADA PELUANG UNTUKKU BERBICARA DI BLOGKU

Hampir sebulan aku cuba mengetuk pintu blog aku sendiri namun tidak berpeluang.

13 Feb 2014 : Genaplah setahun Kekanda dijemput Allah SWT. Masih terasa kepemergian arwah, namun Allah lebih mengetahui akan segalanya. Semoga arwah terpelihara dibawah naungan Allah SWT, Insha ALLAH.

14 Feb 2014 : Luangkan masa untuk PIBG. Mesyuarat terakhir sebelum AGM. Semoga tanggungjawab selama setahun telah aku sumbangkan dan terlaksana dengan baiknya.

19 Feb 2014 : Slot taklimat di Hotel Midah. Sedikit kealpaan merugikan diri sendiri. Aku perlu salahkan diri sendiri..

23-23 Feb 2014 : Ulang-alik hantar dan ambil Izzul untuk Klinik Didik BH, Semoga menjadi asbab kebaikan untuknya.  Juga berkunjung ke rumah Heri. Kagum dengan kebolehan dan ketekunannya.

24 Feb 2014 : Bersendirian memandu ke Kemaman. Muhasabah diri sepanjang perjalanan. Semoga Allah memberiku kekuatan sepanjang perjalananku.  Beberapa kali aku singgah dilokasi Cheras Bt. 10, Bentong dan Maran. Sehinggakan terlepas pandang slot untukku bermula jam 12.00 tgh. Juga kesilapanku.. Kenapa boleh berlaku..??
Aku cover juga walaupun semasa event sekali lagi berlaku kesilapan.
Malam ini aku hanya berehat dalam kereta di depan HTAA, Kuantan. Aku sendiri yang buat keputusan begitu.

25 Feb 2014 : Singgah Masjid Kolej Agama dekat Kuantan, sebelum meneruskan perjalanan menggunakan jalan lama sehingga Temerloh.
Singgah beberapa kali mendapatkan buah tangan. Juga melepaskan rindu dengan patin Temerloh.
Aku keletihan.

26 Feb 2014 : Mendapat perkhabaran yang agak mengecewakan. Namun aku percaya akan hikmah disebaliknya. Aku perlu muhasabah dan perkuatkan jati diri ini. Aku perlu kesan dan kembalikan kekuatan diri ini. Semoga aku berjaya dengan perancangan yang Allah buat untuk insan sepertiku.  




Jumaat, 7 Februari 2014

SEMINGGU MENGHADAPI DUGAAN ALLAH S.W.T

29 Jan - Ceramah agama topic Integriti dibuat di pejabat. Cuaca dalam bilik ceramah sejuk terasa sampai ke tulang.
Start tgh badan sudah mula rasa tak sedap.
Menjelang petang, kepanasan badan meningkat dan kepala semakin ligat berputar.
Malam ini akan tidak lelap tidor.

30 Jan - Msg untuk maklumkan badan tidak sihat. Terpaksa Xcuse program di Cjaya.
Ke klinik M tak ambil darah sebab baru lagi. Dapat MC hari ini.
Seharian berselimut.

31 Jan - Anak dan Isteri punya permintaan, maka bergerak ke Kuala Besut.
Pagi tadi hadir ke Hosp. S. Esok kena follow-up di Terengganu.
Ikut KL jam 5.30 ptg - lalu Felda Koyan - Konvoi dengan Abg Li.
Stop di Gua Musang, isi perut. Cuaca agak sejuk. Kuala Krai dah tak jauh.
Sampai K Besut jam 2.30 pagi. Malam ni 2 family tinggal jauh sikit dari yang lain.
Tak nyenyak tido. Bilik banyak pijat. Gatal satu badan. 

1 Feb. Pagi follow-up ke Hosp. Besut (Jerteh). Tghari makan kenduri Heri. Malam badan dah tak tahan.
2 Feb. Su pengsan di Hosp. Besut. Masuk 1 pain air.
Aku dah serba-salah. Alhamdulillah result OK. Teruskan perjalanan lepas sembahyang di Masjid Hadhari, Jerteh.
Sepanjang perjalanan agak memenatkan. Apa tidaknya, pilot dan co-pilot tidak sihat.
Hajat hati hanya untuk sampai ke rumah. Berhenti beberapa kali.
Di Karak, badan dak tak mampu bertahan. Berhenti tidor tepi hway diketika kenderaan banyak bersesak dalam jem.
Sampai rumah jam 2.30 pagi. Alhamdulillah..




Khamis, 2 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014M

Hari ini 2 Januari 2014. Hari ke-2 tahun 2014. Hari baru, tahun baru.
Azam tahun ini untuk memperbaiki pencapaian tahun terdahulu.
Azam kearah kecemerlangan diri dan keluarga.
Azam memperbaiki diri untuk menjadi lebih dinamik, sistematik dan beristiqamah.
Pagi ini azam aku teruji. Akibat dari kelemahan orang yang sepatutnya hadir membawa anak-anak ke sekolah.. membuatkan aku kembali berazam.
Ujian diawal tahun.
1 hb, aku membawa anak ke pusat tusyen. Anak Nampak bersemangat.
Aku doakan kejayaan kedua-duanya untuk ujian mereka tahun ini. UPSR dan PBSMR (tahun pertama diuji).
Petang sebelum itu aku dan keluarga ziarah Tn Hj Z yang masuk ke wad.
Aku perlu ambil iktibar demi kesihatan.
Aku masih perlukan kudratku untuk keluarga, masyarakat dan agama.
Ya Allah. Berikanku kesihatan fikiran dan tubuh badan.
Berikanku kekuatan rohani dan jasmani.
Berikanku istiqamah untuk berjasa kepada keluarga, masyarakat dan agama.
Semoga tahun 2014 menghadirkan kejayaan berpanjangan.
Inshaa Allah.
 

Selasa, 31 Disember 2013

AKHIR 2013, SEMOGA PRESTASI TAHUN 2013 MENUNJUKKAN PENINGKATAN DIRI

Hari ini 31 Disember 2013. Hari akhir dalam tahun 2013.
Semoga prestasiku menjelangnya tahun 2014M telah menunjukkan peningkatan seperti di azamkan pada penghujung 2012 yang lepas.
Terlalu banyak peristiwa penting telah berlaku pada 2013 ini.
Kisah suka dan duka. Kisah yang menuntut kekuatan kepada pengawalan minda dan perbuatanku yang lebih matang.
Inshaa ALLAH. Tahun 2014 menjelang. Semoga aku lebih matang dan tenang.
Semoga aku menjadi diriku yang sebenar.
Tak perlu berubah mengikut situasi orang. Tak perlu mengikut cara orang yang tidak sepatutnya aku ikut.

Semoga 2014 lebih mematangkan diriku untuk dunia dan akhirat.

Isnin, 9 Disember 2013

MAKAN ANGIN SEPANJANG NOVEMBER-DISEMBER 2013

Assalamualaikum.

5 Nov. : Bersama jiran tetangga berkelah ke pantai PD. Aktiviti BBQ di kala air laut surut. Air mulai pasang di saat berkemas pulang.
17-21 Nov. : Membawa keluarga bersama bercuti sambil berkursus di Kuala Terengganu. Aku harap mereka gembira walaupun hujan 24 jam. Aktiviti anak-anak hanya PS dan tengok TV di bilik. Makan sotong goring tepung di Kuala Ibai, makan di restoren seafood dekat airport, perjalanan pulang singgah makan keropok, sata beberapa kali. Singgah di UiTM Dungun.
1-4 Dis. : Aku sertai Ex-STORM di Kuching. Angka 9 terpampang di hadapan lif. Ada makna tuu..
7-8 Dis. : Aku pulang ke BS untuk bersama keluarga ke majlis walimatul urus sepupu di Sg. Petani. Ada beberapa kisah di sana antaranya tayar kereta sangkut dan Muiz yang buat hal..

Semoga perjalanan sepanjang cuti sekolah kali ini memberi banyak idea untuk anak-anak aku menghadapi ujian tahun 2014 ini. Inshaa ALLAH.



Jumaat, 25 Oktober 2013

LAMA BENOR TAK UPDATE...!!!

Assalamualaikum.

Akibat persaingan hebat dari facebook, aku semakin malas untuk update blog ini..
Walaubagaimanapun, disinilah sumber inspirasi dan teman meluah perasaan sebelum ini..
Aku sentiasa akan update walaupun backdated..

Kesibukan yang amat sepanjang Sept dan Okt.
Raya korban kali ini aku tidak pulang ke BS.
Mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama kariah PCH.
Beberapa malam sebelum raya korban menyibuk pula dengan penganjuran program ceramah Ust. Don bersama JK Surau AF yang lain.

Minggu lepas pula menyibuk dengan program nasyid Izzul.
Setelah mendapat johan peringkat daerah, bertemu pula di peringkat negeri di PD.
Banyak perkara untuk dikatakan dengan situasi penganjuran..
Tapi aku tak mahu jadikan pepatah 'Rumah siap pahat berbunyi..'
Tapi terus terang.. pahat perlu berbunyi..
Ketelusan dan sifat tanggungjawab penganjur memang TIADA disini..
Walaupun program keagamaan, namun ust pun masih ada perasaannya yang tersendiri..
Hanya Allah yang maha mengetahui..
InsyaAllah semoga menjadi iktibar.. Walaupun dipihak anak-anak agak perit menerimanya.

Hari ini perbentangan budget 2014. Semoga ada sesuatu yang mengembirakan buat aku, keluarga dan semua rakyat Malaysia.. InsyaAllah.

Khamis, 15 Ogos 2013

HARI PERTAMA KERJA SELEPAS CUTI RAYA

Hari ini 8 Syawal 1434H bersamaan khamis 15 Ogos 2013.
Mood raya masih kuat. Namun aku perlu segera setkan minda untuk kembali kepada tugasan kerja.
Jadual seminggu beraya:
1 Syawal : Beraya di BS. Ziarah kubur arwah tok (bersama abah dan Izzul).
Juga ziarah kubur arwah pak mertua di KK. Ziarah rumah tok mertua di KK.
2 Syawal : Beraya sekitar MG. Solat jumaat di MG jumpa Sam.
3 Syawal : Beraya di PSKT.
4 Syawal : Rombongan ke Alor Setar. Beraya rumah Pak Cik. Ikut rombongan meminang Amy di Pokok Sena. Pukul 3.45 terus ke Bt. Pinang dan rumah Kak Zaharah. Seterusnya ke Sg. Petani rumah Chaq. Jem teruk semasa balik BS. Sampai jam 11.45 mlm.
5 Syawal : Persediaan kenduri arwah.
6 Syawal : Balik KL lepas makan tgh rumah mak.
7 Syawal : Berehat di rumah di PCH.

Isnin, 5 Ogos 2013

BERALAH PADA MALAM 28 RAMADHAN

Hasrat ke pejabat untuk selesaikan sedikit perkara berkaitan masyarakat di PCH dan claim yang perlu di panjangkan ke Unit Kewangan.
Namun atas dasar diriku yang selalu beralah, perlulah aku korbankan cutiku pada hari ini..
Bagiku ianya satu sikap diriku yang kadang-kadang diambil kesempatan.
Namun aku rasakan memang terbuku dalam jiwaku..
Sukar memberikan alasan yang perlu direka..
Akan ke Port Klang malam ni..
InsyaAllah esok akan ku selesaikan perkara penting di rumah sebelum bertolak pulang ke kg untuk beraya bersama keluarga. 

Selasa, 30 Julai 2013

SEMOGA ROH MEREKA YANG TERDAHULU AMAN DISANA

Sayu dihati di hari ke 21 Ramadhan 1434H.
Redha dengan pemergian mereka yang tersayang terutama arwah kekanda Shamsol Kamar Shafie (13 Feb. 2013) dan ibu mertua Che Pah Ariffin (20 Julai 2013).
Juga mak saudara (mak njang 15 Feb. 2013), mak long (bulan 5),  mak lang Nah (bulan 5).
AL-FATIHAH.
Allah lebih mengetahui akan segalanya.
Semoga kami yang masih diberi peluang bernafas dimuka bumi Allah ini sentiasa menginsafi atas apa yang berlaku.
Tiada yang kekal disini.  Semoga Ramadhan 1434H yang berbaki seminggu akan memberikanku kebaikan dan keimanan yang berkekalan.
Semoga aku, isteri, anak-anak, mak, abah, saudara-saudaraku sentiasa terpelihara keimanannya kepadamu Ya Allah. Berikan kepada kami nikmat islammu Ya Allah.

Jumaat, 12 Julai 2013

PERISTIWA PENTING DALAM BEBERAPA HARI BULAN JULAI

Beberapa peristiwa penting pada tarikh yang penting.

9 Julai - hari lahir ku tiba sehari sebelum Ramadhan 1434H.  Semoga Allah merahmati diriku dengan kebaikan dalam meniti hari mendatang.
10 Julai - bersamaan 1 Ramadhan.  Alhamdulillah diberikan umur dan kesihatan untuk bertemu Ramadhan untuk tahun ini.  
Esok 13 Julai - Genap 5 bulan arwah abang Sham pergi menemui Allah. Semoga rohnya dicucuri Allah SWT. 

Semoga kebaikan dan rahmat Allah sentiasa berada dalam diri dan keluarga.

Selasa, 2 Julai 2013

PERISTIWA SEPANJANG JUN 2013

Atas sebab kesibukan yang masih tak dapat diuruskan dengan baik, banyak pengemaskinian tertunggak.
31 Mei - 5 Jun : Bercuti panjang bagi urusan perkahwinan Yan;
21-24 Jun : Karnival Nasyid KPM Kebangsaan di Alor Setar;
Melepaskan rindu kenangan di Kg. Titi gajah sampai masuk ke Danok dengan Pak Cik Mat.
Izzul sekadar tempat ke-4. Sudah membanggakan kerana pengalaman di peringkat itu.
Johan peringkat daerah dan negeri.  Pengalaman sangat berharga buat Izzul.
Minggu ini telah menampakkan tanda kerja yang bertimpa. 
InsyaAllah aku akan mencuba untuk menyerapnya.
Tarik nafas panjang dan berfikir...
Kerana bertindak tanpa berfikir adalah dibawah penguasaan syaitan.
Semoga Ramadhan menjelang bakal mendamaikan diri ini.