Isnin, 25 Julai 2011

SEMINGGU MENJELANG 1 RAMADHAN 1432 H

Bagi tahun ke-3 aku menyambut Ramadhan dalam kesibukan pelajaranku.
InsyaAllah dengan keyakinan yang tinggi, aku akan selesaikan pelajaranku pada semester 1/2011-2012.
InsyaAllah aku akan berada dalam Majlis Konvokesyen Ke-48 pada 5-7 Mei 2012.
Semoga Allah permudahkan urusan pelajaran aku sem akhirku dengan PSM2 mulai Okt. depan.
Aku bertekad akan siapkannya tanpa masalah seperti PSM1 sebelum ini.
InsyaAllah.

PRESENTER WHO LOST HIS WORD BY ONE 'BIG CLAP'

My planning is to deliver speech with title "Positive Attitude : A Powerful Success Tools". First presenter started at 9.30 am and I'm the last person with no. 29.
It's my turn to speak when time is 1.25 pm. Lenturer asked all student to give a big hand after waiting until last speaker, but suddently.. I lost my word.
My speech unfortunately changed to "Positive Thinker" : A Powerful Tools For Success" !!!
I'm very sad to end my short semester with 'Lost Word'.
Hope my dear lecturer will 'understand' the problem happend to the last speaker like me.

Anyway,  after watching Harimau Malaya lost to Singapore with 3-5, with the positive attitude, Malaysia will win at Bukit Jalil ..!!!

Sabtu, 9 Julai 2011

9 JULAI - SELAMAT HARI LAHIR

Bertambah 1 angka lagi umur aku. Semoga hari mendatang lebih menggembirakan dan perbuatan seharian diberkati dan dilindungi dari segala perkara yang tidak baik.
Kelas yang dijangkakan minggu ini (minggu akhir Sem III/2011) dibatalkan atas sebab perhimpunan di KL.
Peluang rehat 2 hari ini aku gunakan untuk program masyarakat.

Isnin, 4 Julai 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Walaupun bermain agak berhati-hati dan dibawah kemampuan sebenar, namun berjaya mengikat aggregat 4-4. 2 gol di Taiwan membolehkan Harimau Malaya meneruskan misi berjumpa Singapura.
Nampaknya penjaga gol memainkan tugas yang sangat baik.

Jumaat, 24 Jun 2011

Malaysia 2 vs Labenon 1

Tahniah Harimau Malaya.
Walaupun bermain dengan 10 orang tapi pengalaman bermain 9 orang di China sememangnya pengalaman yang sangat berkesan.
Inilah apa yang dikatakan adanya hikmah disebalik suatu perkara yang berlaku.
Semoga semangat dan momentum perjuangan yang positif sentiasa sebati dalam skuad Harimau Malaya.
Pihak musuh selalu mencari sesuatu kaedah bagi membantutkan peningkatan Malaysia dipesada yang lebih tinggi.
Tidak mustahil jika masalah yang timbul dalam skuad negeri amat di sokong anasir yang mahukan Malaysia jatuh kembali.

Sabtu, 4 Jun 2011

Menjelang Semester Baru (Sem III 2011)

Sem baru bermula esok. Memang dari last paper 9 Mei sampai hari ni, aku betul2 bercuti Sem. Sukar untuk mengubah aktiviti kepada yang sesuatu yang bermanfaat. Result Sem II 2011 alhamdulillah DL namun tak dapat capai angka 3.4.. Mungkin setakat ini sahaja result aku. InsyaAllah untuk 2 final Sem ni aku cuba perbaiki ke angka 3.4..

Khamis, 26 Mei 2011

Minggu Akhir Cuti Sebelum Short Sem

Balik dr KK agak penat.
Extra 2 beg jadikan aku tunggang-langgang di KLIA.
Kerapu Bara KK busuk bila digoreng.
Di pejabat, kerja yg banyak menanti. Aku berjaya selesaikan yg utama namun masih tertinggal beberapa perkara.
Hari ini ambil cuti untuk beri laluan org di rumah ke driving school.
Alhamdulillah Sem 2/2011 result aku DL.

Isnin, 23 Mei 2011

AL-FATIHAH BUAT 16 ARWAH RUMAH ANAK YATIM - HULU LANGAT

AL-FATIHAH buat 16 arwah Rumah Anak Yatim Hulu Langat yang lebih dikasihi Allah S.W.T.  Mereka semua terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku semasa latihan nasyid sedang dijalankan.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhadah. 

Rabu, 11 Mei 2011

HP Ipoh mali, SIM from JB, Unknown Number settle di KK

Masalah lost update berjaya aku atasi di Greentown Mall, Ipoh, sama2 A Lan & M Noor. Aku jumpa SIM card line baru aku semasa di JB sama2 Ramli & akhirnya masalah 'Unknown Number' aku settlekan di KK sama Ang. Di KK masalah sakit gigi aku bawa dari KL. Semalaman tak tido berpunca dari geraham atas yang sakit. Aku percaya, sakit yang paling tak tertahan adalah sakit gigi..
Cukup sekadar ubat tahan sakit sementara balik ke KL. Hampir setiap hari ke Philipine Market.. Amplang yang aku ingat dari KL sebagai 'unplug' dah byk bungkus. Syed punya taste pun macam keropok udang biasa yg dapat di beli di Supermarket..
Target dapat bawa balik ikan basah @ udang KK.

Sabtu, 7 Mei 2011

Berkomuniti Dalam Kesibukan Exam

Kesibukan exam bukanlah alasan untuk tidak bermasyarakat. Aku mungkin paham diri aku dan apa yang sedang aku sibukkan, tapi masyarakat sekeliling tidak akan faham. Betul kata Z--rol, tanggungjawab student part time ni bukan hanya pada pelajaran, kerja, keluarga, tapi lebih dari itu termasuk masyarakat sekeliling. Kalau student full time mungkin 3/4, 2/4, 1/4 @ sepenuh pada pelajaran sahaja. (Mungkin masalahnya lain la pulak.. Spt kokurikulum, aktiviti kolej, dll.
Hari ini dari 9.00 pg sampai 12.00 tgh join game futsal. Walaupun status sbg pemain import tapi dapat medal warna emas.
Kemudiannya menghadiri majlis kenduri kahwin jiran.
Malam ini aku perlu target untuk habiskan nota wajib untuk dibaca.
Semoga kepenatan aku disaat2 akhir ini diberkati. InsyaAllah.

Ahad, 1 Mei 2011

Seminggu Break Menjelang Last Paper

InsyaAllah aku akan gunakan sepenuhnya masa yang ada. Pengalaman semasa 1st paper last week memang sangat terasa betapa masa sentiasa pantas berputar. 3 hari cuti, aku berehat bersama family sahaja. Next week yang pastinya bermula dengan audit ISO 9001:2008. Aku kena berhati-hati supaya minggu ini tidak menjadi ulangan minggu lepas.

Jumaat, 29 April 2011

Final Exam - Spectro

Aku sendiri pun masih tak dapat mencari kesudahan kepada masalah aku.
InsyaAllah tahun ini aku selesaikan pengajian aku.
Paper spectro ni satu lagi contoh kelemahan aku untuk membuat persediaan awal.
Aku sedar puncanya dari kelemahan diri mengenalpasti mana perlukan priority.
Aku bertawakkal dengan usahaku.
InsyaAllah.. Aku cuba score in the final.

2.00 pagi.

Ahad, 24 April 2011

SEPANJANG MALAM BERJAGA DEMI PSM (Suatu Pengajaran)

Kepada aku.. memang pengajaran berguna yang sudah berulang.
Kerja..memang tak pernah habis..
Masa .. yang perlu aku fikirkan.
Memang sudah menjadi kebiasaan.. jika terdesak segalanya akan segera dibuat walaupun menyeksa diri sendiri.
Memang ake berpengalaman tidak tidur selama 48 jam.. tapi itu 10 tahun yang lalu.
Kesihatan aku sekarang tidaklah segagah dulu.
Demi due date yang ditetapkan pada hari ini..aku tidak tidor pada malam hari jumaat serta tidor 2 jam pada hari sabtu.

Jumaat, 15 April 2011

JOHOR - MELAKA - KL - PAHANG - TERENGGANU

Setakat ini sahaja perjalanan yang mampu aku buat dalam 2 minggu ini.
Penat.. memang penat.
Tanggungjawab rasmi, keluarga dan pelajaran perlu selari.
Semua sama penting.
Terselit juga masa untuk aku selesaikan masalah rumah baru Yan.
Aku sangat bersyukur dengan prestasi kereta tahun 1999 aku tu.
12 tahun punya radiator telah aku tukar untuk ke Kuantan & Kemaman.
Walaupun perjalanan seorang diri, tugasan aku berjaya selesaikan.

HARI KELUARGA TOK PAH

Hari keluarga kali ini adalah yang paling berjaya setakat ini.
Aku sempat berada di Melaka semalaman sebelum drive ke KL.
Walaupun aku tidak dapat bersama merasakan keseronokan namun aku berpuas hati jika anak dan isteri aku gembira di sana.
Aku perlu tegas dengan disiplin study aku.
InsyaAllah aku selesaikan tahun ini juga.