Rabu, 10 Februari 2010

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

6 FEB. 2010

Atas kekangan masa, aku tidak dapat bersama-sama dalam majlis pernikahan Nizam.
Sekadar muncul selepas maghrib untuk sama-sama makan boleh laa..

SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Jumaat, 5 Februari 2010

SEMINGGU DI BULAN FEBRUARI

05/02/2010

Kesihatan tekak beransur pulih. Kekadang kembali bermasalah.
Harapan semoga tiada masalah yang serius.
Plan bercuti tapi masih belum berkesempatan.
Kerja sentiasa membelenggu (Cari rezeki sara anak bini, biar diberkati, musuh jangan dicari..)
Assignment semakin hari semakin menghambat aku.
Harap aku dapat kurangkan tekanan menjelang minggu depan.
Next week boleh release kut.. InsyaAllah. 

Jumaat, 22 Januari 2010

SEBULAN MEMASUKI 2010

22 Jan 2010

Hampir 2 minggu suara kurang lancar.
Petanda umur semakin meningkat.
Mungkin juga keadaan kerja yang agak ketat minggu ini.
Cuaca, hampir setiap hari tidak menentu. 
Semalam dari Putrajaya agak panas, memasuki highway di Kajang tiba-tiba hujan sangat lebat.
Sehingga di Nilai, kembali panas.

Rabu, 30 Disember 2009

MENJELANG TAHUN BARU 2010

30 Disember 2009




1 Jan 2010 bakal menjelang kurang 2 hari lagi.
Azam kali ini pastinya bagi memperbaiki serta menjayakan agenda yang belum dicapai pada 2009.
Aspek kerja - Tentunya memperbaiki pencapaian
Aspek keluarga - Tentunya ingin memperbaiki taraf kehidupan
Aspek keilmuan - Tentunya mahu terus tekun dalam study
Lain-lain aspek - Tentunya mahukan yang lebih baik dari sebelumnya. Mahukan sesuatu yang bermakna dalam segala perbuatan.

Rabu, 9 Disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI

9 Disember 2009


"Allah Selamatkan kamu ...
  Allah Selamatkan kamu ...
    Allah Selamatkan kamu...
      Allah Selamatkan kamu...


Semoga Dipanjangkan Umur & di Murahkan Rezeki serta dilindungi Allah Sentiasa. AMIN !!!

Isnin, 23 November 2009

Cuti-Cuti Malaysia dalam Lab

21-22 Nov. 2009
Skudai-Kulai

Sampai dari Trengganu jam 4.30 ptg. Hujan lebat di Bangi.
Awal pagi bertolak ke Skudai.
Bergerak 4.30 pagi. Singgah di Pagoh solat suboh. Dari R&R Pagoh sudah jam 7.00 pagi.
Speed sikit, target 8.30 pagi sudah di lab.
Ngam sampai lab jam 8.25 pagi.
1.5 hari dah settle. Target Isnin balik KL.

2.00 pagi.


Khamis, 19 November 2009

Salam Aidiladha



Kembali Menulis

19 November 2009
Kemaman.

Agak sekian lama tidak menulis dalam blog ini. Jari sudah kian pulih, walaupun tidak seperti keadaan asal. Malam ini untuk malam kedua bermalam di Kemaman. Esok akan bergerak pulang ke KL sebelum menuju ke Skudai bagi menghadiri latihan makmal.
Sepanjang hari ini hujan di Kemaman & Kuantan. Tugasan perlu dibereskan.  Alhamdulillah sasaran berjaya dilaksanakan.
Sepanjang 2-3 minggu tidak menulis, agak banyak aktiviti telah berjaya dilakukan.
- "Final Exam"
- Hadir Majlis Sekolah anak ;
- Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah anak;
- Kenduri kahwin officemate di Gombak;
- Banyak lagi. 

9.56 malam.

Selasa, 27 Oktober 2009

SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE KZDISCOVERY@BLOGSPOT.COM

Terima kasih atas kesudian melawat ke blog KZDISCOVERY.
Blog ini sekadar mempamerkan aktiviti peribadi berkaitan blogger sahaja.
KzDiscovery mohon maaf jika secara tidak sengaja menyentuh sensitiviti individu atau mana2 pihak yang tidak berkaitan. Sila maklumkan jika maklumat yang dipamerkan perlu pindaan atau
dikeluarkan dari blog ini.

Sekian, terima kasih

kzdiscovery@gmail.com




Rabu, 21 Oktober 2009

16 Jahit Pada 29 Syawal




Dari Cheras bergegas pulang dengan hasrat bersedia menyambut tetamu yang dijangka bertandang pada petang ini.
Entah apakah mimpi, tiba-tiba terdetik untuk memanjat ke siling di bilik air.
Sudah berbuih mulut Dr. J sampaikan 'lecture' berkenaan topik OSHA, HIRARC, JHA, dan sebagainya. Ini yang dinamakan malang tidak berbau. Pada mulanya nampak mudah dan akhirnya menjadi masalah juga.
Akibat susun kerusi untuk memanjat, aku jatuh dan tangan berjahit 16.
Memandu sendirian menuju Hospital S. Jam 6.15 petang melapor di kaunter saringan.  Kemudian '2nd treatment' diikuti berjumpa Dr., Xray, Jahit luka, dan akhirnya lengkaplah penjelajahan di Hospital jam 12.00 malam (No komen. Tapi aku ada pandangan peribadi yang tidak perlu di tulis disini)
2 hari aku MC, dan inilah rekod sepanjang 13 tahun bekerja aku buat sekian kalinya aku MC.

ALBUM AIDILFITRI 2009M bersamaan 1430H




Isnin, 28 September 2009

1 SYAWAL 1430H



Perak Darul Ridzuan.
20 Sept. 2009

Alhamdulillah, kebetulan ulangtahun kelahiran Aina juga jatuhnya pada hari yang sama (Hari Raya Pertama).
Agak bertuah kerana keadaan cuaca di Hari Raya pertama kali ni sangat baik.
Walaupun sehari sebelum 1 Syawal, hujan lebat turun sepanjang hari.
Aktiviti di Hari Raya kali ini termasuklah "memancing, memanjat pokok mempelam, main bunga api (sikit-sikit aje)...

Jadual Perjalanan : KL ke kg tgh Jumaat. Pulang kg ke KL pagi Sabtu.

Rabu, 16 September 2009

Minggu Akhir Ramadhan Di Pulau Mutiara







14 Sept. 2009
BUKIT JAMBUL

Penerbangan mendarat di LT Bayan Lepas jam 3.30 petang.

Bermalam di VH, Bt. Jambul. Turun dari bilik untuk bersahor bersama En. Z jam 4.30 pagi.
Dapat makluman dari Tuan MY untuk pulang KLIA pada keesokan hari.
Cuaca di udara pada petang ini agak banyak kelihatan awan. Mendarat  di KLIA tepat jam 6.30 petang. Tanpa berlengah terus bergegas bagi mencari ERL. 'Target' untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka. Apakan daya, sampai ke rumah jam 7.30 malam.  Mujur berbekalkan kurma yang dibekalkan oleh MAS sempat juga berbuka tepat pada waktunya.

Rabu, 9 September 2009

09/09/09 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1430H


09 Sept. 2009

Ada "chemistry" tersendiri yang berkaitan no. 9 dalam rekod peribadi aku. Tarikh lahir aku sendiri ada dua no. 9. Tarikh lahir Aina 20091999. No. tel aku sendiri ada dua no. 9.

No. kereta aku sudah tentulah sama macam tarikh lahir. Jumlah adik beradik aku semuanya ada 9 orang. 'Orang rumah" aku, anak yang ke 9. Dan tak ketinggalan sekarang aku dah menetap di negeri 9.
Alhamdulillah angka 9 belum pernah muncul dan semoga tidak akan sesekali muncul dalam keputusan peperiksaan yang sentiasa dilalui dari masa ke semasa.

Tahun depan 10.10.10. Mudah-mudahan tahun 2010 menjadi tahun yang semakin membahagiakan buat semua.

5.39 pm.

Khamis, 3 September 2009

"O2 Converter" dari Kulai















03 Sept. 2009
13 Ramadhan 1430H.


Bertolak dari KLIA jam 2.30 ptg.
Mendarat di Senai jam 3.00 ptg. Cuaca di awan sangat baik.
Menginap di CI berdekatan IOI Mall.
Terima kasih banyak diucapkan kepada saudara Z atas kesudian menumpangkan kereta untuk mendapatkan juadah berbuka untuk hari ini. Berbuka dengan "char kuey teow",  kueh & air kathira.
Menjelang jam 10.00 malam, perlahan sendirian menyusur jalan menuju Mc D 24 Hours (tempat bersahor untuk puasa esok hari) yang kebetulan diadakan "Fun Fair" sebelahnya.
Seawal 6.00 pagi siap sedia menuju Kempas. Melakukan tugasan rasmi dengan ilmu yang baru. Memang ada 'Chemistry" disitu. 
Penerbangan pulang KLIA waktu petang. Keadaan awan agak tebal petang ni.
Pendaratan di KLIA lewat hampir 20 minit apabila MAS buat pusingan di ruang udara akibat awan tebal.


Kulai, Johor.
1.36 pm.