Hari ini genap seminggu pemergian arwah ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Semoga arwah dilepaskan dari siksa kubur. Allahuakbar.
Seminggu lalu disaat berada bersama rakan JK ISO (hari pertama bertugas selepas pulang dari Colombo), jam 11.00 pagi aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa arwah.
Maklumat dari isteri, arwah kemalangan di LPT Maran. Keadaan agak serius kerana perlu bantuan bomba. Aku tidak memikirkan sesuatu yang buruk dan berdoa supaya Abang Sham (arwah) selamat.
Selepas call Heri dan sahkan arwah kemalangan, terus bergegas ke Cheras untuk sama-sama ke Hospital Jengka.
Sebaik melewati Econsave Balakong, isteri call dan menyatakan Abang Sham (arwah) telah meninggal. Jantung terasa berhenti berdegup dan lutut terasa lemah.
Aku kuatkan semangat dan banyak beristiqfar.
Sampai di halaman rumah Kak Su, aku terasa sangat syahdu. Pintu pagar aku kuak dan terus menerpa ke pintu rumah yang terbuka.
Kelihatan beg pakaian yang Kak Su sediakan untuk ke Hospital.
'Abang Sham sudah tak ada Man..!!!'. Aku tidak dapat lagi membendung air mata.
Apa lagi melihat Cem dan Muhayat yang tidak mengerti apa sebenarnya.
Aku tenangkan Shah. Putra kelihatan tenang dan nampak agak terkejut. Putra dapat mengawal dirinya.
Sambil menunggu Heri, aku menghubungi Pak Cik, Abang Din, Aat.
Terus menuju ke Ampang, mengambil Abang Din dan terus menuju ke Hospital Jengka Pusat.
Tiba Hospital Jengka sekitar jam 3.00 petang.
Selesai menguruskan jenazah bersama Abang Din, Heri, Apat jam 4.55 petang.
Gerak dari Hospital pulang ke KL jam 5.35 petang.
Jalan agak jem. Sampai masjid Al-Ikwaniah jam 8.45 malam.
Agak sibuk untuk menguruskan keadaan. Menunggu mak dari kampung.
Jenazah menunggu mak di perkarangan tanah perkuburan.
Terus arwah dikebumikan sebaik mak mencium muka arwah.
Akibat silap jalan dari masjid, aku tiba sebaik sahaja tanah mula ditarik untuk menutup liang lahat.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak aku dapat bertemu arwah buat kali terakhir. Walau pun hanya dalam keadaan jasad arwah telah terpisah dari rohnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. AL-FATIHAH.
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Rabu, 20 Februari 2013
Sabtu, 9 Februari 2013
JUMPA LAGI COLOMBO
Landing Bandaranayake Airport jam 12.30 am waktu Colombo.
Sebelum itu aku Depart dari KLIA jam 11.15 mlm (4 Feb 2013).
Perjalanan selama 3 1/2 jam.
Aku amat bersyukur sebagai rakyat Malaysia, selama seminggu berada di sini melihatkan situasi di sini.
Berada di ibu negara Sri Lanka sudah terasa perbezaannya, apatah lagi jika di luar dari Colombo.
Aku Update blog ini di airport.
Bertolak pulang jam 1.00 pagi. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Banyak pelajaran dan pengalaman berguna disini.
Di sini aku sebilik dengan saudara Qasem Ali di bilik 633. Ada sesuatu yang baik dari beliau.
Semoga Allah memberikan kesihatan berpanjangan buat sahabat semua..
InsyaAllah..

Rabu, 23 Januari 2013
SALAM MAULIDUR RASUL 1434H
12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013M adalah satu hari yang besar buat sekalian umat Islam.
12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M.
Semoga kita bersama-sama dalam apa sahaja majlis memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta diberikan keberkatan dunia dan akhirat.
Tahun ini aku tidak bersama dalam majlis di Putrajaya.
InsyaAllah akan bersama masyarakat Taman dalam Program Mini Mahabbah Rasulullah S.A.W.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
InsyaAllah.

Khamis, 10 Januari 2013
SEMOGA TOK PAH KEMBALI SIHAT
Tahun 2013 bermula dengan perhatian yang lebih kepada Tok Pah.
Tok Pah adalah elemen yang memerlukan pengorbanan serta keinsafan.
Tok Pah dijadikan sebagai satu elemen yang menguji tahap kesetiaan dan kasih sayang anak-anaknya.
Memang sudah lumrah setiap manusia yang hanya cenderung kepada kesenangan dan amat sukar menerima kepayahan.
InsyaAllah. Aku akan cuba sedaya aku untuk membahagiakan orang yang terdahulu melahir dan bersusah payah menjaga isteriku. Bersusah payah membesarkan 10 anaknya dengan pelbagai kepayahan. Susah senang, ditempoh bersama anak-anak.
Follow-up di NCI Hospital seterusnya ke KPJ Tawakkal
Jangkaan petang ini akan keluar.
Kini tugas kami menunggu.
Ya Allah. Berikan kami kekuatan.

Khamis, 3 Januari 2013
HARI KE 3 DI TAHUN BARU 2013
Ku mohon dariNya supaya azam yang baik akan kekal dalam diri ini.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.
Amin.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.
Amin.
Isnin, 31 Disember 2012
SEMOGA TAHUN 2012 DIREDHAI
Jumaat, 16 November 2012
AWAL MUHARRAM 1434H
Salam Maal Hijrah 1434H.
Semoga hari ini dan seterusnya akan lebih baik dari hari semalam.
Semoga hari ini dan seterusnya akan lebih baik dari hari semalam.
- 10-11 Nov berada di Sg. Lopo Village. Ada kesah yang memberiku pelajaran dan pengalaman yang sangat berguna. Kuasa alam tidak terduga..
- 13 Nov survey Klinik bersunat hingga ke Puchong. Terus ke IKEA mencari frame dan lain-lain item yang masih belum dijumpai.. Seterusnya ke Bt Beruntung.
- 14 Nov menuju ke puncak Fraser Hills. Aku tak pasti kalau anak-anak aku serik kesana..
- 15 Nov mencari lampam Sg. Selangor. Memang adventure meredah jarak yang kurang 10 km dalam tempoh 1.5 jam?? Kena pikir banyak kali untuk kembali ke sana..
Khamis, 25 Oktober 2012
Ahad, 14 Oktober 2012
KONVOKESYEN UTM KE-49
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya aku bergelar graduan.
Aku tidak mahu memikirkan perkara masa dan usia di kala menerima Ijazahku.
Setiap sesuatu telah direncanakan untukku..
Setiap sesuatu ada hikmah yang berada disebaliknya..
InsyaAllah.. semoga ia motivasi yang amat mujarab buat anak-anakku..
Untuk Konvo ini, aku bergerak dari rumah jam 3.30 pagi (asalnya ingin bergerak jam 2.30 pagi).
Jasa kereta wira aku kali ini diambilalih Exora baruku..
Alhamdulillah, perjalanan lancar dan aku selamat tiba dan park berhadapan masjid UTM pada jam 7.00 pagi (sempat singgah di R&R Pagoh).
Cuma terkilan kerana mendapat berita duka kepada seorang graduan Diploma (dari Chemor) yang kemalangan maut hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk ke UTM.
Al-Fatihah buat beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang 'berjaya' di syurga (InsyaAllah)..

Semua pengalaman pahit, manis selama bergelar mahasiswa dan kini bergelar graduan, aku kongsikan bersama-sama anak dan isteri..
Semoga menjadi inspirasi buat mereka.
Semoga menjadi inspirasi buat mereka.
Setiap usaha, InsyaAllah pasti ada ganjarannya..
Kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal.
TAHNIAH buat diriku sendiri.
Jumaat, 21 September 2012
Ramadhan, Syawal, Zulkaedah
Syawal sudah seminggu berlalu,
Panggilan haji kini bermula,
Tidak lama lagi menjelang Aidiladha,
12-15 Okt 2012 Konvo UTM ke 49,
InsyaAllah.. tercapai hasratku selama hampir 4 tahun menelaah dan mengorbankan cuti hujung minggu..
Panggilan haji kini bermula,
Tidak lama lagi menjelang Aidiladha,
12-15 Okt 2012 Konvo UTM ke 49,
InsyaAllah.. tercapai hasratku selama hampir 4 tahun menelaah dan mengorbankan cuti hujung minggu..
Khamis, 16 Ogos 2012
2 HARI MENJELANG SYAWAL
Kesedihan terasa kerana 2 hari lagi berbaki Ramadhan 1433H.
Aku tidak pasti adakah akan kutemui Ramadhan akan datang.
Hanya doa dan harapan semoga amalan di Ramadhan kali ini diberkati dan mendapat Rahmat dari Allah SWT.
Minggu akhir menjelang Syawal ini juga adalah penantian yang dramatik kepada kehadiran Exora baruku.
Walau apa keputusan sekalipun aku bersyukur dan redha.
Wiraku masih tetap wira untuk aku dan keluarga.
Setelah lebih 13 tahun berjasa tanpa jemu..
Aku bangga memiliki wiraku yang sangat memahami dan sentiasa menemani kehidupanku dikala susah dan senang.
InsyaAllah semoga perkhidmatan wiraku dimusim raya kali ini kekal effektif dan baik untuk aku dan keluarga.
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 1433H

Selasa, 31 Julai 2012
AKU PERLU ISTIQAMAH, MEMANG RAMADHAN PENUH DUGAAN
31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadhan 1433H.
Malam ini aku agak beremosi kerana sikap anak-anak.
Memang sukar untuk mendidik anak-anak jika ada pihak ke-3 mengubah corak yang cuba di terap kepada mereka..
Memang lumrah anak-anak cenderung mengekori sesuatu yang seronok kepada mereka..
Aku perlu Istiqamah.. Anak aku adalah pewarisku di masa hadapan..
Baik dan buruknya.. bergantung kepada didikan yang diterapkan..
Khamis, 26 Julai 2012
MASUK HARI KE-6 RAMADHAN & BONUS RAYA
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT yang menemukanku dengan Ramadhan 1433H.
Semoga Ramadhan kali ini terbaik sepanjang hayatku sehingga ini...
Hari pertama puasa, aku cuba untuk menuju ke Masjid Jamek Kg. Baru.
Namun keadaan lalu lintas ketika itu sangat tidak mengizinkan ditambah masa yang suntuk untuk aku berkejar ke Rawang.
Untuk malam ke-2 Ramadhan, aku dan keluarga berTarawih di Masjid Tmn Tun Teja.
Alhamdulillah.. dapat berImamkan ustaz tahfiz..
Semalam mendengar khabar gembira. Bonus Raya 1/2 bulan gaji.. Alhamdulillah..
Rezekiku tahun ini aku rasakan agak baik.
Semoga anugerah Allah yang semakin murah ini dapat aku manfaatkan buat keluarga dan masa depan.

Isnin, 9 Julai 2012
MEMASUKI USIA KE 40 TAHUN
Pelbagai ungkapan apabila mencecah usia 4 series..
Walau apa pun, aku perlu sedar dan semestinya perlukan kesedaran..
Aku perlukan kekuatan sebenar yang telah ada dalam diri ini..
Kekuatan itulah yang menjadi identitiku selama ini.., dan kekuatan itulah mengapa aku disegani selama ini..
Mungkin tahun-tahun yang kebelakangan ini.. jiwa aku berkecamuk.. Jiwa Kacau...
Namun aku sedar.. Tak kemana dengan melayan jiwa kacauku..
Aku perlu teruskan kekuatan diri dan mengurangkan kelemahan diri..
Ramadhan kian menghampiri..
Semoga 9 Julai 2012 bersamaan 19 Syaaban 1433H, diberkati Allah...
Semoga kukuatan diriku kian terpelihara.., semoga kelemahan diri dapatku atasi...
Ahad, 8 Julai 2012
MENJELANG 9 JULAI 2012
Hampir sebulan tertinggal untuk update blog.
Bukan tidak mencuba untuk masuk tapi masalah kemasukan ke blog di blok di pejabat.
Ini semua akibat isu L lah..
Selesai sudah kepenatan bersama Jom Layan & KRT PCH.
Pengalaman berguna buat semua di kala PCH sedang suram dengan aktiviti dan sambutan penduduk sendiri.
InsyaAllah.. Permuafakatan perlu diteruskan menjelang Ramadhan 1433H.
Menjelang usia ke-40 dalam 2 jam lagi, aku berjaya mendapatkan pencetus kepada perawakan yang lebih positif dan matang.
Tiada guna menyimpan perasaan kerana ianya membakar perasaan dan merosotkan prestasi diri.
Aku perlu lebih berterus-terang dan matang dalam usia begini.
InsyaAllah. Semoga cetusan semangat menjelang 40, aku siapkan diriku dengan suatu yang lebih baik.
Langgan:
Catatan (Atom)