Selasa, 2 Julai 2013

PERISTIWA SEPANJANG JUN 2013

Atas sebab kesibukan yang masih tak dapat diuruskan dengan baik, banyak pengemaskinian tertunggak.
31 Mei - 5 Jun : Bercuti panjang bagi urusan perkahwinan Yan;
21-24 Jun : Karnival Nasyid KPM Kebangsaan di Alor Setar;
Melepaskan rindu kenangan di Kg. Titi gajah sampai masuk ke Danok dengan Pak Cik Mat.
Izzul sekadar tempat ke-4. Sudah membanggakan kerana pengalaman di peringkat itu.
Johan peringkat daerah dan negeri.  Pengalaman sangat berharga buat Izzul.
Minggu ini telah menampakkan tanda kerja yang bertimpa. 
InsyaAllah aku akan mencuba untuk menyerapnya.
Tarik nafas panjang dan berfikir...
Kerana bertindak tanpa berfikir adalah dibawah penguasaan syaitan.
Semoga Ramadhan menjelang bakal mendamaikan diri ini.

Jumaat, 10 Mei 2013

DEMAM PRU 13 (5 MEI 2013)

Macam-macam kesah sebelum, semasa dan sampai sekarang selepas PRU13 masih berbunyi.
Pelbagai andaian dan analisa yang dibuat oleh 'pakar'.
Tak ketinggalan rakan-rakan facebook.
Yang menyokong dan yang menentang sama banyak.
Aku tetap dengan pendirian.. Undi adalah rahsia.
Siapa yang menang sekalipun.. Tetap rakyat Malaysia.
Yang pentingnya pemimpin dan kerajaan yang dapat menjaga agama, bangsa dan negara.
Lumrah politik mana pihak sekalipun.. Kepentingan diri, anak-beranak, saudara-mara, sahabat-handai terdahulu berbanding yang lain.
Kalau tak banyak.. sikit..
Hak rakyat kenalah dijaga..
Apa pun aku sudah menunaikan tanggungjawab..
Semoga Agama, Bangsa dan Negara Dilindungi oleh Allah SWT.

Isnin, 8 April 2013

MUHASABAH DIRI

Al-Fatihah.

Mengejar dunia dituntut agama,
Mengingati mati adalah keutamaan kita.
Takdir yang berlaku kepada arwah A. Sham harus menjadi hikmah kepada aku (dan keluarga) yang masih mampu bernafas.
Perancangan serta penyimpanan dokumen dan rekod amat penting.

Muhasabah buatku:
Setiap perjalanan kewangan perlu aku dokumenkan.
Aku perlu mendahulukan perkara berkaitan penyelesaian kredit sebelum memikirkan untuk menambahnya.
Perjalanan debit dan kreditku perlu aku rekodkan.
Perancangan masa hadapan warisku perlu jelas.
Aku perlu sentiasa mengingati saat kematian.
Saat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Semoga apa yang berlaku dan bakal berlaku memberikan bermanfaat buat yang masih ada.

InsyaAllah.

Jumaat, 29 Mac 2013

PERANCANGAN MAJLIS MUHAMMAD SUFFIAN


Rancang segera cuti menjelang majlis perkahwinan Muhammad Suffian.

31 Mei 2013 - Majlis Nikah
1 Jun 2013 - Majlis Pihak Perempuan
2 Jun 2013 - Majlis Pihak Lelaki (Pihak Kita..)

CERAMAH SEBELUM KHUTBAH - WASIAT, HIBAH, DLL

Topik di Masjid Raudhatul Jannah, yang relevan dengan situasi semasa
Perkara yang nampah mudah, tetapi sangat payah untuk diselesaikan
Pengalaman dan pembacaan, ikatan silaturrahim sesama umat islam terutama sesama saudara islam semakin rapuh akibat pengurusan harta yang mengikut emosi tanpa merujuk kepada panduan yang disyorkan oleh agama.
Semoga perkara ini tidak berlaku dalam keluargaku.
Semoga pengurusan yang berkaitan mendapat petunjuk dari Allah SWT.
Kehidupan di dunia hanya buat sementara.., akhirat jua tempat yang kekal buat selamanya..

AL-FATIHAH buat arwah kekanda.

Rabu, 20 Mac 2013

SEBULAN SUDAH ARWAH KEMBALI KE RAHMATULLAH - MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum.

Telah lebih 1 bulan arwah meninggalkan alam dunia
Kini menghadap yang Maha Esa
Semoga segala kebaikan mendahului keburukan
Sesungguhnya arwah tiada meninggalkan kesalahan pada diriku
Aku sentiasa menghormati arwah sebagai abang kandungku
Berbeza 2 tahun umurku dengan arwah
Sedari kanak-kanak kami selalu bersama
Walau pun perwatakan yang berbeza namun aku sentiasa menghormati arwah dalam apa sahaja keadaan
Selama hayat arwah atuk, arwah abangkulah menjadi teman setia
Arwah sememang dikenali serata kampung
Sentiasa menjadi ikon keluarga sewaktu kecilnya
Arwah tidak pernah mengenali erti putus asa
Semasa menunggu keputusan SPMnya (tahun 1987), arwah bekerja di Alor Setar dengan mencuci kereta di stesyen minyak dan aku juga menunggu keputusan SRP dengan menjadi attenden parking
Arwah selalu mendidik aku secara 'indirect'
Arwah tidak memaksa aku untuk melakukan apa yang beliau rasakan 'patut'
Hanya menggunakan kaedah psikologi
Arwah tidak pernah memikirkan soal malu untuk melakukan perkara yang baik
Arwah juga tidak pernah terasa hati denganku kerana beliau sudah faham sikap adik-beradik
Sikap adik-adiknya yang menghormati arwah sebagai abang yang sulung
Kini aku memikul tugas yang ditinggalkan arwah
Tugas yang memerlukan kematangan dan kebijaksanaan
Semoga keluargaku redha dengan pemergian arwah
Semoga Arwah Berada Dikalangan Mereka Yang Berjasa Kepada Keluarga
'Abang Sham..! Demi Allah, setiap perlakuanmu selama ini kami redha. Tiada sedetik perasaan tidak tidak puas hati kami atasmu.. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Abang Sham. Amin. 

Rabu, 20 Februari 2013

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH KEKANDA TERSAYANG - ALLAHYARHAM SHAMSOL KAMAR BIN SHAFIE

Hari ini genap seminggu pemergian arwah ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Semoga arwah dilepaskan dari siksa kubur. Allahuakbar.

Seminggu lalu disaat berada bersama rakan JK ISO (hari pertama bertugas selepas pulang dari Colombo), jam 11.00 pagi aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa arwah.
Maklumat dari isteri, arwah kemalangan di LPT Maran. Keadaan agak serius kerana perlu bantuan bomba. Aku tidak memikirkan sesuatu yang buruk dan berdoa supaya Abang Sham (arwah) selamat.
Selepas call Heri dan sahkan arwah kemalangan, terus bergegas ke Cheras untuk sama-sama ke Hospital Jengka.
Sebaik melewati Econsave Balakong, isteri call dan menyatakan Abang Sham (arwah) telah meninggal. Jantung terasa berhenti berdegup dan lutut terasa lemah.
Aku kuatkan semangat dan banyak beristiqfar.
Sampai di halaman rumah Kak Su, aku terasa sangat syahdu. Pintu pagar aku kuak dan terus menerpa ke pintu rumah yang terbuka.
Kelihatan beg pakaian yang Kak Su sediakan untuk ke Hospital.
'Abang Sham sudah tak ada Man..!!!'. Aku tidak dapat lagi membendung air mata.
Apa lagi melihat Cem dan Muhayat yang tidak mengerti apa sebenarnya.
Aku tenangkan Shah. Putra kelihatan tenang dan nampak agak terkejut. Putra dapat mengawal dirinya.
Sambil menunggu Heri, aku menghubungi Pak Cik, Abang Din, Aat.
Terus menuju ke Ampang, mengambil Abang Din dan terus menuju ke Hospital Jengka Pusat.
Tiba Hospital Jengka sekitar jam 3.00 petang.
Selesai menguruskan jenazah bersama Abang Din, Heri, Apat jam 4.55 petang.
Gerak dari Hospital pulang ke KL jam 5.35 petang.
Jalan agak jem. Sampai masjid Al-Ikwaniah jam 8.45 malam.
Agak sibuk untuk menguruskan keadaan. Menunggu mak dari kampung.
Jenazah menunggu mak di perkarangan tanah perkuburan.
Terus arwah dikebumikan sebaik mak mencium muka arwah.
Akibat silap jalan dari masjid, aku tiba sebaik sahaja tanah mula ditarik untuk menutup liang lahat.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak aku dapat bertemu arwah buat kali terakhir. Walau pun hanya dalam keadaan jasad arwah telah terpisah dari rohnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. AL-FATIHAH.

Sabtu, 9 Februari 2013

JUMPA LAGI COLOMBO

Landing Bandaranayake Airport jam 12.30 am waktu Colombo.
Sebelum itu aku Depart dari KLIA jam 11.15 mlm (4 Feb 2013).
Perjalanan selama 3 1/2 jam.
Aku amat bersyukur sebagai rakyat Malaysia, selama seminggu berada di sini melihatkan situasi di sini.
Berada di ibu negara Sri Lanka sudah terasa perbezaannya, apatah lagi jika di luar dari Colombo.
Aku Update blog ini di airport.
Bertolak pulang jam 1.00 pagi. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Banyak pelajaran dan pengalaman berguna disini.
Di sini aku sebilik dengan saudara Qasem Ali di bilik 633. Ada sesuatu yang baik dari beliau.
Semoga Allah memberikan kesihatan berpanjangan buat sahabat semua..
InsyaAllah..




Rabu, 23 Januari 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H

12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013M adalah satu hari yang besar buat sekalian umat Islam.
12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M.
Semoga kita bersama-sama dalam apa sahaja majlis memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta diberikan keberkatan dunia dan akhirat.

Tahun ini aku tidak bersama dalam majlis di Putrajaya.
InsyaAllah akan bersama masyarakat Taman dalam Program Mini Mahabbah Rasulullah S.A.W.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

InsyaAllah. 

Khamis, 10 Januari 2013

SEMOGA TOK PAH KEMBALI SIHAT

Tahun 2013 bermula dengan perhatian yang lebih kepada Tok Pah.
Tok Pah adalah elemen yang memerlukan pengorbanan serta keinsafan.
Tok Pah dijadikan sebagai satu elemen yang menguji tahap kesetiaan dan kasih sayang anak-anaknya.
Memang sudah lumrah setiap manusia yang hanya cenderung kepada kesenangan dan amat sukar menerima kepayahan.

InsyaAllah. Aku akan cuba sedaya aku untuk membahagiakan orang yang terdahulu melahir dan bersusah payah menjaga isteriku. Bersusah payah membesarkan 10 anaknya dengan pelbagai kepayahan.  Susah senang, ditempoh bersama anak-anak.

Follow-up di NCI Hospital seterusnya ke KPJ Tawakkal
Jangkaan petang ini akan keluar.
Kini tugas kami menunggu.
Ya Allah. Berikan kami kekuatan.

InsyaAllah.

Khamis, 3 Januari 2013

HARI KE 3 DI TAHUN BARU 2013

Ku mohon dariNya supaya azam yang baik akan kekal dalam diri ini.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Amin.

Isnin, 31 Disember 2012

SEMOGA TAHUN 2012 DIREDHAI

Selamat Tinggal tahun 2012.
Semoga segala yang berlaku sepanjang 2012 direhdai.
Semoga timbangan kebaikan mendahului kejahilan.
Semoga memberikan keinsafan.

InsyaAllah.
Azamku hendak terus menimba ilmu akan dimakbulkan.
Hajatku berhijrah ke posisi yang lebih baik akan terlaksana.
 
Add caption

Jumaat, 16 November 2012

AWAL MUHARRAM 1434H

Salam Maal Hijrah 1434H.
Semoga hari ini dan seterusnya akan lebih baik dari hari semalam.

  • 10-11 Nov berada di Sg. Lopo Village.  Ada kesah yang memberiku pelajaran dan pengalaman yang sangat berguna. Kuasa alam tidak terduga..
  • 13 Nov survey Klinik bersunat hingga ke Puchong. Terus ke IKEA mencari frame dan lain-lain item yang masih belum dijumpai.. Seterusnya ke Bt Beruntung.
  • 14 Nov menuju ke puncak Fraser Hills. Aku tak pasti kalau anak-anak aku serik kesana..
  • 15 Nov mencari lampam Sg. Selangor. Memang adventure meredah jarak yang kurang 10 km dalam tempoh 1.5 jam?? Kena pikir banyak kali untuk kembali ke sana..

 
 

Khamis, 25 Oktober 2012

SALAM AIDILADHA 1433H

Selamat manyambut Aidiladha 1433H.
Semoga seluruh umat islam dianugerahi haji mabrur.

Ahad, 14 Oktober 2012

KONVOKESYEN UTM KE-49

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya aku bergelar graduan.
Aku tidak mahu memikirkan perkara masa dan usia di kala menerima Ijazahku.
Setiap sesuatu telah direncanakan untukku..
Setiap sesuatu ada hikmah yang berada disebaliknya..
InsyaAllah.. semoga ia motivasi yang amat mujarab buat anak-anakku..
Untuk Konvo ini, aku bergerak dari rumah jam 3.30 pagi (asalnya ingin bergerak jam 2.30 pagi).
Jasa kereta wira aku kali ini diambilalih Exora baruku..
Alhamdulillah, perjalanan lancar dan aku selamat tiba dan park berhadapan masjid UTM pada jam 7.00 pagi (sempat singgah di R&R Pagoh).
Cuma terkilan kerana mendapat berita duka kepada seorang graduan Diploma (dari Chemor) yang kemalangan maut hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk ke UTM. 
Al-Fatihah buat beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang 'berjaya' di syurga (InsyaAllah)..

Semua pengalaman pahit, manis selama bergelar mahasiswa dan kini bergelar graduan, aku kongsikan bersama-sama anak dan isteri..
Semoga menjadi inspirasi buat mereka.
Setiap usaha, InsyaAllah pasti ada ganjarannya..
Kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal.

TAHNIAH buat diriku sendiri.