Jumaat, 6 Ogos 2010

MENJELANG RAMADHAN 1431 H

25 SHA'BAN

Seminggu menjelang Ramadhan Al-Mubarak.
Perasaan gembira menyambut kedatangan Ramadhan setelah setahun berlalu.
Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam kalender hijrah.
Sekali lagi angka yang memberi seribu pengertian dalam diriku.
Semoga peluang kali ini aku manfaatkan sepenuhnya.

INSYAALLAH.

Selasa, 27 Julai 2010

AL-FATIHAH BUAT ARWAH MUHAMMAD FUAD (26 JULAI 2010)

Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.
Semoga Roh Muhammad Fuad Ahmad dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH.

 

Jumaat, 9 Julai 2010

KU PANJATKAN SETINGGI SYUKUR DI HARI LAHIR 9 JULAI (26 REJAB 1431)

Assalamualaikum.

Hari ini genap usiaku. Tambah satu lagi angka.
Alhamdulillah, minggu lepas mendapat khabar gembira atas kenaikan pangkat.
Semoga tindakan dan pemikiranku terkehadapan. 
Pagi ini cuaca amat baik. Hati aku terasa tenang. Mungkin kerana umur yang semakin bertambah, hati dan pemikiran semakin tenang. 
Kebetulan sahabat lama datang menziarahi ke rumah. Berkongsi perasaan yang pernah aku rasakan terdahulu.
InsyaAllah. Rezeki adalah hak Allah. Mungkin bukan kali ini untuk kita.

'HAPPY BIRTHDAY' semoga di jauhi segala yg buruk di dekati segala yg baik dan dimurahkan rezeki. 'SAYANG SELAMANYA'... 

Jumaat, 11 Jun 2010

CONFERENCE DI KUCHING

10 Jun 2010.
Kuching, Sarawak.

Dari KLIA 7.15 petang. Flight delay sebab lewat sampai katanya..
Kuching hujan malam ni. Landing pukul 9.00 malam.
Stay Pullman Hotel until 11 Jun.
Dato Siti stay sini juga.
Hari ni aku shopping sakan. Terubuk, Kek Lapis dah beli.
Esok kena fikirkan macamana nak usung semuanya ke Airport.
World Cup start esok. Sempat tengok di Rawang opening ceremony.
Minggu ni tak ada kelas. Tapi next week jangan panik sudah.
















2.00 pagi.

Jumaat, 21 Mei 2010

PAMERAN SEKOLAH SEKITAR LEMBAH KINTA

10-14 Mei 2010.

Terlibat dalam siri 2 Pameran Sekolah.
Bermula di SMK Permaisuri Bainun Ipoh - SMK Perempuan Ipoh - SMK Seri Kampar, Kampar & SMK Sultan Yusuf Batu Gajah. Finally di SMART & SMK Sri Perak Teluk Intan.
Terasa juga penatnya. Tapi enjoy..layan student form 1-6.
Hasrat naik ke Air Terjun Batu Berangkai tak kesampaian sebab van panjang sangat.
Sampai KL dah malam. 

Jumaat, 16 April 2010

FINAL EXAM 12-16 APRIL

16/04/2010

Final exam sem ini aku ambil cuti.
Rasa sem ni tak macam sem sebelumnya.
1st paper buat di Dewan Besar. Keluar rumah sempat hantar anak kesekolah. Bas lambat agaknya.
Sampai Hway Cheras aku try masuk ke lorong kontra ke KL. Silap besar keputusan aku sebab jalan keluar dah dekat DBP. Terlepas Jalan Tun Razak.
Ngam sampai Dewan 2-3 minit lagi 9 pagi. 
2 nd paper aku datang awal sikit. Masuk hway PLUS-SMART.
Ada 45 minit before exam start.
Last paper hari ni. Aku ikut Hway Cheras tapi tak masuk lorong kontra. Seriiik...
Alhamdulillah. Selesai sem. ini.
Semoga result aku cemerlang sem ni. InsyaAllah. 

Rabu, 31 Mac 2010

MEMBER LAMA DI FACEBOOK

31 Mac 2010


Pada awal kewujudan Facebook ni, aku sedar.  Tapi oleh kerana tidak mahu 'enter-frame' maka aku abaikan semua permintaan untuk Add.
Ntah macamana bila jumpa pulak gambar lama ni (Form 1 tuu..), aku 'shift' minda aku kearah yang positif.
Sememangnya kecanggihan teknologi sukar dinafikan.  
Maka, aku pun terima hakikat untuk muncul dalam Facebook dengan satu tujuan untuk mengeratkan sillaturrahim dan mencari semula kawan-kawan yang pernah berkongsi pengalaman pahit-manis dahulu.


KZDiscovery

Rabu, 10 Mac 2010

CUACA PANAS MULA REDA

10 Mac 2010

Keadaan suara sudah kembali pulih.
Kesannya masih ada. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang bersuara olehNya.
Cuaca pun mungkin sedang dalam proses pertukaran monsun.
Semalam hujan lebat turun.
Semoga kesihatan aku sekeluarga dalam lindunganNya. 

Jumaat, 12 Februari 2010

DISCOVERY 27 NOV. 2009 : SELAMAT AIDILADHA

27 Nov. 2009
Perak


Tersentuh hatiku menjelang Aidiladha.
Asalnya tiada rancangan pulang ke kampung kerana assignment membelenggu.
Tapi.. kata orang, lambaian kampung halaman terutama di Hari Raya lebih-lebih terasa (walaupun sudah pulang di Hari Raya Aidilfitri seminggu pada minggu akhir September lepas).
Lain rasanya kalau terlepas ketupat & rendang masakan mak di pagi raya.
Rombongan raya kali ni ke rumah Pak Cik Mat.
Seronok dapat berjumpa sanak-saudara.

DISCOVERY 5-6 DISEMBER 2009 : CUTI SEKOLAH DI PORT DICKSON

5-6 Disember 2009
Port Dickson

Banyak aktiviti telah dibuat sepanjang tahun 2009.
Dan ada juga tidak berjaya dicatatkan.
Discovery kali ini mengimbas perkelahan ke PD diminggu pertama bulan Disember.
Anak-anak & Isteri happy,  aku turut happy..

Rabu, 10 Februari 2010

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

6 FEB. 2010

Atas kekangan masa, aku tidak dapat bersama-sama dalam majlis pernikahan Nizam.
Sekadar muncul selepas maghrib untuk sama-sama makan boleh laa..

SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Jumaat, 5 Februari 2010

SEMINGGU DI BULAN FEBRUARI

05/02/2010

Kesihatan tekak beransur pulih. Kekadang kembali bermasalah.
Harapan semoga tiada masalah yang serius.
Plan bercuti tapi masih belum berkesempatan.
Kerja sentiasa membelenggu (Cari rezeki sara anak bini, biar diberkati, musuh jangan dicari..)
Assignment semakin hari semakin menghambat aku.
Harap aku dapat kurangkan tekanan menjelang minggu depan.
Next week boleh release kut.. InsyaAllah. 

Jumaat, 22 Januari 2010

SEBULAN MEMASUKI 2010

22 Jan 2010

Hampir 2 minggu suara kurang lancar.
Petanda umur semakin meningkat.
Mungkin juga keadaan kerja yang agak ketat minggu ini.
Cuaca, hampir setiap hari tidak menentu. 
Semalam dari Putrajaya agak panas, memasuki highway di Kajang tiba-tiba hujan sangat lebat.
Sehingga di Nilai, kembali panas.

Rabu, 30 Disember 2009

MENJELANG TAHUN BARU 2010

30 Disember 2009




1 Jan 2010 bakal menjelang kurang 2 hari lagi.
Azam kali ini pastinya bagi memperbaiki serta menjayakan agenda yang belum dicapai pada 2009.
Aspek kerja - Tentunya memperbaiki pencapaian
Aspek keluarga - Tentunya ingin memperbaiki taraf kehidupan
Aspek keilmuan - Tentunya mahu terus tekun dalam study
Lain-lain aspek - Tentunya mahukan yang lebih baik dari sebelumnya. Mahukan sesuatu yang bermakna dalam segala perbuatan.

Rabu, 9 Disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI

9 Disember 2009


"Allah Selamatkan kamu ...
  Allah Selamatkan kamu ...
    Allah Selamatkan kamu...
      Allah Selamatkan kamu...


Semoga Dipanjangkan Umur & di Murahkan Rezeki serta dilindungi Allah Sentiasa. AMIN !!!