Khamis, 26 Julai 2012

MASUK HARI KE-6 RAMADHAN & BONUS RAYA

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT yang menemukanku dengan Ramadhan 1433H.
Semoga Ramadhan kali ini terbaik sepanjang hayatku sehingga ini...
Hari pertama puasa, aku cuba untuk menuju ke Masjid Jamek Kg. Baru.
Namun keadaan lalu lintas ketika itu sangat tidak mengizinkan ditambah masa yang suntuk untuk aku berkejar ke Rawang.
Untuk malam ke-2 Ramadhan, aku dan keluarga berTarawih di Masjid Tmn Tun Teja.
Alhamdulillah.. dapat berImamkan ustaz tahfiz..
Semalam mendengar khabar gembira.  Bonus Raya 1/2 bulan gaji.. Alhamdulillah..
Rezekiku tahun ini aku rasakan agak baik.
Semoga anugerah Allah yang semakin murah ini dapat aku manfaatkan buat keluarga dan masa depan.

Isnin, 9 Julai 2012

MEMASUKI USIA KE 40 TAHUN

Pelbagai ungkapan apabila mencecah usia 4 series..
Walau apa pun, aku perlu sedar dan semestinya perlukan kesedaran..
Aku perlukan kekuatan sebenar yang telah ada dalam diri ini..
Kekuatan itulah yang menjadi identitiku selama ini.., dan kekuatan itulah mengapa aku disegani selama ini..
Mungkin tahun-tahun yang kebelakangan ini.. jiwa aku berkecamuk.. Jiwa Kacau...
Namun aku sedar.. Tak kemana dengan melayan jiwa kacauku..
Aku perlu teruskan kekuatan diri dan mengurangkan kelemahan diri..
Ramadhan kian menghampiri..
Semoga 9 Julai 2012 bersamaan 19 Syaaban 1433H, diberkati Allah...
Semoga kukuatan diriku kian terpelihara.., semoga kelemahan diri dapatku atasi...

Ahad, 8 Julai 2012

MENJELANG 9 JULAI 2012

Hampir sebulan tertinggal untuk update blog.
Bukan tidak mencuba untuk masuk tapi masalah kemasukan ke blog di blok di pejabat.
Ini semua akibat isu L lah..
Selesai sudah kepenatan bersama Jom Layan & KRT PCH.
Pengalaman berguna buat semua di kala PCH sedang suram dengan aktiviti dan sambutan penduduk sendiri.
InsyaAllah.. Permuafakatan perlu diteruskan menjelang Ramadhan 1433H.
Menjelang usia ke-40 dalam 2 jam lagi, aku berjaya mendapatkan pencetus kepada perawakan yang lebih positif dan matang.
Tiada guna menyimpan perasaan kerana ianya membakar perasaan dan merosotkan prestasi diri.
Aku perlu lebih berterus-terang dan matang dalam usia begini.
InsyaAllah. Semoga cetusan semangat menjelang 40, aku siapkan diriku dengan suatu yang lebih baik.

Selasa, 12 Jun 2012

PIALA UEFA DAH MULA, ANAK2 PUN MULA KE SEKOLAH

Aku masih merasakan terkilannya dengan kehilangan photo di Beijing.
Akibat dari ketidaksabaranku menunggu paste selesai
Kini hanya menunggu kawan2 yang baik hati untuk share gambar.
Minggu ini aku ada ISO retreat
Nampak macam santai..
WWW ku pun telah berjaya..
Masih menunggu untuk mendapatkan tempat untuk digantungkan..

Ahad, 20 Mei 2012

PULANG MALAYSIA SETELAH SEMINGGU DI BEIJING

Aku menjejakkan kaki dibumi Beijing, China pada awal pagi 14 Mei 2012. 
Bagiku, jauh lebih canggih KLIA berbanding Beijing Airport. 
Aku sememangnya telah bersedia dengan keadaan yang diluar jangkaan.
Mungkin disini, sensitiviti sesama individu kurang berbanding negaraku.
'Check in' di Quanmen Hotel menghampiri jam 2.00 pagi.
Setelah subuh, pada jam 3.07 pagi, aku baru dapat lelapkan mata.
Sekitar jam 5.30 pagi, Beijing sudah cerah.
Hari pertama 'event' disini, aku masih boleh bertahan.
Memasuki hari kedua, kepala aku mulai terasa kepeningan. Mungkin akibat kurangnya rehat sewaktu tiba ke sini.
Seterusnya sehingga memanjat ke Tembok Besar, aku sudah kehilangan mood akibat tertinggal passport di Hotel.
Aku bernasib baik kerana tiada pihak berkuasa bertanyakanku ketika itu.
Malam itu kami ke Nieje,  satu kawasan muslim.
Lebih kurang kawasan Masjid India jika di Malaysia.
Esoknya, aku dan rakan kembali ke Pearl Market mencari I-phone murah, dll
Sabtu kembali lagi mencari I-pad selepas pulang dari melawat Tien'nenmin Square.
Aku 'miscommunication' untuk check-out pada jam 2.00 petang.
Alhamdulillah Hotel beri aku 2nd chance check-out sebelum jam 6.00 petang.
Menaiki van ke airport jam 8.00 mlm. Hanya 30 minit aku sudah sampai ke Airport.
Agak kelam kabut untuk aku melepasi imigresen.
Habis beg galas aku kena selongkar akibat dari alat tulis aku di dalam pencil box.
Sebelum itu, menunggu lama untuk confirm flight.
Ketika ini hatiku berkata, "negaraku jauh lebih baik dan mesra".
Alhamdulillah lancar. Pukul 1.05 pagi sudah masuk ke MAS flight.
Aku selamat sampai KLIA jam 8.05 pagi.
Aku mencuba bas dari KLIA pusing-pusing ST, dll sampailah ke N.
Menaiki komuter dan seterusnya menyambung dengan teksi ke rumah.
Kos RM14.80. OK lah daripada RM61.20 jika naik 'limo' ...
Cuma tak boleh diamalkan kalau masa yang suntuk..
Cuaca agak sama disini dan di Beijing, kecuali peluhku mudah membasahiku disini.

 


Negaraku lebih baik...

Rabu, 2 Mei 2012

WWW dan Pelbagai Kisah Sepanjang 2 Minggu

Kaunter JPJ Sri Permaisuri agak kelam-kabut dengan peminat WWW
Tidak ketinggalan, aku. Yang menunggu sekian lama bagi kemunculannya
InsyaAllah.. WWW hanya motivasi bagiku..
Suatu objek yang membataskan kemahuanku sekiranya tidak dijadikan sasaran.
(Mungkin hanya aku yang memahami maksud yang tersirat)

Hampir seminggu rakan pejabatku redha dengan kembalinya kerahmatullah anak kecil kesayangannya.
Sudah menjadi ketentuanNya
Mungkin itu lebih baik kesudahannya
Semoga rohnya dicucuri rahmat

Begitu juga dengan seorang lagi rakanku yang mengalami kecelakaan
Malang itu tidak berbau..
Semoga memberikan kesedaran kepada kita yang menziarahinya..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui atas segalanya..

Begitu juga dengan masyarakat negaraku yang tercinta
Aku percaya.. ramai yang turut serta adalah mereka yang hanya mengikut perasaan..
Aku percaya.. ada antara mereka tiada alasan yang kuat untuk berbuat begitu..
Namun.. aku berdoa supaya diriku ini tidak terjebak dalam malapetaka fitnah besar akhir zaman..

Ya Allah... Peliharalah negaraku.., Peliharalah tanahairku dari kebinasaan..
Aku redha sekiranya mereka berada dipihak yang benar..
Tetapi sekiranya mereka dipihak yang kabur.. mohon diterangilah hati mereka dengan petunjukmu..

Aminn...

Selasa, 24 April 2012

MENULIS SETELAH HAMPIR SEBULAN MENYEPI

Kadang-kadang aku kehairanan
Kenapa aku lebih produktif dalam kesibukan?
Kenapa apabila banyak masa terluang.. semakin banyak perkara aku tangguhkan?
Selama hampir 4 tahun bergelumang dengan pelajaran, masih berjaya untuk aku sudahkan tanggungjawab pejabat dan keluarga bersama-sama tanggungjawab ke atas diri sendiri..
Mungkin kejutan budaya.. Mungkin disebabkan mahu 'cover' masa-masa rehatku yang tidak dapat digunakan sepenuhnya sebelum ini..
Aku harap aku akan kembali aktif secepat mungkin..
Cukuplah selama 4 bulan ini aku berehat dari semua aktiviti..
Cukuplah dan aku sepatutnya sudah boleh mulai keluar dari kepompong.. 
Kembali berkhidmat demi keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Jumaat, 23 Mac 2012

Seminggu Selepas Kerjakan Puyu & Keli di Musim Cuti Sekolah

Hanya 3 hari berkesempatan pulang menjenguk kampung di musim cuti sekolah.
Aku memahami bahasa mak dan abah disebalik apa yang dizahirkan.
Sudah sepatutnya aku lebih berusaha ke arah sesuatu yang lebih baik buat kedua2nya.
Memang aku pantang untuk bekerja di sekeliling rumah apabila dapat pulang ke kampung.
Walaupun masalah kesihatan kulit dan seluruh badanku yang selalunya akan mengalami masalah gatal yang teruk, namun aku akan lupakannya sepanjang berada di kampung.
Aku akan gunakan kesempatan sepenuhnya.


Cukup dapat berjumpa anak sulung adik perempuan tunggal aku sorang tu.
Walaupun usia sudah mencecah 3 bulan.
Aku harap keadaanku sebelum ini difahami.


Minggu ini agak sibuk dengan kerja yang nampaknya tiada kesudahan.
Aku masih terkejar2 dalam merencanakan tugasan rutin dan aktiviti masyarakat.
Entah sampai bila aku akan terus begini.
Harap aku temuinya menjelang usia menjejaki 40.


InsyaAllah.
  

Ahad, 19 Februari 2012

PERANCANGAN UNTUK YANG SETERUSNYA

Aku kini kembali berkelapangan.
InsyaAllah. Pengalaman dalam kesibukan mulai 2008 hingga 2012 menjadi bekalan untukku terus mencari sesuatu yang berfaedah.
Pencarian dan eksplorasi sentiasa sebati dalam jiwaku.
Jika diberikan keizinan dan rezeki dari Allah, aku sangat bercita untuk ke peringkat seterusnya dalam pembelajaran sepanjang hayatku.
InsyaAllah.. Aku berdoa semoga hajatku untuk itu mendapat perhatian dan semangatku yang masih kuat ini tidak reda begitu sahaja.
Tahap seterusnya aku rasakan tidaklah seperti pengalaman sebelum ini.
InsyaAllah kurasakan menjadi mudah sekurang-kurangnya untuk 1 tahap lagi.

Jumaat, 10 Februari 2012

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... !!!

Syukur...

Selesai pengajian ku dengan berjayanya aku menghantar thesisku kepada Dr. Z pada hari selasa baru-baru ini (7 Feb. 2012 bersamaan 14 Rabiulawwal 1433H).
InsyaAllah aku akan naik ke pentas Konvo September 2012.
Tak sempat mohon anugerah bagi Mei 2012 akibat terlalu bekerja keras di penghujung tahun 2011.
Namun aku panjatkan kesyukuran ini.. dari Allah yang Maha Esa.
Semoga usahaku hampir 4 tahun ini mendapat berkat dan seterusnya usahaku mendapatkan sesuatu yang lebih baik demi agama, keluarga, bangsa dan diri sendiri, dimakbulkan olehNya.

Aminnn...

Isnin, 30 Januari 2012

SEMINGGU PULANG DARI JB

Alhamdulillah.

Aku harap Dr. A, Dr. R dan Dr. Z tidak mengambil kira sangat tentang masa.
Aku ingat apa yg Dr. Z minta supaya hanya explain Chapter 3-5.
Separuh masa habis di Chapter 1-2 saja.
Betul kata Dr. R..
Harap result yang baik.
1st class dah tak tercapai..
Aku redha. Setakat ini usahaku.. Syukur dengan usaha yang aku buat.., dan apa keputusan yang aku dapat..
Tak perlu salahkan sesiapa..
Setiap sesuatu yang dibuat pasti ada timbangannya..
Mana boleh untuk dapatkan semuanya yang terbaik..

Syukur.. Alhamdulillah.
InsyaAllah Thesis + CD aku akan submit sebelum 10 hb.

Isnin, 23 Januari 2012

MENONGKAH ARUS DEMI MISI TERPENTING

Cuti CNY yang agak panjang ini sepatutnya aku menuju ke Utara.
Pulang menjenguk mak-abah dan saudara-mara.
namun, demi tugas yang lebih penting, PSM presentation, aku menongkah arus.
Setiba di Skudai nampak lengang..
Semua orang sibuk pulang bercuti.
InsyaAllah. Selepas dari misi ini, aku akan luangkan lebih masa untuk menjenguk kg halaman.

Ahad, 15 Januari 2012

KOMITMEN DI PARAS TERTINGGI

Minggu lepas, di waktu yang sama aku berhempas pulas menyiapkan PSM2.
Kehadiran anak-isteri ke JB seolah tidak aku peduli kerana kekangan masa yang sangat kritikal.
Dari jam 12.00 tgh hinggakan lewat petang, aku masih bergelumang dengan net-book dalam discussion room FS.
Memang terkilan juga kalau anak-isteri dalam Wira aku..
Memang Naza Heri berjasa pada hari ini..
Selama hampir 7 jam hanya aktiviti dalam kereta. Sehinggakan minyak hampir O.
Siap binding dan submit to Dr. Z jam 7.00 mlm.
Sekadar sedikit menghilangkan kebosanan anak-isteri, aku bawa ke Angsana JB.
Bertolak pulang dan sampai jam 12.30 mlm.

Minggu ini pula, aku bersiap untuk menghadapi peperiksaan bertulis yang pengakhirannya..InsyaAllah.
Aku berdoa & bertawakal semoga cita-citaku termakbul dan diberkati.
Selepas dari esok, aku akan persiapkan diri untuk perbentangan PSM.
Semoga pengalaman di tempat kerja memberiku kelebihan dalam perbentangan tersebut.
Semoga tiada sebarang persoalan yang membuatku kaku.
InsyaAllah.

Khamis, 12 Januari 2012

AWAL 2012 YG PALING SIBUK

Semua aktiviti paling sibuk di awal tahun ini.
Dari hal diri, keluarga, dan kerja. Semuanya menuntut pengorbanan masa ku.
Hal pelajaran, insyaAllah aku usaha yang terbaik buat semua.
Last week ke JB. Sangat meletihkan.. Hanya setakat termampu..
Hal sekolah anak-anak, Std 1 sampailah Form 1, memang sibuk.
2 minggu terpenting dalam pengajianku akan bermula minggu hadapan.
InsyaAllah.. akan ku gapai impian yang diusahakan hampir 4 tahun sudah..

Ahad, 1 Januari 2012

SALAM 2012, SELAMAT DATANG 2012.

Semoga 2012 bakal menjadi tahun kejayaan bagiku, dunia dan akhirat.

InsyaAllah.